It's You!

Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Perubatan Moden & Tradisional Saling Melengkapi

Salam,

Baru sudah mengubah buku-buku di atas rak. Bila rak baru sampai, makanya kami akan pecah dan susun semula. Pecah tu maksudnya bahagi ikut nombor panggilan buku-buku dan susun balik supaya rak tak terlalu crowded. Pagi-pagi dah eksesais tangan. Berpeluh juga...hehehe...

Alhamdulillah, semalam selepas Maghrib kami dah bawa Yana jumpa Ustaz Azman untuk minta air penawar. Kita kan berikhtiar. Bukan tak percaya kepada perubatan moden, tetapi perubatan tradisional juga merupakan satu cabang cara mengubati penyakit. Rasanya tak salah kalau kita mencuba kedua-duanya untuk hasil yang lebih berkesan dan untuk pendapat yang lebih meyakinkan.

Malam semalam cuaca pun sejuk je, hujan turun mencurah-curah. Kami tak bawa Yani..susah pulak nanti nak berubat ramai-ramai. Ramai juga yang dah ambil nombor giliran. Rezeki kami juga dapat nombor 23..setiap malam, cuma ada 32 nombor je yang Ustaz keluarkan. Yela...Ustaz ni pagi mengajar jadi jam 10 malam biasanya dah habis sesi berubat.

Masuk je jumpa Ustaz, Tok Ibu bagitaulah tentang Yana, dia tak mau jalan cuma nak merangkak je. Lepas tu kena bagitau juga, bila start kejadian tu. Yana jadi macam tu lepas kami pergi bersiar-siar di Penang hari Ahad tu. Boleh rujuk entry ni untuk ceritanya. Hari Isnin lepas tu yang dia start tak mau jalan. Ustaz tanya nama penuh Yana lepas tu dia start baca beberapa potong ayat Quran. Lepas tu tetiba je dia menggigil jap. Dia kata ada yang tumpang kacau ni. Huhuhu..kami rasa seram la jugak. Sepanjang Ustaz bacakan air penawar tu, Yana pandang Ustaz tu tak berkelip-kelip. Jadi kaku gitu. Tak lama pun...Ustaz kata in shaa Allah, benda tu takkan ganggu Yana lagi. Air tu bolehlah disapu pada kaki Yana malam tadi jugak dan lebihnya boleh minum dan campur dengan susu.

Mesti ada yang tak percaya dengan perubatan berdasarkan ayat suci al-Quran ni kan. Sebab mesti ada yang kata, sikit-sikit ustaz kata ada benda ikut/tumpang dan macam-macam. Tapi bagi saya yang pernah mengalami benda mistik ni, saya percaya dengan kebolehan ustaz. Lagipun tak heran pun, memang di dunia ni selain manusia ada juga makhluk lain yang tinggal bersama-sama kita cuma kita tak nampak je.

Sebenarnya, malam kami singgah di Masjid Negeri tu, keadaan Masjid Negeri sangatlah gelap. Persekitarannya memang gelap sungguh. Lampu-lampu di setiap penjuru kawasan masjid tidak menyala malah lampu di koridor masjid juga tiada. Berpusing-pusing kami cari jalan nak masuk ke kawasan solat. Bilik air pun tiada lampu cuma harapkan cahaya lampu di dalam masjid yang samar-samar. Tak taulah..mungkin waktu tu Masjid Negeri mengalami gangguan bekalan elektrik agaknya. Waktu tu hubby kata dia sebenarnya dah tak sedap hati nak berhenti tapi memikirkan masjid kan tempat ibadah takkan ada benda tak baik. Hubby kata waktu nak ambil air sembahyang dia lalu kat belah tempat mandi mayat. Mungkin kot MUNGKIN ada makhluk lain ikut balik. MUNGKIN....

Lepas solat kami makan kat warung bawah flat tu kan. Waktu makan memang saya dok rasa ada benda main-main kat paha saya. Banyak kali saya kuis. Saya siap kata kat mak saya, ada binatang kot masuk dalam seluar. Lepas tu baru Yana nangis sambil kuis-kuis kaki dia dan kata sakit tapi kami ingatkan dia nangis sebab dia tak sedap badan. Memang waktu tu pun dia demam. Lepas tu yang dia start tak mau jalan dan terketar-ketar kakinya.

Ok...ini semua mungkin kebetulan. Mungkin juga tiada kaitan tetapi rentetan peristiwanya amat meyakinkan kami dengan kehadiran makhluk lain. Kami nak tengok dua-tiga hari ni macamana perkembangan dia. Follow up ke klinik akan kami buat juga. Kami nak juga kepastian berdasarkan perubatan moden. Ikhtiar...

My sweet little Yana. Get well soon darling!


Nota kaki : Alhamdulillah sejak semalam, Yana dah mula berjalan dengan lebih tetap. Kurang dah ketar di kaki. Kadang-kadang dia merangkak juga tapi tengok dia ada inisiatif dah untuk bangun sendiri dan berjalan bila disuruh. Alhamdulillah syukur ya Allah. Doakan yang terbaik untuk Yana ya kawan-kawan!

Thursday, October 11, 2012

Seramnya 3

Salam Khamis,

Bukan...bukan...saya tak nampak dia lagi malam semalam tapi ni pasal MIL, mak, mak saudara n sepupu yang bawa Yana n Yani gi jumpa ustaz malam tadi. Sebabnya berkaitan dengan kes saya jumpa dia malam tu la.

Perasan la malam saya jumpa dia, bila balik rumah nak tidurkan Yani n Yana, Yani ni asyik pandang kat penjuru bilik je. Tak berkelip-kelip. Saya pun dok ushar gak kat penjuru tu ada apa tapi tak nampak apa la. Nasib baik dia tak nangis malam tu. Esoknya tu baru Yani muntah-muntah dan start meragam. Tak mau dengan orang lain...nak dengan mama je. Lepas tu, tak boleh berenggang dengan kita. Nak suruh kita duduk dengan dia je.


Malam semalam bila gi minta ustaz tolong tengok-tengok. Ustaz kata memang dia ikut saya balik rumah. Lepas tu dia duduk dengan Yani. Yani memang dari baby lagi kami dah perasan dia ni jenis lemah semangat sikit. Tu sebab kot dia nak orang duduk dengan dia je. Benda tu mesti selalu ada dekat so dia takutlah kot. Hish..meremang bulu roma. Alhamdulillah...ustaz dah tolong buang benda tu dan bagi air tawar untuk Yani.

Lepas ni, kalau rasa atau nampak apa2 kat luar rumah, kena berhenti kat mana2 dulu dan baca la ayat-ayat Quran yang boleh menghalau benda tu daripada ikut balik. Malam tu saya tak teringat pun nak berhenti kat mana2 sebelum balik rumah. Selalunya saya akan baca Ayat Kursi dan Surah 4 Qul tapi malam tu kiranya jadi blur tak ingat langsung nak baca apa2 sebelum masuk rumah. Ni jadi peringatan kepada diri sendiri dan kawan2. Bukan apa, kesian kat anak2 kita yang boleh nampak macam2 tu.

Alhamdulillah, malam tadi Yani nampak dah makin ok..tak lagi nak menempek je. Boleh main sorang2 dah dan yang penting tidur lena dan tak merap2 dah.

Nota kaki : Rupa-rupanya sebelum saya nampak dia, ada student yang nampak dia bertenggek kat rak masa dia cari buku. Budak tu turun bagitau kat staf lelaki dan member pun gi check tapi tak nampak apa cuma rasa kehadirannya. Tak lama lepas tu, saya pulak naik ke atas dan ternampak dia. Mangsa rupanya saya...huhu..

Tuesday, October 9, 2012

Seramnya 2

Salam Selasa,

Semalam, saya cerita kat kawan2 apa yang saya nampak kat tingkat tiga tu. Bukan nak bagi diorang takut, tapi rasa tak syok plak tak cerita.

Cerita saya telah disahkan oleh paparan di cctv tapi takleh plak tunjuk kat sini. Memang seram la bila nampak kelibat benda putih tu. Memang ada kat rak yang saya cakapkan tu. Yang bestnya, dalam cctv nampak benda tu lalu pastu patah balikk macam saja nak tengok saya...huhuhu...seram tak?

Cukuplah sekali saya nampak walau sipi2. Tak mau dah nampak. Kalau dia nak kacau, silalah kacau orang lain atau silalah kacau student-student yang naik tingkat tiga tapi tak study...dok berpacaran tu. Bagi diorang gempak sikit..hohoho...

Nota kaki : Tak puas tengok rakaman tadi..nak tengok lagi bagi hati puas. Hoho

Monday, October 8, 2012

Seramnya

Salam Isnin,

Semoga pagi ini semua blogger berada di dalam keadaan sihat. Saya pun alhamdulillah dah sihat selepas minggu lepas berada di dalam keadaan yang kurang sihat. Mungkin saya tak sihat sebab kisah ni tapi tak tau la. Selalu dengar diorang cerita, kali ni terkena pulak kat saya. Tak taula samada perasaan saya atau memang dia nak menyakat saya. Kejap lagi saya cerita ya...


Tunggu.....

Lepas korang baca nanti, korang komen la, agak2 seram ke tak? Ok..

Ni cuma gambar hiasan..tapi seram macam kat tempat ni la huhu..(ehsan pak google)

Ceritanya macam ni...

Ni bukan la nak menakut-nakutkan sesiapa tapi cerita macam ni memang dah kami dengar semenjak library ni dalam pembangunan lagi. Pernah waktu tak siap lagi student nampak lembaga menyerupa perempuan di tingkat atas library melalui tingkap bilik dia. Maklumla..library kami ni 80% cermin so nampakla dalam library kan. Waktu kami dengar cerita ni, kami pun seram sejuk gak tapi ignore je la..

Bila dah pindah masuk ke bangunan baru ni, ada la dua- tiga kali kejadian mistik berlaku kepada kami. Bukan semua yang kena la. Ada member tu kerja sampai jam 10 malam tapi lepas jam 10 dia tak balik lagi sebab kena tunggu wife dia. Tengah dia layan internet tetiba dia dengar bunyi plastik. Dia tak puas hati g check setiap bakul sampah kot-kot ada cik ti ke cik pas ke tapi takde. Lepas tu, blind kat bilik berdekatan dengan dia duduk tu bergoyang-goyang macam ada orang selak. Tak tunggu lagi la..off pc terus blah.

Ada yang kena cuit waktu nak off lampu kat tingkat atas. Ada yang nampak dalam cctv macam orang susun buku walhal dah takde orang pun waktu tu. Tapi pasal blind tingkap tu kalau tak silap ada la dua kali dia main kat situ. Sekali tu bos yang nampak waktu petang. Dahsyat kan dia? Suka kacau-kacau..tak suka tau..

Ok..ok..skang cerita pasal saya. Minggu tu saya kerja petang hari Jumaat. Member saya hari tu perempuan. Sorang lagi lelaki tapi yang jaga kaunter pinjaman saya dan kawan perempuan saya tu. Nak jadikan cerita, hari tu saya tak tau pun tingkat tiga tu ditutup untuk semua pengguna sebab ada leaking. Patutla waktu saya susun buku pukul 2.30 petang tu tingkat tiga tu suram je sebab lampu pun tak pasang semua. Bila dah pukul 5 petang baru saya tau tingkat tiga tu ditutup tapi kalau ada student nak cari buku, staf kena la teman.

Malam tu dalam pukul 8 lebih ada student lelaki nak cari buku kat tingkat tiga. Waktu tu member ada di surau so saya tak boleh la nak teman student tu. Saya cakap jap lagi kalau member saya dah datang, saya akan naik cari budak tu di tingkat dua dan bawa dia ke tingkat tiga.

Bila member saya dah balik, saya pun angkut la buku2 yang ada untuk ke tingkat tiga alang2 dah naik tu sebab boleh susun buku awal. Bila dah malam sangat, saya pun cuak gak nak naik atas. Bila cari2 budak lelaki tu tak jumpa plak so saya naik je la atas sorang-sorang. Sebelum ni, kalau saya nak naik sorang pun bila takde student kat tingkat tiga tu, saya akan bawa hp dan pasang ayat Quran tapi malam tu hp pun saya tinggal. Naik pun berani je.

Waktu saya tengah susun buku kat rak paling bawah, of course la kena bertinggung dan tunduk...dari ekor mata saya, saya nampak kelibat kain putih lalu kat celah rak sebelah saya. Lepas tu laju2 saya angkat muka tapi tak nampak apa. Muka terus rasa panas..tak cakap apa, saya terus turun ikut tangga. Saya selalu kalau naik lif terbayang2 bila buka pintu lif ada hantu jenguk kat dalam lif...huhu...penangan cerita seram la ni..Turun2 tu saya tak cerita pun kat sapa2. Tapi otak dok ligat berpusing2 betul ke apa yang saya nampak tu.

Lepas tu la, Isnin saya mc..Selasa dan Rabu kerja lepas tu demam lagi. MC lagi Khamis dan Jumaat. Huhu...

Kalau korang, korang seram tak??

Nota kaki: Ni tak cerita kat member lain ni. Takut diorang seram nak gi tingkat tiga tu bila kerja malam nanti. Tapi lepas ni, kalau saya kerja malam, saya suruh budak lelaki je la naik. Kalau naik pun, berteman..Suka ati  kamu je takutkan saya ye...huhu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...