It's You!

Friday, October 29, 2010

Geram

Salam,

Pagi ni ada bacaan Yaasin kat ofis..
Tapi pelik...
Time baca Yaasin je satu kaum ni akan ada je alasan untuk mengelak
Sedih dan kecewa di situ
Bukan untuk orang lain
Untuk diri kita sendiri juga
Tetiba geram je
Huh...

Nota : Sabar mama...sabar...

Wednesday, October 27, 2010

Kesedaran Sivik

Salam,

Letih buat keje tadi take a break jap. Nampak paper Metro tapi semalam punyala..takdehal..aku baca je. Tertarik ngan berita pasal pemandu teksi mati sebab kena batu yang dibaling dari umah flat di Pulau Pinang. Lepas tu baca lagi pasal besi jatuh n terkena cermin depan sebuah kereta di tempat yang sama. Baca lagi, diorang kata kejadian seumpamanya telah sering berlaku sejak 12 tahun lepas. Kesimpulannya?

Adakah salah majlis bandaran kalau penduduk buang sampah dan pelbagai lagi benda begitu? Tentulah tak masuk akal. Mestilah salah orang yang duduk di situ. Alasannya tiada tempat pembuangan sampah di setiap tingkat. Itu bukan alasan konkrit. Masalah sekarang ialah tiadanya kesedaran sivik di kalangan penduduk tentang bahayanya membuang sampah/benda dari tingkap/tingkat tinggi.

Agaknya kalau dah kena batang hidung sendiri, baru diorang nak berubah. N by the way, untuk orang yang baling batu sampai pemandu teksi tu mati tu tak rasa bersalah ke? Itu nak kira bunuh orang ke macamana? Mmmmm...

Note : Semalam Danish n Danial kena marah ngan mama monster sebab asyik tengok kartun je n tak baca buku. Minggu ni diorang dah exam. Geram pulak tengok diorang wat latihan sambil mengadap tv je. Last2 mama monster perintahkan tv ditutup dan dua2 tido awal. (Tapi dalam marah2 kat mama dia, Danial tetap amikkan air & ubat..sweet little naughty boy..merekalah racun..merekalah penawar)

Tuesday, October 26, 2010

My Personal Doctor

Salam,

Semalam keje petang, balik kul 10.00 malam
Sampai umah Danial tak tidur lagi/

Mama : Napa Danial tak tidur lagi?
Danial : Danial tunggu mama la..
Mama : Oh..ye ka?

Mama salin baju n masuk toilet membersihkan diri. Kua2 bilik air nampak Danial tengah amik air masak.

Mama : Buat apa tu? Jom masuk tidur...
Danial : Amik airla..tu lupa la tu...tak makan ubat lagi
Mama : La..yeke? Takpe..bawak masuk bilik air tu..japgi mama makan ubat..
Danial : Tak payah amik ubat, nanti Danial amikkan
Mama : Okie...

Siap pakai baju, mama makan ubat yang Danial dah amikkan..
Hoho..cutekan personal doctorku ini?
Tiap2 malam dia tolong amikkan air n ubat.
Selalu ingatkan mama dia yang selalu tak ingat ni..hehehe

Monday, October 25, 2010

Syukran!

Salam,

Hari Isnin...seronok! Bukan sebab apa, tadi g klinik amik darah lagi. Sejak dari umah dok berdoa bagilah FBC naik. Masa hantar darah ke makmal, rasa berdebar2 je. Kalau darah makin turun, sure kena suntikan Imferon. Takmolaaaa...So bila dapat result tadi rasa seronok sebab dari HGB8.7 dah naik ke HGB9.6...alhamdulillah..

Lepas ni kena rajin makan ubat ikut time n makan/minum makanan bervitamin C untuk bantu penyerapan zat besi dan makan makanan yang mengandungi zat besi yang banyak. Juga...jangan langgar pantang larang makan zat besi terutamanya makan/minum makanan yang boleh memotong zat besi..contohnya susu.

Sekarang, kalau dah minum susu, kenlah tunggu 2 jam lepas tu baru makan ubat. Rugi rasanya kalau makan ubat tapi rupa-rupanya khasiatnya dah takde. Hehehe..

Minggu depan kena g Hospital pulak untuk check kandungan dan scan. Kalau ada rezeki, ble la nampak jantina baby-babyku. Semoga semuanya baik-baik sahaja, aminn..

Wednesday, October 20, 2010

Danial

Salam,

Lama tak citer pasal Danial & Danish kan...korang rindu tak ngan Danial? Skang ni dia sangatlah suka buat perangai. Orang kata, sebab nak dapat adik kot. Pulak tu nak dapat 2 orang adik sekaligus. Mana tak perangai pun makin menjadi-jadi.

Sekarang bila perut tambah membesar, dia akan selalu tanya bila baby2 nak keluar. Lepas tanya soalan tu, dia akan tanya pulak apa nama nak bagi kat baby-baby tu. Selalu gak tanya, Danial nak baby apa? Dia kata nak baby pompuan sebab nanti dah besar cantik macam mama..hahaha..sapalah nak puji kita kalau bukan anak kita, ye tak? Kembang jap di situ, hoho...

Selalu jugak dia kena marah ngan aku tapi dia sangatlah pandai mengambil hati sampai lepas marah pun tetap geram nak cubit pipi dia. Tak lama lagi dia nak exam..harap2 ble dapat no 3 lagi. Hahaha..aku dan hubby selalu musykil sebab dia ni kalau ditengok malas sikit nak study dibandingkan Danish tapi bila exam ble pulak dapat no 3, hahaha.

Apa2 pun, kenalah bersabar dengan karenahnya. Abang Danish ok je. Dah nak jadi Abang Long ni, berdikari tu lebih sikit. Tapi kalau kua g mana2 atau g umah sapa2 dia yang terlebih manja dari Danial. Danial jenis pandai bawa diri tapi Danish lebih suka duduk sebelah kita diam-diam. Danish pun tengah sibuk wat latihan dan ulangkaji kat rumah. Nak periksa akhir tahun.

Nota : Agak-agak siapalah yang akan lebih tolong jaga baby-baby esok?? Mmmm

Tuesday, October 19, 2010

set Bersalin

Salam,

Hari ni ada satu lagi permasalahn yang perlukan pendapat korang. Janganlah marah...sejak pregnant ni banyak entry berkisar tentang mengandung dan baby... ^_^

Nak tanya...dalam banyak2 set bersalin, mana yang korang rasa berkesan? Untuk makdara-makdara je ye..anak2 dara kalau ada pengalaman dari akak-akak ke sedara mara ke ble la share...

Dulu masa anak pertama, makan set Sendayu Tinggi..badan turun tapi sebab dalam set tu ada banyak benda, tak semuanya aku guna..kan membazir. Masa berpantang Danial, aku makan Mustika Ratu je..itupun bukan beli set cuma beli pil tertentu je. Skang nak try juga yang lain.

Ada cadangan? Sila kemukakan di comment ^_^

Monday, October 18, 2010

90 Hari

Salam,

Hari ni a bit busy.
Baby2 makin galak bergerak2 dalam perut..
Buat aku tersenyum tiap kali mereka bergerak..
Pandai pulak tu...gilir2 bergerak
Harap2 esok bila lahir pun gilir2 la ye..
Takla kelam kabut mama kamu ni
Hehee
Oh oh..excited sebab cuti bersalin dah jadi 90 hari
Tapi aku cadang nak tambah lagi 3 bulan
Kesian pulak kat anak2 mama
Susah nak cari orang jaga 2 baby sekaligus
Lagipun kecil lagi...
Apa pendapat korang?

Friday, October 15, 2010

Cuti

Salam,

Hari jumaat biasalah mood pun mood cuti dah. Tak sabar nak bercuti (walau dua hari). Nak rehatkan badan dan rileks kat umah. Bukannya apa, terasa letih pulak mengusung perut ke sana ke mari..hehe..tapi rasa happy bila waktu2 buat kerja, baby2 akan bergerak.

Hubby kalau suruh pegang perut rasa baby gerak punyalah takmo. Kita tarik tangan nak buh kat perut pun dia takmo. Dia rasa geli sebab takut terasa baby2 tu gerak. Apala...tu baru suruh pegang sket, kalau suruh bawak perut ke sana ke mari tak taulah jadi macamana. Yang rajin pegang perut kat umah mestilah Danial. Siap tanya bila la baby2 nak keluar. 

Berbalik kepada bercuti, bukannya cuti boleh santai semata tapi macam2 kena wat. Mengemas itu ini tu sudah semestinya sebab aku jenis tak ble tengok umah semak. Pantang tengok barang salah letak je bebel aku boleh panjang berjela-jela. Untuk puaskan hati, kenalah kemas endiri takyah harapkan orang len. Huhuhu...

Apapun, selamat bercuti kawan2 semua dan kalau rajin mehla cadangkan nama anak2 yang sedap dan bermakna yang bermula dengan huruf D tau.. Cadangan masih dibuka...belum ditutup. ^_^

Thursday, October 14, 2010

Nama Pulak

Salam,

Terima kasih kepada semua yang memberikan tips dan wishing. Sekarang sedang giat meningkatkan pengambilan ubat dan makanan yang banyak iron, huhuhu.

Ok..skang kita sembang pasal nama baby pulak. Uiiiii excitednya bila tiba tang tu nooo...macam2 nama yang muncul dalam fikiran. Siap layar internet cari nama2 best untuk bakal anak-anak. Danish n Danial dah sibuk tanya apa nak bagi nama kat baby-baby tu. Diorang kata cikgu-cikgu tanya. Siap suruh tulis atas kertas lagi hehehe.

Tapi yang pasti nama2 mereka berdua bermula dengan huruf D. Ada sapa2 nak bagi idea nama apa yang bermula dengan huruf D? Jom kita pakat2 cari nama jom!

Note : Ada juga cari tapi nak tau jugak nama2 yang korang leh suggest..  ^_^

Tuesday, October 12, 2010

Darah Rendah

Salam,

Hari ni g klinik wat check up kandungan. Pastu kena wat ujian darah lagi sebab bulan lepas tahap darah aku rendah, 9.6. Tapi bila check hari ni, lagi drop jadi 8.7 pulak. Sebelum ni Doktor bagi iberet untuk menambahkan darah tapi aku alah betul ngan iberet sampai doktor tukar ke softgel pulak. Sebab darah makin rendah doktor syor aku makan iberet waktu pagi dan softgel di waktu malam. Harap2 lepas ni naik la balik. Takmolah kena cucuk pulak sebab semua orang kata kalau cucuk ubat kat punggung tu sakit sangat dan dalam kes aku doktor kata maybe kalau cucuk kena cucuk sepuluh kali selang sehari. Uiiii gila..takmolah. So mulai hari ni aku takmo skip makan ubat dan kena banyak makan makanan yang bleh menambahkan darah.

Korang ada petua apa2 tak untuk menambahkan darah? Kalau, ada share la ngan aku ye..

Monday, October 11, 2010

Rindu

Salam,

Lama dah tak berblog..Sebenarnya banyak juga cerita yang nak kongsi tapi tak berkesempatan nak menulis. Tetiba teringat rakan2 blogger Adia (Dah bersalin ke?), Ratna, Dni, Abg Eq, Hajarus, Izan, MakSu, Mrs. K, Ieda Al-Habsyi..huhu rindu plak nak baca celoteh korang.

Aku skang dah masuk 18minggu tapi mengalahkan orang yang 6-7 bulan pulak. Kaki selalu sangat kejang. Bila tanya kengkawan semua kata biasanya bulan ke 7 atau 8 baru diorang diserang kekejangan kaki. Kalau nak bertukar dari satu posisi ke posisi yang lain pun dah rasa sakit tapi aku still ok. Cuma doktor kata kalau ada tanda2 nak bersalin cepat2 g hospital sebab mengandung twins ni boleh jadi awal bersalin. Mintak2 aku boleh bertahan sampai 9 bulan.

Makan? Makan dah ok..semua bleh bedal tapi portionnya je sikit-sikit. Bila makan lebih, mulalah rasa perut tak selesa. Susu yang jadi favourite aku dulu pun dah ble makan. Seronok betul lalalalala...

Apa lagi nak citer ek? Ermmm..nantilah tulis lagi..nak g blogwalking jap..melepas rindu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...