It's You!

Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

Tips or Tricks?

Salam,

A beautiful Wednesday at UiTM Penang today. Sharing some tips and tricks on your daily routines.

People will remember not what you said but how you made them feel.

Also most people like talking about themselves so ask lots of questions about them.

When you're learning something new, teach a friend about it. Let them ask questions

If you're able to teach something well, you understand it.





Pay attention to people's feet

If you approach two people in the middle of a conversation, and they only turn their torsos and not their feet, they don't want you to join in the conversation. Similarly if you are in a conversation with a coworker who you think is paying attention to you and their torso is turned towards you but their feet are facing in another direction, they want the conversation to end.

Stand up straight

No slouching, hands out of pockets, and head held up high. It's not just a cliche -- you literally feel better and people around you feel more confident in you.

Pay Attention Parents: Always give your kid a choice that makes them think they are in control.

For instance when I want him to put his shoes on I will say ,"do you want to put your star wars shoes on or your shark shoes on?"

Pro-tip: In some cases, this works on adults.


Tuesday, March 18, 2014

What Does Your Handwriting Say About You?

Salam,

Something to share with you. Ble jadi writing investigator..hehehe...

What Does Your Handwriting Say About You?
Explore more infographics like this one on the web's largest information design community - Visually.

Friday, November 15, 2013

Sebak dan Bangga

Salam,

Buka Facebook hari ni banyak cerita tentang kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR. Semuanya mengundang air mata di mata saya. Kenapa? Sebab saya merasa sebak kerana melihat kesungguhan mereka belajar telah membuahkan hasil yang lumayan bagi mereka. Apatah lagi, ibu bapa mereka yang pasti berbangga dengan kejayaan yang dicapai.

Saya masih belum dapat merasai gemuruh di dada ketika menantikan keputusan peperiksaan besar anak-anak. Masih ada lagi dua tahun untuk saya tapi saya memang jenis cengeng, orang jawa kata 'gembeng'. Waktu Danish dan Danial naik ke pentas menerima anugerah di tadika dan sekolah je sudah buat saya bergenang air mata. Lepas tu mulalah cover macam sedang selesema. Tak dapat bayangkan jika mereka menduduki peperiksaan besar nanti.

Apa pun keputusan yang anak-anak kita peroleh, sebolehnya kita perlu terus memberi semangat kepada mereka supaya terus lebih berusaha. Insya Allah, mereka akan berjaya dengan doa dan bimbingan kita.

SEORANG bapa, Razali Harun, 45, yang berkerja sebagai buruh binaan dengan gembira terus menggendong pulang anaknya Amir Zuhaidi Razali, 12, yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 untuk memberitahu kepada ahli keluarga lain di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. Amir, murid Istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh mengalami kecacatan kaki kiri akibat kemalangan

Cc:Harian Metro

Nota kaki ; Saya sangat terusik dengan gambar dan berita di atas. Kalau saya jadi bapa tu pun, saya akan berbuat demikian. Semoga pelajar ini terus cemerlang untuk masa depannya dan keluarga. 

Tuesday, November 12, 2013

Random Stories

Salam,

Hari ni rasa bosan. Meh tempek gambar2 random yang ada dalam hp saya ni. Saya ni suka ambil gambar, kadang tu gambar yang bukan-bukan je. Saja seronok-seronok tapi biasanya memang nak mengusik. Hehehe...

Hahaha...waktu tangkap gambar ni saya gelak tak henti-henti. Waktu mesyuarat bulanan dan Hari Ini Dalam Sejarah, saya kena duduk barisan belakang so bila dah duduk belakang budak2 lelaki ni, apa lagi...buat kerja mendajal la...dah tangkap terus upload dalam WhatsApp geng library. Noty me..

Gelagat budak bambam yang baru bangun tidur. Sibuk main dengan sticker. Bubuh kat muka mama sambil kiss-kiss mama dia. Gebu la kamu ni Yani!

Ahad yang lepas, singgah di Sunway Carnival sebab nak tapau sandwich kat Subway. Yana cukup suka dengan gajah ni. Dia tanya "Ama..leh egang tak?" so saya kata boleh. Dia pegang gajah tu, dia bercakap ngan gajah tu lepas tu dia suruh saya ambil gambar dia dengan gajah. Yana pun macam Danish, jarang nak suruh kita ambil gambar dia. Kalau dia suruh tu, maknanya dia suka la tu.

Tu je la cerita random saya hari ni. Nanti kita cerita benda lain pulak. Cuti sekolah dah nak mula, apa perancangan untuk anak-anak? Saya tengah berfikir-fikir ni...


Wednesday, October 9, 2013

Hotel Berapa Bintang Ni?

Salam,

Terbaca berita ni dalam paper semalam. 
Hotel berapa bintang tu? 
Hehehe....kalau nak ketuk pun janganlah sampai melampau tahap begitu...
kalau org tak ada duit, camna agaknya nak bayar? 

Macam-macam hal 

Tuesday, September 10, 2013

Musim Hujan

Salam

Musim hujan. Program sedikit terjejas. Pelanggan nak mai pun susah tapi program tetap berjalan. Tak sempat amik gsmbar. Esoklah ya.

Sepanjang jalan balik hujan. Jam gila...jalan banjir.

Kat rumah....kain dijemur tak kering-kering. Dalam sedap sejuk dan nyaman...ada juga kesan lain kepada kita.

Friday, May 3, 2013

Musuh

Salam,

Tak perlu kata-kata.



Kalau bendera pun boleh duduk bersebelahan, alangkah baiknya kalau manusia juga begitu. Sesama Islam...sebenarnya kita melawan "musuh" yang salah. Musuh sebenar ada di luar sana, menunggu masa untuk "STRIKE". Waktu tu, kita akan hilang banyak masa untuk "STRIKE BACK"


Tuesday, April 16, 2013

Rutin & Ingatan

Salam,

Balik sudah senja
Pergi awal pagi
Ini saja pemandangan yang saya lalui setiap hari
Pasti kawan-kawan juga begitu
Rutin harian seorang kuli
Hehehe

Pagi tadi..matahari pun masih malu nak keluar...Mr Hubby hantar pagi ni...rasa best sekali..Hahahaha

Semalam petang, pulang dengan Danish & Danial...matahari pun dah "mengantuk" nak tidur dah


Pagi ni ada Program Wacana Kepimpinan Isu Semasa : Sebelum Senja Berlabuh
Tajuknya mengancam kan?
Musim pilihanraya
VC akan tekankan tentang penglibatan staf dalam aktiviti berkempen
Waktu ini, mata-mata sangat banyak

Bagi saya,
Apa pun fahaman kita,
Janganlah sehingga membelakangi mental dan nilai-nilai murni
Jangan kerana 5 tahun sekali ini
Suara lantang dan perbuatan melampau kita
menyusahkan diri sendiri di kemudian hari
Rileks la
Semua orang ada pendapat sendiri
Jangan terlalu ikut perasaan
Yang senang dan menang nanti
Bukan kita
Tapi mereka di atas sana

^_^

Tuesday, April 9, 2013

Smart Tricks

Salam,

Sedikit tips & tricks untuk dikongsi



Nota kaki : Saya paling suka nombor 3 dan nombor 11. Hehehe....  ^_^

Saturday, March 9, 2013

Boling Jom!

Salam,

Hari ni ada pertandingan boling
Anjuran Kelab Kakitangan Umum UiTM
Selaku AJK kelab kenalah hadir
Lama tak berboling
Jom semua!

Tak main boling kita rileks tengok diorang baling bola..

Jom!

Friday, March 1, 2013

Baca & Curi

Salam

Macam-macam benda sekarang ni. Pelajar ni ditangkap ketika menceroboh ke sebuah rumah dengan tujuan mencuri. Ketika diperiksa, antara barang yang dicuri ialah senaskah novel. Katanya dia tertarik dengan jalan cerita novel tersebut dan ingin membacanya.

Hmmm....niat nak membaca tu dah elok..tapi mencuri tu kan berdosa. Teringin nak tahu apakah yang mendorong mereka mencuri selain kekangan wang. Ada ke sebab lain?

Salam pagi Jumaat semua.

Tuesday, February 26, 2013

Rokok Elektronik

Salam,

Diorang kata cecair dalam rokok elektronik tu berbahaya
Tapi testimoni 2 rakan di ofis kata dia cuma ada perasa aja
Lepas tu alhamdulillah ketagihan merokok mereka telah memudar
Lepas hisap rokok elektronik tu, kalau hisap rokok biasa jadi nak muntah
Rokok elektronik tu pun bukan dihisap sepanjang hari
Boleh baca kat SINI tentang rokok elektronik
Kat SINI pun ada juga
Bottom line, 
Nak dengan tak nak je
Kan?
Hehehehe....


Nota kaki : Entry ini tiada kena mengena dengan kaki tegar rokok. Sekadar ingatan dan info..jangan marah ye...

Wednesday, February 20, 2013

Musim Hujan Petang

Salam

Gambar di bawah saya ambil di depan rumah semalam. Waktu tu jam 7 petang...saya baru sampai di rumah dari tempat kerja. Sepanjang jalan nak masuk taman dah gelap. Nampak awan mendung yang sangat cantik tapi menggerunkan. Nak amik gambar xboleh sebab tengah drive. Huhu...

Musim hujan petang sekarang di Penang. Kadang-kadang tu hujan lebat sungguh sampai xnampak apa. Tapi selalunya hujan lebat tu srkejap je dalam satu jam lepas tu berhenti. Yang takutnya bila ada angin kuat. Rasa seram campur excited tengok pokok meliuk-liuk ditiup angin kuat.

Subhanallah....

Tuesday, February 19, 2013

Ubat Gigi

Salam,

Petang ni kita santai-santai je ya. Meh kita kongsi petua sikit. Saya kongsikan apa yang saya baca di internet seperti selalu. Kali ni kita kongsi tentang ubat gigi. Selain untuk menggosok gigi supaya gigi bersih dan segar sentiasa, ubat gigi juga ada kegunaan lain.


1. Menghilangkan kesan krayon di dinding.


    Bubuh sedikit di atas kain kemudian gosok perlahan-lahan di tempat yang diconteng oleh tangan-tangan
    Picasso kecil di rumah tu. Lepas tu bilas dengan air.
    Cara lain, guna hair dryer untuk panaskan krayon tu..bila cair je terus skrap dengan pisau, lepas tu lap
    dengan kain lembab. Kalau tak hilang juga, buat paste baking soda tambah sikit air dan gosok ke tempat
    yang kena krayon tu, lepas tu bilas. Kalau tak keluar jugak, pi kedai cat beli cat baru, revamp je dinding
    tu. hehehe


2. Menghilangkan bau bawang di tangan


    Maklumlah, semalam gi rewang umah Wak Nan kena kupas bawang merah dan putih sebesen besar,
    makanya tangan pun bau bawang je. Jalan malam-malam pontianak pun takmo dekat. Cara nak
    hilangkannya, ambil sedolop ubat gigi dan lumur ke tangan. Lepas tu basuh tangan bersih-bersih. Bersinar-
    sinar you tangan i!



    Ok..yang ni petua lain pulak ya. Takde kena mengena dengan ubat gigi. Kadang-kadang pakaian yang
    kita pakai akan melekat ke badan sebab statik kan. Lebih-lebih lagi bila dalam aircond. Asyik melekat kat
    kaki je. Ada petua untuk menghilangkan statik tu. Caranya pinkan safety pin di bawah lipatan kain    
    atau baju yang kita pakai. Insya Allah, baju kita tak melekat di badan lagi.

Wednesday, February 6, 2013

Ubat Gegat Dalam Kereta

Salam,

Alkisah, Mr Hubby merungut kat saya sebab dalam kereta dia ada lipas kecik-kecik tu. (bukan kodok ya...naya kalau ada binatang geli-geliman dalam kereta takut jadi macam cikgu yang maut sebab muncul kodok dalam kereta). Macam mana tak ada lipas, anak-anak dia makan macam-macam dalam kereta so serdak-serdak makanan tu yang buat lipas mai kot.

Satu hari tu Mr Hubby kata, member dia cadangkan buh ubat gegat dalam kereta. Member dia buat, lipas pun takde. Saya macam....ye ke? Mr Hubby kata, kita cubalah dulu, kot kot berkesan. Lepas tu dia pi borong ubat gegat punyalah banyak. Saya tak tau berapa tan dia bubuh dalam kereta.



Saya lama tak naik kereta dia sebab saya naik "mini cooper" saya tu. Sekali hari tu naik, perghhh! Bau ubat gegat punyalah kuat. Saya cakap kat Mr Hubby, macam ni bukan lipas je mati, kita pun boleh mati sesak nafas ni. Mr Hubby sengih-sengih je. Aiyooo...

Sebelum balik kampung Khamis ni, saya nak suruh dia buat "Nano Mist" dalam kereta. Bagi hilang segala bau ubat gegat tu..kalau tak jenuh la bau ubat gegat sepanjang jalan dari Penang ke Johor. Mau ada yang mabuk pulak nanti. Kami buat "nano mist" tu kat  CARs International. Lepas buat "Nano Mist" mesti rasa segar je kereta kita..hehehe...

Hari tu gi cuci luar jek


Ada petua atau cara tak nak hilangkan lipas dalam kereta. Memang tak nampak dia jalan-jalan tapi kekadang tu dia lalu lalang plak. Huhhuhu

Tuesday, February 5, 2013

Belajar Kira-kira

Salam,

Baru je beberapa minit start kerja. Duduk di kaunter waktu tengahari sangat mencabar. apatah lagi perut sudah diisi dengan nasi lauk ikan sebelah goreng, sambal tauhu dan sambal tumis udang. (ikan sebelah je bawa dari rumah, yang lain beli je). Bila tenung lama-lama student yang keluar masuk ni mata pun jadi layu je. Jap gi nak naik atas tolak troli..bagi segar mata.

Tinggalkan korang kejap dengan gambar ni. Kalau terror, sila kira berapa banyak wajah orang yang ada kat pokok tu. Hahaha....


Tuesday, December 18, 2012

Kalau Ada ...

Salam,


Cerita dalam kereta pagi tadi.
Jalan taklah jam sangat.
Banyak juga kereta.
Bila perati, semua kereta cuma ada sorang je...pemandu tu je..
Boleh dikatakan kebanyakkannya begitu
Tak ada pulak yang berkongsi kereta
Mungkin sebab ada rasa payah kalau berkongsi
Tak ramai yang suka menunggu orang lain
Isteri sendiri lambat pun boleh marah..hahaha
Sembang dengan en. husband
"Kalau kat Penang ni ada LRT kan bagus"
"Tak payah jauh la...dari Seberang Jaya sampai Bayan Lepas je"
"Sekurang-kurangnya tak la jam kat jambatan..."
Lagipun, orang berpusu-pusu naik kereta waktu pagi cuma nak ke tempat kerja
Petang balik kerja
Kalau ada LRT, pencemaran dapat dikurangkan
Bilangan kereta juga akan kurang

KALAU LA ADA LRT, KAN KE MUDAH?

Saturday, December 15, 2012

Macam-macam

Salam

Bola punya pasal...sampai mengamuk rosakkan barang di dalam rumah. Lagi satu sebab dia minum sampai mabuk. Dahsyat betul penangan bola ni. Oleh itu...kalau minat apa benda pun, janganlah sampai fanatik sangat. Nilah jadinya...huhuhu.

Nota kaki: Duduk rumah, rileks, layan anak-anak, makan bihun sup tulang yang mak masak. Sodapnya..haha...selamat berhujung minggu!


Wednesday, December 12, 2012

Bubur Lagi & Kisah Dia

Salam,

Jam 4.30 petang baru siap acara mengacau bubur asyura kami. Letih juga rupanya. Lepas membahagi-bahagikan bubur asyura kepada ahli-ahli KKUUiTMPP, kami bahagi pulak untuk AJK. Oleh kerana saya tak berapa minat bubur asyura, saya hanya ambil sedikit je, habuan untuk orang di rumah merasa. Inshaa Allah tahun depan kami buat lagi.

Ni bahagian saya ^_^

Dah susun bekas untuk isi bubur..tunggu bubur masak je

Nin dia nin dia!



Sedikit update tentang entry saya yang bertajuk Camna Ya?  tu..saya dah tanya dengan kawan saya (saya kenal dia melalui kawan saya...kira kawan saya tu kenal sangat lah dengan dia ni). Alkisahnya memang dia ni suka sangat pinjam duit kat orang. Sebelum ni pun ramai kawan-kawan dia ni yang dah terkena. Kawan saya nasihatkan jangan dilayan, cakap je tak ada duit. Sebelum ni dia ada juga minta duit kat kawan saya ni..alasannya anak dia sakit. Ok..bila dah ada orang sahkan kedudukan yang sebenar camni, maka jalan selamatnya jangan pedulikan sms yang dihantar. 

Saya ni jenis mudah kesian kat orang. Apa lagi kalau ternampak orang tua bekerja atau berjalan tanpa haluan di dalam bandar atau di mana-mana. Saya selalu berdoa jika saya dan suami sudah tua nanti, kami tidak perlu bekerja sehingga tua. Biarlah kami hidup gembira, walaupun tak kaya tapi sentiasa ceria agar kami dapat menghabiskan masa tua kami bersama, in shaa Allah, semoga Allah makbulkan doa saya ini. Ok  la..nak balik dah...see you tomorrow!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...