It's You!

Showing posts with label Children Stories. Show all posts
Showing posts with label Children Stories. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Aktiviti Anak

Salam,

Nak share ni. Aktiviti2 yang boleh dilakukan oleh anak-anak kita waktu kita sedang sibuk buat kerja kat rumah. Ye la...kita tengah sibuk buat kerja ke, mengemas ke, memasak ke so tak maulah ada gangguan daripada si cilik kan. Even si abang pun kalau boleh jangan nak kacau mama waktu tu...okla..let's check it out..

1. Playdough 



    Aritu kan saya kata nak cari resepi untuk buat playdough sendiri yang bebas daripada bahan-bahan yang
    merbahaya untuk anak-anak...so ini ada resepinya. Budak2 kalau dapat main playdough ni mesti jadi leka.
    Senang kerja kita..

    Bahan ; Satukan 4 cawan tepung dan 1 cawan garam dengan 1/2 cawan air dan 2 sudu besar 
    minyak. Adun hingga dapat konsistensi yang betul..jangan lupa bubuh pewarna yang kita 
    suka. Senang kan..yang ni versi tak payah dimasak..ada yang perlu dimasak tapi yang ni pun  
    dah cukup mudah


2. Khemah



    Buat khemah guna selimut atau kain gebar. Lepas tu mesti diorang akan main kat dalam khemah diorang
    tu sampai penat. Bagilah biskut ke..apa ke..janji diorang duduk bermain kat dalam tu. Selalu Yani dan
    Yana suka main bawah selimut dengan abang-abang dia. Memang kalau dah main tu tak mau berhenti
    sampai kita pun diajak main sama.


3. Main Air



    Kalau saya di rumah nak kemas rumah, cara yang selalu saya buat ialah bagi diorang mandi dalam kolam
    yang tak perlu tiup tu. Kalau pasang tu je, dengan abang-abang dia sekali terjun dalam tu. Abang-abang  
    boleh tolong tengok adik-adik sementara saya menyapu rumah dan mengemop lantai. Hehehe


4. Gadget



    Bukan gadget yang elok..bagilah handphone rosak ke, radio rosak ke..lepas tu bagi skru driver. Mesti dia
    leka buat "kerja" sampai tak ingat dunia. Hati-hati juga karang habis benda kat rumah di Mcgyver kan
    pulak. Yani dan Yana pun pandai juga buat kerja-kerja ni...habis semua alat mainan yang ada bateri dia
    keluarkan baterinya..huihui


5. Bersihkan Rumah


    Yang ni lagi best. Boleh kurangkan kerja mama mengemas. Bagi je diorang kain lembab dan kerah
    diorang lap semua benda kat rumah. Yana n Yani memang tak boleh tengok saya mengelap, mengemop
    dan menyapu, dua-dua berebut nak buat juga. Kadang-kadang saya bagi diorang kain lembab diorang lap
    gril la, pintu la, dinding pun diorang lap. Hehehe...


Nota kaki : Kadang-kadang tak jalan juga cara-cara di atas so cara yang lain ialah jerit macam tarzan suruh diorang duduk diam-diam..hoho...korang ada cara lain tak?

Saturday, May 1, 2010

Cartoon

Salam,

Korang suka tak tengok kartun? Aku sangatlah suka sebab anak-anak suka. Banyak jugak rancangan kartun yang kami bertiga suka tengok tapi yang paling kitorang minat mestilah...

..
...
...
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Shaun the Sheep







Shaun ni dahlah comel, lepas tu sangatlah bergeliga otaknya. Kawan2 dia pulak semuanya comel dan pelbagai saiz. Bagilah apapun masalah mesti Shaun dapat selesaikannya dengan bantuan kawan2nya. Hehehe

Lagi satu kartun yang memang favourite kitorang kat umah ialah
..
..
..
..
..
......
..
..

Ben 10



Kisah Ben, Gwen & Grandpa menghapuskan alien yang datang ke bumi
yang ni sure lah budak2 tu ada t-shirt Ben 10 dan macam2 permainan berdasarkan kartun Ben 10 ni...


tapi skang ada satu lagu kartun yang diorang suka tengok. Mama diorang ni pun tumpang sekaki jugaklah menontonnya setiap petang

..
..
..
....
..
..
..

Phineas & Ferb


Yang ni kisah dua adik beradik yang genius, tiap2 hari diorang mereka macam2 benda yang kreatif untuk dikongsi bersama kawan2 diorang
tapi hari2 kakak diorang nak mensabotaj apa2 yang diorang buat
walaupun kakak diorang suka sabotaj diorang, tapi diorang buat bodoh je n suka tolong kakak diorang (berapa banyak diorang daaa)

Ha..itulah serba sedikit tentang kartun dengan aku dan anak2. Banyak lagi yang diorang suka. Boleh dikatakan semua diorang tengok. Tapi yang tiga di atas adalah kesukaan kami. Bagus jugak anak aku ni pilih kartun yang semua wataknya kreatif. Mudah-mudahan diorang pun kreatif jugak nanti. Hehehe

Thursday, March 19, 2009

Wednesday's Child


Title : Wednesday's Child
Author : Eloise Millar

Date Read : 1st March - 6th March 2009


Jane & James Robert, adik-beradik yang selalu didera oleh bapa mereka yang bekerja di kilang memasang kereta. Selalunya mereka akan didera teruk pada setiap hari Rabu: waktu bapa mereka Dick Roberts letih dengan kerja overtime.

Dalam novel ini, Jane yang berusia 8 tahun menjadi tukang cerita. Dia menceritakan bagaimana abangnya James melarikan diri daripada rumah untuk mengikut ahli sarkas dan bagaimana dia menghadapi sikap panas baran bapanya seorang diri. Selain itu, terdapat konflik yang melanda keluarga mereka : Makcik Annette yang ketagihan arak dan kehilangan anak akibat ketagihannya tetapi amat memahami Jane & James, Granny B, nenek mereka yang cemburu dengan kedatangan besannya dan ibu mereka yang terpaksa dirawat di hospital kerana sakit. Jane bercerita bagaimana dia menahan sakit dipukul bapanya dan perasaannya apabila terpaksa berhadapan dengan bapanya yang panas baran.

Ceritanya berkisar di sekitar kehidupan Jane sebagai seorang kanak2 yang sentiasa berada di dalam ketakutan dan hidup di dalam keluarga yang bercelaru.
Apabila abangnya melarikan diri, ibu dan neneknya terpaksa menyembunyikan Jane daripada pihak polis untuk mengelakkan dia dibawa ke rumah kebajikan. Walaupun James akhirnya ditemui semula, dia bersikap suka memberontak dan mula mencari gaduh dengan Jane.

Note : Cite ni takde ending sebab dia tergantung sampai klimaksnya Dick Robert keluar dari rumah selepas memukul James sebab James mencuri. Tapi at the end ibu Jane menerima kembali Dick Robert kerana masalah kewangan. Lama nak tulis tapi takde waktu luang untuk menaip. Lepas ni review "Santa Cruise" by Mary & Carol Higgins Clark. Sekarang tengah baca "Obsession" by Jonathan Kellerman.

Thursday, December 11, 2008

My All Time Favourite Author...


You guess, who is she?
As a child, I love to read all the adventures and mysteries' book that she wrote. She was the most successful children's storytellers of the twentieth century as stated in wikipedia. Some of her famous known character are Noddy, The Famous Five, and The Secret Seven. I've got a whole series of the The Five Find-outer and the Dog at my home. I treasured it and read it again & again. I also got a whole lot of the Magic Faraway books and other fantasies & adventures she wrote. I'm still looking some of the Circus Series & The Naughtiest Girl that i've read when i was a child. Nowadays, i read her books to my two son and they love it very much. If i'm going to the book store, i'm still looking for her books and buy some. I guess i'm still a child at heart. Mmmm....
Have you guess right? Well, click here to make sure!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...