It's You!

Showing posts with label PhotoRiffic. Show all posts
Showing posts with label PhotoRiffic. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Pictures

Salam,

No words
Just some of my favorites pictures

Semoga kalian sentiasa happy dengan apa yang kalian lakukan..

Wednesday, May 13, 2015

Gloomy

Salam,

It's just the skies today
Is it sad or just the way it was?
I still love it..no matter what its conditions..

Loved

Friday, January 23, 2015

Me Love

Salam,

Just nak share gambar awan
Saya suka awan dan langit
Kalau boleh, nak baring tengok lama-lama

Wednesday, January 14, 2015

Salam,

Kerlipkan matamu
Ukirkan senyummu
Takkan ada siapa yang tahu isi hatimu
Di sebalik senyummu yang manis itu

Sibukkan dirimu
Di balik timbunan kertas di meja
Di balik buku yang meninggi
Tak siapa tahu gundahmu
Di sebalik kesibukan yang kau wujudkan

Tarik nafas
Pandang keliling
Ingat Dia
Ingat Dia
Ingat Dia
Ingat niatmu berada di sini
Ingat janjimu


Membayangkan diri di tempat si jurugambar..merasa kesejukkan cuacanya..berjalan hingga ke hujung sana, apa yang sedang menanti? 


Saturday, May 3, 2014

Suka

Salam..

Kegemaran saya...tengok awan...dengar bunyi angin...tengok hujan...dengar guruh...tgk kilat...kan ke dengan alam kita belajar?

Selalu terfikir...hebatnya Dia...mencipta segalanya...menjaga perjalanan alam dengan penuh kekuasaanNya.

Malam tu saya kerja shif petang. Lepas maghrib..hujan masih turun. Saja ambil gambar ni dri pintu library...suka tengok awan gelap...satu dua lagi gambar yang lain..gambar di pesisir pantai highway Pantai Bersih.

Friday, April 4, 2014

Sakura?

Salam,

Berangan nak ke Korea tapi takde duit? Apa lagi, tiru la aksi kami ni. Hahahaha...sekarang ni musim bunga entah-apa-namanya ni berbunga lebat. Di sekitar kampus, di tepi-tepi jalan raya, dan di mana-mana pokok ni ada, memang sangat cantik pemandangannya.

Mula-mula, kami tak teruja pun nak bergambar bagai tapi seorang kawan di Kampus Bertam dah upload gambar-gambar "Korea" mereka. Masa kami bergambar ni, ada juga student yang nak bergambar sama. Student lagi la havoc. Siap guna macam-macam props, payung la...hehe kreatif sungguh.

Kat tempat korang ada pokok ni tak? Ada siap-siapa tahu nama pokok ni? Kalau pokok ni ditanam sederet di kiri kanan jalan, lagi nampak cantik. Macam berada di luar negara gitu. Heehehehe....

Hahaha...ni pose orang lapar. On the way ke foodcourt dalam kampus. Kami memang makan dalam kampus je. Foodcourt melambak tapi makan asyik lauk yang sama je. Pffft!!

Kita konon-kono tengok sana. Hahahaha....ada lagi dua geng makan campur bos kami yang sporting tapi depa takmo bergambar, segan kat student la tu..huhu..

Cantik kan? Ada dua kaler..putih dan pink tapi dalam kampus ni pokok-pokoknya tak berapa banyak. Ada banyak kat hujung padang..jenuh nak menapak. Len kali la..kalau rajin.


Ni member kat kampus Bertam. Depa kat sana siap berfotogedik banyak-banyak tepi rumah orang. Tak kisah la Kak Ton....janji feeling Korea.




Wednesday, March 5, 2014

Aktiviti Luar Library

Salam,

Semalam saya dan rakan-rakan exco Kelab Kakitangan Umum UiTM Pulau Pinang (KKUUiTM) telah ke Selama, Perak untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah pemandu yang saya pernah ceritakan dalam blog minggu lalu. Alhamdulillah, berkat sifat murah hati rakan-rakan lain, kami dapat menyumbang sebanyak RM3500 kepada keluarga arwah. InsyaAllah semoga sumbangan tersebut dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga untuk hari-hari terawal ini.

Kami bersama isteri dan bapa mertua arwah

Waktu perjalanan balik, nampak pokok bunga kertas ni. Dalam panas terik, pokok ni nampak cantik sangat. Saya pun snap guna hp kokak saya...heehe...saya bayangkan pulak kalau la ada pelukis yang lukis gambar ni guna water color mesti nampak cantik...saya nak melukis sendiri rasanya tak dapatlah buat secantik ini. 

Nota kaki : Semalam, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Selama, cuaca sangat panas. Dengan penghawa dingin van yang tidak berfungsi dengan baik, buat kami berpeluh-peluh dalam perjalanan dan mestilah kepala saya sakit sebab cuaca panas. Alangkah beruntung bekerja di dalam pejabat berhawa dingin sehingga petang. Tak dapat bayangkan mereka yang bekerja di bawah panas terik. Alhamdulillah, syukur.


Friday, December 27, 2013

Redha & Nice

Salam Jumaat,



Cantik sangat view dia. Ble tengok banyak lagi gambar oleh Murad Osmann di SINI.FollowMe Project. Nice photography shot and editing.



Friday, October 11, 2013

Travelling & God's Creations

Salam,

Insya Allah malam ni kami akan bertolak ke Putrajaya untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan saudara di Cheras. Kami bermalam di rumah SIL di Putrajaya dan cadangnya akan menyambut Hari Raya Haji di sana. Kalau jadi, insya Allah, ini kali kedua kami berhari raya haji di Putrajaya.

Doakan perjalanan kami malam ini selamat. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan di alam maya. Ucap awal tak apa kan?

Tinggalkan korang dengan gambar alam yang menakjubkan. Subhanallah..

Selamat bercuti rakan-rakan semua. Semoga apa yang kalian lakukan mendapat keberkatan dan dipermudahkan olehNya.

In this phenomenal capture by Roberto Giudici, we see four waterspouts over the Adriatic Sea. The photograph was recently featured as the Earth Science Picture of the Day. A waterspout is an intense columnar vortex that occurs over a body of water, connected to a cumuliform cloud. In the common form, it is a non-supercell tornado over water.

Photographer Haley Luna took this amazing photograph while flying into Denver, Colorado

Pictures credit to twistedshifter.com

Friday, July 12, 2013

Photoriffic!

Salam,

Photograph by Patricia Almeida
Umbrella Sky Project, the city of Águeda, Portugal

Photograph by Ryan Gsell 
A LAKE IN THE MOUNTAINS, Bachalpsee or Bachse is a lake with an area of 8.06 ha (19.9 acres) close to the First (a minor summit below the Schwarzhorn which can be reached with a cable car) and above Grindelwald in the Bernese Oberland (Bernese highlands) of Switzerland


Photograph by THIERRY COHEN
What the Night Sky Would Look Like If Cities Went Dark

Photograph by Robert Wallace 
SHIPWRECK BEACH Located on the coast of Zakynthos, Greece



Nota kaki : Paling suka gambar cities went dark tu. Kalau dulu, masa kat kampung kecik-kecik, suka tengok langit waktu malam sebab nampak banyak bintang. Dulu mana ada lampu jalan semua so bila keadaan gelap, kita boleh nampak lebih banyak bintang. Sekarang, kampung pun dah jadi bandar. Lampu jalan raya pun boleh nampak dari dalam kampung so susah nak tengok bintang lagi kecuali black out hehe..


Friday, June 14, 2013

Entah Apa-apa Entah

Salam,

Hari Jumaat, biasalah ye...kita layan gambar-gambar cantik. Tapi sebelum tu nak juga meluahkan perasaan pasal hal ribut tu.

Adoila..macam-macam spekulasi diorang buat pasal beberapa siri kemalangan yang berlaku di Penang ni. Kau tuduh aku, aku tuduh ko. Padahal semua ni kejadian alam yang memang nak jadi. Mungkin kita ada menyumbang ke arah itu tapi tak perlulah buat spekulasi dan tohmahan bagai. Macamlah mereka tu dah bagus sangat. Ni kalau bencana nak datang, dia tak pilih orang tertentu, dia bagi lump sum kat semua orang. Kena la muhasabah diri dan menilai diri bukan saling tuduh-menuduh.

miau ni pun naik heran dengan perangai manusia sekarang nih


Ok..dah lepas geram..kita layan gambar-gambar cantik.







Friday, June 7, 2013

Photoriffic!

Salam,

Lama tak ada gambar cantik dalam blog, hari ni macam biasa saya tempek. Doa-doa juga insya Allah jika ada rezeki lebih mungkin boleh jejak kaki ke tempat-tempat ini. ^_^

Rice Terrace Sunset, Matsuura-shi, Nagasaki Prefecture, Japan 
Photograph by AGUSTIN RAFAEL REYES

Ponthus's Beech, Brocéliande forest in Bretagne, France
Photograph by CHRISTOPHE KICIAK

POOLSIDE MOUNTAIN VIEW, view from the outdoor pool at the Cambrian Hotel in Adelboden, Switzerland 
Photograph by The Cambrian Hotel 

YOKOHAMA CHERRY BLOSSOMS IN BLOOM 
Photograph by AGUSTIN RAFAEL REYES



Friday, May 24, 2013

Aduhai...

Salam,

Los Angeles From Griffith Park Observatory

Photograph by Lucas Janin


Nature's Anger
Photograph by Jamie Betts

Cliffs Of Mother, Ireland
Photograph by Chris Hills

Moonrise Lighthouse - Ireland
Photograph by Angus Clyne

Welcome To Hawaii


Photograph by Patrick Smith

Credit to onebigphoto.com


Wednesday, May 15, 2013

Waduh Waduh!

Salam,

Best tak kalau boleh tengok kapal terbang turun macam ni? Ini hanya berlaku di Maho Beach, Caribbean Island of St Martin. Ini disebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana mempunyai landasan yang pendek dan kapal terbang yang hendak mendarat perlu terbang pada altitude yang minimal sebelum mendarat. Lebih kurang macam tu la.

twistedshifter.com

Nota kaki : Rasa macam nak terjun kat pantai tu je. Air punyalah jernih gila.

Saturday, May 11, 2013

Breath Taking!

Salam

Kenapa saya suka share gambar-gambar pemandangan yang menarik di dalam blog saya? Sebab saya suka tengok pemandangan. Sebab saya tau, saya tak mungkin dapat jejakkan kaki ke semua tempat menarik dan cantik ini. Sebab lain ialah saya nak jadikan blog saya ini penuh dengan entri-entri indah yang akan saya rujuk semula bila-bila nanti.

Oleh itu, enjoy je gambar-gambar di bawah ya. Insya Allah, mana tau ada antara kita yan akan sampai ke tempat-tempat ini.

MEANDERING Photograph by Nicholas A. Tonelli 
The Pine Creek Gorge in Pennsylvania

THE ROMAN POOL AT HEARST CASTLE 
Photograph by Trey Ratcliff @ stuckincustoms.com

A night view over the ocean at Victoria Beach in Laguna Beach, CA.
Photograph by Mark Esguerra  

Autumn by Poolside, 
Photo by Hongkiat Lim


Saturday, May 4, 2013

Iklan

Salam,

Iklan-iklan yang kreatif. Selain mengiklankan produk, ianya juga menjadi satu bentuk hasil seni yang menarik ramai orang. Kreatif sungguh mereka ini.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...