It's You!

Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Wednesday, October 28, 2015

My Free Time Favorite TV Show

Salam,

Sejak dua menjak ni, suka pulak buka channel Life Inspired, 728. Dah namanya pun life inspired, so banyak rancangan yang ditayangkan memang menggalakkan kita mendapat sedikit idea camna nak deco rumah, idea tempat2 makan yang best dan tempat2 yang menarik untuk dilawati.

Sekarang ni, suka dua rancangan ni, Tasty Road dan A Bryk At A Time. Satu rancangan jalan2 cari makan di Korea dan satu lagi rancangan ubahsuai dan deko rumah. Walaupun nak p Korea tu macam tak, tapi suka cara pengacara rancangan tu mengacara. Dah la dua2 pengacara dia comel n cantik, kelakar pulak tu so memang xjemu tengok diorang.

A Bryk At A Time tu pulak, designer dan kontraktor dia punya la cantik dan sangat kreatif. Kira dua2 rancangan ni mempromosikan kebolehan wanita, so memang sangat best bagi saya. Tu yang boleh tertarik nak menonton program ni. Banyak gak idea yang boleh dicedok dan kalau ada bajet, boleh la menghias rumah ehehehe....

Sunday, October 11, 2015

A touché day

Salam,

Hari ni tak ke mana, lepas menyiapkan rutin harian di rumah, duduk mengadap tv, sesuatu yang jarang dapat saya buat kerana selalu berebut siaran dengan anak-anak.

Hari ni saya menonton dua buah filem yang saya rasa sangat menyentuh perasaan. Biasa la, saya ni cengeng orangnya, asyik menangis pulak ketika menonton filem Delivery Man lakonan Vince Vaughn dan St Vincent lakonan Bill Murray. Kedua-duanya berkisar tentang kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang. Saya rasa, itu yang membuatkan hati tersentuh kerana sebagai seseorang yang sudah berkeluarga, kita seringkali menghadapi pelbagai situasi yang mencabar kemampuan dan kesabaran kita. Tetapi, hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai dugaan menimpa.

Itu je nak kongsi hujung minggu ni. Semoga hujung minggu kalian penuh dengan kegembiraan bersama yang tersayang. ^_^

Thursday, October 8, 2015

Memories

Salam,

Buka Facebook, ada memories lama yang boleh dikongsi. Gambar ni tahun 2011, masa ni diorang belum pandai berjalan, masih merangkak lagi. Waktu ni memang sangat mencabar, menyusu badan sorang sebelah, susu botol tak mau tapi rasa happy sebab tengok mereka membesar dengan sihat.

Tu je nak share....ehehehe....

Wednesday, September 30, 2015

Book lists

Salam,

Bila lama tak menulis di blog, masa saya banyak habis membaca novel. Lama dah tinggal hobi yang paling saya suka ni. Dulu bila menulis di blog, rajin juga update novel apa saya baca di ruangan "Now Reading" saya tu.

Ok, ni senarai novel yang saya dah baca sepanjang berehat menulis blog. Bagi saya, ini salah satu terapi untuk diri saya. Mesti ada yang kata, membaca Al-Quran kan lagi bagus, ehehe...yang itu pun alhamdulillah, saya setiap hari baca. Janji sehari, ada baca sesuatu, itu dah buat saya rasa seronok. Baca status FB orang lain pun membaca juga ye..ehehe...

Nota kaki : Ni bunga2 nak menulis balik ni... James Patterson, my new favourite author ^_^
Semua gambar, daripada instagram saya.







Wednesday, July 8, 2015

Buntu

Salam,

Ramadhan tahun ni, saya jadi rajin pulak memasak. Rasa tak lalu makan makanan yang dibeli di bazar Ramadhan. Kadang tu bila tengok makanan yang dijual nampak sedap sangat tapi bila sampai di rumah, tak menepati citarasa pulak. Ada tu, berniaga macam melepas batuk di tangga pulak...contohnya aritu beli popiah goreng, tapi intinya dah la sikit,bila digoren jadi hangit..kulitnya keras pulak. Hmmm....macamana la orang berniaga sampai camtu?

Semalam teringat inti karipap dalam peti sejuk so sayang nak buang, saya uli tepung nak buat murtabak. Sekali tu, En. Suami kata kita buka puasa kat luar la...kat cafe member dia di Kulim Hi-tech so saya tinggal la tepung dah siap uli dalam besen. Balik berbuka tanya kakak Yani, nak makan roti canai tak? Dia kata nak...so saya buat roti canai untuk 4 orang budak lapar, dapat la sorang sekeping. Tak la boleh lawan roti canai mamak, sebab mama diorang ni tak reti tebar, main tarik tarik je, tapi bila diorang kata sedap, hahaha happy la pulak. Murtabak pun buat untuk sahur tadi.

Bila rajin masak, mula la kepala pening nak masak apa. Tapi bila dah memasak, kena fikir apa yang diorang suka makan. Kalau tak, kita masak, diorang tak makan banyak. Petang ni, En suami kata nak makan kue tiaw goreng, so mudah la kerja saya. Tak payah fikir dah...tapi macam nak buat kuih pulak....hmmm kuih apa ya? ^_^

Nota kaki : Saya ni jarang update pasal makanan tapi suka baca blog orang lain yang up entry pasal makanan ^_^

Menu bila ntah, tomyam, ayam butter dan sambal goreng jawa..

Buat survey menu baru spageti. Duduk dalam library buku masakan berlambak untuk dirujuk cuma rajin ngan malas je nak memasaknya ehehe..

Menu semalan berbuka di luar, set kambing bakar dengan nasi dan kuah gulai dan meatballs.

Saturday, July 4, 2015

A Reminder

Salam,

Stumbled this on FB
The last sentence is "Kalau dia sudah tidak peduli, jangan ditanya ke mana dia pergi" something like that..

Sekejap je dah sampai pertengahan Ramadhan
Bila meningkat usia, kehadiran Syawal bukan sesuatu yang terlalu mengujakan
Teringat zaman kanak2, betapa rindunya dan terujanya kita menanti hari raya, bunyi mercun dan meriam seawal Ramadhan pertama biasanya amatlah dinantikan...sekarang, kalau kita dengar org main mercun awal pun kita dah terfikir, 'excited sangat...baru puasa dah main mercun'. Padahal, sebagai kanak2 dulu, kita sangat menantikan saat itu

Amat biasa bagi kita juga, suka teringat kisah lama, peristiwa atau kenangan yang telah berlalu. Waktu itu, kalau boleh, kita nak kembali ke masa itu, mengulangi perkara yang menyeronokkan dan memperbetulkan kesilapan yang lalu. Life must go on. Kenangan itu simpan Saja kemas2 dalam hati. Ada waktu dan ketika, kita imbau kembali sebagai kenangan dan iktibar.

Eh...melalut pula saya pagi2 ni. Perut dah kenyang, otak pula ligat terfikir pelbagai hal dari masa silam hingga kini. Selamat berpuasa kawan2...semoga ibadah kita hari ini, diterima Allah, insyaAllah.

Saturday, June 27, 2015

Iftar

Salam,

Apabila AJK KKUUiTM Pulau Pinang berkumpul, tak dah kalau tak bergelak ketawa.

Jumaat yang baru lepas, kami berbuka bersama di Park Avenue, Sungai Petani. Ramai juga orang. Ada juga anak-anak tahfiz yang dijemput berbuka bersama tapi bukan anjuran KKUUITM tetapi mungkin memenuhi undangan pihak hotel. Ada juga solat terawih selepas berbuka tetapi kami tidak ikut serta. Bagus juga pihak hotel menyediakan surau untuk pelanggannya so sebelum makan tak ingat dunia, kami solat dulu. Alhamdulillah... Niat untuk berbuka bersama AJK lain untuk tahun ini telah terlaksana.

Makanannya? Ok je...ada pelbagai menu..kalau bawa saya yang tak makan banyak ni, rasa macam rugi la pulak tapi yang penting dapat berkumpul dengan kawan2.

Ok...itu je nak cerita..hehe...korang masak apa arini? Hari ni memenuhi ajakan Mr suami untuk berbuka puasa di luar bersama anak-anak dan adik ipar so jom la ^_^

Wednesday, June 24, 2015

Sayur Pokok

Salam,

"Mama...kakak nak mama masak sayur pokok, kakak nak makan"

"Baik Bos!"

"Nanti kalau dah masak, mama panggil kakak tau. Kakak nak bawa pi umah Tok"..

" Baik Bos!"

Dayana dan Dayani suka sayur pokok a.k.a. brokoli. Selain tu bunga kobis, sayur fucuk dan suhuun. Sayur lain, diorang tak minat. So, mama kena rajin beli brokoli dan bunga kubis, mesti ada stok.

^_^

Monday, June 22, 2015

Saya suka, korang?

Salam,

Saya suka
Karipap Sardin

Saya suka
Popiah Goreng

Saya suka
Seri Muka

Saya suka
Roti Gulung Inti Sardin

Sekian, terima kasih

Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan

Salam,

Baru hari kedua...
Masih boleh bertahan berbuka dan bersahur dengan makanan yang dimasak di rumah
Minum pun masih boleh air teh panas
Makan pun sekadar mengisi perut yang lapar
Adakah bertahan sehingga hari terakhir?
Adakah mampu diteruskan di bulan Syawal yang lebih banyak cabarannya?
Huhuhuhu..
Insya Allah

#misi menjaga badan
#misi rajin masak
#misi takmau minum ais

Baru hari kedua
Masih boleh menunaikan terawih 8 rakaat walaupun di rumah sahaja
Masih boleh membaca Al-Quran
Berazam untuk bersedekah lebih banyak
Mampukah diteruskan sehingga bulan seterusnya
Insya Allah

#misi mencari keredhaanNya dan memperbaiki diri



Tuesday, June 16, 2015

Favourite

Salam,

Lamanya tak menjenguk blog...bersawang dah. Ni la jadinya bila tuan tanah sibuk dengan kerja. Tak sempat nak berblog tapi rindunya hanya Dia yang tau...rindu nak menulis...rindu nak membaca luahan hati teman-teman yang lain. Rindu...

Sebab rindu jugak la malam tadi saya buat ubi kari. Teringat kat arwah abah. Dulu arwah suka buat ubi kari. Arwah abah rajin memasak dan rajin menolong mak di dapur. Kalau mak memasak, mesti arwah abah akan tolong. Bila kami besar sikit, kami pun diheret sama ke dapur, sorang tolong tumbuk bumbu, sorang tolong pesiang sayur, sorang parut kelapa. Ingat lagi semua tu...

Dan paling ingat, arwah abah suka masak sardin masak lemak kari buh sayur sawi. Lepas tu ikan bawal cermin masak asam pedas pekat...huhu...rindunya...

Hari raya tahun ni, genaplah 20 tahun arwah abah meninggalkan kami. Ramadhan terakhir sebelum Syawal abah pergi meninggalkan mak dengan empat org anak yang sedang meningkat dewasa ketika itu. Alhamdulillah, mak berjaya mendidik kami dengan baik, kami sentiasa rapat antara satu sama lain dan saling bantu-membantu. Sekarang waktu kami menjaga mak, walaupun masing-masing jauh, tapi insyaAllah, kami tetap menjaga kebajikan mak mana yang mampu.

Rindu semua orang...sayang semua orang...jom makan ubi kari...hehe

Thursday, May 21, 2015

Pictures

Salam,

No words
Just some of my favorites pictures

Semoga kalian sentiasa happy dengan apa yang kalian lakukan..

Wednesday, May 13, 2015

Gloomy

Salam,

It's just the skies today
Is it sad or just the way it was?
I still love it..no matter what its conditions..

Loved

Tuesday, May 5, 2015

In Love

Salam,

Don't get me wrong
Love comes in many ways
This is my obsession
Clouds and skies
Blue, grey, sunset, dawn, noon
You name it
I love all of them
May came with clear blue skies
Dots with many white clouds
May is a month of love
For all my brotherhood's brothers

May all the love that came to all of us will be blessed by Him till Jannah

1st May - Firdaus & Azlin solemnization
1st May - Nazrul Azani & Fina engagement
15th May - Fendy & Umi solemnization


Saturday, April 25, 2015

Team Building

Salam,

Aktiviti  :  Team Building Bahagian Perpustakaan UiTM Pulau Pinang
Tarikh  : 21 - 23 April 2015
Tempat  :  Royal Belum Rainforest Grik Perak

Sangat menyeronokkan bila mengadakan program team building ini di atas bot. Kami dibawa menyelusuri tasik dan berhenti bermalam di tepi tasik yang sangat misteri.

Saya rasa tasik Banding ni macam tidak berpenghujung. Ada je lengkuk yang boleh dilalui. Sangat tenang.

Bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan sepejabat, menjalankan aktiviti santai, memanglah akan ada macam2 karenah tapi dari situ la kita akan lebih mengenali diri masing2.

3 hari 2 malam dirasakan sekejap saja. 
Insya Allah, ada masa dapat lagi berkumpul macam ni di tempat lain pula. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jom layan gambar hehe.. 

Tuesday, April 14, 2015

Makan makan makan

Salam,

Time : Waktu rehat kerja shif petang
Partner in Crime : Riena, Mail & Boss C.Wan
Place : Magnifique Cakes
            11, Ground Floor,
            Jalan Perniagaan Perda barat,
            14000 Bukit Mertajam
            Penang.


Hahaha, saya jarang pos pasal makanan dalam blog
Tapi hari ni nak pos jugak
Sebab dah banyak hari dok teringat Spagetti Aglio Olio kat sini
Makan kat sini pun sebab member sekerja Riena ajak
Tapi berbaloi datang
Harga?
Masih dalam range yang boleh dengar tapi tak boleh la makan selalu
boleh menipis poket
Portion makanan mengenyangkan
Rasa, sedap
Servis, agak lambat tapi sebab kedai cantik, dimaafkan hahaha....

Sekian, review saya. ^_^

Makanan yang kami order, ada meatball, lamb chop, chicken grill dan spagetii aglio olio..yummy

Partners in Crime



Thursday, April 9, 2015

A happy soul

Salam,

Its a secret!
And if its a secret, I can't tell anyone
I'd love to share it
Coz its a happy news..
In fact, it was the greatest news I've ever heard from him coz I knew how much it meant to him
So, I'm waiting to share it

Yesterday, as he made it officially by sending out the cards, I felt relieved coz at last I can share it openly here...

To my best friend forever, my 'brotherhood' (as we called it ^_^), congratulations...
You will be a great husband, a great companion to her coz I knew you..

Next, we will wait for our bff to follow your suit. Hoping for the best of you.

Two will be, one more to go! Ahahahaha....

Sunday, March 29, 2015

Been A While

Salam,

Uiii...lama pulak rasanya tak menulis di blog. Lama juga tak membaca tulisan rakan-rakan blogger yang lain. Macam selalu, sibuk selalu dijadikan alasan untuk tidak menulis, padahal sebenarnya malas tu yang patut dibuang.

Maghrib semalam, saya menerima berita kakak seorang kawan di kampung meninggal dunia akibat barah otak. Kalau tak silap, dua minggu sudah, allahyarhamah baru saja menjalani satu pembedahan. Allah lebih menyayanginya. Saya harap, mereka sekeluarga tabah dan redha dengan apa yang telah terjadi.

Beberapa minggu ni mak saya ada di Penang. Seminggu ada di rumah saya, dan minggu lepas hingga hujung minggu ni ada di rumah adik pula. Alhamdulillah, rawatan radioterapi untuk barah payudaranya sudah selesai. Mak sihat tetapi kadang-kadang mengadu letih dan sakit kaki. Sekarang ni kalau nak berjalan pun, tak macam dulu la...dia cepat letih. Rambut yang gugur kesan kimo dulu pun dah naik. Mak nampak kurus la pulak. Makan pun tak banyak dan banyak berpantang tapi secara keseluruhannya dia sihat. Mungkian faktor usia dan penyakit yang ada buat dia cepat letih. Harap-harap mak sentiasa sihat.

Bila teringat mak dan kawan yang ada history penyakit seperti ini, selalu terfikir tentang betapa kita tak dapat menjangka apa yang akan jadi kepada kita di masa depan. Walaupun sekarang nampak sihat, kita tak tahu apa yang bersarang dalam badan kita. Ada seorang lg rakan, meninggal ketika dalam tidur. Subhanallah...tidur yang tiada jaganya. Mudahnya Allah menjemputnya pulang.

Apa yang kita boleh buat sebagai langkah awal? Mungkin kita boleh buat regular check up untuk memastikan tahap kesihatan kita tapi itu sekadar usaha di pihak kita. Yang pasti, kita perlu sentiasa bersedia untuk menemuiNya. Sudah cukupkah amalan kita?

Nota kaki : Sudah cukupkah amalan saya? Happy weekend guys...belanja satu gambar mak ngan cucu lelaki dia ... ^_^

Monday, March 23, 2015

Birthday Bash in My Way

Salam,

I'm a book worm
Its not so hard to please one
Thanks for the gifts
Appreciate it so much
Love it so much

Nota kaki : Terima kasih semua yang wish birthday, alhamdulillah banyak azam tahun baru saya telah pun tercapai, ada yang sedang saya teruskan dan akan dijadikan amalan. Semoga istiqamah itu menjadi teman saya yang setia, insha Allah. 

Wednesday, February 25, 2015

Birthday

Salam,

Dah lepas baru nak update entry ya?
Tak sempat nak update hari tu, hehe

Al-kisahnya, 3 orang anak saya ni menyambut birthday selang sehari je
Muhammad Danish pada 17 Februari manakala Nur Dayani Hayfa & Nur Dayana Hayfa pada 18 Februari
Masing-masing dah sibuk tanya bila birthday mama dan abah nak bagi hadiah apa
Masing-masing dah sibuk nak kek apa untuk birthday
Yang adik nak kek Olaf, kakak nak kek Frozen (sama je la tu), abang nak kek Gumball
Jenuh mama fikir, camna la nak bagi semua ada...
Lastly bagitau En Suami, order cupcake je la pastu suruh member saya print-out sugared pictures tu tampal kat atas cupcake..
Gagah mama p cari gambar kartun kegemaran diorang, gambar diorang, edit dan crop jadi bulat
Terima kasih kat member Anita sebab buatkan kek yang super sedap

Tahun ni, Danish dah 12 tahun
Tahun ni, akan ambil UPSR
Wah, tahun ni mama akan merasa perasaan berdebar-debar menantikan tarikh exam dan tarikh keputusan keluar
Tuisyen dah start
Alhamdulillah pihak sekolah sangat memberikan kerjasama dengan mengadakan pelbagai program untuk membantu ibu bapa dan murid menghadapi peperiksaan (ya...ibu bapa pun dilibatkan dalam pelbagai program yang saya kira sangat bagus)
Danish rajin membantu saya di rumah, walaupun kadang-kadang dengar gak rungutan sebab dia sorang je buat kerja, si Danial pulak malas nak menolong, hehehe
Danish rajin melayan adik-adiknya dan mudah mendengar kata
Hoping for the best, insha Allah berkat doa dan usaha, pasti berjaya
Hadiah tahun ni, tak tau lagi nak beli apa...
Kalau saya, mesti nak beli buku
Sebab dia pun macam mama dia, suka membaca, beli buku pagi, balik rumah, setengah jam dah habis baca
So, mama dia baru je beli buku cerita online di PTS BookCafe
Bagusnya membeli di PTS BookCafe ni, ada diskaun untuk buku-buku terpilih dan harganya lebih murah daripada di kedai buku. 
Syaratnya, daftar dulu sebagai ahli, sangat berbaloi..

Tahun ni, Dayani & Dayana sudah berusia 4 tahun
Semakin cerdik
Banyak kosa kata baru yang mereka pelajari
Kebanyakannya ayat baku yang dipelajari daripada kartun-kartun Disney Chanel yang dialihbahasa seperti The Amazing World of Gumball, Uncle Grandpa dan The Adventure Time with Finn & Jake.
Cerita kartun yang saya rasa entah apa-apa ntah tapi diorang sangat suka tonton
Si adik masih pelat lagi terutama menyebut perkataan yang bermula dengan huruf "K", "R" dan "S"
Selalunya bila sebut "Kakak" jadi "Tatak" 
Bila kita betulkan, dia akan tutup muka dan kata "Adik tak reti la nak cakap camtu" hehehe...comel pulak
Si kakak dah semakin advance, bercakap sangatlah petah, loghat utara lebih power daripada mama tapi boleh bertukar ke loghat selatan sekelip mata. Adik memang pure Johorean, cakap pelat lidah Johor dan pandai nyanyi lagu Ayuh Johor...hahahaha
Dua-dua die hard fans Frozen dan sudah pandai nak bermekap macam mama
Girls will always be girls

Happy birthday to all of you
We all love you





Many faces of them ^_^



Kartun-kartun kegemaran diorang..pelik-pelik je mama dia tengok tapi pernah juga menonton bersama, kelakar juga 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...