It's You!

Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Its Not Obsession Yet

Salam

Hujung minggu macam ni saya tak ada aktiviti lain. Biasanya saya mengemas rumah dan melayan anak-anak je. Tapi sekarang ni saya ada aktiviti tambahan.

Oleh kerana saya cuma balik ke rumah sendiri di hujung minggu (hari bekerja saya duduk di rumah MIL), maka saya telah merakam cerita-cerita kegemaran saya. Cerita kegemaran saya selama ni ialah CSI...semua CSI yang ada. Start minggu lepas, saya ada tambahan satu lagi drama iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Oh...jatuh hati dengan watak Jebat dan Mastura. Baru sempat tengok dua episod awal...sangat mencuit hati.

Nak habiskan tengok semua episod yang dah dirakam. Minggu depan tak dapat nak tengok sebab akan bercuti panjang ke Putrajaya/KL tapi akan tengok minggu yang akan datang.

Belum lagi jadi peminat fanatik tapi bolehlah tengok waktu terluang. Saya bukan peminat tv sekarang ni tapi kalau ada waktu, saya akan tengok cerita-cerita yang saya gemar je. Waktu nak tengok tv pulak biasanya tengah malam..lepas semua org dah tengok cerita masing-masing dan si kembar dah tidur.

Korang pulak suka tengok cerita apa di tv? Selamat berhujung minggu.

Tuesday, October 30, 2012

Energy Saving dan Julia

Salam,

Wah...setelah bercuti lama, hari ni saya baru saja mula bekerja. Mood kerja pun lari-lari lagi hehehe..jenuh mengejar. Awal-awal tadi pulak, ada perhimpunan bulanan so kerja pun tak jalan lagi.

Hari ni perhimpunan bulanan bercerita pasal energy saving. Bunyinya macam remeh je tapi bila disertakan dengan data-data dan contoh-contoh yang ada di depan mata, baru lah terfikir...ye tak ye la..tak susah pun caranya iaitu padamkan suis lampu/penghawa dingin/peralatan yang kita tak guna sebelum melangkah keluar dari bilik.


Sekarang ni tengah gila tengok cerita Julia kat TV3 jam 7 petang tu. Suka sangat tengok cerita tu...fast pace. Bukan saja saya yang tengok cerita tu, mak, hubby, anak2 pun tengok. Yana dan Yani pulak suka nyanyi lagu Cukup..cukup sudah tu..hehehe..


Cerita pasal beraya di bandar nanti saya tulis. Nak selesaikan kerja dulu. Tangguh-tangguh nanti, jadi makin banyak tak terkejar pulak.




Tuesday, March 30, 2010

Lullaby - as we grow older, we will know how its feel..

Salam,
Hari ni aku keje petang...macam biasa balik kul 10malam. Pagi tadi waktu duduk di rumah aku tengok satu filem pendek di Hallmark Channel. Tajuk dia "Lullaby". Very sweet and touching. Aku terfikir, adakah hubby dan aku akan melalui saat-saat tua bersama atau salah seorang daripada kami pergi meninggalkan kami kesepian macam dalam filem tu. Siap meleleh airmata tengok pakcik tua tu. Korang rasa, korang macamana?

Thursday, January 28, 2010

Review...Vanishing Acts


Tajuk : Vanishing Acts a novel
Author : Jodi Picoult
Genre : Drama
Publisher : Atria Books

Lama dah tak wat review buku2 yang aku baca. January ni ada beberapa buku yang aku baca tapi rasanya nak wat review untuk novel Jodi Picoult ni.

Vanishing Acts merupakan sebuah novel mengenai pergolakan jiwa 5 watak utamanya, Delia, Andrew, Eric, Fitz dan Elise.

Delia merupakan seorang wanita yang berusia 32 tahun, mempunyai seorang anak perempuan dan tinggal bersama bapanya. Sejak kecil, dia bersahabat dengan dua orang lelaki Eric dan Fitz dan menjadi sahabat baik. Menjelang hari perkahwinannya dengan Eric (ya...sahabat baik dia tu) bapanya Andrew telah ditahan oleh polis atas dakwaan menculik dirinya ketika berusia 4 tahun. Sejak hari bapanya ditangkap, Delia mula mengalami konflik diri : siapa dia sebenarnya sebelum bapanya menukar identitinya menjadi Delia Hopkins.

Andrew seorang lelaki 50an yang telah melarikan anaknya (Delia) untuk kehidupan yang lebih baik. Dalam usahanya untuk melindungi anaknya daripada isterinya yang ketagihan arak, dia telah menyimpan pelbagai rahsia hidupnya & Delia daripada masyarakat. Penangkapannya telah membuka satu dunia baru baginya untuk muhasabah dirinya.

Eric seorang peguam dan juga tunang Delia yang mengalami ketagihan arak sejak usia muda. Apabila mengetahui Delia mengandungkan anaknya, Eric melamar Delia tetapi ditolak oleh Delia atas alasan Eric tidak layak menjadi seorang bapa. Dia berusaha untuk mengatasi ketagihannya dengan mendapatkan bantuan profesional. Apabila Andrew ditangkap, Delia mengharapkan Eric untuk membebaskan bapanya. Dalam usahanya itu, dia mengalami konflik diri sendiri dan hampir2 putus asa.

Fitz seorang wartawan, sahabat baik Delia & Eric. Dalam masa yang sama dia menyimpan perasaan cinta terhadap Delia tetapi kerana tidak mahu kehilangan sahabat, dia menyimpan perasaannya. Sedang dia berhadapan dengan konflik kerja (bos dia suruh dia wat liputan & berita tentang Delia & Andrew) dia merasakan dia tidak dapat lagi membendung rasa cintanya kepada Delia.

Elise, ibu Delia yang telah 28tahun tidak berjumpa dengan Delia. Ketagihan arak yang dihadapinya sejak sebelum melahirkan Delia mengakibatkan Andrew nekad membawa lari Delia. Selama 28 tahun menanti Delia, dia sedikit hampa apabila Delia tidak dapat menerima hakikat yang ibunya seorang pemabuk.

Novel ni ditulis berdasarkan setiap watak. Bab pertama kita membaca sebagai Delia, bab kedua kita jadi watak lain, so sebenarnya kita dapat menjiwai watak2 yang ada dan faham kenapa watak2 tu melakukan perkara2 yang diorang lakukan. Kisah penculikan oleh ahli keluarga ni kadang-kadang seram bila kita dengar. Orang yang kita kenal dan percaya belum tentu berniat baik. Tapi dalam kes Andrew & Delia, masing2 ada sebab tersendiri.

Note : I'm taking a long time to finish this book coz i've to stop in the middle of it to do so many things..hehe..but at last, i've managed. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...