Salam,
Apa khabar rakan2ku selepas 3 hari bercuti? Mesti seronok kan bersantai bersama keluarga di rumah. Ok..sedikit je nak cerita apa yang kami buat 3 hari cuti...
Jumaat (5 November 2010)
Aku n hubby g HomeDec kat PISA. Tapi hampa sebab kali ni punya pameran tak banyak barang dan booth. Hajat hati nak beli kepala paip baru untuk sinki kat dapur tapi takde pulak yang berkenan. Nampaknya kena gak p kedai untuk cari bila2 lapang nanti.
Sabtu (6 November 2010)
Hubby bawa anak2 ke Hari Terbuka TUDM, Butterworth. Lama dah TUDM tak buat hari terbuka. Danish n Danial sangatlah excited tengok pelbagai kapal terbang, helikopter dan booth2 menarik. Nasib baik tak ikut sebab hubby kata orang ramai dan kena jalan jauh. Diorang beli beberapa kapal terbang dan jet pejuang miniature untuk diletak dalam kereta.
Lepas diorang balik dari TUDM, barulah kami g JomHeboh kat Batu Kawan. Cuaca panas tapi kejap2 mendung. Rupa-rupanya booth Maybelline takde tahun ni. Ahh..kacewa di situ. Nasib baik Dutch Lady ada. Kami borong susu Kids and School yang baru tu dan susu pelbagai perisa (penuh la jap peti ais..) Pastu beli Ribena dan biskut Munchy's. Hubby kata kalau tau booth Maybelline takde, tak payah p pun takpe. Tengok! Dia yang lebih excited kalau booth Maybelline ada...hehehe..kami p JomHeboh setengah jam je sebab takde apa yang menarik (tapi jumpa TOMOK hahaha..)
Balik dari Batu Kawan, kami singgah Jusco Perda. Bawa budak2 tu tengok pameran Dinasor. Seronok juga sebab ada pelbagai permainan interaktif. Ada beberapa dinasor yang boleh bergerak. So Danish n Danial memang seronok bangetlah kat situ. Sebelum balik kami beli donut kat Big Apple dan makan kat Ayam Penyet. Letih seharian berjalan tapi sangat seronok.
Ahad (8 November 2010)
Hari ni hubby g Pasar Hari Penaga. Hari ni rileks kat umah masak-masak n makan. Masak sambal goreng jawa, ikan cencaru sumbat, nenas masak lemak, kerabu pucuk ubi ngan cekur dan ikan kering goreng. YUm yum...Sedap kan?
Nota : Ada gambar tapi malas nak upload skang ni. Tapi gambar pun tak banyak..gambar tuan punya diri pun tak ada, hehe. Macamana cuti korang pulak?