Salam,
Hehe..bila perut kenyang ni, rasa syok je nak menaip. Bukan apa, nak share info tentang makan2 asam pedas. Info ke? atau bebel je? Ah..korang layan jela..
Al-kisah, waktu kami bercuti kat kampung aritu, kami kat p bersantai di Melaka. Pastu memang teringin nak makan asam pedas Melaka so ajaklah member g cari asam pedas. Kat Melaka kalau tak silap ada kedai asam pedas yang diorang kata sedap sungguh tapi aku lupa plak namanya tapi time kami nak makan tu, kedai tu tutup plak.
So member ni ajaklah g Bukit Katil. Dia kata ada kedai yang jual asam pedas tapi dia pun tak pernah g kedai tu. Malam tu kami pun geraklah nak makan asam pedas tapi...huh tak sedap langsung!
Esoknya sebelum gerak balik Batu Pahat, member suruh singgah Asam Pedas Mak Pon kat Parit Jawa sebab kat sana memang famous la ngan asam pedas. Kami pun gigihlah singgah Parit Jawa semata2 nak makan asam pedas Mak Pon..tapi kedai Mak Pon tutup. Tapi memang dahsyat la sebab satu foodcourt tu semua jual asam pedas. Pastu setiap gerai pernah dijelajah oleh samada Jalan2 Cari Makan, Suarasa, atau dapat liputan di akhbar2 tempatan.
Kami sebat otak2 dulu sambil jalan g kedai Mak Ngah Asam Pedas, kat tepi sungai. Orang punyalah ramai. Kami order makanan laut masak cili sementara tunggu asam pedas ikan merah kami. Walaupun cuaca panas dan kami dah berpeluh giler kami setia menunggu.
Cari dalam Google je..aritu tak dan snap sebab terover xcited hahaha
Hasilnya? Asam pedasnya kosong je, takde daun kesum, bendi @ bunga kantan tapi kuahnya pekat dan pedas. Tapi lagi sedap daripada makan kat Bukit Katil tu..betul2 kenyang giler sebab kami order 2 ketul ikan merah bahagian ekor yg sebesar tapak tangan. Aku kalau makan asam pedas memang tak jamah lauk lain. Huhu..tak meletop la makan asam pedas ngan lauk len.
Hubby kata makcik aku punya asam pedas lagi meletop. Tapi untuk yang nak lepas gian tu, ok la makan kat Parit Jawa tu. Kira boleh datang lagi la...hehehe..Oh ya..aku juga suka makan asam pedas claypot kat Perda. Walaupun rasanya len sket sebab dia buh lada hitam tapi sebab dia asam pedas, aku bedal je..lagipun susah cari asam pedas kat Penang ni.
Asam Pedas Claypot kat Perda..pedas giler..yum yum
So, sekian saja cerita aku kali ini tentang asam pedas..sapa yang suka asam pedas sila angkat sudu dan pura2 hirup kuah asam pedas yang pekat dan pedas giler. Yum yum!