It's You!

Tuesday, July 27, 2010

Nisfu Syaban

Salam,

Hari ni mesti ramai yang puasa sempena Nisfu Syaban.

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
 
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
   Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
   Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
   Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib
i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam
iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada
didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Tapi hari ni aku tak puasa sebab berasa sangat tak larat. Rasa rugi gak tapi kalau puasa mesti lembik je hari ni. Skang pun kalau dah nak petang je terus tak larat. Itu pun makan banyak kali, pagi, kul 11, kul 3, pastu sebelum malam. Peringkat awal kot tu yang rasa letih. Harap2 Ramadhan nanti boleh puasa penuh. Rugi rasanya kalau tak penuh tahun ni.

Monday, July 26, 2010

Monday & it's stories

Salam,

Pagi semua...
Mak buyung arini sihat cuma badan dah start letih je
tapi harus kuat
ni baru trimester pertama
japg bila mood menulis dah mari, aku tulis lagi panjang
nak tergelak bila Danial kata kat aku,

"Mama, bila baby dah kua, mama g la keje"
"Sapa nak jaga baby?"
"Takpe..nanti Danial suruh Kak Yon jaga"
"Kak Yon mau ke jaga baby 2?"
"Mesti dia mau...nanti Danial bagitau dia. Pastu botol susu Danial tu, bagi je kat baby, Danial dah tak minum susu dalam botol dah"
"Hahaha..ye la"

Kak Yon kata "Sapa kata Kak Yon nak jaga baby?"
Danial kata "Tu Kak Yon jaga Izudin ble"
Kak Yon kata "Sapa nak bagi gaji kat Kak Yon?"
Danial kata "Abah ngan mama la"
Kak Yon kata "Nak bagi berapa?"
Danial kata "Nanti bagila RM100"
Kak Yon kata "Seratus mana cukup..."
Danial kata "Abistu nak berapa? RM400?"

Hahahahaa...pandai tol Danial cari pengasuh adik baby2 dia

Thursday, July 22, 2010

Perkembangan Mereka

Salam,

Sudah mula bertugas semula
Tapi badan terasa letih saja
Kena kuatkan semangat 
Ni baru trimester pertama
Nanti bila larat, aku wat N3 panjang

Nak share something
Hehehe
Nampak tak ada dua amniotic sac tu?
Dua2 dah ada heart beat
^_^


Thanks Riena & Asha sebab wat N3 pasal me & the twins. Hehe

Wednesday, July 21, 2010

Good news

Salam,

Hasil bertapa di rumah dan di klinik ulang-alik, Danish & Danial bakal mendapat adik2 baru 7 bulan akan datang. Terkejut bila tau baby dalam perut twins.

Tu je nak bagitau. Bila larat aku post N3. Nak rehat lagi. Wish me all luck.

Note : Excited tapi takut gak. Ada sapa2 ada pengalaman mengandung twins?

Monday, July 19, 2010

Monday Blues at home

Salam,

Hari ni tuan punya blog tidak sihat
ada di rumah recuperate je
happy days my friends

Saturday, July 17, 2010

You r 5 now!

Salam,

N3 bergambar ni mengisahkan seorang budak yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-5 pada 18 Julai 2010...

Masa baby

Ngan Tok Nani

Macam Gegirl










Bermacam aksi Muhammad Danial Syahmi Mohd Khairul Nizam
Happy Birthday ke 5
Semoga semakin rajin dan jadi anak yang soleh
Aminn
Mama & Abah Love you

Note : Cik Lana, jangan lupa birthday Danial Ahad ni ya

Friday, July 16, 2010

Baby Boy Pulak

Salam,

Aritu aku ada wat n3 petua mendapatkan anak perempuan so ini pulak adalah sambungannya untuk mereka yang inginkan anak lelaki pulak. Bila tengah wat housekeeping mail-box baru nampak emel ni. Takpe..kita kongsi ya!

Amalan pemakanan di awal kehamilan

1. Banyakkan makanan laut dan juga daging


2. Banyakkan makanan yang berasid, kat sini maksudnya macam asam kot

3. Mengamalkan minuman kurang manis



Amalkan Surah Yusuf dan Maryam tetapi kali ni perbanyakkan bacaan Surah Yusuf.
Panggil baby dan usap perut dengan nama2 lelaki yang baik, contohnya Muhammad.
Sentiasalah berdoa kepada Allah

Satu lagi petua, kalau nak anak lelaki, berjimaklah ketika isteri kurang subur untuk mengimbangi kromosom XY lelaki dan XX perempuan. Bila kita kurang subur, kromosom XY dari sang suami akan lebih dari kromosom kita, insya Allah, melekat lah kromosom XY dalam rahim. (Belajar sains pulak ye!)

Itulah serba sedikit petua yang aku baca dan kongsi. Kita cuba la mana tahu rezeki dapat hero pulak. ^_^

Mual?

Salam,

Bila tekak terasa loya, apa yang boleh menghilangkan rasa itu? Yang ni khas untuk ibu2 yang mengandung. Yela..mana tau aku pun akan mengalaminya nanti, so bergunalah jugak kan
1. Makan Pil Zat Besi
Disarankan memakan pil zat besi ni bersama pil Vitamin C kerana vitamin c membantu penyerapan zat besi. Zat besi penting untuk pembentukan darah yang membawa oksigen di dalam badan. Kalau kurang zat besi maknanya kurannya oksigen dalam badan terutamanya dalam otak, itu yang jadi rasa pening dan loya.

2. Minum 100 Plus
Yang ni petua yang aku jumpa kat internet tapi gasnya kenalah dibuang dengan cara tuang dalam bekas lain atau penutup longgar. 100 Plus kat air bermineral yg ada garam...ia dapat menggantikan cecair yg telah keluar masa kita muntah.

3. Amalkan makan kurma
Kurma juga salah satu makanan yang mengandungi zat besi so eloklah diamalkan.


4. Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap. 
Maknanya pastikan ibu2 hamil ada bekalan biskut atau kurma atau apa2 yang berkhasiat untuk dikuyah sentiasa. Banyak aku jumpa org kata makan biskut kering lagi berkesan. Cubalah.

5. Hindari makanan berlemak, berminyak dan pedas. Dan amalkan teh halia untuk mengatasi rasa mual..

Itu je yang dapat aku kongsi. Nanti update lagi tentang penyakit'buatan orang' ni..daaaa!


Jumaat Nan Indah

Salam,

Renungan pagi Jumaat



"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.... Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu... Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu... Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu arah tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya... Bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya...."

Thursday, July 15, 2010

Semua Ada...

Salam,

Kat bawah, depan kedai buku, ada banyak gerai
Ada yang jual kek
Ada jual kekacang
Ada jual baju, shawl, brooch
Ada jual air, kopok lekor
Ada jual PAU
Dari semalam nak makan tapi semalam abis
Tadi kol 2 lebih nampak ada lagi pau
beli 2
yum yum
pau inti daging
lepas ni takmo makan pau dah
sebab dah makan tadi
hehehehe

Note : Apa motif ni? Takde pape..abaikan aje..
Salam,

Info yang bagus untuk ibu2 mengandung, ingin mengandung, sudah bersalin, anak2 dara yg nak kawen dan suami N bakal suami..hehehe


Pasal Kurma

"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya.."
Kebaikan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.  Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

"Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah-satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati"...

Khasiat Kurma
mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.

Award Lawa Gila

Salam,

Pagi khamis ni ceria tak kawan2ku sekalian? Kalau ceria, alhamdulillah. Untuk memulakan hari, meh kita layan Award ni...
Award ni diberikan oleh CheQpPJoY..thank you so much..muah muah..



S: Suke tak award ni?
J: Mestilah suka...Blog Lawa Gila tuuu..tapi pemilik blog tak gila ye..cuma gila-gila..muahaha

S: kamu rasa blog kamu lawa gila?
J: Lawa kot tu sebab dapat award..hahaha..puji diri sendiri sket..bagi up mood pagi2

S: kamu selalu singgah di blog sape?
J: Blog2 yang ada dalam list belah kanan blog aku dan blog baru yang menarik hati..tapi takla hari2..biasanya yg rajin update la ye..apalagi..rajin2 la update so aku ble jenguk korang!

S: beri senarai blog yg 'lawa gila' bg kamu.
ceria je blog TTM neh..isinya pun kelakar gile walaupun dia cerita benda berinfo..i lap u la TTM!


Tag kpd org yang kamu rasa patut dapat award special nie.
 
 
Oklah..nak start kerja pulak. Nanti2 kita jumpa lagi. Enjoy your Award girls! 

    Wednesday, July 14, 2010

    Tercipta Untukku

    Salam,

    Yang ni pun lagu kegemaran aku sekarang. Tercipta Untukku yang Ungu feat Rossa tu. Lagu ni jadi lebih mendayu dan lebih romantik plak bila dibawa dengan melodi slow ni.

    Hubby pun suka lagu ni. Dalam akaun Youtube dia siap wat favourite lagi..hehehe..walaupun Rossa nyanyi beberapa patah lirik je, tapi sangatlah best suara dia..masuk sangat dengan lagu ni..huhu...


    Ungu feat. Rossa – Tercipta Untukku (Accoustic)
    menatap indahnya senyuman di wajahmu
    membuatku terdiam dan terpaku
    mengerti akan hadirnya cinta terindah
    saat kau peluk mesra tubuhku, oohh

    banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
    kepada dirimu

    reff:
    aku ingin engkau selalu 
    hadir dan temani aku
    di setiap langkah yang meyakiniku
    kau tercipta untukku

    meski waktu akan mampu
    memanggil seluruh ragaku
    ku ingin kau tahu
    ku selalu milikmu
    yang mencintaimu
    sepanjang hidupku

    sungguh hanya lah dirimu
    yang aku cintai
    dan sungguh ku kan di sisimu
    hingga ku mati

     

    Aktiviti Kami di Hujung Minggu

    Salam,

    Sabtu lepas, kami berempat je kat umah. Bangun pagi rasa tak larat la pulak. Lepas kemas umah dan sidai kain baju, semua orang mandi. Lepas mandi kami sarapan biskut cicah air teh je..kan dah kata aku tak larat a.k.a pemalas..huhu

    Lepas mandi, Danish & Danial layan tengok tv. Memang waktu2 camtu waktu diorang tengok tv-kartun. Malas nak berebut ngan budak dua orang tu, aku layan baca novel dalam bilik sambil tengok hubby wat material untuk presentation barang kerja dia. Hubby kata takyah masak..arini bagitau je nak makan apa..eceh..bestnya tawaran.

    Kalau rajin meh klik sini tengok website dia..best betol..animated sungguh!

    Tekak tak mau makan nasi so hubby suggest g Nandos kat Juru AutoCity. Aku ok je. Kami p lewat dah pun..kol 330petang dah. Jalan lengang je dan cuaca taklah panas sangat. Kami order set 1/4 Chicken w/2 sidelines dua ngan Kiddies Plate satu. Aku paling g Nandos sebab sos Peri-peri yang sangatlah pedas & yummy. Biasanya kalau lapar kami g Kenny Rogers sebab sidedish dia tiga pastu ada muffin lagi.

    Lepas makan-makan, kami pun berangkat pulang. Takde singgah mana2. Sampai kat umah baru teringat ada pasar malam kat umah so kami jalan2 kat pasar malam pulak. Time tu baru kul 5 tapi dah ramai yang meniaga. Kami g pasar malam dengan tujuan beli otak-otak ngan putu mayung.

    Lupa nak bagitau..lepas balik johor tu kan kami cari otak2 yang best kat Penang, kami dah jumpa dah. Abang tu jual kat pasar malam. Dia amik stok direct dari Kempas, Johor. Rasa? Mabeles..sama macam kat Johor. So kalau teringin nak makan senang dah skang..cari je abang tu kat mana2 pasar malam kat area Permatang Pauh, Ampang Jajar, Seberang Jaya...insya allah ada.

    Sebelum balik p beli ayam ngan sayur. Hari Ahad hubby nak makan ayam masak kicap. Aku ok je..

    Note : Nampak orang jual ubi kayu tapi terlupa nak beli...boleh ke terlupa? Kalau jumpa ubi kayu lagi nak rebus n cicah ngan sambal tumis cili padi...Mesti mengaum nanti..yum yum

    Anak & Denda

    Salam,

    Terbaca dalam majalah tentang Anak & Denda. Kalau mengikut Rasulullah, memukul atau merotan anak hanya dibenarkan kepada anak yang berusia 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah S.A.W "Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun"


    Tidak boleh memukul anak di muka dan bahagian lain yang sensitif dan boleh mencederakan nak-anak. Denda secara memukul ni tidak digalakkan kerana akan mewujudkan perasaan benci dan suka berahsia selain emosi anak2 menjadi tidak stabil.

    Untuk itu, cuba gunakan pujukan lembut dan berkomunikasi dengan mereka agar mereka faham apa keburukan ang ada jika mereka melakukan kesalahan2 tertentu. Elok guna sistem ganjaran untuk mendidik mereka. (sumber yang aku baca dari Majalah Pa & Ma..mana yang salah, harap kongsikan ya..^_^)

    Note : Aku ni seorang mama yang sangat cepat baran. Kalau geram, Danish & Danial kena juga sedas dua. Memang tak elok tapi aku cuba elakkan daripada memukul skang. Kenalah diorang pilih antara bebel atau pukul. Kadang2 diorang ni cakap lembut2 tak makan saman. Korag macamana?

    Tuesday, July 13, 2010

    Giliran Rasp pulak wat lucky draw..

    Salam,


    Malam ni nak masuk satu lagi giveaway/lucky draw. Kali ni dianjurkan oleh Pn Rasp..sempena birthdaynya. So, makanya harus aku mencuba-cuba nasib sambil bergumbira membuat entry. Manalah tahu, tuahku untuk bulan Julai ni...hehehe
    Oh..ada juga syarat2nya tapi semua itu bisa diatur bu...takyah kena cari hati nyamuk atau hati kuman, benda senang je nak buat...(aku copy-paste sebab aku malas nak taip balik..boleh ye Rasp? ekeke). 

    Ini dia syarat2nya :
    1) Just copy paste gambar lucky draw tu ke blog uols...

    2) Buat a simple entri kat blog uols pasal lucky draw ni or nak copy paste syarat2 nie pun ok je...

    3) Tinggalkan komen kat entri ahkak rasp bila dah settle steps 1 & 2 ...

    4) Peserta tak semestinya follower pun, and tak perlu jadik follower i ....

    5) Peserta haruslah mempunyai alamat di Malaysia ya.....

    Tarikh tutupnya 28 Julai 2010 kol 12.00 tengah malam. So sesapa yang nak join tu, mehlah kita terjah blog Rasp ramai2 sambil ucap Happy Birthday kat dia. Semoga bertambah murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.. 

    Gives You Hell

    Salam,

    Lama tak buh lagu favourite aku dalam blog..hehehe..tak kiralah..korang suka ke tak..aku nak buh jugak ..hahaha..kejam tak aku?

    Lagu kali ni daripada The All-American Rejects berjudul Gives You Hell..video klip dia lawak giler..pasal 2 org yang berjiran..keh keh apsal aku gelak ek? ahhh pedulik..

    Layan yer

    How It's Made

    Salam,

    Hari ni tak sempat post n3 waktu pagi sebab dah start kerja petang sekali seminggu. Hari ni, turn aku pulak. Pagi tadi sibuk mengemas umah..pastu layan AFC dan AXN.


    Ni curi masa jap untuk post n3 sebelum sambung sikit lagi kerja. Nak sembang apa? Mmmm..nak share kat korang satu rancangan yang best dan berguna sekali...Rancangan ni dinamakan How It's Made..dalam tv kat Discovery Channel, Astro. Tapi rasanya kalau cari dalam youtube pun leh jumpa.

    Rancangan ni best sebab dia tunjukkan macamana barang2 harian yang selalu kita gunakan dibuat. Aku punyalah seronok tengok siri dia sampai tak bagi Danish & Danial tukar channel. Selalunya, aku paksa diorang tengok juga tapi kenalah rajin explain kat diorang balik.

    Kalau nak privasi, aku tengok kat tempat kerja. Kat sini kami ada web khas yang memuatkan pelbagai dokumentari termasuk How It's Made ni untuk tatapan student dan staf. Sesapa yang nak muat turun atau menonton sesuatu dokumentari cuma perlu sign in dan search je apa korang nak. Yang ni memang aku suka sangat..sebab macam2 benda leh kita pelajari dengan hanya menonton.. Real best...

    K la..nanti korang carilah ye...sapa rajin tengoklah..best!

    Monday, July 12, 2010

    Ghost Adventures

    Salam,

    Sapa penah tgk rancangan Ghost Adventures kat NTV7 angkat tangan! Hoho..malam ahad yang baru ni aku saja main tekan2 remote tv tu sebab tak tau nak tengok cite apa. Tetiba tertekan NTV7..sebelum ni jarang aku tengok channel len selain AXN dan AFC..hahahaha

    Seram gak cite dia. Adalah juga hasilnya. Kalau tengok yang versi Malaysia tu apa ke benda tajuknya yang cari hantu tu..hampeh je..hantu pun malas nak interprem. Bukan nak kata mat saleh punya ghost hunter lagi best la..tapi ada gak hasilnya..huhu..

    Time aku tengok tu, diorang g ke satu Hospital Sakit Jiwa yang telah ditutup untuk mencari hantu. Hoho..suspen gak la..Lepas ni ble la tengok tiap hari Ahad. Ni ada sket sinopsis program dari NTV7..


    Are you ready for the lockdown? The "Ghost Adventures" crew -- Zak Bagans his two man crew hunt for ghosts in some of the most evil and sinister locations across the world from former slaughterhouses to insane asylums. The investigators learn about the local area and historic hauntings before subjecting themselves to the ultimate immersion in paranormal investigation - an overnight lockdown.
     
    The trio will interview eyewitnesses and historians at each location, arming themselves with the stories of the ghosts they will later provoke and confront during their dusk-to-dawn lockdowns. 

    (Note: They don't always come out unscathed!) Then they'll review and analyze their findings with some the most respected experts and specialists in the paranormal field.

    Armed only with night vision cameras and digital recorders, they attempt to capture evidence of the supernatural.
     

    Itu je..sekian...

    Buckingham Palace Gardens - the review

    Salam,


    Title : Buckingham Palace Gardens
    Author : Anne Perry
    Genre : Investigation, Classic Novel
    Publisher : Ballantine Books 2009

    Inspektor Pitt telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes pembunuhan seorang pelacur di dalam Istana Buckingham. Oleh kerana kes ini melibatkan istana, Pitt harus menyelesaikan kes ini secara sembunyi2.

    Dia menghadapi masalah untuk mengumpul bukti2 kerana pekerja2 dan tetamu2 di dalam istana tidak mahu memberikan kerjasama. Dia memanggil Gracie, pembantu rumahnya untuk menyamar menjadi pekerja di dalam istana untuk mengorek rahsia.

    Twisted yet full of surprises. Really enjoyed reading it...takes only two days to finish this novel. Happy with the outcome.. ^_^ yeayy!

    Next on my reading listing is 


    One of the book in Private Series by Kate Brian. The books got good review from many and it looks tempting enough for me to read..hoh..napa ko cakap omputih ni? Buang tebiat ke?

    Jija's Lovely Cottage Giveaway

    Salam,

    Kurang sihat pun nak masuk Giveaway..huhu
    time blogwalking jumpa blog Jija's Lovely Cottage
    Jija tangah wat giveaway sempena birthdaynya pada 8 Julai yang lepas..
    Happy birthday Jija!!

    Nak join giveaway ni ada la syarat2nya tapi senang je..
    ni dia syarat2nya...

    1. click button "Follow" di sebelah utk menjadi Followers… wajib jadi follower saya tau
    2. Link blog http://jija-craft.blogspot.com di blog anda.
    3. Tag rakan2 anda dlm post tersebut utk join sekali giveaway ini.. ramai pun tak pe hehe..

    4. Last sekali tinggalkan "comment" dalam entry Jija dan juga link anda… senang sikit nak keep
    track...

    5. Hadiah utk GA ni:
    Pertama – Bread Box
    Kedua – Spoon Box
    Ketiga – Cutlery Holder


    So nak tag semua yang singgah ke blog aku ni. Mana tau rezeki kita kan? So..jomlah join giveaway nih!

    Morning..

    Salam,

    Not feeling very well today..
    Tapi ada keje kena wat
    Huhuhu

    Have a nice day my friends!

    Friday, July 9, 2010

    Tabiat yang buang tebiat betol

    Salam,

    Tengahari ni korang g shopping ke ahkak-ahkak sekalian? Cik abang pulak g mana sebelum solat Jumaat? Aku memang tak pernah kua waktu jumaat. Memang tak pernah. Kalau aku keluar tu memang Hari Ini Dalam Sejarah la kiranya. Dalam setahun, ble dikira ngan jari tangan je berapa kali aku kua jumaat.

    Nak citer pasal tebiat ke tabiat...tabiat kot..tapi tabiat aku ni kira jenias buang tebiat jugak. Aku suka pemadam pen. Aku tak tau napa aku suka ngan pemadam pen. Sejak aku sekolah sampai skang.

    Ni pemadam aku yg tinggal setengah

    Apa aku buat ngan pemadam pen tu? Aku suka potong dan pegang time wat keje. Aku suka tekstur dia yang berpasir. Buang tebiat kan aku ni? Dalam sebulan mau dua pemadam aku beli just untuk membuang tebiat..hehehe

    Korang ada tabiat yang buang tebiat tak? Kalau ada, share la ngan aku. Hahaha..(skang ni pemadam yang aku baru beli minggu lepas dah tinggal setengah. Hari ni je dah 2 kali aku potong ia. Huhu)

    Note : Skang dah susah nak cari pemadam pen biru ni...certain2 kedai je jual...Aku dah tengok..kat POPULAR n yang sewaktu dengannya..kedai2 kecik je jual...

    The Secret Garden, my all time favourite

    Salam,

    Baru lepas perhimpunan bulanan dan bacaan yasin di Laman Perdana. 
    Sebenarnya nak citer tentang satu buku yang menjadi all-time-favourite aku. Tajuknya The Secret Garden.
    Kalau sapa2 ikut, cerita ni telah difilemkan dan pernah main kat tv dulu-dulu. Cerita klasik tapi sangat menyentuh hati.

    Dua buku tajuk yang sama dalam library..tapi lain2 versi

    Mengisahkan seorang kanak2 perempuan bernama Mary yang kematian ibu bapanya di India. Oleh kerana dia tidak mempunyai keluarga di India, dia telah dihantar ke Yorkshire, England : rumah pakciknya. Mary seorang kanak2 yang perengus dan tiada siapa yang sukakannya.

    Sampai di Yorkshire, Mary mengetahui tentang pakciknya yang sentiasa sibuk dan bersikap tidak ambil peduli. Beliau bersikap begitu semenjak kematian isterinya. Di sana Mary mula belajar menyukai orang lain. Hari2nya dihabiskan dengan pencarian taman rahsia milik isteri pakciknya yang telah lama terbiar. Hidupnya mula bermakna apabila dia dengan bantuan seorang anak orang gaji membangunkan taman rahsia itu.

    Aku boleh ingat jalan ceritanya walau dah lama baca. Semalam waktu shelving buku di rak, jumpa buku ni. Terus pinjam baca kat umah. Satu malam dah abis. Pagi tadi baru perasan ada satu lagi buku tajuk yang sama baru sampai tapi versi panjang kat troli.

    Frances Hodgson Burnett ketika hayatnya

    Penulis buku ni ialah Frances Hodgson Burnett yang lahir pada 1849 di Manchester, England. Buku ini ditulis pada tahun 1911. Buku ni telah dibaca oleh kanak2 di serata dunia selama lebih 100 tahun. Mungkin Danish & Danial akan baca juga bila diorang dah pandai membaca buku bahasa inggeris dengan lancar nanti. A worth to read book!

    Thursday, July 8, 2010

    Nama kamu sama dengan nama suamiku..(itu saja yang sama ^_^)

    Salam,

    Tadi nampak satu N3 dari aSHa
    Terus teruja nak baca
    Rupa-rupanya tentang si dia
    Membuatkan aku tersenyum sorang2
    Membuatkan korang pun kena jenguk dan lawat

    Cuti & SURA

    Salam,

    Apa, siapa, Sura? Hehee..semalam, oleh kerana cuti di Penang, kami anak-beranak telahpun berjaya jalan2. Hubby yang ajak so kami ikut je la.

    Bukan jalan2 mana pun. Actually nak anta kain wat baju melayu hubby, Danish & Danial kat Bukit Mertajam. Lepas tu kami gerak ke Carrefour sebab banyak barang umah yang dah abis. Tapi frust la pulak..susu penuh krim Dutch Lady habis kat Carrefour so tak beli la...(tapi barang2 lain kami beli ^_^)

    Sebelum keluar umah, aku dah wat nasi goreng dan spageti goreng untuk sarapan. Makan punyalah banyak jadi terasa masih kenyang pulak. Lepas membeli barang di Carrefour, hubby ajak g makan kat Bee Chew (Kedai makanan hailam kat Bagan). Dalam kenyang2 pun balun beef steak. Danial makan chicken chop & hubby ngan Danish makan bihun + koew tiau hailam. Yum yum..


    On the way balik, singgah kedai DVD/CD tamil kat Bagan. Nak cari DVD Sura, lakonan Vijay yang terbaru. Nasib baik ada so kami rembat je la. Sampai umah, lepas kemas2 barang yang dibeli dan rehat2 terus kami pasang DVD. Konon tengok berempat, last2 aku yang tengok sorang2..yang lain dah terbongkang tidur..ceh!

    Sura taklah sehebat Vettaikaran @ Pokkiri tapi untuk leisure blelah tengok. Lagu dia yang first je best. Yang lain, ok ok je. Mengisahkan seorang pemuda bernama Sura yang menjadi harapan di  kampungnya, sebuah perkampungan nelayan. Kisah berkisar bagaimana dia hendak merealisasikan impian untuk membina rumah untuk semua penduduk kampung tetapi dihalang oleh menteri korup yang ingin merampas tanah mereka. Kalau korang nak tengok, p la beli DVD yang original ye..hehe

    Note : Vijay..Vijay...hahahaha...Vettaikaran & Pokkiri are the best..lagu2 best..ngee

    Baby Girl @ Baby Boy?

    Salam,

    Pagi2 sebelum sibuk ngan kerja baik bagi korang tips. Tips yang ni untuk sesapa yang teringin anak pompuan macam aku ni. Huhu...

    Tips mendapatkan anak perempuan

    1. Banyakkan makan sayur, sup, asam serta makanan beralkali (asam tu janganlah bantai banyak2 pulak. Kot mendatangkan mudarat di masa depan kang..bahaya pulak)


    2. Banyakkan makan buah-buahan. (So sesapa yang tak suka buah-buahan tu rajin2lah belajar makan dari sekarang. Macam aku ni..ada certain buah je makan..tak boleh jadi ni..kena tingkatkan pemakanan buah ni)


    3. Minum minuman berkarbonat..(Kot ya pun nak minum tu agak2lah..karang kena sakit kencing manis pulak..pastu time dah mengandung takleh la minum sebab takut menjejaskan baby dalam kandungan...rasanya ni untuk sebelum mengandung kot)


    Alolo..comel betul..dari dulu aku suka tengok baby girl ni..

    Rajin-rajinkan diri buat amalan2 ni
    1. Kerap baca Surah Yusuf untuk menguatkan badan baby
    2. Surah Maryam untuk pembentukan minda. Banyakkan Surah Maryam kalau nak anak pompuan.
    3. Urut @ usap perut dan panggil nama Maryam @ Siti Aisyah...atau nama2 yang baik..
    4. Berdoa (perlulah berdoa selalu dan melakukan perkara2 yang baik selalu)

    Note : Napa tetiba ada tips pasal baby kat blog aku ni? Entah...

    Wednesday, July 7, 2010

    Cotti la...lalalala

    Salam,

    Hari ni Pulau Pinang cuti kerana ulang tahun pengisytiharan bandar Georgetown sebagai tapak warisan dunia UNESCO

    Oleh kerana cuti cuma sehari lepas tu esok dah kena keje balik, aku tak ke mana2. Tapi mungkin berubah plan kalau tetiba hubby bosan duduk di rumah dan dengan selambanya mengajak kami anak-beranak g jalan2. Kami on aja.

    Oklah..itu je nak bagitau..nanti kita jumpa lagi. Selamat bekerja ya kawan2ku yang berada di luar Penang. Wink wink!

    Tuesday, July 6, 2010

    Makanan Minda

    Salam,

    Pagi tadi sedang memproses buku-buku baru terjumpa satu novel ni, "Buckingham Palace Garden" tulisan Anne Perry. Genre dia? Genre yang sangat aku suka iaitu penyiasatan, thriller..sah sah aku kidnap buku ni wat bacaan.



    Tak penah lagi baca buku hasil tulisan Anne Perry so try gugel dia dalam internet. Sudah menulis sejak dulu2 lagi dan buku pertamanya diterbitkan pada tahun 1979 bertajuk "The Cater Street Hangman" : genre mestilah misteri. Waktu tu umur dia dah 30-an, itupun selepas dia melakukan pelbagai kerja untuk menampung hidupnya. Bayangkan menulis dari umur 20an sampai 30an baru dapat publish..tak ke lama tu...

    Anne pernah memenangi Edgar Award pada tahun 2000 dan dipilih oleh majalah The Times sebagai "100 Masters of Crime" iaitu untuk penulis2 kisah jenayah dan penyiasatan. Oh oh..lupa nak bagitau, beliau menulis siri2 penyiasatan sejarah, maksudnya lokasi cerita ialah zaman2 dahulu..

    So, aku nak layan novel ni sementara masih seronok nak membaca. Maklumlah skang ni nak membaca 2-3 mukasurat novel pun susah sebab tak sempat. Waktu sempat ialah sebelum tidur, itupun kalau tak lelap dulu. neway, korang suka baca buku?

    Nak g sini lah..ada sapa nak bawak??

    Salam,

    Sesekali kita mesti teringin nakkan sesuatu. Tak kiralah mahal atau murah, boleh jadi realiti ataupun tidak.

    Korang nak tau tak percutian yang aku rasa best sekali? Aku teringin nak bercuti ke Ibiza, Sepanyol. Hehe..jauhnya makcik oiii...dah kata teringin..belum tentu dapat. Ni cuma angan-angan je.

     Gila ko..syahdu je kalau dapat g haha


    Hotel yang aku nak stay kalau dapat g sana ialah Hotel Hacienda Na Xamena. Hotel ni sangatlah cantik..mengadap laut dan berada di paras 180meter dr paras laut. 


     Yang ni yang best ni...



    Harganya? Kalau tengok tempat dan fizikal hotel, mestilah mahal. Dalam website dia pun dia tak bagitau berapa harganya. Kita kena contact diorang n lepastu diorang akan suggest mana2 pakej @ bilik yg bersesuaian dengan kita.




    G Redang pun best!

    Meh la kita layan gambar je. Tak dapat g Ibiza, g pulau-pulau kat Malaysia pun ok jela...hehehe

    Note : Jadi teringin sebab time proses buku-buku baru tadi ada satu buku ni tajuknya "Cool Hotels : Spain"...giles sungguh coolnya..





    Ooo La la..licin wajah kalau...

    Salam,

    Pagi ni nak citer sket pasal makanan kegemaran Danish. Danish ni kalau makan kadang2 cerewet juga. Kadang2 kalau mama dia dah masak dua tiga jenis lauk pun tapi kalau tak kena ngan selera dia, dia ble cakap "ni je ke yg ada?"...sabau je la. Kalau kat umah orang rasa segan pulak..huhu..

    Danish sejak dulu lagi suka tomato. Merah, hijau, kecil, besar..semua dia sebat. Kalau aku g pasar dan tetiba ternampak tomato ceri yang merah2 dan nampak juicy tu, mesti aku beli kat dia. 

     Tomato ceri yang Danish suka..mama dia kureng suka


    Tomato hijau yg Danish & mama dia suka banget!!

    Meh citer sket pasal tomato. Baru tambah sket ilmu pasal tomato..kan kan...?

    Asal-usul
    Selatan Amerika (Peru, Mexico)

    Asal perkataan Tomato
    tomatl, perkataan Aztec bermaksud "swelling fruit"

    Zat2
    Vitamin A & C
    Zat Besi, Serat
    mengandungi fruktosa, asid folik, potasium, kalsium & garam mineral
    pembekal lycopene dalam badan

    Khasiat
    Antioksidan semulajadi ~ jadi awet muda
    Kecilkan liang roma, kurangkan masalah kulit
    Lycopene mencegah pelbagai kanser dan sakit jantung
    (lycopene tak dapat dihasilkan oleh tubuh, oleh itu kita perlu mengambil makanan yg mengandungi lycopene)

    Fakta
    Tomato tergolong dalam buah-buahan walaupun kebanyakan kita mengenalinya sebagai sayur-sayuran

    Ok..dah belajar serba sedikit tentang tomato. Sebenarnya nak citer juga..aku dan Danish suka sangat makan tomato hijau. Tomato tu aku hiris2 dan goreng dgn bawang besar, lada besar & cili padi, bawang putih dan ikan bilis. Wuiii..makan ngan nasi, sedap banget..

     Sambal lada hiris tomato hijau..yum yum

    Sambal sardin yg yum yum jugak..

    Pagi tadi aku masak lauk tomato hijau ni dan sambal sardin je. Tak taulah napa agaknya skang ni suka plak memasak. Siap bangun pagi2 masak lauk. So hari ni aku bawa bekal nasi dan budak2 sarapan nasi. Hehe..

    Oklah..nak start wat keje pulak..nanti kita sambung lagi ye. Korang sarapan apa pagi ni? Share2 la..daaaa

    Monday, July 5, 2010

    Greatest Day For the Boys ^_^

    Salam,

    Hari Sabtu yang lepas adalah Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah Danish dan Hari Mengambil buku rekod di sekolah Danial. So semua orang kenalah bangun awal macam hari-hari biasa.

    Sabtu tu, hubby kerja la pulak so aku terpaksalah g sekolah Danish ngan Danial. Danish kol 7.15pagi dah g sekolah ngan abang sebelah umah. Excited la budak tu nak dapat hadiah.

    Aku n  Danial g sekolah kol 7.45pagi. Dalam surat dia kata acara start kol 8.00pagi so kami g awal takut dapat tempat duduk belakang. Tak bestla nanti tak nampak Danish amik hadiah. Oleh sebab awal lagi dan hari cuti, surelah dekat sekolah takde jual makanan so aku bawa bekal roti sapu planta n buh gula utk bekal Danial.


    Bila dapat buku aturcara, rasa lega sebab penyampaian hadiah untuk tahun 1 hingga 3 diorang buat kul 9.30 pagi. So, tak payahlah tunggu sampai tengahari sebab kami nak g sekolah Danial pulak lepas Danish amik hadiah.

     Muka budak tak reti senyum tengah beratur nak amik hadiah

    Eceh...dapat hadiah 30 terbaik dalam sekolah (dia nombor 15), subjek Bahasa Melayu (penulisan) & Agama Islam..


    Punyalah ramai orang. Meriah betul sekolah Danish ni. Siap wat cabutan bertuah lagi untuk parents. Tapi bagus gak..dia buat camtu so taklah sampai tengahari, bilangan parents pun menyusut...tapi aku takpe ek..ada alasan.

    Tahun ni diorang dapat pakai jubah macam konvo tu. Wah nampak comel2 je. Masuk ni, dah 2 kali Danish pakai jubah so harap2 badi jubah tu melekat sampai dia masuk U nanti..(amin)

     Serius lagi

     Tumpang sekaki ini budak

    Kol 9.30 pg hubby sampai. Dia minta kua kejap tu yang dia mai tu. Sempatlah dia tengok anak dia amik hadiah dan snap gambar. Cikgu kata kami leh beli gambar diorang amik hadiah sebab diorang sediakan jurugambar professional untuk tangkap gambar aritu. Lepas Danish amik hadiah, dalam kol 10 lebih kami gerak g sekolah Danial pulak.

    Kat sekolah Danial pulak..kami gelakkan dia kaler burung tak elok..hahaha

    Kami semua excited nak tengok Danial dapat nombor berapa. Sebabnya, sebab dia suka main time belajar. Kami tak konfiden dia ble dapat markah yang best. Tapi kami silap, dia dapat nombor 3 dalam kelas dengan markah yang baik. Ada A banyak dan 1C..macam peksa budak sekolah rendah pulak...

    Cikgu Shafi tengah bagitau tentang pencapaian Danial

    Cikgu kata dia memang suka main tapi dia rajin bertanya. Kalau cikgu salah, dia pulak yang betulkan. Skang dia dah pandai mengeja dua suku kata. Kami selalu suruh dia mengeja. Oklah untuk budak 5 tahun. Hubby kata tulisan Danial tak elok macam dia..hehe so maknanya dia nak kata tulisan aku cantik kan tu? kan kan? hahaha


    Ngan Cikgu Kelas Danial Cikgu Nani

     Cikgu Syafi ajar Agama Islam

    Anyway, kami sangat berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian mereka. Bila result baik camni, barulah minta apa pun boleh bagi dengan hati yang girang.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...