It's You!

Saturday, September 29, 2012

Gigih kan?

Salam Sabtu,

Ini hasil kerja  Scott Weaver selama 35 tahun.
Setiap waktu beliau akan buat penambahan kepada reka ciptanya ini
Sebanyak 100,000 pencungkil gigi telah digunakannya dan mungkin akan bertambah
Gigih kan?

Lebih gambar dan credit di sini




Friday, September 28, 2012

Peranan Kita ... Apa Yerk?

Salam petang Jumaat,

Sambil jaga kaunter, sambil berblogwalking ke blog2 yang saya minati. Insya Allah...selalunya semua blog favourite yang berupdate saya akan jengah. Selalunya memang hari-hari singgah tapi tak tinggalkan komen. Kadang-kadang tak tau nak komen apa...hehe

Nak tau juga apa yang menarik tentang pembentangan bajet yang sedang berlangsung. Nak dengar secara live ada sedikit malas disamping kekangan duduk di kaunter tak mengadap tv yang berada di ruangan santai library. So, kita dengar je la intipatinya sebentar lagi di Buletin Utama.

Tadi pun baru je habis meeting Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Pulau Pinang. Bentang dan bincang agenda akan datang. Harap2 usaha CUEPACS untuk kenaikan imbuhan tetap perumahan dan bonus kali kedua akan tercapai. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat, kita fight lagi.

Kepada semua penjawat awam yang belum jadi ahli CUEPACS di peringkat jabatan korang, masuklah. Bukan kita kena keluarkan peluh naik turun jumpa PM pun, kita cuma perlu beri sokongan kepada mereka di atas untuk uruskan permohonan kita. Memanglah hak kita semua tu tapi tanpa sokongan, takde persatuan/parti/pertubuhan yang mampu hidup. Kalau dapat, kita dapat sama-sama, kalau tak dapat, kita fight lagi bagi dapat. Yang penting, SOKONGAN. (Eh eh..bunyi macam ahli politik tak? Hahaha)

Nota kaki : Makan karipap ngan nescafe tadi buat perut saya sakit pulak...makan banyakkah???

Liatnya Dia!!!!

Salam Jumaat,

Hari ni update awal la pulak. Update dari rumah...bukan tak kerja tapi hari ni giliran saya pulak kerja petang..masuk jam 2petang hingga jam 10 malam.

Macam biasa..tak kerja awal pun kena bangun awal. Kejut si Danial bangun sangatlah payah. Kalau kejut jam 5.30 pagi belum tentu dia bangun lagi. 5.40 kejut lagi...6 pagi kejut lagi...susah betul nak bangun pagi. Kadang2 sampai berbuih mulut kejut tak jugak bangun.

Kalau nak senang...panggil abah dia kejut barulah terkedek-kedek nak bangun. Tu baru cerita dia bangun dari tempat tidur...belum lagi cerita dia bangun dan berjalan ke bilik air. Rasa-rasanya kalau ada siput atau kura-kura pun dia boleh kalah.

Bila dah masuk bilik air, berejam pulak nunggu dia keluar. Dia suka berdiri bawah shower tak buat apa2 sampai orang jerit2 panggil dia baru nak capai sabun dan gosok gigi. Aduhaiiii...rasa tensi sedikit pagi2 kalau nak kejut dia.

Nasib baik abang Danish tak susah bangun pagi macam tu. Danish seali kejut je dia dah bangun dan capai tuala terus mandi. Dia lebih independent sedikit daripada Danial.Dia juga lebih kemas daripada adiknya yang "ikut dan" je kalau buat apa2. Anak2 ni lain-lain perangainya. Barulah merasa bagaimana mak ngan abah kita dulu jaga kita. Ini baru dua anak, kalau yang berbelas anak tu macamana la ye?

Pagi2 dah membebel ye saya ni. Oklah nak ke dapur jap. Mak kata nak makan jemput2 ikan bilis...so nak gi buat la ni..hehehe..

Nota kaki : Kat sini hujan lagi...baru berhenti tapi mendung gelap dan angin kuat juga. Kat tempat korang macamana?


Dua budak banyak songeh waktu still comel..haha

Thursday, September 27, 2012

Nak makan kentang

Salam Khamis,

Sejak belajar buat kentang bakar dari ofismate awal tahun ni, dah banyak kali juga buat kentang bakar ni
Skang ni...lama tak buat..
Macam sedap pulak makan kentang bakar camni kan?
Cuma bubuh melted butter campur all spice seasoning n thyme n black pepper n garlic (eh..eh..omputih la pulak..hehe) lepas tu bakar 35 - 40 minit
Yum yum

Nota kaki : Arini takleh buat sebab confirm kat rumah diorang dah masak..hehe..saya ni tukang makan je..sebab tu bulat semacam skang ni ^_^


Tak sihat, Boboiboy & Breastfeed

Salam Khamis,

Apa khabar blogger semua? Harap2 sihat la kan...Hari ni saya letih sikit. Semalam banyak kali terjaga sebab Yani dan Yana masih batuk-batuk lagi so bila tidur kerap terjaga. Pandai pulak diorang susun waktu bagi terjaga satu-satu tapi yang letihnya mama la. Mula-mula Yani terjaga batuk-batuk..pastu dia tak boleh tidur so mama gosok-gosok tangan dia n bagi susu. Lepas tu bila Yani dah tidur, Yana pulak terbangun nangis-nangis sebab batuk tak lepas. Mama bubuh vicks dan gosok-gosok belakang dia, dia tidur.

Diorang terjaga dan bangun setiap 1.5 jam malam tadi so mata mama ni pun dah mengantuk tahap melampau walaupun baru jam 11 pagi.Pagi tadi Yani bangun awal..mungkin dia dah tak boleh tidur sama. Mak tolong cucikan muka lepas tu mama bagi dia susu dulu sebelum mama mandi. Lepas minum susu, mama bukakan tv Channel 615 tengok Upin Ipin dan Boboiboy.

Yani dan Yana suka sangat Upin Ipin dan Boboiboy. Kalau hari Sabtu dan Ahad, diorang mandi awal dan duduk tunggu kartun tu dari jam 9pagi. Waktu tu, bolehla mama buat kerja rumah sikit. Kadang-kadang, mama ngan abah p market pun diorang takmo ikut sebab kusyuk layan kartun.Sebenarnya, mama pun suka dengan dua kartun ni sebab perbualannya santai dan kelakar dan sungguh "catchy". Kalau tak, macamanala Yani boleh ikut Upin dan Ipin cakap "wahhhhh" kalau nampak benda yang menarik/cantik/menkjubkan pada mata dia.

Sekarang ni, Yani dah semakin pandai bercakap. Perkembangan terbaru dia dah boleh sambung dua perkataan jadi ayat pendek. Selalu bila mama balik kerja, dia da tunggu dekat depan pintu. Bila nampak mama je, dia panggil ..."mama...meh...acuk" (mama, mari masuk) ... "Meh...duduk.."


Kalau waktu makan ubat pulak, Yani dah pandai suruh kita bagi adik dia dulu..Dia bukan kata "Adik dulu..." tapi "Adik pulak.." lawak je bunyinya tapi rasa seronok dengar dia belajar bercakap. Yana masih lagi belajar menyebut perkataan-perkataan mudah. Yana lambat sikit bercakap tapi dia cepat dalam perbuatan. Dan yang penting, dua-dua sudah faham kalau kita minta buat/ambil sesuatu. Paling rajin, diorang suka ambil bantal untuk mama setiap kali nak menyusu badan. Jangan tak tau..mereka berdua masih menyusu badan walau sudah menginjak 1tahun 8bulan dan menyusu mesti nak serentak... ^_^



Gelagat dua anak daraku









Wednesday, September 26, 2012

Pelik tetapi benar

Salam Petang Rabu,

Saya jumpa gambar ni ngan artikel pendek tentangnya
Mesti korang ingat ini jagung kaca yang banyak dijual kat Ayer Hitam, Johor tu
Hehehe
Salah..
Ni adalah jagung betul yang boleh kita makan
Mengikut sumber dari abc News, ini adalah jagung benar yang telah dikacukkan daripada pelbagai jenis jagung yang ada
Wah..kalau ada jual macam ni, mesti sayang nak makan kan...


Gambar sumber abc News

Bantal Busuk

Salam Rabu,

Tadi baca entry Gadis Terbilang tentang bantal busuknya. Terus teringat tentang bantal busuk Danish dan Dayana. Sebenarnya, bantal busuk Danish tu bantal golek busuk...bantal golek tu bantal golek time dia baby lagi...Memang comel je. Kalau tidur, memang dia akan peluk bantal golek tu sambil hisap dua jari tangan...tabiat dia dari dulu. Tapi bila dah masuk darjah satu, kami selalu usik dia sebab masih hisap jari...lama-lama tabiat hisap jari tu hilang.

Tapi yang tak boleh hilang mestilah tabiat usung bantal golek busuk dia tu. Memang lusuh benar. Kalau saya cuci sarung dia atau mesin bantal tu, mesti dia cari. Ada satu hari tu, Tok Nani dia buang bantal tu kot tingkap. Usaha pulak dia pergi ambil. Huhuhu..

Baru-baru ni, kami perasan bantal golek dia dah lubang. Kekabu dah terkeluar, sarung dia dah koyak. Banyak kali kami sorok tapi dia jumpa. Danial pun sama suka mengusik abang dia. Pagi-pagi dia sorokkan bantal abang dia tu. Bila malam, jenuhla kawan cari bantal golek.

Satu hari tu, sebab dah boring tengok bantal busuk tu, Tok Nani koyak bantal tu dan buang dalam tong sampah. Bila Danish tahu bantal dia telah di"tong sampahkan", dia laju je gi cari dalam tong sampah. Muka pun dah lain macam. Kesian la pulak so saya bagi bantal golek baru untuk dia..so..selepas 9 tahun bertemankan bantal golek busuk itu, sekarang dia telah ada bantal busuk yang baru.

Tabiat ada bantal busuk ni turun pulak ke adik kembarnya Dayana. Ada satu bantal diorang tu kekabunya kurang so fizikal dia lembek dan sejuk. Bila bubuh sarung je, mesti sarung hilang. Rupa-rupanya Si Yana ni pandai buka sarung bantal tu. Dia suka bantal tu sebab bila tidur dalam buai bantal tu jadi macam selimut plak. Penat buh sarung, nanti dia bukak so at last, kami tak buh sarung langsung.

Mesti korang nak tau, diorang ni menurun tabiat siapa...hehe..tabiat abah diorang la..tapi sampai ke sudah dia tak mengaku. Korang ada bantal busuk tak?





Extra...gambar Yana n Danish si tuan punya bantal busuk

Tuesday, September 25, 2012

Hujan dan makanan

Salam Selasa,

Hari ni, di Pulau Pinang cuacanya sangat sejuk...sebab apa....sebab hujan dari awal pagi (mungkin sesetengah tempat dari malam semalam) sampai sekarang masih turun walaupun dah jadi renyai-renyai di ofis skang. Malam tadi semua orang tido lebih awal, mungkin sebab letih...Yani dan Yana pun masih tak sihat. Malam semalam letih juga nak bagi makan ubat..nampak Mami Yon bawa bakul ubat je dua-dua dah lari. Dua-dua pandai pulak cakap "takmau!" tapi kena juga paksa makan.

Tengah malam pulak 2-3 kali juga terjaga sebab dua-dua merap. Paling teruk si Yana la...batuk tak lepas rasanya...akhirnya pukul 1 pagi  lebih dia muntah buang gelema dalam tekak kot baru boleh tidur..tu pun bila semua orang bangun jam 5.30 pagi tadi, dia pun bangun.

Hujan hujan ni, mestilah ingat makanan kan? Saya kalau hujan-hujan ni mesti teringat ubi kayu rebus cicah sambal tumis. Alahai...sedapnya...dulu masa kat kampung, selalula makan ubi rebus. Sekarang ni, kalau pi pekan hari/pasar malam, jarang sangat jumpa ubi kayu. Kalau jumpa, waktu tu tak teringin pulak nak makan.

Cerita tentang makanan, minggu sudah saya order biskut Oat Almond Crunchy dan Chocolate Layer Cheese Cake dari ofismate saya. Dia ni memang pandai buat kek dan biskut. Kami di ofis ni memang selalu jadi pelanggan tetapnya. Kalau sesapa yang teringin nak order maila jenguk FB dia kat sini ...ble cuci-cuci mata mana yang berkenan. Sejak dia buat business kek ni, semua kek birthday family saya tempah kat dia. Keknya gerenti sedap dan yang penting halal ^_^ .

Nota kaki : Semalam bawa balik biskut dan kek tu, malam tadi dah langsai setengah bekas biskut tu. Danish dan Danial suka sangat biskut tu. Saya order lagi ni pun sebab diorang asyik tanya je..hehe

Chocolate Layer Cheese Cake yum yum

biskut Oat Almond Crunchy

Monday, September 24, 2012

Weekend

Salam Isnin,

Entry sebelum ni pasal aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu...so sambung la lagi untuk aktiviti hari Ahad...
hehehe...

Pagi ahad tu tak hujan la pulak..cuaca sedang2 elok je. Lepas Subuh macam biasa rutin saya mestilah menyapu lantai rumah dan mengemop lantai. Baru tengah mengemop lantai, Yani dah bangun pulak..rasa badan dia suam2 panas...alololo anak mama demam la pulak...Yani pantang tengok abah dia bersiap...so dia sibuk nak ikut husband pi ke kedai membeli cili kering dan ikan bilis untuk sambal tumis peneman lontong hari ni...mak pulak dah sibuk memotong ramuan sayur lodeh...sempat juga saya mencuci "mini cooper" a.k.a kancil saya sementara tunggu husband balik...(verangan la nak pakai mini cooper yang mahal tu..tu yang kancil saya dapat jolokan mini cooper di rumah ...hehe)

Lepas siap mengemas di depan dan melayan Si Yani yang demam, saya membantu mak di dapur...tu pun curi tulang sebab Yani merengek-rengek je...Lepas siap masak, kami lepak2 dulu sementara tunggu Zohor sebab lepas Zohor kami nak gerak ke rumah bestfriend husband. Tapi sebelum ke Penang, kami singgah ke klinik dulu amik ubat untuk Yani, Yana dan Danish.

Birthday Party tu best sangat sebab ada banyak makanan sedap dan dapat jumpa kawan2 kat situ...kawan2 yang saya maksudkan ialah isteri2 bestfriend husband...bila diorang buat gathering bawa isteri dan anak2, barulah kami dapat bersua muka. Lepas birthday party, kami tengok kapal terbang mendarat dan berlepas...mak saya suka tengok kapal terbang. Insya Allah jika ada rezeki lebih boleh bawa mak naik kapal terbang...g langkawi pun jadilah kan? Hehehe...

Seronok sangat dapat keluar bersama walaupun sekadar menziarah kawan dan tengok kapal terbang sambil makan jagung...hehehe

Nota : Jagung rebus kat area tepi pantai Queensbay tu mahal giler la...kalau tau, bawak bekal lagi bagus!

Tengok tu Tok Madah n Danial tengah tunggu kapal terbang naik..hehe

Sambal Totok ke Sambal Koret?

Salam Isnin,

Macamana cuti hujung minggu kalian? Mesti best kan?
Kadang-kadang hujung minggu tak ke mana tapi duduk bersantai dengan keluarga pun dah rasa happy kan?
Macam kami la...nak berjalan jauh duit tak berapa hado (hehe) so kami jalan tempat dekat-dekat je la.

Hari Sabtu, bangun sembahyang Subuh dah dengar bunyi guruh dan hujan lebat...Ya Allah...kalau tido lagi kan best. Tapi biasanya kalau dah bangun saya tak ble tido dah. Tengok mak dah sibuk kat dapur mengemas pinggan mangkuk..so saya capai penyapu n mula la menyapu. Lepas menyapu nak mengemop lantai pula. Budak2 semua masih tido so senanglah nak menyapu. Husband balik kerja pagi tu dalam hujan lebat membawa sarapan nasi dagang dan nasi lemak. So-so la nasi dagang dia sebab saya bukan pencinta nasi dagang.

Mula-mula memang malas nak memasak untuk tengahari sebab kenyang lagi dengan nasi dagang n nasi lemak tapi mak dan Mami Yon nak makan nasi putih so diorang la yang masak di dapur. Saya layan si kembar je ...hehehe. Diorang masak lauk ikan gelama masak taucu, buat sambal sardin, goreng ikan talang masin dan sayur bening petola. Wah...orang yang kononnya kenyang makan nasi dagang ni la yang tambah 3 kali huhuhu...

Petang pulak kami menziarah anak saudara saya yang baru keluar daripada hospital akibat keracunan makanan. Dah lama tak ke rumah diorang so lama jugakla bertandang sambil anak-anak main bersama dan kami makan laksa..selalunya saya sangat tak suka makan laksa, bukan favourite saya tapi selepas jamuan hari raya di library tempoh hari, rasa nak makan laksa pulak. Husband ambil kesempatan urut kakinya yang terseliuh di tempat kerja dengan bapa mertua adik saya. Lebih kurang jam 6 petang kami bergerak pulang. Tapi sebelum tu kami singgah di Tasek Gelugor nak beli barang sikit untuk buat lontong esok. Husband nak bawa lontong ke rumah sahabat baiknya yang akan mengadakan majlis sambutan birthday anaknya.

Malamnya pulak, kami goreng isi ikan nyok-nyok..(tak tau kat negeri lain panggil apa ikan tu) pastu panaskan balik lauk-pauk tengahari tadi dan saya telah membuat sambal kegemaran saya ini, Sambal Totok @ Sambal Koret...saya panggil sambal koret tapi bila saya upload gambarnya ke dalam FB, diorang kata sambal Totok...wahh..berselera saya makan nasi putih, ikan goreng dan sambal koret ni. Sambil makan, sambil lap airmata n hingus...hahaha boleh gitu?

Nak resepi ke? Hehe
Bahan-bahannya mudah je...cili padi, ikan bilis, belacan (semuanya digoreng dan ditumbuk kasar)
Mak kata perah asam limau lagi sedap tapi malam tu saya tak bubuh pun tapi hasilnya sangatlah mabeles...
Mak mertua geleng kepala tengok saya makan sambal ni..dia kata sakit perut makan sambal pedas macam tu tapi anak Jawa Johor mana takut pedas? Lagi pedas...lagi la kick! Betul tak?

Ada yang berani makan sambal saya ni?

Friday, September 21, 2012

Family Outing

Salam Jumaat,

Sebenarnya dah lama kami tak keluar bersama as a family...bila mama cuti, abah pulak tak cuti atau banyak kerja atau ada kenduri ke bagai. So minggu lepas kan ada cuti tiga hari sebab cuti Hari Malaysia, abah pun suggest nak bawa anak2 gi tepi pantai. Makanya, hari Isnin petang, lepas kami "cemuih" lepak-lepak tengok movie kat rumah, kami pun bergerak ke RnR Pantai Bersih. MIL yang beria-ia nak bawak the twins g pantai so dia sediakan semua peralatan main-main diorang (baldi, senduk, cawan hatta penapis mama pun ada dalam baldi huhu)

Dah namanya hari cuti, so ramailah orang membawa keluarga ke tepi pantai. Ada yang mandi-manda, ada yang mencari siput, ada yang saja ambil angin sambil makan-makan. Best jugak kena angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai sambil tengok belah Tanjung nun di seberang sana.

Yani, nampak je laut terus excited nak turun, nak pijak pasir dan maju ke air. Yana pulak, bila nak letak je, terus peluk mama kuat-kuat. Dia tak mau turun langsung. Siap bunyi "eii...eii.." Dia geli dengan pasir yang melekat kat kaki dia. At last, mama dan Yana duduk makan roti cicah kuah gulai pekat yang mabeles dan makan funfries sambil tengok abang Danish, Abang Danial, Yani dan Tok Nani main air. Abah pun tengok je...Bila dah lama berendam, Tok Nani bawa naik Yani..biasalah bila dah lama main air mestilah lapar...hehe..kelakar tengok Yani makan, ngap ngap...

Abah kata, nanti kita p berkelah kat Batu Feringhi pulak..kat belah Tanjung air lebih bersih dan jernih!

 Waktu kami datang..jerebu waktu tu so nampak berbalam Penang di seberang sana


Yana dengan abah..tak mau langsung turun ke pasir


Yana ngan mama...senget dah mama ni..hehe

Main pasir



Budak lapar hehe

Thursday, September 20, 2012

Nak resepi gulai lemak please!!

Salam Khamis

Sedang menjaga kaunter perpustakaan sehingga jam 10 malam ini
Sambil sembang dengan ofismet tentang gulai daging salai
Jenuh search dalam internet gambar gulai lemak yang paling mengancam
Juga mencari cara-cara menyalai daging/ayam tapi belom jumpa lagi
Ada sesapa yang tau cara2 menyalai dan resepi gulai lemak yang paling power?
Roger-roger k?

Nota kaki : kecur air liur plak

Tuesday, September 18, 2012

Selamat Bertunang Coco Bunny!

Salam Selasa,

15hb September 2012, selamat sudah sepupu suamiku menjadi tunangan orang
Majlis berlangsung sungguh meriah dah macam majlis kahwin lagaknya hehe
Tapi manakan tak meriah, majlis tersebut sebenarnya gabungan 3 dalam 1 - majlis akikah, majlis kesyukuran dan majlis merisik/bertunang

Hari tu aku takla busy sangat
Hari yang busy sebenarnya hari sebelum majlis sebab sibuk menyiapkan hantaran untuk si mami ni (Yani n Yana panggil sepupu aku ni mami)
Pagi majlis tu pulak sibuk menyiapkan menu lontong untuk para tetamu (special request daripada my MIL)
Macam2 ada, dengan nasi minyak n lauk-pauknya, nasi putih ngan gulai ikan mamak style, bihun sup, lontong, laksa dan bubur..kira memang meriah makan hari tu
Tetamu pun ramai...sebenarnya ramai saudara-mara dekat dan jauh..memang riuh rendah

Apapun alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun dengan tak semena-mena hujan lebat turun 15 minit pastu cerah balik..dan yang penting semua menu habis dan lontong aku mendapat pujian hehehe..(berkat berguru ngan mak lerr)

Tahniah to mami Bunny..semoga kekal ke jinjang pelamin pulak
Tengah darah manis so lebih banyak bersabar dan menjaga tutur kata dan perlakuan ^_^

 Me and the mrs to be

 Nice touch 

 Hantaran daripada pihak lelaki

 Hantaran daripada pihak perempuan


Antara tetamu yang hadir

Friday, September 14, 2012

Makan dan makan lagi

Salam Jumaat,

Hari ni baru ble upload gambar-gambar jamuan raya semalam
Credit to my mate Muhammad Ismail for the potographs
Hari ni layan gambar je la ye
Hari ni ada jamuan UiTM Pulau Pinang pulak
Kejap lagi baru p
^_^





Antara menu-menu yang ada semalam


 The simple decorations

 Danish ikut mama p ofis awal..dapat makan macam2..dia sekolah petang so angkut dia sekali la

 The bodyguards? Ehehe

 Danish n mama

 The ladies

 Tukang rasa

 Aipp...amik apa tu?

Me and the bosses



 Some of the guests

Thursday, September 13, 2012

Jamuan Hari Raya

Salam Khamis,

Hari ni ada jamuan raya Bahagian Library
Macam-macam makanan ada
Tahun ni aku terlebih rajin
Siap print out semua menu yang ada
pastu bubuh atas meja - macam hotel pulak
Alas meja pun gagah bawak
Semalam dengan penuh semangat aku menghias ruang jamuan sorang2
Waktu tu semua geng dah balik
Seronok tengok ramai yang datang
Kami pun makan banyak
Ulang ulang ulang
Jenuh perut ni

Gambar...

nantilah upload
perut kenyang rasa ngantuk pulak
sedangkan ada lagi baki 4 jam lagi nak stay kat library sampai pukul 10
^_^

Tuesday, September 11, 2012

Book's Review - Online Marketing : A User's Manual by Murray Newlands

Salam Selasa,

Sedang memproses buku-buku yang baru sampai di library
Stumbled on this exciting and informative book about online marketing
Buku yang boleh dikatakan lengkap tentang dunia pemasaran secara digital
Tak kiralah kita mempromosikan barang/produk yang kita nak jual
atau mempromosikan tulisan dan pendapat kita menerusi pelbagai "tools" di alam maya



Dah namanya pun manual, so dia terangkan secara basic macamana nak memulakan Twitter, Facebook, LinkedIn, Blog dan lain-lain media sosial.
Selain itu, dia juga terangkan apa yang patut dan tak patut kita tulis/kongsi di alam maya dan yang paling best macamana kita nak menonjolkan diri/produk kita di alam maya

Contoh yang boleh aku petik sedikit mengenai blogging, dia bagi 10 idea jika kita ketandusan idea untuk menulis:

1. Tulis tentang hal semasa
2. Berdebat dengan menulis tentang isu2 hangat untuk mendapatkan respon/komen pembaca
3. Tulis semula entry lama kita yang mendapat komen dan terjahan terbanyak
4. Kata kunci/tajuk entry yang melekat
5. Interview seseorang
6. Selesaikan apa2 masalah dan postkan dalam blog
7. Tulis entry berkaitan seseorang blogger yang paling top dan link balik kat dia
8. Buat kuiz/cabutan bertuah
9. Jemput seorang blogger untuk menulis di blog kita
10. Top ten list ....pasal apa2 pun takpe..

Best kan?
Mesti korang pun dah dapat idea nak menulis lepas ni
So nak tau lebih lanjut pasal buku ni @ penulis buku ni dan blognya?
Klik kat link ni wokey....  www.murraynewlands.com

Monday, September 10, 2012

The Twins

Salam Isnin,

Sibuk sikit
Banyak buku baru sampai
Nak kena proses

Saja nak tempek muka Yani & Yana
Dua budak comel yang sangat aktif
Macam2 diorang buat
Bikin semua orang kat rumah nak gomol

Sekejap je dah besar anak2 mama
^_^


Thursday, September 6, 2012

Aircond

Salam Khamis,

Danial : Asyik naik kereta mama je, bila nak naik kereta abah?
Mama : Kenapa? Ok apa naik kereta mama
Danial : Tak best...hangat...takdak aircond
Mama : Ala..panas sikit je...

Huhuhu...

Lain hari...

Danish : Mama...tahun depan birthday mama bulan berapa/
Mama : Bulan tiga...napa?
Danish : Nanti Danish bagi hadiah seratus ringgit
Mama : Nak buat apa bagi mama duit seratus?
Danish : Buat betulkan aircond keta mama

Huhuhu....

Tuesday, September 4, 2012

Hasil

Salam Selasa,



Terima kasih Kak Yash sebab tempah hairclips dan hairbands
Untuk cucu menakan dia
Kaler biru pulak kali ni
Selalu buat kaler pink...pink...pink...
Buat kelainan pulak

Nak tengok yang lain tak?
Try cekidaut kat FB saya Kniedaz Sam
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150577190623293.414144.842503292&type=3

Happy days!

Monday, September 3, 2012

Masa Berkreatif

Salam Isnin,

Lepas cuti seminggu raya, malas lagi nak berkarya
Order ada, mood takde
Minggu ni, kena rajin
Siapkan order dari kawan2
Tunggu ya kawan2ku


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...