It's You!

Showing posts with label Geram. Show all posts
Showing posts with label Geram. Show all posts

Sunday, August 10, 2014

Aduhai...nakalnya kamu!

Salam,

Dah la hari ni penat mengemas rumah. Kena wat kerja-kerja kemas-pilih-sisih di bahagian dapur. Buat kerahan tenaga  Danish dan Danial. Itu pun dah penat berleter ngan mereka berdua.

Bila semua kerja dah siap, si kembar pula jadi tukang menyepah. Saya kalau dah letih ...ditambah dengan stress..mesti akan menangis.Masih boleh tahan lagi...tapi bila si kembar main air dan sabun, saya pun menangis bercucuran. Cengeng sungguh la mama kamu ni. Bila mama sedih camtu, Danish tolong siapkan adik-adiknya. Tau pulak menolong bila tengok mama menangis macam org gila huhu...

Bila stress...mudah sungguh nak menangis. Padahal benda kecik je...boleh settle punya tapi tu la...mungkin sebab asyik nak marah je...mula la sakit kepala. Sabarlah mama oit...anak-anak sedang membesar..banyak karenahnya. Sabar dan mengalah...walaupun kadang kala tak berjaya pun nak buat camtu.

Thursday, June 19, 2014

Stressed

Salam,

Saya stress hari ni. Semua gambar percutian di Krabi dan Hatyai dalam handphone saya sudah hilang. Tak sempat nak update lagi dalam blog. Kena minta ehsan geng-geng lain yang pergi bersama la untuk dapatkan gambar tapi gambar-gambar family memang takde langsung. Gambar anak-anak pun takde ...huhuhu...sadis rasanya.

Sekian, dari saya yang stress.




Saturday, February 1, 2014

Geram

Salam,

Malam semalam bawa Mummy, Sham, Ina & family yang lain makan di Restoren Qasar Hadramawt di Bandar Perda. Orang ramai..tapi tak kisah so Mr Hubby booking tempat dulu. Kami jalan-jalan dulu cuci mata kat gerai-gerai jualan berdekatan.

Hampir setengah jam lebih, kami masuk restoren tengok orang sebelum ni dah selesai makan so memang turn kami la. Waiter yang amik order tadi pun dah kemas meja bagi kami duduk. Tiba-tiba datang sekumpulan lagi adala dalam 20 orang mai kata dia dah booked tempat kami. Akak sorang tu siap bising2 kata dia booking dulu. Saya bukan jenis cari pasal..lagipun nak makan je pun..takkan nak gaduh?Tapi MIL dah bising kat pekerja diorang kata kami yang booking dulu. Nasib baik Mr Hubby pun malas nak gaduh malam tadi so kami pindah meja. Waiter yang ambil order kat kami tu berkali-kali minta maaf.Dia kata betul kami yang booking tempat dulu tapi member dia pandai2 bagi kat kumpulan tu.

Geram kat cik akak tu...kamu tu datang lewat dari kami. Kalau cakap elok2 kami tak kisah la nak kena pindah tempat. Kami pun lapar tapi tak la sampai macam tu. Encik waiter pulak...cubalah check dulu tempahan sebelum kata tempat tu kosong dan bagi kat orang lain. Nasib baik kami memang suka Lamb Madghout korang tu so benda kecik tak kisahla.

Geram di rumah pun ada juga. Mak saya pesan, kalau p umah orang, kena ringankan tulang. Kalau ada cawan sebiji dua dalam sinki, tolong la basuh. Takdenya patah kuku tu. Rajin-rajinlah tolong apa yang patut. Jangan nganga je. Hmm...nak tegur salah..tak tegur salah...jadi semuanya serba-salah.

Nota kaki : Dah siap berkemas...hari ni ada jmputan kenduri kawen di Sg. Dua. Member baik Mummy. Cuti Raya Cina ni Mummy n husband balik. Ramai lagi yang balik.

Sunday, January 19, 2014

Ketegaq

Salam,

Ketegaq
Keras kepala
Stubborn
Bersangkut paut dengan ego tak?

Mood : Sakit hati

Monday, November 11, 2013

Manners Manners!

Salam,

Situasi : Di Restoran makanan segera, McDonalds, Bandar Perda. Waktu, malam...dalam jam 10 malam. 

Bawa anak-anak makan di sana dan bagi diorang main di tempat mainan dalam McD. Ada 3 orang budak lelaki di dalam bilik tu, dua tu adik beradik, sorang tu anak orang lain. Bila Yana, Yani dan Danial masuk bermain, budak lelaki yang sorang tu suka sangat usik-usik Yani. Saya dan Mr Hubby jenis suka pantau bila diorang bermain. Waktu tu saya yang tengok diorang. Kami jenis masuk sekali dalam bilik tu. Puas hati dapat tengok kalau diorang main lasak sangat.

Tak lama lepas tu, budak lelaki bertiga tu mula main lawan-lawan. Kau tendang aku, aku tendang kau. Jenuh kepung Yana dan Yani supaya tak terkena tendangan diorang. Dahla tu, siap melompat sana-sini. Kami toleh sana-sini cari mana mak bapak budak-budak ni? Lama gak la diorang bergasak tu. Tak lama lepas tu seorang perempuan muda datang dan marah budak bertiga tu tanya awat main gaduh-gaduh ni? Rupanya itu mak budak yang seorang tu. Bila nampak mak budak tu kecoh-kecoh, baru la meja sebelah kami bersuara, panggil anak mereka yang berdua tu pulak.

Laaaa....depan mata je rupanya tapi boleh buat-buat tak nampak anak-anak diorang main macam tu. Saya tak kisah kalau mereka bertiga je ada dalam bilik tu. Kau nak bergasak ke, nak terjungkit sana-sini no hal tapi ni ada dua budak perempuan kecil yang nak main sama. Sebagai mak bapak, ko kenalah tengok-tengokkan apa anak kau buat bukan main campak pastu biarlah diorang.

Sebab Yana dan Yani memang nak main, Mr Hubby dan BIL masuk jadi pak guard dalam bilik tu. Saya pula sibuk isi perut sebab lapar. Moral of the story, bertimbang-rasalah kepada orang lain. Ajar anak-anak timbang rasa juga. Mereka belajar daripada kita.

Ok..bai!

Sunday, September 1, 2013

Kenduri

Salam

Hari ni rumah bakal pengantin (mummy yon) buat kenduri tahlil. Masak katering je..mudah tapi mak-mak masak gulai nangka, goreng ayam, ikan temenung dan ikan kering.

Majlis bermula jam 12 lebih tengahari. Oleh kerana majlis makan dibuat di luar rumah, dua buah khemah dipasang. Sebab rumah kami di jalan utama, kami tutup jalan tu sebab xmau la kereta motor lalu lalang depan rumah. Untuk pengetahuan, selain jalan di rumah kami tu, ada satu lagi jalan untuk jiran lalu lalang.

Masalahnya tetangga di sini ni suka buat-buat tak faham kalau orang buat kenduri. Suka sangat lalu jalan yang dah ditutup tu.
Kami takut kereta tu terlanggar budak-budak kecik ni yang sibuk waktu kenduri.

Menu ari ni menu kampung je, gulai ikan masin, ulam sambal belacan, gulai nangka, ikan n ayam goreng n kuih muih.

Friday, August 30, 2013

Take For Granted

Salam

Dalam hidup ni...kita selalu terlupa nak ucap terima kasih atau beri penghargaan kat orang yang kita sayang...orang yang rapat dengan kita...kawan-kawan dan juga orang sekeliling kita.

Kadang kita berfikir, ala....dia kan ada selalu...xde hal la. Esok pun boleh jumpa...esok boleh tegur..esok boleh minta maaf..esok boleh ajak makan bla bla bla. Kita tak terfikir esok mungkin dia sudah tiada atau esok kita yang tiada atau esok tiada kesempatan untuk bertemu mata bersua muka.

Tiba-tiba rasa down. Sebab tu keluar entry macam ni. Kalau tak rasa hargai pun apa yang kita buat, sekurang-kurangnya jangan la melarang apa yang dia suka buat. Bila dia tak ada nanti, mungkin baru terasa..eh eh...napa yang ni tak siap lagi? napa benda ni tak berkemas and so on...and so on....

Hari ni saya masuk kerja selepas solat Jumaat so pagi ni lepas mengemas dapur dan ruang tamu, saya mulakan projek kawin mummy. Ari ni buat brooch simple utk family pengantin. Saya siapkan riben dan mummy tampal nama ahli family. Zaman sekarang ni, ada macam2 benda menarik untuk persiapan perkahwinan. Sediakan duit je...

Oklah....nak mengemas barang2 brooch ni. Stop dulu la. Dah dapat 10, ada lagi 20 kena siapkan. Insya Allah sempat siap. Daa!

Friday, August 16, 2013

Suami Durjana

Salam,

Tetiba terasa geram bila baca dan lihat berita tentang suami pukul isteri dalam lif tu. Rasa menyampah tahap gaban dengan lelaki seumpama ini. Beraninya di depan wanita sahaja. Kalau boleh, orang yang macam ni yang bagus kena tembak ngan pembunuh upahan tu. Tak pun, pi hantar ke medan perang atau hantar je ke Mesir sekarang ni.

Sekeras-keras wanita ni, kalau tahu bagaimana nak handle, akan lembut dan menurut kata. Tak perlu pukul bagai. Sudah fitrahnya kami ni lembut walaupun luarannya nampak keras. Alhamdulillah, saya diberikan seorang suami yang bukan cepat tangan tapi masalahnya saya pula cepat tangan kalau marah kat anak-anak. Jalan penyelesaiannya sabar lebih dan buat keras hati.

Semoga saya tidak menjadi manusia sekejam suami tersebut. Nauzubillah...


Friday, June 14, 2013

Entah Apa-apa Entah

Salam,

Hari Jumaat, biasalah ye...kita layan gambar-gambar cantik. Tapi sebelum tu nak juga meluahkan perasaan pasal hal ribut tu.

Adoila..macam-macam spekulasi diorang buat pasal beberapa siri kemalangan yang berlaku di Penang ni. Kau tuduh aku, aku tuduh ko. Padahal semua ni kejadian alam yang memang nak jadi. Mungkin kita ada menyumbang ke arah itu tapi tak perlulah buat spekulasi dan tohmahan bagai. Macamlah mereka tu dah bagus sangat. Ni kalau bencana nak datang, dia tak pilih orang tertentu, dia bagi lump sum kat semua orang. Kena la muhasabah diri dan menilai diri bukan saling tuduh-menuduh.

miau ni pun naik heran dengan perangai manusia sekarang nih


Ok..dah lepas geram..kita layan gambar-gambar cantik.







Thursday, June 6, 2013

Hari Geram

Salam,

Hari ni rasa sedikit geram dan terkilan dengan rakan setugas. Kalau tak mau duduk di situ, meh tukar dengan saya. Lama dah tunggu reshuffle tak juga kunjung tiba. Mungkin dah lama duduk di kerusi yang sama, dah bosan kot duduk di depan. Selagi itu tugas kamu, tolonglah bertanggunjawab. SEDIH.



Tuesday, January 8, 2013

Apa Kes?

Salam,

Pagi tadi dalam kereta, jam 6.33 pagi, keadaan gelap.

Mr Hubby : Tolong sediakan duit tol secukupnya, duit ada dalam bekas putih
Saya : Ok.. (sambil raba-raba dalam gelap..ambil semua duit 20 sen, 6 keping = RM1.20)

Dah nak dekat tol..cerah sikit, saya tengok balik duit dalam genggaman. Alamak..ada terselit duit 50 sen baru pulak. Gelabah cari duit 20 sen sebelum kereta berhenti di toll gate.

Saya : Hish..elok-elok dulu duit 50 sen besar, pi tukar pulak sama saiz dengan duit 20 sen..menyusahkan betul la...
Mr Hubby : Huh!


Tengok tu saiznya?




Moral of the story : Dah elok dah..duit syiling sebelum ni berbeza saiz..orang buta pun boleh beza yang mana 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen...sekarang pi gatal pulak tukar semua duit lebih kurang sama je saiznya, kan ke menyusahkan tu? Apa faedahnya ditukar saiznya? Adakah dengan menukar saiz, nilainya makin tinggi? Rasanya tidak juga..nilai makin berkurang hingga anak-anak kecil kita pun kalu jumpa 20 sen 50 sen pun buat tak reti je. Paling geram duit kertas baru tu..dahlah susah nak lipat..buh sepuluh ringgit duit seringgit-seringgit dalam purse kalau lipat dua dah nampak gila gemuk. Nanti pencopet ingat kita banyak duit..padahal..duit singgit je..Huh!


Nota kaki : Kenapa suka sangat ditukar-tukar? 

Tuesday, December 18, 2012

Anak Itu Anugerah

Salam,

Sedikit perkongsian buat rakan-rakan dan peringatan buat diri saya juga. Maafla..minggu ni sangat sibuk dengan kerja. Nak berblogging pun terpaksa dihadkan. BW tetap saya lakukan. Saya copy paste sedikit info yang saya baca di dalam Facebook.

Ini juga sebenarnya perkongsian akibat terbaca berita di dada akhbar tentang seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Kalau ulas, mesti penuh dengan emosi dan rasa geram. Ada juga manusia seperti ini di dunia kita ini. Kalau tak mau, janganlah diambil anak itu dari rumah neneknya. Tak pasal-pasal melayang nyawa seorang insan kecil yang tak berdosa.

"Ya Allah, kau jauhkanlah anak-anakku daripada perkara yang memudaratkan dan jauhkanlah aku dan suamiku daripada sifat baran yang memudaratkan kami"


Renungan bersama...





1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena

mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.


9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday, October 3, 2012

Kan tak boleh pakai tu....

Salam,

Jaga kaunter
Macam2 style student yang masuk
Ada yang macam Yuna
Ada yang macam Najwa Latiff
Ada yang macam Noh Hujan
Ada yang selekeh
Ada yang smart giler
Ada juga yang kena halau sebab pakai selipar

Adik-adikku sekalian
Bukankah kamu sudah tahu yang selipar dilarang dalam perpustakaan
Kenapa kamu pakai juga??
Tak pasal2 akak n abang kena halau korang

Kadang-kadang student ni saja nak tengok reaksi kami di kaunter
Kalau lepas, ok la
Kalau tak lepas, keluar je la
Pensyarah pun kenala tegas sama
Takkan student gi kelas pakai selipar acceptable kot
Bila gi kelas boleh pakai selipar, diorang assume masuk library pun ok la pakai selipar
Adui la sayang...
Jangan la pakai selipar
Tak nampak macam student U la kamu ni!

Nota kaki: Mood ke laut..nak balik cepat..xlarat dah!

Tuesday, October 2, 2012

Mentaliti Kita

Salam Selasa,

Alhamdulillah...hari ni dah start kerja balik. Kalau ikutkan hati, nak je ambil cuti duduk di rumah tapi mengenangkan kerja yang banyak di ofis, tak jadilah pulak. Simpan cuti untuk kecemasan la...mana nak tau kan..dengan ada anak kecil ni, macam2 kemungkinan ada..takut demam ke apa ke..

Update pasal entry semalam, Yani dah tak muntah lagi ^_^ tapi dia start cerry berry semalam tapi tak serius..dari pagi sampai ke malam 3 kali je. Cuma nak tidur malam tu dia meragam sikit. Sudahnya saya masukkan dia dalam buai. Awal pagi dia jaga, baru saya turunkan dia dan tidur dengan saya. Alhamdulillah la...so tak la rasa ralat sangat tinggal dia di rumah dengan tok.

Pagi tadi memandu ke tempat kerja, keluarlah awal takut "jam" di depan sekolah. Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja, saya terpaksa melalui 6 buah sekolah. So boleh bayangkanlah kalau keluar lambat terpaksa berkejar-kejar dengan parents yang hantar anak2 ke sekolah. Tak maulah...baik saya keluar awal. Lagipun, saya ke tempat kerja dengan Danish dan Danial, kenalah keluar awal selalu sebab mereka bersekolah dekat dengan tempat kerja saya. Bila bersekolah dekat dengan tempat kerja, senang kalau ada apa2 kat sekolah. 5 minit dah boleh sampai sekolah. Balik pun boleh sekali. Saja tak pindahkan diorang dekat dengan rumah sebab kat rumah takde sapa nak ambil bila habis sekolah. Lagipun dah serasi dengan sekolah sekarang so malas nak tukarkan diorang. Biarlah diorang sekolah kat sekolah sekarang je.

Saya juga melalui 2 tol untuk ke tempat kerja. Satu tol RM1.20 dan satu lagi RM1.30. Saya bukan nak cerita pasal harga tol ya..hehehe..saya nak cerita mentaliti pemandu kita bila berada di tol. Kalau dah hari2 lalu jalan yang sama dan tahu harga tol kat satu2 perhentian, kenapa tak sediakan duit secukupnya sebelum berhenti? Ini tidak, bila kereta dah berhenti, baru tercari2 duit dalam beg/kereta ...lepas cari2..bagi pulak duit besar...yang di belakang kereta dah panjang..huhu

Bukannya apa...kalau kita dah sediakan duit secukupnya awal2 kan senang? Bukan saja senang kat kita tapi senang juga kat penjaga tol tu. Saya tak taulah orang lain, tapi setiap hari sebelum g kerja dan balik kerja saya dah bubuh duit tol kat dashboard kereta. Kadang-kadang benda yang remeh macam tu orang tak ambil kisah cuma kalau kita prihatin dan bertimbang rasa, mungkin kita boleh amalkan. Ye tak?

Wednesday, February 9, 2011

Diserang

Salam,

Lama tak bukak blog tetiba hari ni google kata blog aku kena malware attack
Apa dia tu?
Camna nak buang?
Ke...kena tutup terus blog aku ni?
Sapalah yang bagi virus kat blog aku yg tak femes ni?
Ceh!

Friday, January 28, 2011

Huish

Salam,

Pagi Jumaat yang sepatutnya best tapi jadi tak best sebab ada Program Renungan Bersama Alumni ESQ. Waktu2 kritikal macam ni, nak berjalan jauh ke Dewan Besar amatlah memengahkan. Mesti tak selesa duduk dalam dewan (walaupun berhawa dingin dengan perut yang besar ni)

Tapi kugagahkan jua diri untuk ke sana.

Apa kes kalau semua program diwajibkan tanpa pertimbangan sebarang alasan. Diktatorkah ini? Fikir-fikir dan selamat beramal!

Friday, October 29, 2010

Geram

Salam,

Pagi ni ada bacaan Yaasin kat ofis..
Tapi pelik...
Time baca Yaasin je satu kaum ni akan ada je alasan untuk mengelak
Sedih dan kecewa di situ
Bukan untuk orang lain
Untuk diri kita sendiri juga
Tetiba geram je
Huh...

Nota : Sabar mama...sabar...

Tuesday, May 18, 2010

N3 buat orang B.O.D.O.H

Salam,

Bagaimana hari korang hari ni? Aku ok je. Pagi2 ni mulanya nak upkan n3 tentang LWoT Part 2 tapi kejap lagilah ye. Pagi ni nak cerita sikit tentang perangai mak bapak yang tak patut dicontohi oleh anak2. Ok tak tajuk nih..sebenarnya, ada kisah disebalik n3 ni.

Hari Ahad lepas (lepas g LWoT) ada Hari Sukan Graduan Kecil. Danish & Danial sangat excited minggu ni sebab hujung minggu diorang enjoy sakan. Sebab cikgu diorang dah kata, hantar anak2 sebelum pukul 7.30 pagi di cawangan yang ditetapkan so kami keluarlah awal. Untuk mengelakkan jam, aku n hubby hantar diorang naik motor je. (For sure akan jam sebab semua mak bapak kena hantar anak sebelum 7.30pagi dengan kereta).

Korang bayangkan kesesakan yang terjadi. Dengan dua biji bas sedang menunggu..kalau naik keta memang tak bergeraklah. Itu aku tak kisahlah..masing2 kena fahamlah..bukan baru sekali hantar anak untuk Hari Sukan. Aku je dah 3 kali. Yang ni aku tak kisah sangatlah.

Lepas hantar diorang, kami off g padang Politeknik (diorang wat Hari Sukan kat situ). Oleh sebab kami awal, kami dapat tempat duduk yang paling best, depan sekali. Lama gak nak tunggu semua cawangan Graduan Kecil sampai dari cawangan masing-masing. Takpelah, dah faham dah so sabar menunggu.

Kul 8.45pagi macam tu semua kerusi parents dah dipenuhkan. Semua anak2 pun dah sampai. Mula2 sekali perarakan masuk kontinjen Sukan. Aku n family semua dah excited.

Bila start je muzik dan anak2 comel ni berjalan masuk padang, mak bapak, tok nek, kakak, abang, makcik pakcik yang datang lewat dan dapat seat belakang mula menyerbu ke depan. Hoi...apa hal korang nih? Takde adab ke? Semua dok berdiri kat pagar tali so kami yang duduk di depan ni for sure tak nampak. Stupid ke apa korang nih??

Dah tahu korang excited terlebih nak tengok anak2 korang, mailah awal. Apa salahnya datang awal dan duduk seat depan macam kami. Bodoh tak bodohnya diorang, dahlah korang serbu ke depan, apa salahnya korang duduk kat pagar tu? Sekurang-kurangnya orang yang duduk depan ni nampaklah anak2 kami berarak. Stupid!!!

Bila acara senamrobik nak start, diorang buat bodoh berdiri kat depan tu. Aku dah banyak kali jerit2 suruh diorang duduk, at least duduklah! Hormat orang belakang. Juru acara dah berkali-kali suruh diorang duduk tp ada yang ketegaq nak mampos buat bodoh je. Last2 akak yang dok sebelah kami tu jerit baru diorang duduk. Akak tu lagi dengan 3 anak kecil, seronok nak tengok anak dia tapi semua org serbu depan dia. Sapa tak bengang?

Perangai macam ni ke korang nak tunjuk kat anak2 korang. Tak ada sivik langsung. Adab sopan tak kira dah. BUKAN KORANG JE YANG ADA ANAK...KAMI NI PUN SAMA..KAMI TUNJUKKAN KAMI SOKONG DENGAN DATANG AWAL! STUPID!

Lepas tu kami semua hangin je. Tak lama lepas tu, adalah dua family yang mai dari mana ntah (for sure LAMBAT), bawak kerusi pastu letak kerusi DEPAN KAMI! WTF? Siap 2-3 kali undur ke belakang menghimpit kami sebab kena panas. STUPID FAMILY...

Beberapa lagi perkara yang buat kami hangin dan rasa "Hoi..korang ni tak reti bahasa ke?"

1. Beberapa kali juruacara membuat pengumuman supaya sesiapa yang park kereta di bahu jalan mengubah kereta masing2 untuk memberi laluan kepada bas yang membawa anak2, tapi HARAM diorang nak ubah. AKU CALARKAN NGAN KUNCI MAU TAK? BODOH!


2. Beberapa kali juruacara meminta kerjasama parents yang kemaruk p ke khemah anak2 kononnya THEY CARE. Woi bodoh ke apa???? Pihak sekolah ada cara nak handle anak2 yang ramai tu. Kalau anak korang nampak korang kat ke susah cikgu nak handle? Bagilah diorang berdikari. Yang ko pun nak menempek kat situ buat apa?

3. Ada parents yang sibuk nak amik anak diorang sebab panas. Memang cuaca panas, diorang dok dalam khemah tu redup, kalau korang takut anak korang kena panas, tak payah bagi dia join sukan. P duduk rumah je la.

Panas tol hati aku bila menaip n3 ni. Maaflah banyak sangat perkataan yang tak best didengar keluar dalam n3 aku kali ni. Aku orang yang tak kisah kalau orang tu minta dengan cara baik. Fikirlah orang lain sama. Jangan fikir diri sendiri aje. Macam ni ke cara korang nak tunjuk contoh yang baik? Anak2 yang berarak masuk tu lagi berdisiplin daripada korang. Aku ni bukanlah baik sangat tapi considerlah sikit kan..

Note : Buat sesapa yang pernah mengalami atau jadi orang yg buat benda macam ni cuba2lah fikir. Adakah perangai kita itu mencerminkan diri kita?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...