It's You!

Showing posts with label Favourite. Show all posts
Showing posts with label Favourite. Show all posts

Wednesday, October 28, 2015

My Free Time Favorite TV Show

Salam,

Sejak dua menjak ni, suka pulak buka channel Life Inspired, 728. Dah namanya pun life inspired, so banyak rancangan yang ditayangkan memang menggalakkan kita mendapat sedikit idea camna nak deco rumah, idea tempat2 makan yang best dan tempat2 yang menarik untuk dilawati.

Sekarang ni, suka dua rancangan ni, Tasty Road dan A Bryk At A Time. Satu rancangan jalan2 cari makan di Korea dan satu lagi rancangan ubahsuai dan deko rumah. Walaupun nak p Korea tu macam tak, tapi suka cara pengacara rancangan tu mengacara. Dah la dua2 pengacara dia comel n cantik, kelakar pulak tu so memang xjemu tengok diorang.

A Bryk At A Time tu pulak, designer dan kontraktor dia punya la cantik dan sangat kreatif. Kira dua2 rancangan ni mempromosikan kebolehan wanita, so memang sangat best bagi saya. Tu yang boleh tertarik nak menonton program ni. Banyak gak idea yang boleh dicedok dan kalau ada bajet, boleh la menghias rumah ehehehe....

Friday, April 11, 2014

Makanan untuk Minda/Kulit/Perut

Salam,

Hari Jumaat sinonim dengan waktu rehat yang panjang buat penjawat awam. Hari ni, saja gatal kaki ikut rakan-rakan sepejabat ke Aeon Big dan Hasani Bookstore. Cadangnya cuma nak mendaftar menjadi ahli Hasani Books. Sudah lama mengambil dan mengisi borang tetapi selalu lupa nak hantar semula. Hari ni baru berjaya..huhuhu...

Saya amat pantang dapat masuk ke kedai buku. Kad ni yang kedua saya miliki selain kad Popular Books. Saya menjadi ahli Popular Books sejak tahun 2000 lagi. Setiap tahun tak lupa renew kad. Dulu, memang rajin yang tersangatnya membeli buku di Popular. Sekarang ni, dah banyak kedai-kedai buku so tidaklah tertumpu kepada satu kedai sahaja. Lagipun Hasani Books ni dekat dengan tempat kerja so kebarangkalian untuk selalu berkunjung itu adalah besar so buat jela kad.

Kononnya nak membeli novel E-Man Sufi, Suami Yang Kubenci tapi ada banyak lagi novel yang belum terbaca di rumah so pendamkan niat dulu. Sejak awal tahun ni, rajin pula membaca novel Bahasa Malaysia. Itupun bermula apabila ada yang hadiahkan novel bahasa. Itupun lagi...baca hasil karya penulis tertentu. Tapi masyaAllah, lambat gila nak menghabiskan sebuah buku sebab masa terpaksa dibahgi-bahagikan dengan aktiviti berkraf, tak secepat dulu membaca.

Makanan minda yang sempat disambar..

Akhirnya, tangan mencapai dua bahan bacaan yang boleh dikongsi baca bersama anak-anak di rumah. Danish dan Danial pun dah lama tak membeli bahan bacaan sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti sekolah. Kena rajinkan balik membawa mereka ke kedai buku. Bukan mereka tak minta dibawa, tapi mama abah ni sibuk je.

Habis membeli makanan minda, beli pula makanan perut dan makanan kulit. Hehehe...saya ni jenis jarang membeli barangan penjagaan kulit tapi bila dah jumpa yang sesuai, terus je beli kalau stok kehabisan.

Tengok mamatiamia menulis entry tentang Nivea Smooth Nourishing hand cream ni..memang nak beli sebab kuku jari saya sangat la teruk...Marvel Gel tu memang lama nak beli tapi asyik lupa je....

Korang bersantai di mana rehat Jumaat tadi? Apa yang dibeli? Selamat berhujung minggu ya!

Friday, January 10, 2014

Hanya Dia

Salam,

"Ada satu masa nanti, kita akan diuji dengan macam-macam masalah. Sampai ada masa tu, kita nak tidur pun tak lena. Makan pun tak senang. Risau memikirkan masalah kita tu. Tapi kita terlupa, yang memberi masalah tu adalah Allah. Dan hanya dengan mengingati Dia je, boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap benda ni, tapi Dia. Dia dah beritahu kita dalam 'surat cinta' Dia kepada kita. Dia yang memberi masalah, Dia juga yang menenangkan hati kita sewaktu tak tenteram. Betapa sayangnya Allah dekat kita." - Ustaz Hafiz, Suami Aku Ustaz.




Nota kaki : Kadang kita terlupa tentang fakta ini. Hanya Dia yang tahu perancangan hidup kita. Hanya Dia yang tahu kenapa kita memilih jalan yang kita pilih.

Monday, December 16, 2013

Pemandangan ?

Salam,

Hari Isnin, mood menulis blog pun ke laut. Dah lama saya tak buat entry gambar-gambar pemandangan yang cantik kan? Saya bukan jenis yang suka bergambar tapi suka berangan ambil gambar pemandangan yang cantik, macam Wak Gelas. Hehehe...kamera di rumah tu dah lama jadi tukun, teringin nak berhenti kat sawah padi dekat ngan umah...nak try tangkap gambar sawah yang menghijau, setiap kali lalu mesti teringat tapi setakat tu je la.

Hari ni, saya takdelah nak bubuh gambar pemandangan cantik tapi nak tempek gambar "pemandangan" di atas meja makan. Gambar random je..semua tu hasil duduk di rumah hujung minggu. Kalau nak wat yang sedap atau lain dari yang lain, kena tunggu semua orang bercuti baru berbaloi sebab sekarang ni tak ramai yang pemakan di rumah. Pemakan semua dah diet termasuk saya..hehe (dietlah sangat Rafidah oiiii)

Lauk hujung minggu, kat rumah takde sapa2 so ni je yang saya masak. Ikan masak lemak tu pun cuma 6 ekor je. Ikan goreng kena ada sebab Yana Yani suka ikan temenung goreng. Kadang tu Yani ratah ikan je. Saya selalu tanya dia, "Kakak ni kucing ke?" Dia kata "Taklah..kakak bukan kucing". So saya kata kat dia lagi, "Kalau bukan kucing, kena makan nasi dengan ikan". Dia kata, "Takmau..nak makan ikan jugak...takmo nasi" Huhu..

Gulai ala mamak saya telah mendapat pujian MIL dan Tok Ibu, rasa dah cukup dah. Hehehe..rasa bangga you! Saya ni jenis kalau orang lain masuk dapur, saya tak suka tengok cara diorang masak tapi bila rasa nak belajar, baru tengok diorag masak. Yang ni saya belajar dari Mummy Yon.

Bila ada lauk udang besar camni, maknanya adik-adik balik ke rumah saya. Saya tak berapa minat makan udang, sotong, ketam tapi bila Mr Hubby beli, saya akan tolong masak je. Setakat jamah udang atau tolong kopek kulit bolehlah. Rugi kan? Hahaha...

Hasil bercucuk tanam di depan rumah tapi bukan saya yang tanam, saya bagi sokongan moral jek. BIL dan Mummy Yon yang tanam. Pokok cabai tu ada lebih 20 pokok, semuanya berbuah lebat. Skang ni kalau jiran-jiran nak, kami suruh petik sendiri je. Banyak sangat dah tak larat nak makan. Ulam kacang kelisa tu dah tak banyak berbuah. Dah tinggal yang tua-tua je kat pokok. Waktu tengah lebat berbuah, jenuh kami makan ulam kacang kelisa ni. Yang tu pun, sapa-sapa nak pi kutip sendiri je. Terlampau banyak. Skang ni dah tak duduk di Penaga sangat so takdelah nak bercucuk tanam apa sebab takde sapa nak jaga. Setakat kunyit, halia, bunga kantan, daun kari, serai, daun pandan dan limau kasturi tu sentiasa ada bila nak guna. Bolehlah.

Saturday, December 14, 2013

Its Not Obsession Yet

Salam

Hujung minggu macam ni saya tak ada aktiviti lain. Biasanya saya mengemas rumah dan melayan anak-anak je. Tapi sekarang ni saya ada aktiviti tambahan.

Oleh kerana saya cuma balik ke rumah sendiri di hujung minggu (hari bekerja saya duduk di rumah MIL), maka saya telah merakam cerita-cerita kegemaran saya. Cerita kegemaran saya selama ni ialah CSI...semua CSI yang ada. Start minggu lepas, saya ada tambahan satu lagi drama iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Oh...jatuh hati dengan watak Jebat dan Mastura. Baru sempat tengok dua episod awal...sangat mencuit hati.

Nak habiskan tengok semua episod yang dah dirakam. Minggu depan tak dapat nak tengok sebab akan bercuti panjang ke Putrajaya/KL tapi akan tengok minggu yang akan datang.

Belum lagi jadi peminat fanatik tapi bolehlah tengok waktu terluang. Saya bukan peminat tv sekarang ni tapi kalau ada waktu, saya akan tengok cerita-cerita yang saya gemar je. Waktu nak tengok tv pulak biasanya tengah malam..lepas semua org dah tengok cerita masing-masing dan si kembar dah tidur.

Korang pulak suka tengok cerita apa di tv? Selamat berhujung minggu.

Thursday, December 12, 2013

Memories With Love

Salam,

Tetiba hari ni teringat pulut serunding. Sebenarnya, pulut serunding tu kegemaran arwah abah. Dulu masa kecil, mak dan arwah abah suka wat pulut serunding. Saya pula memang suka sangat dengan serunding buatan mak. Kalau mak buat, mesti pedas sebab dia tau anak-anak semua suka yang pedas. Tugas saya, mestilah membentuk pulut menjadi bulat dan tolong golek pulut dalam serunding. Aduhai sedapnya.

Gambar google je

Lagi satu, arwah abah suka buat ubi kayu masak kari. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk lumat, lepas tu masukkan rempah kari dan masak sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula dan garam dan ubi kayu yang dipotong jejari. Buh air setakat untuk bagi ubi empuk pastu masak sampai kering. Sedapnya...

Arwah abah memang suka memasak. Saya ingat, kalau mak kerja atau ada kerja nak buat, arwah abah yang masuk dapur memasak. Saya dan adik-adik mestilah kena tolong di dapur. Mungkin sebab tu, kami adik-beradik pandai memasak sejak kecil tapi setakat untuk makan sendiri je la.

Tetiba rindu kat arwah abah. Walaupun garang, tapi dia selalu buat yang terbaik untuk kami walaupun serba kekurangan.

Tuesday, December 3, 2013

Cute!

Salam,

Hehe..ramai gak komen tentang entri tegur tu ya. Sebenarnya, saya sedar saya ni berisi, semalam tu rasa sentap sikit la tapi lepas tu rasa berkobar-kobar pulak nak bagi kurus sikit. Bak kata member ofis, gemuk/berisi sikit takpe janji perut kempis. Hehe..agreed! Saya pun redha je la tapi bukan setakat redha tapi kena bagi jalan untuk lebih sihat. Insya Allah.

Ok..takmo fikir benda yang boleh bagi kita down. Nak happy..happy je. Salah satu perkara yang membuatkan saya happy ialah dua budak kembar, Yana dan Yani. Sekarang ni diorang baru baik demam, cuma batuk je tinggal. Yana dah takde suara dah, serak macam Ella dah pulak. Yana senang makan ubat, so kalau nak makan ubat, dia sendiri minta dan pam ubat masuk picagari. Kami cuma monitor sukatan lepas tu dia sendiri tekan picagari. Sangat senang.

Yani pulak sangat susah dan seksa nak bagi makan ubat. Pujuklah macamana sekalipun, tetap tak jalan. Kami akan kata "Kakak pandai, mehlah makan ubat..." dia akan jawab "Tak pandai! Takmau makan ubat". Kalau kita kata cantik, dia kata Tak Cantik! Kalau kata kakak comel, dia kata Tak Comel! Huhu...

Saya suka penampilan baru mereka, berambut pendek. Comel je pulak hehehe..Nanti bila pandai urus diri, baru la boleh berambut panjang semula.

Sebelum

Selepas


Friday, November 22, 2013

Berita Hari Ini

Salam,

Minggu ni kami di UiTM menerima kedatangan pelajar baru. Minggu sudah UiTM Pulau Pinang telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-79 tapi yang pertama di cawangan. Sebelum ini, istiadat konvokesyen dilakukan di Shah Alam dan sesiapa exgraduate UiTM mesti tau berapa banyak sidang yang ada untuk menampung keseluruhan graduate dalam sistem UiTM.

Pagi tadi ada sesi taklimat Bahagian Perpustakaan dan sedikit tour. Pagi ni cuaca sejuk pulak tu dengan hujan renyai-renyai so bila kena bagi taklimat ni terasa gemuruh juga walaupun dah banyak kali buat benda yang sama. Bila dapat bagi taklimat kat student yang ramah dan kepala gila-gila sikit, darah gemuruh tu beransur hilang dek kerana melayan mereka. Sempat juga buat ujilari untuk projek KIK kami.

Geng KIK Library

Sekejap je dah sampai hari Jumaat. Minggu ni semua dah sibuk kena one-to-one ngan bos untuk penilaian SKT. Saya masih belum dipanggil, hopefully semuanya baik-baik sahaja. Selalu pun baik-baik sahaja, kalau adateguran tu, saya terima je selagi teguran tu memang kena ngan kita. Kalau kita tak buat tapi kena tegur tu, kenalah juga pertahankan diri kan?

Selamat berhujung minggu. Rehat lama nak berblogwalking ke 'rumah' kawan-kawan. ^_^

Wednesday, November 20, 2013

Myra oh Myra

Salam,

To all Pandora's lover...ada alternatif lain untuk dapatkan gelang secantik Pandora dengan harga yang berpatutan. Saya baca paper  (Dalam tak percaya boleh pegang paper selama 30 minit) Ahad yang dah lepas lama, terbaca tentang MyraBracelet. Serta-merta hati tertawan dengan MyraBracelet ni. Kalau sesiapa yang berminat, cubalah tengok-tengok koleksi yang ada dalam FB MyraBracelet. Rasa macam nak satu pulak...hahaha..

More collection at their Facebook. Love this one but it's Sold Out. Hurry up girls..they are having a promotion right now. 



Tuesday, November 19, 2013

Wishing For A Wish

Salam,

To my dearest,

I'm wishing for a wish to be granted
For my soul's food
To full fill my past time
To enrich my imaginations
To make me happy
To make me feel great

Some girls love jewellery for companion
But I'm not ordinary girl
I know if you knew me
You know what I love most

So here,
I'm wishing for you my dear
To be the one who will make me the happiest girl
This coming December
(and you knew what's coming on December!)

































Monday, November 18, 2013

Santai 2

Salam,

Ni sambungan entri santai sebenarnya. Dalam dok rileks tengok tv, Mr Hubby ajak kami keluar ke Sungai Petani. Hajatnya nak beli nasi beriyani lepas tu bawa budak-budak berjalan tetapi kedai Nasi Beriyani tu tutup la pulak. Nak cerita kat mana kedai tu pun tak tau nak habaq, huhu.

Mr Hubby bawa kami ke Amanjaya Mall, dia kata sebelum ni dia pernah pi kat situ dengan MIL lepas membeli nasi beriyani juga. Besar juga shopping complex ni dan ada macam-macam. Budak-budak dapat main kat playground dalam shopping complex tu, memang dah tak ingat dunia...dengan si abang-abang pun excited gila. Seperti biasa, saya dan Mr Hubby pun masuk sama jadi supervisors.

Muka apa ni Yani???

Layankan ajela...

Masa ni la boleh panjat, lompat, lari, golek sesuka hati diorang

Penat bermain, masa untuk minum susu!

Supervisors yang kerjanya melepak sambil tengok anak-anak.

Lepas main sakan, siap minum susu dalam tu, semua orang dah letih, kami pun balik. On the way balik, singgah makan bihun sup kat Lahar Kepar. Sampai umah solat dan tidurkan dua budak kembar, lepas tu saya layan CSI:New York back to back sebab dah record. Layan sorang-sorang sebab Mr Hubby dah lena dan dua budak lelaki tu dah sibuk dengan PS2 diorang.

Malam pulak sebab tak tau nak makan apa, bawa budak-budak ke Bagan, makan KFC. Mula-mula ingat nak tapau KFC tu pastu makan kat tepi pantai tapi hujan la pulak. Lepas makan dan ronda-ronda, kami pun balik umah. Seharian bawa anak-anak berjalan, walaupun tak buat apa sangat tapi seronok tengok diorang happy. Insya Allah, Mr Hubby kata nanti dia akan bawa kami pi berjalan sempena cuti sekolah. Saya, kalau bab berjalan, memang suka saja, lebih-lebih lagi dengan orang-orang tersayang, duduk tepi jalan makan aiskrim pun dah best.

Sekejap je dah besar dan pandai buat muka cheeky bila bergambar



My little noty girl


Itu jela aktiviti kami hari Sabtu. Korang pulak macamana ye? Mesti lagi havoc...

Friday, November 8, 2013

Day 2 - Lawatan Akademik Library to UTHM Johor

Salam,

Punyalah lama...skang baru sempat nak update pasal lawatan Akademik Library UiTM pada 22hb hingga 24hb Oktober yang lalu. Malas nak cerita panjang so saya buat entri bergambar je la ye.

Kami sampai di Parit Raja lebih kurang jam 10 malam lebih. Sampai je terus check in di D'Impian Inn dan merehatkan diri. Esok, jam 9.00 pagi kami perlu berada di UTHM untuk program lawatan.

Sebelum itu, kami makan lontong di medan selera Parit Raja. Lontong ni sangat famous dan rugi kepada sesiapa yang suka lontong tapi tak merasa. Saya ni nama je orang Parit Raja tapi jarang jugak makan di food court.

Kami sampai awal, sebelum pukul 9 pagi dah sampai. Sangat luas dan cantik library mereka. Diorang tanya, saya tak mau ke pindah balik kampung kerja kat sini? Tak kot, sebab saya dah jadi orang Penang ^_^ tapi hati tetap Johorean.


Kami di dalam bilik mesyuarat untuk sesi taklimat dan suai kenal. Memang seronok sebab mereka melayan kami dengan mesra. Bersembang dah macam lama kenal. Banyak info yang kami terima..

Ruang di bawah tangga tidak dibiarkan kosong tapi ada landskap yang sangat cantik. Boleh duduk rileks sambil berehat...sangat kondusif untuk pelajar belajar.

Kaunter rujukan mereka yang sangat cantik. Huiii...semuanya cantik..

Pantang nampak kamera...ada je gambar kami huhu

Kontrol ayu hehehe



Kami di akhir lawatan. Kami berada di sana hampir 3 jam lebih. Macam-macam kami tanya, semua tempat kami lawat. Sangat seronok.

Setakat ni dulu kongsi. Sebenarnya ada lagi nak cerita tapi nanti saya cerita. Hehe...selamat berhujung minggu semua ya. ^_^

Nota kaki : Untuk gambar yang lebih banyak, meh la singgah ke Facebook library kami di https://www.facebook.com/perpustakaanuitmpenang



Idola Si Kecil

Salam,

Salam pagi Jumaat semua. Apa ya nak share pagi-pagi ni? Meh share gambar cik kak sorang ni. Yani sekarang sangat bijak bercakap. Idola dia ialah Ustaz Don. PAntang ada gambar Ustaz Don mesti dia panggil kami tengok sama. Semalam dalam tv Al-Hijrah ada siaran langsung Yahanana tu...macam Malam Cinta RAsul juga. Lepas tu dia nampak Ustaz Don duduk sebelah Habib Syech.

"Mama...mama..mai tengok ni..ada Ustaz Don"
"Cepat la mama..."
Dia pi duduk depan tv sambil terlompat-lompat.
"Awat Ustaz Don tu lena? Hish...awat Ustaz Don lena? Dia lena pulak"
Sebenarnya UStaz Don tengah tunduk sambil dengar zikir.
"Eh..UStaz Don menari la...macam ni.."
Dia buat hayun badan.

MIL kata nanti tok Nani bawak Yani gi jumpa UStaz Don. Ada program kat Masjid Perda yang melibatkan UStaz Don. Alhamdulillah, idola dia Ustaz Don. Bila dia tanya ngan saya, mama suka ustaz mana? Saya cakap, "mama suka Ustaz Kazim" hehehe...lepas tu dia lari pi bilik tok dia ambil booklet Darul Barakah, ada gambar Ustaz Kazim. "Nah mama...ni Ustaz Kazim..mama baca tau"


Model cilik...hasil tangkapan di Pekan Penaga


Nota kaki : Semua idolanya ialah UStaz, Ustaz Don, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus...

Wednesday, October 30, 2013

Kenduri Menyambut Menantu

Salam,

Ahad lepas, kami menghadiri majlis menyambut menantu di Semenyih. Mummy Yon dan Sham baru buat majlis di belah pengantin lelaki. Kira mereka bersanding sekali lagi ni bertiga la. Ada baby dah dalam perut, tahniah buat mereka.

Meriah majlis di belah lelaki. Orang Jawa pulak tu, so memang familiar dengan bahasa Jawa dan slanga sana. Makanan hari tu sangatlah sedap, ada sambal goreng, sayur gori (nangka muda), ayam goreng berempah, daging masak pedas, makan sampai tak toleh kiri kanan. Dan yang paling seronok, saya dapat bertemu dengan BFF saya. Seronok rasanya bersembang hal-hal lama sambil tengok anak-anak berlari-larian bermain bersama. Anak-anak pun macam dah selalu jumpa pulak, jumpa terus mesra. Susah nak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Alhamdulillah, di kenduri Mummy juga kami dapat bertemu.

Mehla layan gambar.

Dayana dan Danish. Tengok tu, orang lain yang kawin, orang lain yang pakai inai..hehehe

Mama pun nak interprem jugak. Nampak tu Dayani duk atas meja...Dayana tu konon nak buat peace la tu tapi tak reti, hahaha.

Tunggu orang bersilat tapi orangnya ntah hilang ke mana...sakit perut kot?

Best gak lagu-lagu yang diorang mainkan.

Pengantin dengan kawan-kawan BIL waktu study dulu. Ada dua tiga orang yang saya kenal.

Sebahagian keluarga dari Pulau Pinang yang hadir.

My BFF, Dd and her cheeky boy, Darwisy

Nota kaki : Dah lama teringin nak makan aiskrim kacang merah, sekali tu kat rumah pengantin boleh jumpa, abang jual aiskrim guna motor tu jual. Tapi baru menikmati dengan penuh kusyuk, ada pulak yang minta, si Yani....last-last dapat tengok je la Yani makan bagi perabis.

Monday, October 28, 2013

Lawatan ke Perpustakaan USIM Khamis 24 Oktober 2013

Salam,

Hari nak bayar hutang. Banyak entry yang saya tak publish lagi. Ok ... hari ni saya publish dulu tentang lawatan kami pada hari ketiga iaitu hari terakhir lawatan akademik kami. Destinasi kami ialah ke Nilai, Negeri Sembilan.

Oleh kerana jadual kami telah berubah, maka kami dapatlah menjejakkan kaki ke Nilai 3 untuk cuci-cuci mata. Masa agak suntuk sebab jam 2.30 petang kami perlu berada di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Sepatutnya kami melawat USIM dahulu pagi Khamis tu tapi sebab mereka ada tetamu daripada USM, maka jadual kami telah ditunda ke petang mengikut basis siapa hantar surat dulu dia yang dulu, hehehe.

Dengan kelam-kabut kami berwindow shopping di Nilai 3. BAnyak sangat kedai yang nak dikunjungi tapi masa pulak tak banyak. Saya sebenarnya tak beli apa-apa pun, cuma mencarikan kain bahan sepasang untuk member ofis yang tak dapat turut serta dalam lawatan kali ini. Susah juga mencari yang berkenan di hati sebab banyak sangat kain untuk dipilih. Lega rasanya hati bila dapat carikan kain untuk si teman.

Ok la..meh layan gambar sepetang di USIM. Biasalah, mula-mula sampai rasa macam tak mesra lagi tapi bila dah warming up, boleh saja bergutau senda dengan rakan-rakan daripada library USIM. Teruja melihat "rumah" orang yang serba lengkap. Kami masih lagi bertatih-tatih menghias kediaman kami. Mana yang baik, boleh kami bawa balik dan aplikasikan di "rumah" kami. It was a pleasant trip, exciting and full with knowledge and new experiences.

Kami sampai jam 2.00 petang, konon nak singgah Pusat Islam mereka untuk solat jamak tapi rupa-rupanya USIM tiada Pusat Islam a.k.a masjid. Hmmm....

Kaunter pertanyaan yang sangat selesa. Belakang kaunter tu ada ruang seperti kafeteria yang menjual makanan ringan. Bagus sebab pengguna tak perlu pergi jauh untuk mengalas perut.

Sebahagian daripada kami ketika sesi taklimat. Masa ni memang sangat mengantuk. Asyik menguap je. Huhuhu

Salah satu inovasi yang boleh diadaptasi. Benda mudah dan memudahkan orang lain.

Ruang pejabat mereka. Waktu ni ramai staf library diorang yang tak ada di tempat mereka...mereka berkursus rasanya.

Ruang IT mereka. 

Glass table for students? They have it!

Kalau tak silap yang ni Koleksi Law mereka.

Security gate yang awesome. Suka..suka..suka

Kami dan mereka di akhir sesi lawatan. Semoga perkenalan singkat kita membawa manfaat pada kedua belah pihak. Insya Allah.


Nota kaki : Bila berjalan ke tempat orang, banyak benda yang kita rasakan kita ini kekurangan tapi insya Allah, jika diizinkan, kami pun mahu menjadi segah mereka. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...