It's You!

Showing posts with label Verangan. Show all posts
Showing posts with label Verangan. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

My Romantic Place

Salam,

Tempat yang paling romantik di dalam dunia
Bagi saya

Bukan orang lain ya...
Yang ini tempat yang paling saya suka


Pasti yang kenal saya dah dapat agak
  
Kan?

























Di sini




dan kalau dapat membaca di sini, lagi best..



Bilik Edward Cullen (Twilight), pemandangan di luar bilik, sangat best.




Friday, May 10, 2013

Verangan Ko Jah V.8

Salam,

Sejak berniaga kecil-kecilan membuat kraftangan ni, angan-angan untuk mempunyai Craft Room di rumah selalu muncul di fikiran. 

Saya bercadang, kalau ada Carft Room di rumah, di sinilah saya akan menjalankan aktiviti menyiapkan tempahan-tempahan daripada pelanggan. Selain itu bilik itu juga akan menjadi tempat saya menjahit dan menseterika baju. So benda yang wajib ada di dalam bilik itu ialah :

     1. Ruang kabinet terbuka dan tertutup untuk menyimpan bahan-bahan kraf
     2. Meja kerja yang luas
     3. Mesin Jahit
     4. Seterika
     5. Banyak plug

Saya berangan-angan nak cat bilik itu dengan warna ceria supaya bilik tu nampak cerah dan selesa diduduki. Kerja kraftangan bukan saja melibatkan tangan yang lembut tetapi juga otak yang sentiasa berfikiran kreatif dan kritis, barulah hasil kerja tangan itu cantik dan kemas. Hehehe...

Kalau kat rumah saya tu, nampak gaya macam boleh buat di bilik belakang tapi sekarang ni bilik tu dah ada katil kelamin satu dan dua almari. Maknanya kalau nak merealisasikan angan-angan saya, saya kena keluarkan almari dan katil, ganti ngan katil single so bilik tu boleh jadi bilik tetamu juga bila saya tak berkraftangan..ok tak...nanti bila senang nak buat pelan perubahan. Hahahaha

Ni beberapa gambar Craft Room yang menjadi inspirasi saya. Kalau terlaksana la impian ini, waduh waduh....bisa mimpi happy-happy gitu..hahaha






Tuesday, April 23, 2013

Verangan Ko Jah V.7

Salam,

Sekarang ni, kalau tengok dinding ruang tamu kat rumah, sana sini ada kesan conteng. Maklumlah ada Piccaso sedang berkarya. Bila cakap ngan Mr Hubby, dia kata biarlah...nanti kita cat balik. Saya pulak akan kata, bila pulak nak catnya...mesti lama lagi.

Sementara tunggu nak cat balik tu, jenuh la tonyoh kesan-kesan contengan tu. Ada yang hilang, ada yang separa hilang..ada yang mama pun dah malas nak lap. Satu hal lagi, si kembar ni suka sangat koyak decorative wallpaper saya...Habis cacat dinding sebab waktu diorang koyak, gam tu kuat ko sampai cat pun terkeluar sama.

Saya verangan nak buat macam ni kat ruang tamu saya. Tapi saya rasa kena tunggu si kembar besar sikit dan dah tak mau conteng dinding, barulah boleh buat macam ni. Hehehe....

Cantikkan? Agak-agak...boleh jadi kenyataan tak? Hehehe



Wednesday, March 6, 2013

Verangan Ko Jah V.5

Salam,

Saya sangat suka bersantai
Suka berangan dapat bersantai
Bersantai sambil baca buku
Tak ada gangguan sesiapa
Hahahaha

Best kan?
Jade Mountain, St Lucia, Carribean

Pretty Beach House, Bouddi Peninsula, Sydney Australia

Friday, February 1, 2013

Seaside Love

Salam,

Salam Jumaat yang mulia
Bila Jumaat, teringat nak cuti
Alangkah seronoknya kalau dapat bersantai dan rileks 
Di sini...




Selamat bertugas!

Friday, December 28, 2012

Verangan Ko Jah V.5

Salam,

Kalau pi bercuti...ada benda ni...mesti best..
Teringin nak ada
Boleh tangkap..pastu tunjuk kat orang
Boleh tukar ikut kehendakk kita
Kecik molek daripada yang ada di rumah
Besar sikit daripada yang selalu dok guna
Yang pasti...mengancam jiwa..

Eh..eh..
Saya cerita pasal apa ni?
Hehehe....
Saya cerita pasal si dia ni..

Samsung GALAXY Camera!
Napa ntah..
Rasa macam best pulak..
Ala..verangan je pun
Orang tak marah...
Tapi kalau Mr Hubby nak beli untuk hadiah birthday tahun depan
Ok jugak ye...

Boleh Shoot, Enjoy, Edit, Share!
Untuk pengguna tegar Instagram & FB, boleh upload terus je..
Tak perlu la nak cucuk kat pc dulu la apa la..
Wah..wah..saya suka!



Specifications

Network/Bearer and Wireless Connectivity

  • GSM 3G , HSPA-PLUS
  • HSPA+21 (850 / 900 / 1,900 / 2,100)
  • 802.11a/b/g/n 2.4GHz / 5GHz
  • Wi-Fi Direct available
  • GAP, SSP, HSP, A2DP, SPP, OPP, AVRCP 1.3, HID
  • DLNA, HDMI 1.4 support
  • KIES, KIES Air support

Image Sensor

  • BSI CMOS
  • 1/2.3"
  • Approx. 16.3 Mega pixels

Image Stabilization

  • Optical Image Stabilisation

OS

  • Android 4.1 (Jellybean)

Lens

  • f = 4.1 - 86.1mm (35mm film equivalent: 23 - 483mm)
  • 2.8 (W) - 5.9 (T)
  • 21x Zoom Lens

Display

  • HD Super Clear LCD (TFT)























Nota Kaki : Bestnya berangan..nak jadi kenyataan, sila kumpul duit sendiri beli ya...

Friday, November 23, 2012

Buku & Verangan Ko Jah V.4

Salam,

Jam 12.15 tengahari. Saya sekarang berada di kaunter kerana menjaga kaunter ketika staf lelaki sembahyang Jumaat. Library tak tutup sebab memberikan laluan kepada pelajar/pengguna perempuan yang tak perlu solat Jumaat.

Bila kena jaga kaunter sedangkan orang lain boleh rehat panjang, bolehlah saya habiskan membaca novel yang sedang saya baca sekarang ni. Lama dah tertangguh. Kadang-kadang sehari cuma dapat baca dua muka surat je. Kat rumah sekarang tak boleh lagi nak membaca apa-apa. Yani dan Yana suka kacau walaupun kita dah bagi kat diorang buku sorang satu. Bayangkan nak baca paper pun tak boleh sebab paper boleh berselerak satu ruang tamu. Huhuhu...

Dulu,, satu novel yang tebalnya 2 inci, saya boleh habiskan dua hari. Pagi sampai ofis awal, baca novel, tengahari rehat, baca novel, petang tunggu hubby ambil, baca novel, malam sebelum tidur, baca novel. Mana tak habis dalam dua hari? Itu dulu lah kan. Sekarang sampai ofis pagi, buat kraf, tengahri rehat, buat kraf, petang, drive kereta sendiri, malam layan si kembar. Kena tunggu si kembar besar baru boleh sambung hobi yang saya sangat cintai ini.

Buku yang saya sedang baca sekarang ialah sebuah novel oleh Rebecca Chance bertajuk Bad Girls. Mengisahkan tentang 4 watak yang mempunyai masalah yang berbeza dan bertemu di sebuah pusat pemulihan terkenal di Los Angeles. Jangan tanya saya, apa kesudahannya sebab tak habis lagi membaca tapi sepanjang saya membacanya, jalan ceritanya sangat menarik dan tidak menjemukan. Mungkin sebab setiap bab cerita pasal satu watak.



Next in my reading list ialah novel bertajuk Rules For A Perfect Life by Niamh Greene. Cara saya cari buku untuk reading lists saya ialah ketika buat shelves reading di rak. Setiap pagi, kami kena shelves reading rak kami. Waktu shelves reading, kita kena pastikan buku disusun mengikut nombor panggilan yang diberi, susun ikut abjad, susun ikut nombor paling kecil ke besar. Waktu tu la, selalunya saya akan baca sinopsis buku dan beberapa muka surat awal sesuatu buku. Kalau menarik, masuklah dalam reading list saya.

Waiting list pulak, bila saya jumpa banyak buku yang saya suka tapi buku terkini tak habis baca, buku dalam reading list pun tak sentuh. Kat sini, banyaklah buku yang ada tapi tak tercapai lagi nak membacanya. Waiting lists saya setakat ni ialah :

1.  The Brigertons, Novels of 8 by Julia Quinn


     Ada 8 novel karya Julia Quinn (historical romance) yang saya nak baca. Saya nak baca sebab ada satu
     hari tu ada dua orang pelajar ni tanya boleh check tak novel-novel ni ada ke tak kat library. Saya pun
     tolong la check, ada. Diorang pinjam hampir semuanya. Saya tanya best ke? Diorang kata best so itu
     pasal saya terjebak. Tapi...nak baca semuanya, kena tunggu dulu lah ye.

2. A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
    Sebenarnya buku ni hubby hadiahkan tahun lepas tapi tak habis baca lagi. Hubby beli sebab dia tau saya 
    kan peminat Tun hehehe.... 

3. 50 Shades of Grey by E.L. James


    Sebab nak baca sebab buku ni adalah buku yang kalau tak silap telah mencetuskan kontroversi kerana ia 
    berasal daripada Fan Fiction untuk novel Twilight karya Stephenie Meyer. Lepas tu, isi  
    kandungannya juga dikatakan terlalu "kotor" sehingga diharamkan di perpustakaan di Florida, US. 
    Mungkin sebab itu yang saya teringin nak membacanya.

Kehidupan ulat buku seperti saya ini, memang begini la. Memang inilah hobi yang amat-amat saya gemari sejak saya kecil. Alhamdulillah, anak-anak juga suka dengan buku. Hubby pun sentiasa menyokong dengan membelikan kami bahan-bahan bacaan. Jadi, bila hobi kita itu dapat dikongsi dengan ahli keluarga yang lain dan mendapat sokongan kewangan pula, wah...rasa dunia ni kami yang punya.

Saya sangat sukakan buku hingga saya berangan-angan nak membuka sebuah Bookshop & Cafe. Kat situ pelanggan boleh beli buku atau baca buku-buku sambil minum dan makan kuih atau snack ringan. Ada wifi dan environment yang menenangkan. Biar kecil je kedainya, tapi sangat menenagkan buat "ulat buku" seperti saya. Hebatkan saya berangan? Hehehe...






Serononya kalau dapat jadi tuan punya sebuah kedai kecil seperti ini.

Tuesday, November 6, 2012

Verangan Ko Jah V.3

Salam,

Petang ni korang buat apa ek? Nampak gayanya kat sini hari ni tak start hujan lagi. Matahari masih ada memancarkan cahayanya. Harap2 cuaca elok sampai ke petang. Bukan apa, senang nak balik. Jalan taklah jam sangat. Ni kalau hujan, mesti jalan jam...kan kan?

Nak share beberapa gambar berkaitan BUKU dan RUANG. Hehehe..masuk blog saya, tak sah kalau takde entry tentang buku...ye tak? Yang ni sekadar untuk tatapan semua. Kalau saya ada rumah besar, saya nak juga buat macam ni. Satu tempat yang rahsia untuk saya bersendirian..hehehe...

Cekidaut!








Bestkan ada bilik rahsia di balik rak buku macam ni? Rasanya kalau time badmood je saya akan masuk dalam bilik ni dan baca buku-buku yang saya suka sampai saya sejuk. Tapi dalam bilik tu mesti ada ini...

Tempat landing yang selesa

Dan..mesti ada yang ni juga

Wallpaper pemandangan hijau yang boleh tukar tukar ... hehehehe...mana nak cari jah oiii...

Nota kaki : Amboi...kalau suruh berangan...tak berhengat...  hihihi



Thursday, October 18, 2012

Sesi Verangan Ko Jah V.2

Salam,

Sesekali berangan apa salahnya. Bukan kena bayar duit pun kan? Kalau ada rezeki tercapai...kalau takde rezeki mungkin lain tahun jadi rezeki kita (jangan putus asa dalam berangan-angan). Kalau betul-betul nak, kumpul duit..ye tak?

Macam nak cari bunkbed camni kat anak-anak. Cantikkan? Boleh jimat ruang. Anak-anak pun mesti seronok nak duduk dan tidur dalam bilik. Ni tak...terbongkang kat depan tv semuanya...(termasuk mama dia). Hahaha


Bila dah bubuh bunkbed, kenalah bubuh cermin besar untuk memudahkan anak-anak bersiap ke sekolah. Taklah senget baju anak. (mama pun boleh tumpang cermin untuk ber"camwhoring" hehehe)

Oohh...untuk bilik anak-anak mesti ada rak buku yang colourful dan cantik. Bukan apa...bila rak cantik, diisi pula dengan pelbagai jenis buku, mesti anak-anak tertarik untuk membaca.




Gambar semua hasil menggoogle

Seronokkan berangan...ok..lain kali kita berangan lagi..skang back to work..keh keh keh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...