It's You!

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Misi Iqra'


Salam,

Sedikit gambar ketika membuat lawatan susulan Misi Iqra' Bahagian Library tempoh hari. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut mesra dan mereka masih lagi mengingati kami. Bila tengok wajah-wajah polos anak-anak ini terasa sejuk hati kami. Mereka sungguh sopan santun dan menghargai kedatangan kami.

Apabila diajak berbual, ada yang malu-malu ada juga yang ceria bercerita. Saya pula seorang yang sukar untuk memulakan perbualan tapi bila lama-lama, ok la juga. Kebanyakan mereka mengatakan seronok duduk di situ, mungkin sebab ramai kawan dan keperluan asas dan pembelajaran teratur, maka mereka sudah terbiasa.

Rumah anak-anak yatim yang kami lawati ini selalu menerima kunjungan ipta, ipts dan badan-badan lain yang rajin menghulurkan bantuan baik dari segi wang ringgit, barangan atau keringat peluh. Semoga apa yang kami lakukan diberkati oleh Allah, insya Allah.

Anak-anak di BEDAYA, Kulim. Semuanya lelaki seramai 40 orang. Yang paling kecil dah darjah 4 hingga ke STPM. 

Bersama pengurusan BEDAYA sebelum berangkat ke Sik, Kedah.

Saya berbual dengan dua orang Zul ini. Seorang tingkatan 2, seorang lagi tingkatan 1. Seorang ramah, seorang malu-malu

Ni kat Rumah Gemilang, Sik Kedah. Ada dua rumah berasingan yang jauh juga jaraknya antara satu sama lain. Satu untuk puteri dan satu untuk putera. Kami dihidangkan dengan nyanyian nasyid yang mengasyikkan.

Sebahagian anak-anak lelaki di Rumah Gemilang bersam seorang kawan. Sama besar je..hehehe

Thursday, November 8, 2012

Cuti

Salam,

Sekejap je dah nak hari Jumaat, bermakna cuti sekolah pun dah bermula. Bila cuti sekolah bermakna anak2 kita yang bersekolah akan berada di rumah 24 jam. Korang dah fikirkan apa yang korang nak buat atau plan jalan2 musim cuti ni?

Untuk kami, rasanya belum tau lagi nak ke mana-mana. Lagipun baru je balik dari Putrajaya/Kuala Lumpur cuti Aidiladha yang baru lepas so tak terfikir nak ke mana lagi. Memandangkan Danish dan Danial ada di rumah, saya perlu rancangkan sesuatu untuk menghalang mereka bermain games sepanjang hari. Diorang kalau takde kerja, main games boleh lupa makan dan minum.

Ada rancangan nak ke Kelantan minggu hadapan tapi tak pasti jadi ke tak. Saya cuma standby je...kalau husband kata "on" terus je pack baju dan apply cuti. Ada juga rancangan nak bawa anak-anak ke Zoo Taiping. Memandangkan Yana dan Yani sudah mula mengenal binatang-binatang melalui buku dan televisyen, kami rasa ada baiknya bawa mereka tengok binatang secara live.

Pergi zoo boleh tengok gajah dan singa. Yani suka sangat dengan gajah...tak tau kenapa. Sebab dalam gambar selalu gambar gajah tu comel je kot. Dia tak tau gajah yang betul-betul besar giler..hahaha


Paling tak pun, nak ajak husband bawa anak-anak ke Taman Rama-rama di belah pulau. Selama duduk di Pulau Pinang ni, saya rasa saya tak pernah lagi pergi ke Taman Rama-rama. Pernah lalu je tapi tak singgah.

Agak-agak ada tak rama-rama kaler camni kat Taman Rama-rama tu?


Rasa macam nak balik kampung di Johor tapi mak pun ada di sini rasanya lambat lagi kot nak balik. Kalau balik ke Batu Pahat, boleh saya shopping pinggan Claytan kat Ayer Hitam. Boleh juga tengok-tengok pasu bunga dan barang tembikar lain kat pekan Ayer Hitam. Mungkin boleh juga ke benteng Batu Pahat makan Nasi Beriani Gam. Wah..menarik jugak tu!

Selain cari Claytan, kat Ayer Hitam banyak jual buah-buahan. Boleh beli keladi, keledek, ubi kayu dan pisang tanduk. Nak goreng dan makan dengan sambal kicap...fuhh sedap tu.


Kalau tak jugak, nampaknya kenalah saya buat jadual tugas untuk Danish dan Danial. Sebelum boleh main game, kena buat dulu kerja rumah. Tolong sama tengok adik-adik yang semakin lincah.

Anda bagaimana? Ada rancangan ke mana-mana ke cuti sekolah ni?

Friday, October 26, 2012

Perjalanan Kami

Salam, Semalam bertolak jam 10.30 malam.Lewat sikit sebab baru sempat kemas beg baju. Si kembar dah bising2 dalam kereta. Nasib baik bila kereta jalan je diorang dapat ditenangkan. Tidur sepanjang jalan ke Putrajaya. Kereta ke selatan tak banyak. Banyak lori je tapi jalan ke utara dah mulai sesak. Kenderaan x putus2. Sekarang hubby bawa kereta malam pun cepat ngantuk. Banyak kali juga berenti sebab mengantuk. Sampai Putrajaya jam 3.30 pagi lebih kurang. Esok pagi raya baru nak masak rendang ayam. Tdi mak tunang mami bagi lemang dua batang. Tok ibu ada kirim ketupat sikit. Ingat masak malam tadi tapi letih. Kami bawa budak2 gi Alamanda. Mulanya nak g i-city tapi hujan lebat pulak. Takpela...hari lain pulak la. Hehe oklah..esok nak bangun awal. Nak masak lepas tu nak ziarah sanak saudara. Nanti kita jumpa lagi ya. Selamat hri raya Aidiladha semua.

Wednesday, June 23, 2010

Makan-makan dan makan lagi - 15th June 2010

Salam,

Mesti korang dah kenyang sebab dah makan tengah hari kan? So takpela aku nak story tentang makanan skang ni. Karang ada orang terliur pulak kalau cerita time korang tak makan lagi.

Kisah ni tentulah kisah semasa percutian di kampung minggu lepas. Al-kisahnya selepas penat bershopping sakan di Ayer Hitam, kami bercadang nak makan di luar je. Malas nak masak. 

So, lepas kami balik umah n keluarkan semua hasil "tangkapan" kami di Ayer Hitam, kami pun g makan Nasi Briyani di Benteng Batu Pahat ( berdepan dengan Hospital Putra)


Ni nasi Briyani aku : Briyani Lembu..yum yum..nasi dia sedap sangat, makan gitu je pun dah sedap..hehe


Sebenarnya sambil makan briyani kami mencari makanan kegemaran kami iaitu OTAK-OTAK. Yang ni sebenarnya favourite Danish. Dia cukup suka makan otak-otak sampai kami order 30 keping otak-otak tengahari tu (separuh dimakan oleh Danish a.k.a hantu otak-otak )


Ni otak2 bakul pertama..setiap meja akan dapat satu bakul berisi 10 keping otak2..

Tengok ini hantu..punya excited dapat otak2..tu dia tengah cover gigi dia yg dah tanggal 4..hahaha

 
 Tengok rupa otak2 itu, warnanya merah terang, bau dia sedap dan rasanya of course la lazat tak terhingga

 Nampak tak berapa banyak daun budak tu kena kutip? Hehehe...

Punyalah hantu sampai dia boleh tahu otak2 mana yang best. Kalau kami beli kat Penang ni (biasanya waktu Ekspo Usahawan @ beberapa pasar malam tertentu), dia takkan makan banyak. Selain rasa, warna dan baunya tidak sama dengan otak-otak di Johor @ Otak2 Kempas (yg famous tu). Masa kat kampung aritu, kalau jumpa otak2 je mesti beli dan tukang perabih mestilah Danish. Siap berebut-rebut dengan Acu dia.

So, sapa2 yang dok belah utara ni, tau tak mana ada jual otak2 yang sedap gilesss? Sebabnya kami tak pernah lagi jumpa yang betul2 sedap (sebab kalau beli pun mesti tak habis...sebab tak sedap)

Panggilan Pulau

Salam,

Sejak dua menjak ni, aku asyik dengar orang g honeymoon kat pulau je. Si Hemy pun baru balik dari Pulau Redang. Tengok gambar2 yang ada dalam blog, terasa geram je..macam nak g jugak. Hubby kata nanti dia nak ajak aku g snorkeling kat Redang. Wah..bestnya..tapi sebenarnya aku bukan lah minat sangat dengan air masin. Rasanya kalau g tempat berpantai, aku cuma dok tepi pantai n tangkap gambar je.

Bercerita pasal pulau, aku terjumpa satu pulau ketika sedang melayari internet. Pulau ni berbentuk hati (Love) dan terletak di Lautan Mediteranean di negara Crotia. Sebelum ni pulau itu dikenali sebagai Galensjak tapi sejak ia ditemui melalui Google Earth, ia diberi nama Lover's Island sebab ramai pasangan mengunjunginya sewaktu Hari Valentine.



Pemilik pulau yang berkeluasan 130,000 ela persegi ini dimiliki oleh seorang lelaki bernama Vlado Juresko. Tetapi keadaan pulau itu yang tiada bekalan air dan makanan serta sangat sejuk (13 darjah celcius) mungkin akan membantutkan hasrat pasangan untuk bersendirian di sana. Juresko dikatakan sedang mengambil langkah2 untuk memajukan pulau itu kerana selalu mendapat permintaan ramai untuk ke pulau tersebut.

Note : Teringat masa bercuti di Melaka dan menaiki Duck Tours (Kenderaan dua alam- cerita len kali), pemandu pelancong tunjukkan kami Pulau Besar yang kelihatan seperti orang mengandung sedang berbaring di tengah lautan. Nampak mistik sekali.

Tuesday, June 22, 2010

Ayer Hitam - 15th June 2010

Salam,


Hari ni nak story tempat yang akan kami pergi apabila balik kampung. AYER HITAM. Apa ada di Ayer Hitam? Macam2 ada....
Setiap orang dalam family kami akan beli sesuatu yang berbeza kalau g sana.Time balik kampung minggu lepas, kami g 7 orang : aku, hubby, Danish, Danial, Acu, Mak & Cik Man (adik lelaki aku).


Suka tengok tiang ni..disalut ngan tembikar Claytan


Pilih yang mana berkenan

Sampai je Ayer Hitam kami terus g kilang Claytan. Apa lagi, kalau sampai situ mestilah borong pinggan mangkuk. Actually pinggan mangkuk ni reject sket. Tapi kalau pandai pilih dapatlah yang elok. Reject dia pun bukan banyak. Kadang tu corak dia senget, atau pinggan tu bulatnya tak bulat sangat.

Geram tengok pinggan ni..rasa nak beli semua je..huhu

Kali ni aku beli pinggan lauk dan mangkuk berpenutup. Kami belikan adik ipar yg dok Putrajaya tu pinggan makan dan mangkuk lauk dan mak pulak amik pinggan makan 6 biji. Hubby pulak siap belikan client2 dia bekas air tembikar. Harga? Berbaloi dengan kualiti. Kalau nak yg tak reject pun diorang ada jual, ikut selera kita la...

Sampai je budak berdua tu dah meliar mata tengok mainan


Lepas tu kami g pekan Ayer Hitam. Korang cakaplah nak apa, dari perhiasan rumah, cenderahati, kerepek, buah-buahan dan permainan, semuanya ada. Sampai je Danish & Danial dah sibuk nak beli robot Transformers. Bila dah dapat robot, bolehlah duduk diam.


Yang hujung kanan, bulat2 tu buah markisa..tapi tak pernah rasa pun..

Macam2 buah-buahan ada..pilih je la yang mana suka

Hubby suka beli keledek, keladi dan pisang tanduk kat sini. Sebabnya buah-buahan dia semua elok2 dan kalau digoreng dan dicicah ngan sambal kicap punyalah sedap sampai takleh berhenti makan. Dia juga belikan replika basikal antik untuk cenderahati bos.


Pasu pelbagai saiz amatlah banyak..

Aku pulak, borong beg make-up untuk hadiah perpisahan budak2 practical kat library ni. Cute sangat beg tu sampai aku pun sambar satu untuk make-up aku yang berterabur tu.

Bunga kering pun ada

Perhiasan untuk outdoor pun ada...

Sepanjang jalan yang kami lalui..macam2 ada

Acu beli bear besar rumah untuk awek dia. Bear2 kat sini ada banyak saiz dan harga daripada RM35 - RM135. Oleh sebab aku tolong pilih bear2, aku pau satu bantal bentuk LOVE yang comel banget..hehe. Kami beli tikar rotan yang orang skang selalu pasang kat umah tu untuk mak, harganya RM100 untuk 3 tikar. Mak kata dia takmo pasang lagi. Nak pasang time raya esok.




Lagi perhiasan

Tikar, bear2..apa lagi...suma ada

Pilih jangan tak pilih

Keseluruhannya, sangatlah seronok bershopping di Ayer Hitam. Banyak lagi benda yang menarik tapi tak beli. Lagipun kat sini bleh tawar-menawar tu yang seronok. Ada sesapa teringin nak shopping di Ayer Hitam? Jom!!

Monday, June 21, 2010

11th & 12th Jun 2010

Salam,

Bercuti bersama keluarga memang amat menyeronokkan, betul tak? Aku sebenarnya rasa seronok sangat dapat bercuti ngan hubby dan anak2. Maklumlah..hubby sangat sibuk kebelakangan ini, dengan kerja hakiki dan kerja sambilan. Kadang2 kami tak jumpa sehari sebab bila aku balik kerja dia dah p kerja.

Kami start perjalanan percutian kami pada malam Jumaat 11 Jun 2010. Actually, 12 Jun (Sabtu) kami akan mengikut rombongan meminang adik birasku di Air Molek, Melaka. Keluarga biras aku ramai dah berkumpul di Putrajaya umah adik ipar so kami terus g Melaka dan tumpang umah member baik di Merlimau.

Kami konvoi 2 kereta ngan member baik tu (dia balik Penang umah mak dia pastu kami balik Melaka sama-sama). Kami sampai kat Merlimau dalam kol 4.00 pagi. Sampai je terus tidur sebab pagi tu kena gerak awal. Tuan rumah yang nak sambut rombongan meminang tu kata kol 11pagi mesti dah kena sampai kat umah. Kami suma fikir macam "what the ... abis..kalau lewat semint, tak jadi ke nak meminang nih?"

Tapi jangan risau kawan2, kami sampai tepat pada masanya tapi kira lambat sket sementara tunggu semua org masuk dalam umah..keh keh keh..Tapi sangat respek ngan orang Melaka yang kuat adat. Semua benda diterangkan secara jelas so dua2 belah pihak faham dan jelas (biras aku tu orang Kelantan, so bayangkanlah kalau silap information nanti..kan ke susah).

Lepas sesi perbincangan oleh kedua belah pihak, kami dijamu dengan lauk-pauk yang sedap. Ada sayur lemak nangka, sambal tumis, ayam masak kicap, pecal, kuih-muih (takde asam pedas..kecewa di situ)

Oh..gambar nanti aku wat n3 len..suma dalam DSLR tak transfer lagi dalam pc.. Harap bersabar..cuma ada satu gambar iaitu gambar makanan sebelum dilahap oleh aku..hehe


Teringat lagi betapa sedapnya sayur nangka masak lemak tu..huhu


To be continued ...

Thursday, May 20, 2010

Last

Salam,

Entry bergambar Lost World of Tambun (Last)
Info : Entry Fee Adult RM30, Children RM24
Attire : Swim suit only, T-shirt (acceptable),
no tudung (just scarf like mine @ swim cap),
track bottom (acceptable if light material, no botton @ zip)


Susah woo..time kami datang tu jenuh bertengkar dengan lifeguard
sebab ramai yang pakai seluar panjang dr kain yg berat
dan tudung.
At last dia bagi jugak terjun
so, nak datang kenalah pakaian mandinya appropriate..
tapi tetap enjoy!










Friday, April 23, 2010

Sudah balik!

Salam Jumaat,

Rindunya nak berblog..ahaha...
Korang suma sihat ke?Aku sihat walaupun letih perjalanan tak habis lagi
Ditambah dengan kerja rumah yang belambak(Baru tinggal 3 hari umah dah serabut...haiyooooo!)
Selesai kemas umahnampak bersih dan sedap mataku memandangsepanjang di Terengganu, sibuk dengan bengkel dan kertas kerja
pastu dengar pulak ucaptama Presiden CUEPACS, Hj Omar Hj Osman
banyak info dapat
jumpa ramai otai UiTM

^_^


Sepanjang jalan nak ke UiTM Terengganu..sayang pantainya tak boleh dibuat mandi


Bengkel yang aku sertai

Bilik aku yang dikongsi ngan Riena & Pn Azmah

My breakfast...makan sambil tengok matahari naik..keh keh

Nampak replika ni kat Marang...humang aiii besau!

Note : Dah dua kali g UiTM Terengganu... tempat cantik tapi geram sebab makan punyalah mahal walaupun tak sedap. Dengar je slanga lain dari orang tempatan, dia sembelih gila2. Huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...