It's You!

Showing posts with label TV Programme. Show all posts
Showing posts with label TV Programme. Show all posts

Wednesday, October 28, 2015

My Free Time Favorite TV Show

Salam,

Sejak dua menjak ni, suka pulak buka channel Life Inspired, 728. Dah namanya pun life inspired, so banyak rancangan yang ditayangkan memang menggalakkan kita mendapat sedikit idea camna nak deco rumah, idea tempat2 makan yang best dan tempat2 yang menarik untuk dilawati.

Sekarang ni, suka dua rancangan ni, Tasty Road dan A Bryk At A Time. Satu rancangan jalan2 cari makan di Korea dan satu lagi rancangan ubahsuai dan deko rumah. Walaupun nak p Korea tu macam tak, tapi suka cara pengacara rancangan tu mengacara. Dah la dua2 pengacara dia comel n cantik, kelakar pulak tu so memang xjemu tengok diorang.

A Bryk At A Time tu pulak, designer dan kontraktor dia punya la cantik dan sangat kreatif. Kira dua2 rancangan ni mempromosikan kebolehan wanita, so memang sangat best bagi saya. Tu yang boleh tertarik nak menonton program ni. Banyak gak idea yang boleh dicedok dan kalau ada bajet, boleh la menghias rumah ehehehe....

Saturday, December 14, 2013

Its Not Obsession Yet

Salam

Hujung minggu macam ni saya tak ada aktiviti lain. Biasanya saya mengemas rumah dan melayan anak-anak je. Tapi sekarang ni saya ada aktiviti tambahan.

Oleh kerana saya cuma balik ke rumah sendiri di hujung minggu (hari bekerja saya duduk di rumah MIL), maka saya telah merakam cerita-cerita kegemaran saya. Cerita kegemaran saya selama ni ialah CSI...semua CSI yang ada. Start minggu lepas, saya ada tambahan satu lagi drama iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Oh...jatuh hati dengan watak Jebat dan Mastura. Baru sempat tengok dua episod awal...sangat mencuit hati.

Nak habiskan tengok semua episod yang dah dirakam. Minggu depan tak dapat nak tengok sebab akan bercuti panjang ke Putrajaya/KL tapi akan tengok minggu yang akan datang.

Belum lagi jadi peminat fanatik tapi bolehlah tengok waktu terluang. Saya bukan peminat tv sekarang ni tapi kalau ada waktu, saya akan tengok cerita-cerita yang saya gemar je. Waktu nak tengok tv pulak biasanya tengah malam..lepas semua org dah tengok cerita masing-masing dan si kembar dah tidur.

Korang pulak suka tengok cerita apa di tv? Selamat berhujung minggu.

Tuesday, July 2, 2013

Kerja Kerja

Salam,

Sanggup tak keluar makan rehat jam 6.30 petang sebab nak tengok final episod Teduhan Kasih. Sebenarnya kat  rumah pun Mr Hubby dah set untuk rakam so boleh tengok balik nanti tapi tak thrill la tengok lambat. Tu pun tadi tak dapat nak tengok penghujungnya sebab gi solat dan dah buka library. Takpe...nanti boleh ulang tengok...hehehe...



Malam ni student sangat ramai. Jenuh nak menyusun buku-buku sebab diorang mesti sepahkan buku. Nak lagi waktu ni diorang tengah sibuk cari bahan untuk assignment diorang. Malam ni juga kena monitor mesin fotostat sebab tengah fotostat 70 salinan nota untuk bengkel guru 4 - 6 Julai nanti. Tu belum kira binding lagi. ah macam kedai fotostat dah.

Rasanya tak sempat habis malam ni so kena sambung esok. Esok saya dan dua rakan akan stay back dulu sementara AJK yang lain bergerak ke Hotel Hydro. Mungkin hari Khamis pagi baru kami ke sana. Letih mak...

Friday, February 1, 2013

Cerita Suami Isteri Penuh Ranjau

Salam,

Lama tak layan cerita melayu di televisyen, tiba-tiba terjatuh cinta dengan Setia Hujung Nyawa kat TV3 tu. Suka tengok lakonan Nelydia Senrose dan Amar Asyraf tu. Amar Asyraf sangat cute! Hahaha...apa kes?
Saya jarang tengok tv, selalu tumpang anak-anak tengok kartun, tumpang mak tengok sinetron atau tumpang Mr Hubby tengok movie. Sebabnya saya tak boleh concentrate kerana gangguan si cilik comel yang macam2 hal tu.

Copy gambar ni dari FB Setia Hujung Nyawa...hehe

Sekarang ni jadi trend kan buat cerita adaptasi novel. Mmm..mana yang best, saya layan, mana yang tak saya tak tengok pun. Nasib baik saya bukan peminat tegar Adam dan Hawa tu. Yang tu lagi lama...banyak episodnya..hehehe...

Tapi sekarang, saya sangat suka tengok dia ni. Aduhla..memang cair habis bila tenung mata dia. Agak-agak sapa? Hehehe...ni dia


Nama dia Matt Bomer...handsome kan...hehehe

Nota Kaki : Sesekali bagi mama verangan jangan le marah ye..hehehe


Tuesday, October 30, 2012

Energy Saving dan Julia

Salam,

Wah...setelah bercuti lama, hari ni saya baru saja mula bekerja. Mood kerja pun lari-lari lagi hehehe..jenuh mengejar. Awal-awal tadi pulak, ada perhimpunan bulanan so kerja pun tak jalan lagi.

Hari ni perhimpunan bulanan bercerita pasal energy saving. Bunyinya macam remeh je tapi bila disertakan dengan data-data dan contoh-contoh yang ada di depan mata, baru lah terfikir...ye tak ye la..tak susah pun caranya iaitu padamkan suis lampu/penghawa dingin/peralatan yang kita tak guna sebelum melangkah keluar dari bilik.


Sekarang ni tengah gila tengok cerita Julia kat TV3 jam 7 petang tu. Suka sangat tengok cerita tu...fast pace. Bukan saja saya yang tengok cerita tu, mak, hubby, anak2 pun tengok. Yana dan Yani pulak suka nyanyi lagu Cukup..cukup sudah tu..hehehe..


Cerita pasal beraya di bandar nanti saya tulis. Nak selesaikan kerja dulu. Tangguh-tangguh nanti, jadi makin banyak tak terkejar pulak.




Wednesday, October 17, 2012

Hantu Boboiboy

Salam petang Rabu,

Semalam balik dari kerja sampai rumah tengok Yani & Yana dok usung patung Yaya & Boboiboy. Sorang satu pulak tu. Abah diorang beli kat Petronas. Ada promosi kat Kedai Mesra Petronas..ni..saya copy gambar ni dari Facebook Boboiboy...


Abah diorang memang tau sangat anak-anak daranya suka sangat dengan Boboiboy. So semalam habis juga RM80 beli 2 Boboiboy Angin dan Yaya. Hubby kata karekter lain belum ada lagi. Nanti kalau ada dia belikan lagi.

Malam tadi sibuklah mengusung Boboiboy dan Yaya masing-masing. Si kakak siap bagi patung dia "titit" (breastfeed lagi) lepas tu siap bagi tido dan dodoikan Boboiboy dan Yaya. Ada satu waktu tu dia dok lap muka Yaya. Bila tanya kakak buat apa..dia kata "Lap hingus" huhuhu..pakat gelakkan dia. Tu mesti dok tengok kami buat kat dia, so dia pun buat kat patung dia. Ada juga patung bear-bear dia yang pakai pampers dan baju. Anak perempuan la katakan...main pun macam perempuan..

Boboiboy dan Yaya sedang berkenalan dengan Mr. Bear2

Pagi tadi bangun tido je cari Boboiboy dia. Lepas mandi jamu dia funfries sambil tengok cerita Boboiboy. Tengok tu...punya baik Boboiboy dan Yaya landing atas bantal. Siap suap Yaya dengan funfries lagi. Hoho...alahai anak mama...

Boboiboy pun nak makan jugak!


Eiiii....berminyak!

Salam Rabu,

Pagi-pagi nak share iklan yang paling saya suka bulan ni.
Ehhehehe...lawak pun ada, teruja pun ada tengok pelakon lelaki tu
Layan je la ye...




Tuesday, July 13, 2010

How It's Made

Salam,

Hari ni tak sempat post n3 waktu pagi sebab dah start kerja petang sekali seminggu. Hari ni, turn aku pulak. Pagi tadi sibuk mengemas umah..pastu layan AFC dan AXN.


Ni curi masa jap untuk post n3 sebelum sambung sikit lagi kerja. Nak sembang apa? Mmmm..nak share kat korang satu rancangan yang best dan berguna sekali...Rancangan ni dinamakan How It's Made..dalam tv kat Discovery Channel, Astro. Tapi rasanya kalau cari dalam youtube pun leh jumpa.

Rancangan ni best sebab dia tunjukkan macamana barang2 harian yang selalu kita gunakan dibuat. Aku punyalah seronok tengok siri dia sampai tak bagi Danish & Danial tukar channel. Selalunya, aku paksa diorang tengok juga tapi kenalah rajin explain kat diorang balik.

Kalau nak privasi, aku tengok kat tempat kerja. Kat sini kami ada web khas yang memuatkan pelbagai dokumentari termasuk How It's Made ni untuk tatapan student dan staf. Sesapa yang nak muat turun atau menonton sesuatu dokumentari cuma perlu sign in dan search je apa korang nak. Yang ni memang aku suka sangat..sebab macam2 benda leh kita pelajari dengan hanya menonton.. Real best...

K la..nanti korang carilah ye...sapa rajin tengoklah..best!

Monday, July 12, 2010

Ghost Adventures

Salam,

Sapa penah tgk rancangan Ghost Adventures kat NTV7 angkat tangan! Hoho..malam ahad yang baru ni aku saja main tekan2 remote tv tu sebab tak tau nak tengok cite apa. Tetiba tertekan NTV7..sebelum ni jarang aku tengok channel len selain AXN dan AFC..hahahaha

Seram gak cite dia. Adalah juga hasilnya. Kalau tengok yang versi Malaysia tu apa ke benda tajuknya yang cari hantu tu..hampeh je..hantu pun malas nak interprem. Bukan nak kata mat saleh punya ghost hunter lagi best la..tapi ada gak hasilnya..huhu..

Time aku tengok tu, diorang g ke satu Hospital Sakit Jiwa yang telah ditutup untuk mencari hantu. Hoho..suspen gak la..Lepas ni ble la tengok tiap hari Ahad. Ni ada sket sinopsis program dari NTV7..


Are you ready for the lockdown? The "Ghost Adventures" crew -- Zak Bagans his two man crew hunt for ghosts in some of the most evil and sinister locations across the world from former slaughterhouses to insane asylums. The investigators learn about the local area and historic hauntings before subjecting themselves to the ultimate immersion in paranormal investigation - an overnight lockdown.
 
The trio will interview eyewitnesses and historians at each location, arming themselves with the stories of the ghosts they will later provoke and confront during their dusk-to-dawn lockdowns. 

(Note: They don't always come out unscathed!) Then they'll review and analyze their findings with some the most respected experts and specialists in the paranormal field.

Armed only with night vision cameras and digital recorders, they attempt to capture evidence of the supernatural.
 

Itu je..sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...