Hari ni tak ke mana, lepas menyiapkan rutin harian di rumah, duduk mengadap tv, sesuatu yang jarang dapat saya buat kerana selalu berebut siaran dengan anak-anak.
Hari ni saya menonton dua buah filem yang saya rasa sangat menyentuh perasaan. Biasa la, saya ni cengeng orangnya, asyik menangis pulak ketika menonton filem Delivery Man lakonan Vince Vaughn dan St Vincent lakonan Bill Murray. Kedua-duanya berkisar tentang kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang. Saya rasa, itu yang membuatkan hati tersentuh kerana sebagai seseorang yang sudah berkeluarga, kita seringkali menghadapi pelbagai situasi yang mencabar kemampuan dan kesabaran kita. Tetapi, hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai dugaan menimpa.
Itu je nak kongsi hujung minggu ni. Semoga hujung minggu kalian penuh dengan kegembiraan bersama yang tersayang. ^_^
Nak kata saya ketinggalan zaman, katalah...tak kisah. Cerita dah basi pun nak tengok lagi. Orang dah baca semua siri novelnya saya baru habis baca..hahaha...nak tau tak pasal apa ni?
Nin dia!!!
Mula-mula tengok satu hari tu sebab rehat hari Jumaat kan panjang. Hari tu tak ke mana la pulak so tertengoklah Twilight. Kalau tak silap awal tahun ni waktu tu. Punyalah lama cerita ni main tapi baru tahun ni nak tengok...ahahaha..Bila dah layan, macam best pulak so sambung plak New Moon. Bila dah tau jalan cerita memang teruja nak tengok Eclipse pulak tapi sayang ...Eclipse kawan2 ofis tak download pulak. Mana ble terus lompat Breaking Dawn so saya usaha pinjam novel Eclipse kat library.
Sebenarnya awal tahun lepas, library ada beli satu set Twilight. Saya yang proses buku-buku ni tapi waktu tu tak terasa nak baca pun. Macam dalam hati, entah apa-apa cerita pontianak ni. Tapi bila dah tengok 2 movie yang awal, terasa nak tengok yang seterusnya. Lepas habis baca Eclipse baru sambung movie The Breaking Dawn. Lepas habis tu sebab lama sangat nak tunggu Breaking Dawn Part 2 keluar kat wayang, saya baca novelnya bagi habis. Hahaha...aci tak?
Pada sapa2 yang t ak tau, Twilight ni mengisahkan seorang gadis yang bercinta dengan pontianak dan dalam masa yang sama dicintai oleh shapeshifter yang bole berubah menjadi serigala. Macam ntah apa2 ntah kan?
16 November ni, Breaking Dawn Part 2 akan masuk panggung. Walaupun dah baca novel dia, tetap teringin nak tengok kat panggung. Hari tu kat HBO dok ulang-ulang yang lama sampai husband saya pun tau pasal cerita ni so saya dah cakap kat dia nak tengok cerita ni ngan dia. Lama dah tak tengok wayang ngan hubby sejak si kembar ada ni. Jom kita pakat pi tengok nanti ya!
Nota kaki : Nak tengok Jacob Black (Taylor Lautner). So cute...lebih handsome dari Edward Cullen (Robert Pattinson) ^_^
Bila duduk di rumah dalam keadaan kurang sihat, takde banyak benda boleh buat. Tambahan lagi si Yani yang suka memerap kat mama dia ni sejak muntah2 tempoh hari. Celik2 mata aje dia panggil mama. Lepas tu tak bagi mama gi mana2 kena duduk dengan dia je. Nasib baik Yana ok je. Cuma akan kalut bila nak breastfeeding. Dua2 nak serentak. Time tu Yana pun nak ngamuk jugak huhuhu...
Ingatkan nak sambung baca novel A Little Princess tu. Dah banyak hari tak sambung baca. Excited nak tahu kisah selanjutnya. Best cerita dia. Pasal anak tentera yang kaya dari India yang dihantar untuk belajar di London sejak 10 tahun. Walaupun kaya tapi dia tak sombong dan suka bercerita hingga akhirnya ayahnya jatuh miskin dan dia tak dapat menjalani kehidupan yang mewah seperti dulu. Tapi saya tak sampai lagi bab ayahnya jatuh miskin so kena sabar tunggu bab tu la. Tapi petang ni kepala kan pening2 lalat, so takmo la baca buku.
Tadi sebab Yani takmo berenggang, so melepaklah saya di depan tv dengan Yani, Danish dan Danial. Semuanya tak ke sekolah sebab muntah2 dan pening2 lalat. Kami tengok cerita The Lord of The Rings : The Two Towers kat HBO. Dah banyak kali tengok tapi tetap excited nak tengok...ni cerita favourite saya...tengok ulang2 pun best.
Petang ni hujan renyai2 pulak turun. Hujan2 sedap buat apa? Hahaha...tidur ya? Saya tak pandai tidur petang walau mengantuk sekalipun. So, akhirnya saya berblogging. Lepas ni nak blog walking ke blog2 teman2 saya ya. Nak tau apa pulak kisah korang di sana. Jumpa saya di laman blog kamu ya..bye!
Nota kaki : Makan nasi lauk kari daging yang super yummy masakan mak. Tapi selera masih kurang..so makan tak tambah hehe
Apa, siapa, Sura? Hehee..semalam, oleh kerana cuti di Penang, kami anak-beranak telahpun berjaya jalan2. Hubby yang ajak so kami ikut je la.
Bukan jalan2 mana pun. Actually nak anta kain wat baju melayu hubby, Danish & Danial kat Bukit Mertajam. Lepas tu kami gerak ke Carrefour sebab banyak barang umah yang dah abis. Tapi frust la pulak..susu penuh krim Dutch Lady habis kat Carrefour so tak beli la...(tapi barang2 lain kami beli ^_^)
Sebelum keluar umah, aku dah wat nasi goreng dan spageti goreng untuk sarapan. Makan punyalah banyak jadi terasa masih kenyang pulak. Lepas membeli barang di Carrefour, hubby ajak g makan kat Bee Chew (Kedai makanan hailam kat Bagan). Dalam kenyang2 pun balun beef steak. Danial makan chicken chop & hubby ngan Danish makan bihun + koew tiau hailam. Yum yum..
On the way balik, singgah kedai DVD/CD tamil kat Bagan. Nak cari DVD Sura, lakonan Vijay yang terbaru. Nasib baik ada so kami rembat je la. Sampai umah, lepas kemas2 barang yang dibeli dan rehat2 terus kami pasang DVD. Konon tengok berempat, last2 aku yang tengok sorang2..yang lain dah terbongkang tidur..ceh!
Sura taklah sehebat Vettaikaran @ Pokkiri tapi untuk leisure blelah tengok. Lagu dia yang first je best. Yang lain, ok ok je. Mengisahkan seorang pemuda bernama Sura yang menjadi harapan di kampungnya, sebuah perkampungan nelayan. Kisah berkisar bagaimana dia hendak merealisasikan impian untuk membina rumah untuk semua penduduk kampung tetapi dihalang oleh menteri korup yang ingin merampas tanah mereka. Kalau korang nak tengok, p la beli DVD yang original ye..hehe
Note : Vijay..Vijay...hahahaha...Vettaikaran & Pokkiri are the best..lagu2 best..ngee
Selamat pagi Isnin kengkawan. Pagi2 ni saja nak cerita tentang review movie Zoo lakonan Lan Petpet ngan Lisa Surihani tu.
Kami g tengok semalam. Saja sebenarnya hubby nak bawa budak2 berdua tu tengok wayang sebab dapat result best waktu exam. So aku pun ikut jela...takkan nak tinggal kat umah plak kan.
Kami g tengok kat Sunway Carnival tapi hubby beli tiket secara online so tak payahlah berebut beli tiket. Ramai gak orang semalam. Yang bawa anak2, sure nak tengok cerita Zoo ni.
Review? Ceritanya taklah best sangat. Nak kata kelakar, tak jugak sebab aku ketawa 2 kali je. Siap ble ngantuk nak tidur adalah. Aku rasa lawaknya tak berapa menjadi pulak. Setakat Lan Petpet wat aksi maikel jekson tu je aku sampai naik boring pulak.
Ceritanya pasal Saad yang sangat sukakan binatang. Dia interview kerja kata Zoo Negara dan diterima bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kat dalam Zoo tu semua binatang ble bercakap tapi yang ble dgr binatang bercakap cuma si Saad ni je. Lepas tu ada dua pencuri ni selalu masuk dalam zoo curi binatang dengan bantuan orang dalam. So, binatang2 ni minta tolong kat Saad siasat perkara ni. Tapi belum pun selesai siasatan, Saad telah dibuang kerja sebab dituduh mencuri binatang2 dalam zoo tu. Untuk membersihkan namanya dan mencari pencuri sebenar, Saad pun pergi ke zoo semula selepas seekor burung kakak tua bernama Alice melepaskan diri dan pergi ke rumaha Saad untuk meminta bantuan.
Macam gitulah serba sedikit ceritanya. Kalau korang nak bawak anak2, bawaklah tapi aku tak gerenti la best sangat sebab bagi aku biasa-biasa je. Oklah..cau cin cau..kerja menanti..daaa
Note : Danish & Danial kata nak tengok cerita Predators lepas ni. Macam tak excited je diorang tengok Zoo tu. Si Danial siap ajak aku bersembang plak dalam panggung pastu asyik bangun duduk bangun duduk je..boring la tu..huhu
Nampak iklan nuff ni kat beberapa blogger yang aku selalu frequent. Tertanya2 cerita apakah sebenarnya ia? Bila baca dalam Nuffnang post, baru aku tau citer ni dilakonkan oleh Dicaprio. Tengok poster macam best. Takpela..nanti dah kua kita cekidaut sama2.. okie...
Sepanjang percutian kami dari Penang - Melaka - Johor - Kuala Lumpur - Penang, kami bawa kad Astro kami sebab kami punya kad Astro ada Astro Box Office. Apa yang menariknya sampai kami bawa merata tempat sampai ke kampung nun jauh di Selatan? Sebab bulan ni ada dua buah cerita kegemaran kami iaitu Vettaikaraan dan 3 idiots.
Hari ni takmo citer pasal Vettaikaraan nanti korang muntah hijau sebab rasanya kalau cukup sebulan Astro pasang citer ni so lebih 25 kali kami tengok sampai anak2 tau lagu2 dan plot cerita (walau tak faham bahasa tamil..ngeee)
3 idiots lakonan Aamir Khan ni sangatlah best dan punya mesej yang sangat mendalam. Sangat menghiburkan, ada lawak, ada sedih, ada cinta, ada persahabatan, ada kekeluargaan..makanya semuanya lengkap. Tak hairanlah filem ni menang 16 anugerah dalam 11th IIFA (Indian International Film Awards) baru2 ini.
Sesapa yang belum tengok citer ni, silalah tengok. Highly recommended to all of you. Kisah mengenai 3 orang pelajar sebuah kolej kejuruteraan yang datang belajar dengan tujuan yang berbeza. Ketiga2 mereka menjadi sahabat baik dan mengharungi pelbagai dugaan sewaktu belajar.
So..find some times to watch this movie. Love all the scene and the songs..Pastikan subtitlenya bagus sebab tanpa subtitle best, cerita ni tak dapat dihayati.
Korang suka tengok movie? Aku suka tapi tengok juga jenis movie. Suka kalau g pawagam dapat tengok movie dengan aman damai tanpa ada gangguan daripada penonton yang lain. Lagi suka kalau orang belanja tiket wayang ngan air gas (tak minat popcorn)
Skang aku nak citer plak movie yang paling aku tak suka sepanjang hidup aku tengok wayang. Sapa yang pernah tengok Cloverfield (2008)? Sapa yang dah tengok mesti tau kenapa aku sangat tak suka cerita ni.Tengok review dan poster nampak macam best giler tapi hakikatnya hampeh.
Start masuk panggung je aku n abang dah jeling menjeling. Apa punya cerita ni? Cloverfield cerita yang kononnya based on live recording yang dibuat oleh satu kumpulan manusia ketika satu benda ntah alien ke monster ke menyerang bandar New York.
Ko bayangkan dengan rakaman yg bergoyang2 (kononnya salah sorang daripada mereka tengah merakam insiden tu) ngan jerit hirukpikuk, kepala aku pun mula pening. Pening je takpelah, siap ngan rasa nak muntah suma ada. Tak sampai pun 1/2 jam kami masuk panggung kami keluar balik sebab tak tahan pening. (Time aku tulis ni pun rasa pening)
Rugi duit tiket RM16..Huh! Ada satu lagi filem yang guna stail rakaman ni. Yang ni pun aku n hubby g juga nak tengok tapi macam kes 1 juga, tak sampai 1/2 jam kami dah kua. Puas la membebel dan memaki produser yang produce filem camni.
Sesapa yang dah tengok Cloverfield sila bagitau aku apa endingnya...
Malam minggu korang watpe? Aku baru je siap membalut hadiah untuk kenduri esok. Esok je ada 3 kenduri. Satu kenduri jiran selang 3-4 rumah dari umah aku, satu kenduri member hubby dann ketiga kenduri di rumah mak pengasuh Danial dulu.
Danial sangatlah teruja nak membalut hadiah untuk Pak Ngah (anak mak pengasuh). Sibuk nak tolong balut. Bila aku tak bagi, dia kata aku kedekutlah..apa lah..huhu.
Skang saja online sekejap guna Celcom Prepaid Broadband di Penaga. Hehe..ada gak benda nak wat. Actually sambil layan blog sambil layan Vettaikarran buat kali ke-10 (hahaha)..jangan terkejut tapi kami sekeluarga sangat suka dengan filem ni. Lagipun Astro Box-Office dah start main filem ni sejak 28 Mei yang lalu so kami dok ulang citer ni je.
Sesapa yang rasa hairan ngan kami, lehla try tengok (Banyak kali dah aku wat n3 pasal Vettaikaaran. Tengok sendiri kalau berminat sebab tak ramai yang minat Tamil Movie kan?
Oh ya..petang tadi aku tengok movie The Proposal lakonan Sandra Bullock. Sangat kelakar dann romantik. Yangg ni aku sarankan sesapa yang takde apa nak tengok, korang carilah. Best cerita dia. I love Sandra Bullock..cantik gitu...
Okla..nak sign-off. Nak baca Mastika yang baru beli tadi. Selamat bermalam minggu ^_^
Hujung minggu korang buat apa tu? Skang ni tengah tengok cerekarama "21 hari". Tak dapat bayangkan anak aku hilang kat shopping complex macam anak diorang ni. Ada juga orang yang tak siuman macam dalam cerita tu yang amik anak orang. Minta2 dijauhkan daripada kita semua. Aku penah alami satu peristiwa kat POPULAR. Masa tu bawa Danish n Danial beli buku. Kami g section knak-kanak sebab diorang nak pilih buku. Sedang kami belek2 buku, tengok2 Danial dah takde. Menyirap darah sebab waktu tu takut orang larikan dia ke apa ke. Kami cari seluruh floor tak jumpa. Pastu aku tergerak keluar. Kat depan pintu POPULAR tu ada gerai2 kecil orang jual handphone. Di celah2 tu aku nampak Danial dengan muka nak menangis cari kami. Kami panggil dia dengan rasa lega. Muka dia pun berubah. Nasib baik jumpa. Lepas kejadian tu, masing2 tak berani jalan2 jauh, mesti melekat je.Korang ada insiden macam tu tak?
Best jugak citer Wolfman ni
Suka kucing ni..
Google je gambar
Cuti2 ni aku dah habis tengok 2 movie (DVD)..citer The Wolfman dan Alice in Wonderland. Dua2 best...pastu tengok lagi Vettaikaran kat Astro Box-Office (dua kali kami tengok...maklumlah fanatik Vijay dan citer tamil).Kalau sempat, nak tengok balik The Lord of the Rings dari Fellowship sampai Return of The King. Haha..my favourite movies ever!
Sapa suka tengok wayang? Saya !! Saya!! Uiii ramai rupanya Sebenarnya kami satu family nak tengok Ironman 2 Hubby janji kat budak2 tu kalau tolong susun duit syiling, ble la ajak g tengok Ironman 2 Danish & Danial dah excited giler nak tengok Konon nak tengok ari Sabtu lepas tapi hubby g KL pulak nak tengok Konsert Double Trouble So tak jadilah kami tengok hari Sabtu Ingat nak ajak hubby g malam ni ke tapi esok sekolah pulak Tengoklah macamana Lama dah tak tengok wayang berempat Last rasanya 2012 Lepas 2012, kalau budak2 tu nak tengok wayang, Acu @ Angah yang bawa Korang caya tak, mama & abah diorang ni tak tengok pun Adnan Sempit kat wayang tapi diorang g tengok kat wayang...sian kat mama & abah huhu Tak kira...nak tagih janji jugak.. Nak tengok Ironman 2
Malam minggu yang lepas aku, hubby dan adik2 iparku pergi menonton wayang di Sunway Carnival Seberang Jaya. Kami beli tiket untuk tayangan 11.30malam cerita Niyang Rapik. Saja dah lama tak tengok wayang dan teringin nak tau tahap mana keseraman Niyang Rapik tu. Anak2 tido umah Tok Ibu sebab ramai yang balik bercuti sempena majlis pertunangan anak Tok Ibu pada 28.02.2010. Kami sampai agak awal so melepak kat ruang legar sambil usha orang yang ramai giler nak tengok wayang. Macam2 gaya ada...hehe. Lepas adik ipar & husband dia beli air & keropok, kami pun masuk dalam panggung. Time kami duduk tu kerusi belakang kami dah diduduki oleh sekumpulan remaja lelaki yang boleh tahan riuhnya. Takpela..movie tak start lagi...ko nak riuhpun ko punya pasallah...bila lampu dah padam semua kusyuklah nak tengok cerita tapi yang buat sakit hati, budak2 tu tak reti2 nak berenti bercakap. Habis dialog dalam movie tu diajuk dan ditokok tambah. Aku dah geram tahap gaban..adik ipar dok nak sound tapi abang dia kata biar je la. Huh..hangin betol la! Tak pernah tengok wayang ke hapa budak2 ni? Jakun kot...tak ada feel nak tengok cerita Niyang Rapik tu.. Tapi cerita Niyang Rapik tu taklah best sangat. Jangan Pandang Belakang lagi seram..pada aku la...kalau tau baik dok tengok the Lightning Thief...hampeh punya budak2...Sebenarnya dah dua kali kena macam ni. Sebelum ni cerita Jangan Pandang Belakang...kami duduk sebelah couple yang dok sibuk jadi pencerita tak bertauliah..moral of the story to myself : tengok cerita omputih lagi aman sebab penontonnya ble dok diam & beradap, ketawa bila kelakar, menangis bila sedih, geram bila marah. Macamana aku nak sokong filem melayu kalau camni jadinya? Note : stupidity makes people do something annoying to others...
Ok...hehehe..mesti korang pelik n tergelak kot. Kalau orang len tengok Twilight, Adnan Sempit dan len2 movie yang best, aku plak still tengok tamil movie. Lepas tengok Vettaikaran kat panggung bulan Disember lepas, kami beli DVD dia plak. Kali ni, ada subtitle tau. Sampai hari ni, dah dekat 4 kali aku tengok. Selalu hubby la yang nak tengok sangat tapi baru 10 minit pasang DVD dia pun belayar so akulah yang kena tengok sampai abis. Tapi walau dah tengok banyak kali, tetap tak bosan. Cerita tamil zaman skang, heroin suma comel2. Badan suma solid molid kalah kita ni, huhu. Lagu2 dia pun boleh tahan. Ni ada satu lagu aku buh dari movie Vettaikaran. Kalau nak dengar, dengarlah..hehe ^_^
By the way, Vettaikaran ni mengenai Ravi seorang anak muda yang terlalu meminati idolanya seorang anggota polis yang berani bernama Devaraj. Punyalah minat sampai p kolej yang sama dengan kolej yang DEvaraj penah p & jadi pemandu teksi untuk tampung belanja studi dia. Lepas tu Ravi ni terlibat ngan penjahat yang selalu mengganggu penduduk kawasan sekitarnya. Sebab dia dah belasah anak penjahat yang jahat yang amat, dia telah ditangkap polis (polis mestilah bersekongkol ngan penjahat) tapi dia dapat lepaskan diri. Lepas dia lepaskan diri tu dia balik g kolej tapi pihak kolej tak terima dia sebab dh kena ugut ngan penjahat. So, nak balas dendam punya pasal, habis semua penjahat dia bunuh.
Cerita yang dilakonkan oleh Vijay ni best sebab dialog dia semuanya pepatah yang best. Macam Ravi kata kat penjahat tu "Sebab kau kata kau umpama raja di rimba, kau tak perlukan polis untuk menghapuskan kau tapi kau perlukan seorang pemburu dan akulah pemburu itu" lebih kurang gitula maksudnya. Vettaikaran tu maksudnya pemburu ya kawan2..
K la...sapa2 yang nak tengok, p la cari DVD dia tapi make sure ada subtitle baru best. Tapi tak taulah korang akan suka ke tak..masing2 punya citarasa..^_^