Salam,
It's just the skies today
Is it sad or just the way it was?
I still love it..no matter what its conditions..
Loved
Salam,
It's just the skies today
Is it sad or just the way it was?
I still love it..no matter what its conditions..
Loved
Salam,
Aktiviti : Team Building Bahagian Perpustakaan UiTM Pulau Pinang
Tarikh : 21 - 23 April 2015
Tempat : Royal Belum Rainforest Grik Perak
Sangat menyeronokkan bila mengadakan program team building ini di atas bot. Kami dibawa menyelusuri tasik dan berhenti bermalam di tepi tasik yang sangat misteri.
Saya rasa tasik Banding ni macam tidak berpenghujung. Ada je lengkuk yang boleh dilalui. Sangat tenang.
Bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan sepejabat, menjalankan aktiviti santai, memanglah akan ada macam2 karenah tapi dari situ la kita akan lebih mengenali diri masing2.
3 hari 2 malam dirasakan sekejap saja.
Insya Allah, ada masa dapat lagi berkumpul macam ni di tempat lain pula. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jom layan gambar hehe..
Salam,
Duduk di kaunter, mendongak ke langit
Melihat mereka di atas sana
Memasang tinted
Takut nak tengok diorang
Bersyukur sangat kerja saya kerja yang tidak perlu panjat memanjat
Tak perlu menyabung nyawa begitu
Salam,
Dalam hidup kita, takkan ada satu masa pun, yang kita terlepas daripada membuat kesilapan. Pasti pernah kita melakukan sesuatu yang melanggar batas norma kehidupan kita. Tapi wajarkah kesilapan kita dijaja dari mulut ke mulut hanya kerana ada hati yang tidak senang?
Selalu dengar orang menulis, jangan pandang sekelumit kesilapan yang pernah seseorang lakukan tapi pandanglah kebaikan yang pernah dia lakukan. Masalahnya, bila terjadi kepada orang yang kita tidak senangi, kenapa ayat itu tidak diguna pakai?
Jika ada silap yang lepas, kenapa perlu bercakap sehingga tiada hentinya? Kenapa tidak cuba faham apa yang dirasai dan dilalui oleh teman yang satu ini?
Kata seseorang kepada saya, biarlah mereka bercakap tentang kita. Kalau kita berada di tempat yang benar, buat apa kita nak takut. Biarkan mereka dengan prejudis mereka. Mereka tak tahu apa yang berlaku, mereka suka membuat andaian, mereka suka bercakap di belakang kita tapi tak pernah mahu berdepan dengan kita, yang penting, kita tidak seperti mereka.
Nota kaki : Bohonglah...kalau hati tidak terasa tapi hidup perlu diteruskan, with or with out them.
Salam
Tak perlu gah untuk jadi amalan terbaik
Hanya perlu yang simple
Yang boleh diterimapakai oleh semua
Amalan terbaik
Datang dari diri sendiri
Walau nampak remeh
Tapi impaknya terasa
Nota kaki : Bengkel Amalan Terbaik anjuran PTAR, UiTM Shah Alam disertai oleh seluruh perpustakaan kampus UiTM.
Salam,
Bukan kebiasaan saya duduk di depan tv sambil membaca, walaupun kemudahan itu ada di perpustakaan. Tapi hari ini, saya buat di luar kebiasaan saya. Biasanya, hari Jumaat, saya akan berada di depan pc menonton movie atau membaca blog atau menjahit.
Dah lama tidak menjahit, masih minat menjahit dan punya beberapa idea untuk membuat kraftangan tapi mood nak mula tu masih ke laut.
Akhir tahun 2014, adalah waktu2 saya sangat malas mengupdate blog dan membaca blog. Banyak cerita yang nak dikongsi tetapi bila mengadap pc dan ingin menaip, idea tu hilang entah ke mana. Tahun baru, mula merajinkan diri membuat perkara-perkara yang boleh menenangkan jiwa : membaca buku, membaca blog, berkraf.
Nota kaki: Alhamdulillah, sudah mula membaca Al-Quran dengan lebih kerap. Saya join group membaca al-Quran melalui whatsapp..satu group ada 30 org, setiap seminggu sorang satu juzuk so dlm seminggu dah khatam. Lepas tu minggu depannya tukar juzuk lain, sampailah habis semua juzuk kita baca. Ok la kan...daripada tak baca langsung. So, azam saya dah makin tercapai. Bersenam pun dah makin rajin, tak kurus pun takpe...janji fit. Hehehehe...
Salam,
Dugaan yang terpaksa dilalui jika bertugas di kaunter waktu petang ...
Cahaya matahari petang tepat kena muka...
Dugaan..
Salam,
I'm glad that the Book Talk Sessions were going on great. The lectures were great..the students were supportive. I'm a happy organizer today.
Sebenarnya saya sangat suka aktiviti ni sebab ia dekat dengan minat saya dan obsesi saya, buku. Saya nak sangat ia berjaya dan mendapat sambutan. Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar. Kalau ada yang terkurang tu..biasa la kan. Tapi saya rasa gembira sebab semua yang terlibat sangat sporting dan memberi kerjasama yang baik.
Sesi perkongsian tentang buku yang pernah dibaca ini sangat menarik. Kalau ada dua org membaca sebuah buku yang sama, belum tentu persepsi dan penerimaannya sama. Seronok dengar orang lain bercerita tentang buku yang mereka pernah baca.
Esok, ada aktiviti lain pulak. Saya Putar Paen! (Road impian) dan i-Workshop. Semoga semuanya berjalan lancar.
Salam,
Selamat berhujung minggu. Baru nak rajin berblogging...dah jadi malas balik. Huhuhu. .I need something to boost my enthusiasm to write.
Sangat sibuk sekarang. Start esok, banyak aktiviti nak dijalankan. Saya handle Book Talk sessions...diorang kata kena bagi sesi ni kat orang yang rajin membaca. Saya ok je tapi cuma ok bab preparation je. Bab kena jadi moderator sesi ni rasa gemuruh jiwa raga. I don't like to be up front.. I'd rather be behind the stage...running the program technically.
Bila ada program macam ni..saya selalu nak bolot semua kerja..masih lagi ada rasa sukar nak berkongsi kerja. Tapi saya sudah mula berkongsi idea...minta tolong orang lain untuk siapkan kerja-kerja yang ada. Cuma mungkin tak cukup lagi...kawan baik saya merangkap si member kreatif banyak kali ingatkan saya, kongsi kerja..bagi orang lain buat kerja, baru la cepat siap...kita pun tak letih sorang-sorang. Hmmm...memang betul...tapi kepuasan tu jadi kurang. I'm not a workaholic but I'm a perfectionist when it comes to my work.
~sigh~
Salam,
Pejam celik pejam celik..dah dua minggu lebih kita berpuasa. Sat je rasanya. Alhamdulillah...cuaca di Penang sekarang tidak la terlalu panas so nyaman sedikit berpuasa. Walaupun nyaman..ada gak panasnya cuma jangan hangat hati macan Cik akak CDM25 tu..huhu..hilang kesantunan dah tu.
Deko raya library dah nak siap. Untuk sudut Sampaikan Dariku Untukmu dah pun siap. Lebih kurang yang dulu juga cuma ditambah baik untuk lebih menarik. Maklumlah...bajet pun xde so kenalah kreatif dan inovatif.
Lagu raya pun dah mula dipasang di dalam library. Rasanya...adik-adik ni semua dah tak sabar nak balik kampung. Berbuka puasa bersama keluarga. Waktu saya ke bangunan Laman Perdana (bangunan pentadbiran) minggu lepas pun dah nampak depa jual tiket bas untuk balik kampung.
Persiapan raya korang macamana? Saya alakadar je...lebihnya untuk anak-anak sebab mereka yang lebih excited kan? Yang penting...raya kena balik kampung. Tak kisahla awal atau lewat sikit. Janji balik...mak pun faham anak-anak dia ni dah berkeluarga so kenalah bergilir-gilir.
Okla...nanti kita sembang lagi. Nak sambung wat dekorasi raya.
Salam
Minggu ni mai kerja dengan badan yang sakit2 akibat program team building minggu lepas. Seronok memang la seronok tapi sebab dah lama tak buat program luar so memang badan letih.
Ala...korang layan je la beberapa keeping gambar kitorg di Tasoh Lake Resort. Tempatnya memang menenangkan sesuai untuk program bina diri ni. Cuma agak sunyi je.
Salam
Baru balik jalan...dah jalan lagi. Kali ni jalan dengan geng library ke Timah Tasoh, Perlis sebab ada team building bahagian library.
Walaupun tak lama...cuma dua hati satu malam, tapi rasa excited sebab lama dah geng library tak buat program kami kami je macam ni. Library kena la tutup dua hari ni.
Okla....nanti update lagi. Bila Bas gerak...karaoke pun start la...diorang ni memang hantu karaoke...so layan je la...
Salam..
Kegemaran saya...tengok awan...dengar bunyi angin...tengok hujan...dengar guruh...tgk kilat...kan ke dengan alam kita belajar?
Selalu terfikir...hebatnya Dia...mencipta segalanya...menjaga perjalanan alam dengan penuh kekuasaanNya.
Malam tu saya kerja shif petang. Lepas maghrib..hujan masih turun. Saja ambil gambar ni dri pintu library...suka tengok awan gelap...satu dua lagi gambar yang lain..gambar di pesisir pantai highway Pantai Bersih.