It's You!

Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Wednesday, September 30, 2015

Book lists

Salam,

Bila lama tak menulis di blog, masa saya banyak habis membaca novel. Lama dah tinggal hobi yang paling saya suka ni. Dulu bila menulis di blog, rajin juga update novel apa saya baca di ruangan "Now Reading" saya tu.

Ok, ni senarai novel yang saya dah baca sepanjang berehat menulis blog. Bagi saya, ini salah satu terapi untuk diri saya. Mesti ada yang kata, membaca Al-Quran kan lagi bagus, ehehe...yang itu pun alhamdulillah, saya setiap hari baca. Janji sehari, ada baca sesuatu, itu dah buat saya rasa seronok. Baca status FB orang lain pun membaca juga ye..ehehe...

Nota kaki : Ni bunga2 nak menulis balik ni... James Patterson, my new favourite author ^_^
Semua gambar, daripada instagram saya.







Monday, March 23, 2015

Birthday Bash in My Way

Salam,

I'm a book worm
Its not so hard to please one
Thanks for the gifts
Appreciate it so much
Love it so much

Nota kaki : Terima kasih semua yang wish birthday, alhamdulillah banyak azam tahun baru saya telah pun tercapai, ada yang sedang saya teruskan dan akan dijadikan amalan. Semoga istiqamah itu menjadi teman saya yang setia, insha Allah. 

Tuesday, February 17, 2015

Manisnya Cinta

Salam,

Lama tak membeli novel Bahasa Melayu
Saya jenis membeli novel yang telah diadaptasi ke layar Perak
Jarang membeli suka-suka
Kalau ada pun, hadiah dari orang
Baru-baru ni beli novel Manisnya Cinta
yang diadaptasi ke filem Manisnya Cinta di Cappadoccia
Saya dah tengok filem tu dua tiga kali
Suka dengan jalan ceritanya, suka dengan lakonan Nur Fazura dan Shaheizy Sam
Suka sangat..hahaha...


Nota kaki : Bertambah panjang queue buku kat rumah...tak habis baca yang lain lagi...huhu


Friday, July 4, 2014

Danial oh Danial

Salam,

Hari ni hari terakhir library dibuka sehingga jam 9.45 malam. Start minggu depan, kami hanya beroperasi sehingga 6.15 petang. Masing-masing nak balik awal...menyiapkan juadah berbuka dan berterawih.
Setakat jam 8.30 makan ni pun, masih tiada pelajar yang masuk. Ya la..mereka mesti baru selesai berbuka..berjemaah di masjid. Sekejap lagi nak berterawih pula.

Tadi pagi bawa Danial ke Kedai buku...dia nak membeli binding set untuk folio. Dah banyak hari minta saya beli. Minggu depan nak guna so saya bawa dia ke Kedai buku. Cari-cari, jumpa dah apa yang dicari. Lepas tu, dia kata nak cari buku cerita pulak. Saya dok goncang-goncang purse. Nasib baik sebelum p tadi saya selit duit lebih sikit. 

Dia nak beli kamus la...buku teks la..dia kata buku dia hilang. Saya kata tak boleh..p cari dulu kat rumah. Macam-macam pulak yang nak dibelinya. Kalau mama kamu ni banyak duit, setiap buku yang berkenan mama beli. Akhirnya, dia sambar dua buah buku Dan sebatang pen. Mama dia pun xmo kalah...last2 terbeli juga novel Kerana Terpaksa Aku Relakan. Memang betul-betul kena rela.

Dalam kereta, Danial tanya...duit mama ada lagi tak? Mama dia ni pun kata...ada..ada RM5...hahaha...
.
Hasil tangkapan

Balik rumah, dia dok rileks sakan

Padahal...ini je yang patutnya dibeli...memang terpaksa aku relakan lah jawabnya.

Friday, April 11, 2014

Makanan untuk Minda/Kulit/Perut

Salam,

Hari Jumaat sinonim dengan waktu rehat yang panjang buat penjawat awam. Hari ni, saja gatal kaki ikut rakan-rakan sepejabat ke Aeon Big dan Hasani Bookstore. Cadangnya cuma nak mendaftar menjadi ahli Hasani Books. Sudah lama mengambil dan mengisi borang tetapi selalu lupa nak hantar semula. Hari ni baru berjaya..huhuhu...

Saya amat pantang dapat masuk ke kedai buku. Kad ni yang kedua saya miliki selain kad Popular Books. Saya menjadi ahli Popular Books sejak tahun 2000 lagi. Setiap tahun tak lupa renew kad. Dulu, memang rajin yang tersangatnya membeli buku di Popular. Sekarang ni, dah banyak kedai-kedai buku so tidaklah tertumpu kepada satu kedai sahaja. Lagipun Hasani Books ni dekat dengan tempat kerja so kebarangkalian untuk selalu berkunjung itu adalah besar so buat jela kad.

Kononnya nak membeli novel E-Man Sufi, Suami Yang Kubenci tapi ada banyak lagi novel yang belum terbaca di rumah so pendamkan niat dulu. Sejak awal tahun ni, rajin pula membaca novel Bahasa Malaysia. Itupun bermula apabila ada yang hadiahkan novel bahasa. Itupun lagi...baca hasil karya penulis tertentu. Tapi masyaAllah, lambat gila nak menghabiskan sebuah buku sebab masa terpaksa dibahgi-bahagikan dengan aktiviti berkraf, tak secepat dulu membaca.

Makanan minda yang sempat disambar..

Akhirnya, tangan mencapai dua bahan bacaan yang boleh dikongsi baca bersama anak-anak di rumah. Danish dan Danial pun dah lama tak membeli bahan bacaan sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti sekolah. Kena rajinkan balik membawa mereka ke kedai buku. Bukan mereka tak minta dibawa, tapi mama abah ni sibuk je.

Habis membeli makanan minda, beli pula makanan perut dan makanan kulit. Hehehe...saya ni jenis jarang membeli barangan penjagaan kulit tapi bila dah jumpa yang sesuai, terus je beli kalau stok kehabisan.

Tengok mamatiamia menulis entry tentang Nivea Smooth Nourishing hand cream ni..memang nak beli sebab kuku jari saya sangat la teruk...Marvel Gel tu memang lama nak beli tapi asyik lupa je....

Korang bersantai di mana rehat Jumaat tadi? Apa yang dibeli? Selamat berhujung minggu ya!

Monday, March 31, 2014

BBW & Hujung Minggu

Salam,

Banyak betul entri yang tertunggak. Konon-konon nak menulis tapi bila dah buat kerja mesti lupa. Sayang nak tinggalkan blog kosong. Kawan-kawan datang ke blog mestilah nak membaca entri baru bukan entri dua tiga hari yang lepas.

Sebelum terlewat, nak kongsi cerita Big Bad Wolf Penang. Kiranya saya ke Penang Times Square semalam sebagai penutup hadiah birthday untuk tahun ini. Memang dah bagitau Mr Hubby saya nak pergi ke jualan buku tersebut tapi awal-awal tu tak dapat nak pergi sebab ada kenduri di Kuala Lumpur.

So, semalam petang kami anak-beranak kecuali Yani (Dia masih ada di Putrajaya bersama Tok Nani. Akan balik malam ni) ke Penang Times Square. Sebelum tu Mr Hubby bawa kami ronda-ronda tengok pelancong bergambar di bangunan-bangunan lama di sekitar bandar George Town. Mula-mula nak singgah di Muzium 3D dekat ngan jeti feri tapi tengok ramai orang. Takpela..lain kali kita masuk.

Sampai di Penang Times Square lebih kurang jam 2.40 petang, terus serbu BBW. Mata jadi rambang tengok pelbagai jenis buku yang ada. Mr Hubby dan Danish kurang minat buku-buku berbahasa Inggeris, cuma saya dan Danial yang beria-ia memilih. Rajin pulak Danial mengikut saya dan Yana ke sana sini. Sambil pilihkan buku untuk adik dia, dia cari buku untuk diri sendiri tapi tak jumpa yang berkenan.

Yana dengan buku aktivitinya.

Last-last dia dapat sebuah je pasal serangga. Yana dan Yani dapat buku mewarna, buku aktiviti dan ensiklopedia simple. Saya pula dapat 5 novel dan dua buku resepi mini. Kalau ikutkan tak cukup tapi bila dah banyak sangat buku dan ada plak yang menunggu, jadi kelam-kabut mencari. Lagipun, tak jumpa banyak karya penulis-penulis kegemaran saya seperti Mary Higgins Clark dan Carol Higgins Clark, Jackie Collin dan Christopher Pike. Samada tak ada atau dah habis atau saya tak jumpa. Huhuhu...

Hasil tangkapan yang tak seberapa tahun ni.

Jam 4 lebih kami dah selesai membeli. Itu pun dah habis membayar, rasa nak masuk balik dan pusing tengok apa yang tertinggal. hehehe....lepas tu kami ke Little India makan capati ngan kuah kari ayam dan kambing. Dah nama pun Little India so memang majoriti pengunjungnya ialah orang India. Ada la dua tiga kerat orang Melayu macam kami dan pelancong asing.

Eh..eh..baru perasan muka diorang nak serupa...hehehe..cuma mata je tak sama


Abang Danish skang ni susah nak amik gambar...malu la tu..dah nak jadi anak teruna dah...

Lepas tu bawa budak2 ke 1st Avenue. Abang-abang nak main game so tinggalkan mereka di GamePlanet dan kami window shopping tengok-tengok kasut.

Tinggalkan diorang sejam kat sini.

Itu je aktiviti hujung minggu kami. Balik rumah ber'perang' ngan Yana yang demam tapi tak mau makan ubat dan membuat senaman mulut dan test vokal kat abang-abang yang suka mencari pasal. Huh..mencabar sungguh aktiviti di rumah saya.



Monday, March 17, 2014

Big Bad Wolf & The Red Reader

Salam,

Diam tak diam dah bulan Mac. Apa ada bulan Mac? Ada macam-macam yang jadi kan bulan ni...banyak yang buruk tapi saya pasti ada juga yang baik cuma manusia ni lebih tertarik melihat benda yang buruk daripada yang baik. Mewar-warkan yang buruk daripada melihat dan menghebahkan yang baik. Sudah begitu fitrahnya...

Nak cerita pasal apa? Pasal kesayangan saya, Big Bad Wolf...hahahaha. Setiap kali jualan buku ni dibuat di Kuala Lumpur, saya mesti tak dapat join. Belum ada rezeki nak ke sana tapi bulan Mac ni Big Bad Wolf akan berada di Penang dan di Mines, dua tempat serentak. Kebetulan pula minggu ni, insya Allah saya akan ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga so kebarangkalian nak ke MIECC tu ada juga tapi kalau tak dapat ke MIECC, boleh lagi ke Penang Times Square.

Kenapa saya suka Big BAd Wolf? Huhuhu..bagi ulat buku, Big Bad Wolf adalah platform untuk mendapatkan pelbagai genre buku dalam harga yang sangat murah berbanding waktu-waktu biasa. Kalau tak dapat hadiah birthday, dapat pergi dan orang belanja buku kat BBW pun dah rasa happy gila. Kalau tak ada orang belanja tapi ada orang bawa pun dah suka sebab boleh je beli sendiri tapi kalau ada orang belanja tu level gembira tu boleh sampai 100% dan kalau orang belanja unlimited dia jadi 250%. Hahahaha...

Anyway, sesiapa yang nak pergi juga, jom la! Baca poster kat bawah ni. Hehehe....Happy shopping and happy reading guys!





Friday, February 28, 2014

Mood Booster

Salam,

Tengah hari tadi ikut member ofis ke Aeon Big. Tak nak beli apa pun...saya cuma ikut sebab nak makan sekali dengan diorang. Lepas tu saya singgah di Hasani Bookstore. Saja tengok-tengok novel. Tak sangka diorang dah restock novel yang dah lama saya cari...Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Suka sangat dengan watak Jebat dan Mastura. Tak sabar nak tau ending ceritanya. Kalau tunggu drama berepisod tu kena tunggu lama la.

Keluar dari kedai buku dengan hati berbunga-bunga. Tak sangka dengan mendapat sesuatu yang dah lama kita idamkan boleh menukar mood kita menjadi lebih positif.

Lepas tu, member ajak timbang berat badan. Oh..oh....sedikit cuak di situ. Dah banyak bulan saya berusaha menurunkan berat badan. Naik-naik penimbang..angka digit tu menunjukkan ke angka 52.7. Hah? Macam tak percaya. Sebelum saya start turunkan berat badan, berat saya 57.5kg. Saya masih ada target yang belum dicapai..harap berjaya.

So dengan hati senang, saya hadiahkan diri saya dengan barangan penjagaan diri. Nak manjakan diri kononnya. Tapi saya akui saya sangat malas nak bersenam. Saya ni cepat give up tapi bila ada pemberi semangat di tempat kerja dan di rumah, saya jadi rajin bersenam tapi ada masa, saya mengelat juga. Di tempat kerja, sudah tentu kawan baik saya dan di rumah BIL pulak jadi pemberi semangat. Yang penting, jangan give up.

Thursday, February 20, 2014

Si Cengeng & Airmata

Salam,

Semalam petang mendengar berita tentang pemergian seorang pemandu di UiTM (Pulau Pinang) yang meninggal akibat sakit jantung. Bila diorang sebut nama, saya tertanya-tanya siapa sebab saya jenis ingat muka tapi tak ingat nama. Bila Mrs Boss tunjuk gambar dalam Whatsapp, baru saya tahu yang mana dan betul tekaan saya. Serta-merta saya sebak dan menitiskan airmata. Walaupun saya tak kenal rapat dengan arwah, tapi arwah sangat suka memberi salam dan berbalas senyum dengan saya walaupun saya bukan orang penting. Sesungguhnya, ajal maut itu di tangan Allah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan bersama orang2 yang Soleh & Solehah.

Selepas siap buat kerja rumah (mengemas, membasuh, menyidai kain, seterika baju, menyiapkan minum malam untuk mereka yang nak minum/makan), saya memulakan projek kraftangan saya. Letih bila buat kerja sambil mulut asyik "Janganlah kacau mama," "Janganlah main gunting mama, nanti kena tangan" "Jangan lari-lari nanti jatuh" huhuhu...dan mereka berdua akan jawab, "Adik pinjam sat je gunting mama" "Kakak nak pegang ni boleh tak?" atau mereka gelak2kan saya bila saya buat muka. Sambil berkraf sambil mendengar/menonton video lagu2 di dalam Youtube melalui hp. Tetiba terdengar lagu yang sangat catchy rentak dan melodinya tapi video klipnya sangatlah menyentuh hati. Alaaaa...mengalir lagi airmata.

Sebelum tidur, sempat menghabiskan novel Can You Keep A Secret oleh Sophie Kinsella. Banyak pulak babak yang menyentuh hati di akhir-akhir buku. Sambil membaca sambil mengelap airmata.

Cengeng kan saya? Sikit-sikit nak sedih, sikit-sikit nak nangis tapi itulah saya. Nampak macam ganas, takde perasaan tapi sebenarnya sayalah ratu airmata. Kadang malas nak tengok drama yang sedih-sedih dengan orang lain sebab sure saya menangis. Entah hapa-hapa ntah.


Friday, January 10, 2014

Hanya Dia

Salam,

"Ada satu masa nanti, kita akan diuji dengan macam-macam masalah. Sampai ada masa tu, kita nak tidur pun tak lena. Makan pun tak senang. Risau memikirkan masalah kita tu. Tapi kita terlupa, yang memberi masalah tu adalah Allah. Dan hanya dengan mengingati Dia je, boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap benda ni, tapi Dia. Dia dah beritahu kita dalam 'surat cinta' Dia kepada kita. Dia yang memberi masalah, Dia juga yang menenangkan hati kita sewaktu tak tenteram. Betapa sayangnya Allah dekat kita." - Ustaz Hafiz, Suami Aku Ustaz.




Nota kaki : Kadang kita terlupa tentang fakta ini. Hanya Dia yang tahu perancangan hidup kita. Hanya Dia yang tahu kenapa kita memilih jalan yang kita pilih.

Tuesday, November 19, 2013

Wishing For A Wish

Salam,

To my dearest,

I'm wishing for a wish to be granted
For my soul's food
To full fill my past time
To enrich my imaginations
To make me happy
To make me feel great

Some girls love jewellery for companion
But I'm not ordinary girl
I know if you knew me
You know what I love most

So here,
I'm wishing for you my dear
To be the one who will make me the happiest girl
This coming December
(and you knew what's coming on December!)

































Thursday, October 17, 2013

Entry Merapu

Salam,

Hari ini ada Majlis Ibadah Korban dan Akikah UiTM Pulau Pinang 2013. Tahun ni saya tak jadi AJK gotong-royong so duduk di pejabat buat kerja macam biasa. Tengahari nanti cuma datang ke Pusat Islam sebagai jemputan untuk makan kenduri je.

Sepanjang berada di Putrajaya, kami semua memang rileks sakan. Kerja kami sekeluarga ialah berehat, berjalan, makan dan berehat lagi. Mr Hubby pun dapat rileks sebab dah banyak minggu dia sibuk dengan kerja di pejabat dan menguruskan bisnes kecil-kecilannya, sampai tak cukup tidur so bila dapat bercuti ni, dia tak tunggu lama la. Letak kepala je, ghaib. Hehehe...

Saya pula, tak tau nak buat apa punya pasal, habis membaca novel kepunyaan SIL. Saya jarang membaca novel melayu tapi waktu cuti tu terpanggil nak membaca. Pilih punya pilih, saya baca novel Isteriku Romantik. Seronok juga ceritanya tapi bila dah selesai baca dan nak pilih yang kedua jadi buntu sebab satu pun takde mood nak dibaca. Tapi...sempat juga pinjam sebuah novel bawa balik sebab konon-konon nak baca minggu ni. Hujung bulan ni nak pi Putrajaya lagi boleh la pulangkan.



Nanti kita cerita lagi lah ya. Nak kejar mood menulis di blog yang suka main ciluk cak sejak dua menjak ni. Mood berkraf pun baru je datang balik. Tempahan pun dah banyak cuma tuan punya diri ni sibuk memanjang pula. Kena rajin wahai diri...kalau tidak rezeki lari. ^_^

Tuesday, June 11, 2013

Memilih Buku bukan Memilih Bulu

Salam,

Saya tabik dengan penulis novel yang boleh membuatkan kita tersenyum, tergelak-gelak, menangis, marah dan lain-lain. Macamana mereka mengolah cerita sampai kita yang membaca pun terbawa-bawa ke alam yang sama.

Bagaimana korang memilih buku yang korang rasa best? Kalau saya, saya suka baca sinopsis di belakang buku. Cara lain, saya suka baca buku-buku yang mendapat liputan tak kira melalui internet atau media. Kan sekarang banyak novel telah dibawa ke televisyen.

Meh baca satu sinopsis yang saya rasa "catchy". Kot-kot ada yang teringin nak membacanya selepas ini...

"Ai Neesa, kau dah jatuh hati dengan Sarip tu ke? Masakan puteri kayangan dari langit ke tujuh sudah jatuh hati dengan lelaki!" Pie-Pie mengusik. Dia tahu Aneesa seorang pelajar yang punya wawasan.

"Merepeklah kau, Empat Mata! Kita ni, kan masih belajar lagi. Sarip tu kawan aku aje."

"Sarip tukan handsome...tapi kenapa ayah dia letak nama dia Sarip? Tak kena sungguhlah, Neesa."

Ketawa Aneesa mendengarnya. Huh! Pie-Pie ni ada-ada sahaja. "Nama Sarip tu sedaplah. Kalau ayah dia letak sirap, lagi niaya, tau!"


-Telur Rebus Asam Boi, Norhayati Berahim-


Lepas tu, banyak novel yang menggunakan nama-nama makanan sebagai tajuk. Rasa macam comel gitu. Tapi bila baca tajuk terus jadi lapar, sedangkan sebenarnya novel tu kisah cinta. Tajuk yang catchy pun penyumbang kepada orang membaca.


Suka kaler-maler dan suka hitam..hitan itu menawan dan penuh misteri gitu.

Satu lagi kulit depan buku/novel. Mestilah nak yang cantik dan menarik. Baru teruja nak membaca. Kalau bawa berjalan pun nampak cantik je. Sekarang ni, pepatah 'don't judge a book by its cover' kurang sesuai. Nak orang beli dan baca, kenalah the whole package tu menarik, baru orang tertarik.

Macamana korang memilih buku?


Monday, May 20, 2013

The Last Vampire


Salam,

Lama tak tulis tentang buku. Bulan ni, saya slow sikit membaca sebab sibuk siapkan tempahan Car Charm dan keychain. Takla banyak mana tetapi, bagi saya yang hanya ada sedikit masa terluang nak berkraftangan ni, memadai la. Bolehlah buat belanja waktu takde duit.

Dah 20hb, saya baru habis membaca senaskah novel berjudul Manhattan karya Ronni Cooper. Kalau perasan, saya cuma baca novel kerana membaca bagi saya adalah satu terapi minda. Waktu membaca, otak saya sangat aktif berimaginasi dan sangat aktif. Waktu ni, kadang-kadang banyak idea tak kira tentang kraftangan, kehidupan, dan macam-macam lagi menjelma. Itu sebabnya agaknya, orang yang suka membaca ni nampak pendiam tetapi sebenarnya otaknya ligat berfikir dan berinteraksi. Weirdo? Entahlah...

Mula dengan yang ini

Ok..balik semula kepada tajuk asal. Saya juga suka mengulang baca buku-buku yang ada dalam simpanan saya. Saya sangat sayang koleksi novel atau buku yang ada. Yang paling saya sayang novel-novel Christopher Pike yang saya kumpul sejak tahun 1997, waktu belajar di Ungku Omar, Ipoh.

Ada satu dua yang saya tak ada, dan saya sedang cari. Sangat sayang sampai ada yang dah kembang kerana banjir di kampung dulu. Danish dan Danial tak suka cover buku-buku Christopher Pike sebab Pike adalah penulis cerita mistik, horror tapi mama tetap suka.

Minggu ni saya buat marathon baca karya Pike, The Last Vampire dari buku 1 sampai 6. Sambil tu nak cari beberapa novel Pike yang tak dapat saya beli dulu. Susah juga nak cari buku-buku Pike ni tapi baru-baru ni nampak banyak juga buku-buku ini dikeluarkan semula dengan cover yang lebih menarik. Harap-harap jumpa.



Tuesday, May 7, 2013

Bandung & Buku Best

Salam,

Hari ni start kerja. Semalam sepatutnya kerja tapi bila dengar kerajaan Negeri bagi cuti, so sibuklah saya pun bercuti. Rupa-rupanya, UiTM tak cuti so hari ni pakat isi cuti la ramai-ramai yang cuti semalam. Tapi tak ralat pun sebab anak-anak memang cuti, lagipun cuaca semalam amatlah best untuk duduk di rumah saja dengan anak-anak. Hujan sepanjang hari, sejuk je...hahaha..

Sekarang ni sudah sibuk mengisi borang keluar negara sebab insya Allah, hujung bulan ni nak ke Bandung bersama rakan-rakan KKUUiTM yang lain. Saya mestilah bawa Mr Hubby tapi anak-anak kenalah tinggal. Kira macam second honeymoon plak lepas berumahtangga hampir 11 tahun. Anak-anak...sila bagi can mama dan abah pi jalan ye.

Kalau ke Bandung, apa yang berbaloi dibeli? Nak tau jugak ni so takdelah terbeli barang yang boleh dibeli di sini dengan harga berpatutan. Cer citer sapa-sapa yang dah pi tu.

Sambil buat pesanan buku-buku untuk perpustakaan, sambil baca buku ni. Tulisan seorang pengetua dari mula-mula beliau mula mengajar sampailah beliau mendokong jawatan pengetua sekolah. Macam-macam hal dan peristiwa terjadi. Seronok baca. Baru dua tiga tajuk saya baca. 

Saturday, May 4, 2013

Kemas & Baca

Salam

Hujung minggu bukan hari bermalas-malasan. Banyak benda kena buat..tinggal rajin tak rajin je. Rumah siap disapu dan dimop. Dapur dah bersih. Dah siap sarapan pun.

Tengahari ni ada kenduri di Kepala Batas. Rumah pak long Mr Hubby. Pergi sekejap je kot sebab Mr Hubby ada kerja lain.

Sementara tu, kita layan baca majalah yang saya pinjam dari library semalam. Untung boleh pinjam sebab kalau beli sendiri dah xde tempat nak bubuh...lagipun saya baca majalah luar negara. Good Housekeeping dan Better Homes & Garden. Idea dia lebih advance walaupun simple. Lagi satu sebabnya...dah ada kat library..rugi tak baca.

Untungkan kerja di library? Tapi saya rasa hanya orang yang cintakan buku dan suka membaca je yang suka kerja di library. Hehe...

Selamat berhujung minggu!

Friday, May 3, 2013

Dari Blog ke Blook

Salam,

Saya sangat suka menerima 'hadiah' ini. Baru je sampai petang ni. Boleh kot dikatakan sebagai hadiah sebab orang beri dan tidak perlu dibayar dan ianya menggembirakan hati kita. Apa yang saya terima tu ya? Saya terima senaskah Blook. Apa itu Blook? Ok..ni saya ambil maksud dari wikipedia ya, korang bacalah sendiri :

A blook is printed book that contains or is based on content from a blog.

Terima kasih blogger kuehbakar sebab sudi hadiahkan Blook pertamanya kepada saya. Saya pun ada bercita-cita nak buat Blook tapi bukan semua entry. Mungkin saya buat satu Blook untuk entry berlabel tips/petua yang saya dah entrykan sejak dulu. Tapi saya berangan lebih sikit. Saya nak buat blook colorful...mesti kosnya mahal daripada hitam putih kan Kueh?

Blogger yang straight to the point, berwawasan, bergelumang dengan buku juga walaupun cabangnya berbeza ^_^

Terima kasih Kueh! Saya akan baca blook kamu ni. Hehehe...idea terbaik la. Oh ya..kepada sesiapa yang nak membeli blook Kueh bolehlah emel ke pakcik.ubi@gmail.com. Kalau teringin nak buat blook dan nak panduan atau bantuan, rasanya boleh kot emel dia juga. Hehehe...



Friday, April 5, 2013

Kuah Tumpah ke Nasi

Salam,

Salam pagi Jumaat. Seronok je bila hari Jumaat sebab esok dah boleh rileks di rumah. Kadang-kadang tu takde maknanya rileks sebab waktu tu la kita nak mengemas rumah secara lebih detail selepas 5 hari bekerja. Apa pun, mesti rasa seronok sebab boleh duduk bermalas-malasan di rumah.

Saja nak tempek gambar Yani dan Yana malam tadi. Alhamdulillah, minat saya kepada buku semua turun ke anak-anak. Apa taknya, setiap kali mengandung, buku adalah peneman saya yang paling setia. Memang semua orang dah tau.

Ada hati nak buat "peace" tapi tak jadi..hahahaha

Tengok budak berdua ni. Lepas diorang ikut saya solat Maghrib (duduk sebelah saya kat sejadah tapi lepas tu ada kat depan saya pulak), diorang ambil pensel warna mereka (abang2 sediakan untuk adik2 mereka). Laju je pi ambil buku. Kena tengok juga..kadang-kadang tu buku bacaan pun nak diconteng so kami belikan buku mewarna untuk mereka. Selain tu, buku-buku latihan abang2 diorang yang lama pun diorang conteng.

Abang Danial suka menyakat Yani. Dia kata Yani gemuk, dia geram. Semalam dia dengan cara melawak tekan belakang Yani yang sedang meniarap. Tok mereka marah si abang sebab takut patah badan adik. Mummy Yon pun dok kata kat abang dia. Lepas tu selamba je dia kata "Hish...biasa dia ni". Lepas tu dia tambah lagi, "Nak ke cabai mulut ni"...

Aikk?? Sesungguhnya, anak-anak kecil belajar bercakap daripada kita kan. Telinga mereka tu menangkap je apa yang kita cakap. Selalu juga kami tanya dia, "Kakak, sapa bagi kakak pandai cakap?"..nanti dia jawab "Allah la"

Waktu saya baca buku, selalu dia datang. "Mama...meh bagi sat buku tu" Muka mesti selamba giler. "Hish kakak ni...ni buku mama, mama nak baca". Dia akan buat muka poyo tu sambil capai buku saya. "Mehla kejap..kakak nak baca sat". So, kenalah bagi kat dia sekejap. Dia akan belek-belek buku saya lepas tu bagi balik kat saya. "Dah baca dah. Nah!" Huhu...

Seronok bila dengar dia dah pandai bercakap. Rasa riuh je rumah. Yana pun dah makin petah bercakap cuma bunyinya kurang jelas lagi. Kami pun makin rajin ajak dia berbual dan tanya macam-macam so dia akan lebih cepat bercakap.

Korang macamana pula ya? Maksud saya, macamana korang merangsang anak-anak bercakap di usia muda.

Thursday, April 4, 2013

Books & Presents

Salam,

Perut sangat kenyang lepas makan nasi minyak dan kek. Kan ada jamuan perpisahan dan sambutan hari lahir staf library. Baru perasan, saya pun diraikan juga..hehehe...

Skang ni pun bos dan kawan-kawan masih lagi makan-makan sambil bersembang. Waktu macam ni la kami boleh melawak lebih kurang dengan bos-bos.

Minggu ni saya nak cerita pasal buku saja. Kalau cerita bab lain pun mesti ada selit pasal buku. Nak cerita Jumaat lepas saya balik awal sebab kena jaga kaunter ketika staf lelaki solat Jumaat. Sesiapa yang jaga kaunter waktu solat Jumaat (perempuan sahaja) boleh balik awal, 3.30petang. Mr Hubby call suruh saya singgah Carrefour sebab dia dan BIL bawa Danish dan Danial shopping buku dan alatulis. BIL nak habiskan baucer buku dia sebab dia dah habis study dah.

Macam-macam yang diorang ambil, dari pensel ke buku latihan dan buku cerita. Saya pun menyelit sama sebuah novel Bahasa Malaysia (terkejut juga sebab ambil novel BM sebab laaaaamaaa tak membeli). Baucer ada RM150 je, sekali kira-kira semua nak dekat RM250. Mr Hubby gelakkan kami tapi dia la yang kena tambah, hahaha.

Satu sedang dibaca, satu lagi masih ada atas rak buku di rumah.


Kami pecah dua kereta balik petang tu. Saya dan Mr Hubby naik "mini cooper" saya & BIL bawa Danish dan Danial. On the way balik, kami singgah di Sunway Carnival. Konon nak tengok-tengok minyak wangi untuk BIL sebab dia gaduh minyak wangi dia dah habis. Mr Hubby nak belikan untuk adik dia. Alih-alih, dia pula yang beli minyak wangi. Lepas tu, tanpa disangka saya pun dapat minyak wangi juga. Orang dah nak belikan kan...so terima je la. Hahaha...

Gambar ni dah masuk instagram lama. Lepas beli minyak wangi, kami makan kek sementara tunggu promoter minyak wangi tu rehat. Nak beli untuk BIL pulak.

Jalan-jalan nampak POPULAR tengah buat jualan buku. Macam-macam buku ada. Terjumpa Fifty Shades Darker yang saya cari dari bulan lepas. Hari tu cari kat POPULAR Megamall Prai dah habis stok, bila jumpa kali ni terus sambar. Mr Hubby pun dah tau wife dia ni mesti nak beli buku walaupun baru je beli buku tadi. Seronok juga sekali-sekala berjalan berdua. Hehehe....

Nota kaki : Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Mr Hubby akan terbang. Ke mana tu nantilah cerita. Bila dah confirm. ^_^

Wednesday, April 3, 2013

Obsession

Salam,

Hari ni saya masuk kerja petang. Balik macam biasa pukul 10 malam. Sampai-sampai je, adik ipar saya kata nak ajak saya gi Hasani Books kat Carrefour. Nak beli buku buat jadi cenderahati untuk 2 orang pelajar praktikal yang akan selesai praktikal esok. (Ya..saya dan adik ipar kerja satu pejabat. Kes rekomenkan adik sendiri kat member..hahahaha)

Sekarang ni student uitm sedang exam. Dalam library sentiasa ada student sedang ulang kaji. Teringat zaman belajar dulu. Dekat nak exam baru sibuk ulang kaji sebab baru rasa thrill. Hahaha...
 
 
Bila belek-belek novel tadi, ternampak novel E.L James, Fifty Shades Freed (buku terakhir dalam kronologi Fifty Shades). Sekarang sedang baca buku kedua Fifty Shades Darker. Terus capai. Gila betul. Kalau dah baca buku berkronologi ni selagi tak habis semua buku, hidup rasa tak aman. Padahal, dekat rumah buku-buku yang saya beli di Big Bad Wolf hari tu pun tak sentuh lagi. Nak buat macamana...dah hantu buku.

Sekarang ni sedang meriben buku-buku cenderahati. Kejap lagi nak buat kad untuk mereka. Seronok buat kerja-kerja kreatif ni. Buat hati saya rasa tenang dan puas. My obsession : books & creative stuff. ^_^

Nota kaki : Fifty Shades adalah novel bergenre erotic romance.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...