It's You!

Friday, May 31, 2013

Tangkuban Parahu

Salam,

Hari ketiga kami dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Selepas sarapan dan check out hotel, kami bertolak ke Tangkuban Parahu yang terletak lebih kurang 20km dari Kota Bandung. Jalan ke Tangkuban Parahu berliku-liku dan kalau tak biasa boleh pening. Alhamdulillah, pemandu bas kami sangat cekap memandu.

Lebih kurang 30 minit, kami sampai ke kawasan letak bas. Untuk naik ke atas, kami perlu menaiki van yang disediakan. Ketika di tempat parking bas, hidu kami sudah terhidu bau belerang yang agak kuat tetapi apabila kami semakin sampai ke puncak bau belerang tu semakin berkurang. Cuaca sejuk tetapi tak lah sejuk sampai menggigil-gigil. Bagi saya ada la maam kat Genting Highlands.

Di sini, Pak Herman sudah mengingatkan kami supaya jangan membeli apa-apa cenderahati kerana harga yang ditawarkan sangat melampau. Lagi satu, penjual di atas akan ikut ke mana saja kita pergi dan seboleh-bolehnya akan menyuruh kita membeli barangan mereka. Nak selamat buat-buat tak berminat saja. Boleh beli JIKA kita tahu harga sebenar barang tersebut dan kita pandai menawar.

Itu sebabnya Pak Herma tak bawa kami naik ke Tangkuban Parahu pada hari pertama di Bandung sebab bila kita baru sampai dan belum tengok lagi barang-barang di Pasar Baru dan lain-lain tempat, kita akan terdorong untuk membeli di Tangkuban Parahu dan kebarangkalian ditipu itu sangat tinggi. So kami lebih banyak bergambar dan jalan-jalan saja di atas.

Rasa teruja bila sudah sampai ke atas.

Ada kuda so sapa yang nak naik, boleh la naik. Harga tak pasti sebab tak tanya.

Yang warna-warni di tepi jalan tu ialah mafla dan topi. Macam-macam warna ada.

Makin lama, makin ramai orang yang sampai. Nasib baik sampai awal. 

Bila dah lama, kabus pun mula menyeliputi puncak. Nasib baik dah sempat bergambar. Kalau tak, mesti bergambar tak nampak apa.

Ni kabus dah mula banyak. Sesiapa yang sampai lambat, tak nampak apa la. Kena tunggu kabus berlalu la pulak.

Sepanjang jalan ada gerai menjual buah-buahan. Yang paling banyak nanas madu, buah labu dan avocado. Sangat banyak...geram tengok.

Sepanjang jalan juga, ada banyak kebun sayuran. Macam kat Cameron Highlands la. Sejuk dan nyaman je suasana sekitar.

TIPS :

1. Kalau nak ke Tangkuban PArahu dinasihatkan keluar awal pagi. MAcam kami keluar jam 8.00 pagi. Ini untuk mengelakkan kesesakkan di jalan. Kami sampai cun-cun je. Bila turun, berderet kereta dan bas nak naik. Memang jam teruk.

2. Pak Herman kata, ada barangan yang dijual di atas puncak sangat mahal sampai tak masuk akal. Lepas tu kalau ada orang datang nak ajak korang atau bawa korang ke kawah-kawah gunung berapi yang lain janganlah ikut. Nanti korang akan dikenakan caj. Tapi kalau nak pi juga, sediakan aja ongkosnya.


Bandung Makan-makan

Salam,

Sebelum basi meh kita sambung cerita Bandung-Jakarta lagi ya...

Hari kedua di Bandung, selepas membeli-belah di Pasar Baru, kami dibawa makan tengahari di Restoren Sederhana, Masakan Padang bersebelahan dengan Factory Outlet Mode. Masakan Padang/Minang adalah makanan kegemaran kami, hehe.

Waiter tak habis bawa lauk saya dah snap. Sebenarnya ada lagi dua tiga pinggan lauk untuk kami. Paling suka, sambal lada hijau dia. Sedapnya..makan ngan lemak cili padi ikan tongkol/kayu.

Ketika di sini, Pak Herman akan bawa kami makan di pelbagai rumah makan yang berbeza supaya kami dapat merasa pelbagai variety makanan orang sana. Pak Herman kata, Bandung merupakan syurga makanan macam Penang di Malaysia. Mudah cari makan di Bandung tetapi elakkan makan di tepi jalan takut kebersihannya meragukan. Kalau nak makan juga takde hal, ikut suka la.

Selepas makan, kami ke Rumah Mode dan banyak lagi FO lain sepanjang Jalan Riau. Banyak lagi FO yang kami tak pergi sebab kesuntukan masa. Lagipun bila pergi dengan group besar, kena la tunggu kawan-kawan lain habis shopping. Lain kali mai lagi, insya Allah boleh round banyak FO lagi.


Di Rumah Mode tak membeli pun, sekadar jalan-jalan dalam kedai dan tengok dekorasi mereka. Orang tak la ramai mana mungkin sebab bukan hari minggu.

Untuk makan malam pula, kami dibawa ke Restoren Sangkuriang, khas masakan Sunda. Kalau diberi pilihan, saya lebih suka masakan Padang daripada Sunda tapi sebab lapar, balun je. Di Bandung kalau ikan, lebih kepada ikan darat. Tak jumpa sangat ikan laut, mungkin sebab Bandung jauh dari laut tapi sebab saya makan ikan darat dan laut, kelebihan untuk saya la kalau makan berempat sebab saya boleh habiskan ikan tu..hehehe..Oh ya..ikan tu namanya ikan gurami.

Ni antara lauk di Sangkuriang. Yang dalam mangkuk tu sayur nangka masak asam rebus. Ada jagung, buah belinjau, kacang panjang, suhuun dan nangka di dalamnya. Saya cuma hirup kuah je, tak reti nak makan. Masa diorang serve tu ingatkan tomyam, hahaha.

Kami balik ke hotel lebih kurang jam 9 lebih untuk berehat. Hotel kami letaknya berdekatan dengan Rumah Mode. Ada pasaraya dan McDonald dan spa yang best tapi saya tak sempat nak ke spa sebab lupa nak booking awal-awal seperti yang Pak Herman cadangkan. Lain kali la ye..

Ok ..jap lagi sambung cerita...

Thursday, May 30, 2013

Bandung in Colors

Salam,

Sebelum sambung cerita Bandung, saya nak tempek gambar-gambar di Bandung setakat hari pertama. Tak banyak mana pun gambar sebab nak gi shopping kan...tak sempat nak keluarkan kamera pun. Hahaha...layankan je la ye..

Saya bersama bos-bos (dua-dua di tengah) dan Kak Ina dari Unit Kesihatan. Waktu ni kami di KLIA nak check-in.

Di luar Soekarno-Hatta Airport sedang menunggu bas kami sampai. Waktu ni perut dah berkeroncong dondang sayang sebab dari KLIA tak makan apa. Kat dalam kapal terbang makan pie je. Kami naik KLM Royal Dutch Airlines.

Hiasan dalam Rumah Makan Bukit Randu Bandara. Pak Herman kata, rumah makan (restoren) ni selalu dijadikan tempat orang buat kenduri kahwin, itu pasal ada pelamin tu.

Pemandangan dari lobi Hotel New SanyRosa. Awal lagi ni dalam kul 7 pagi waktu tempatan (8 waktu kita)

Tuan tanah dan Mr Hubby di waktu pagi. Ni tak sabar-sabar nak jalan ni.

Pemandangan di tepi jalan. Orang berjual sayur-sayuran dan ikan.

Bangunan Telkom Indonesia. Jalan udah macet hahaha..ramai betul yang naik motor. Kat sini kalau nak lalu, nak memotong kena bunyikan hon. Bila dah bunyi hon mesti diorang bagi jalan. Kalau kat Malaysia, bagi hon tu kira nak marah orang la tu. Kat Bandung jarang berlaku kemalangan kata Pak Herman sebab semua orang tau kalau bagi hon tu ko kena bagi jalan kat orang yang bagi hon. 

Gedung Sate, bangunan kerajaan di Bandung. Dibina pada tahun 1920 oleh arkitek Belanda.



Berita Hari Ini

Salam,

Sarapan saya pagi ini.

Pagi ini dimulai dengan sebiji roti canai sardin dimakan tanpa kuah. Tak suka makan roti sardin ngan kuah sebab sardin tu dah ada perisa dia. Macam pelik plak makan ngan kuah. Hehehe..lain orang lain caranya ye tak?

Dalam radio Hot FM tadi dengar tentang bola sepak, Pahang dan Johor. Masing-masing kena denda RM100,000 dan RM20,000. Dan dengar lagi TMJ mahu perlawanan 1 Jun nanti diadakan tanpa penyokong. Ada baiknya sebab saya tengok bila berlaku perkara macam ni, yang kalut sebenarnya penyokong negeri lain. Tak mustahil nanti mereka yang memenuhi stadium Bukit Jalil. Itu cuma pendapat saya je ya....

Di rumah musim demam. Yana dan Yani batuk dan selesema. Mr Hubby dah start batuk dan badan panas sampai mandi jam 3 pagi tadi dan makan ubat. Yani pun bangun awal hari ni. Jam 5 pagi sedang saya menjahit di bilik belakang, dia masuk. Saya pegang badannya agak suam. Sudahnya saya ajak dia mandi pagi. Ketika saya tinggalkan dia tadi, dia sibuk bermain di dalam bilik ditemani oleh abahnya.

Di Penang sekarang malam atau awal pagi hujan di satu dua tempat. Pagi ni pun cuaca sejuk sebab hujan renyai-renyai awal pagi tadi. Aircond dalam pejabat pun sejuk bukan main. Mungkin sebab tak ramai yang masuk perpustakaan memandangkan pelajar masih bercuti semester. Ahad ni baru pelajar baru mula mendaftar masuk so minggu depan sibuk dengan orientasi.

Sekian saja berita penting untuk pagi ni. Mulakan dengan tugas-tugas yang menanti. Petang ni ada mesyuarat kakitangan perpustakaan. Banyak amanat nak diberikan la tu...

Wednesday, May 29, 2013

Bandung Day 2

Salam,

Selepas sarapan, kami berkumpul di lobi hotel jam 9.00 pagi waktu tempatan. Kalau ikut jadual sebenar, hari ini kami akan ke Tangkuban Parahu tetapi Pak Herman telah mengatur semula jadual kami. Kata Pak Herman, hari pertama tak boleh ke Tangkuban Parahu kerana kita akan terbeli macam-macam di puncak gunung dengan harga yang mahal.

So, pagi Jumaat tu kami akan bershopping dulu di Pasar Baru dan Factory Outlet. Oleh kerana masih awal lagi, bas kami dibawa mengelilingi Bandung untuk melihat bangunan-bangunan kerajaan dan kawasan sekitar.

Selepas itu, kami dibawa ke Rumah Batik Danar Hadi yang terkenal dengan hasil batik Solo yang cantik-cantik. Mula-mula tak teringin nak beli apa-apa tetapi bila nampak kain pasang yang corak dan warnanya cantik, teringin pula. Akhirnya saya sambar sepasang untuk dipakai hari Khamis. Harganya Rp319,000 lebih kurang RM90++.

Kumpulan kami kemudiannya ke Pasar Baru, tempat yang paling kami tunggu-tunggu dari semalam. Saya memang dah set mind hanya nak pergi mencari kain cotton, telekung dan pakaian untuk anak-anak saja so saya dan Mr Hubby tak perlu melilau di setiap tingkat.

Untuk kain cotton, saya hanya pergi satu kedai sahaja iaitu Kedai Cotton Sona di lantai 2. Pilihan kain banyak, harga bagus dan layanan pun baik. Mula-mula saya cuma nak beli untuk saya dan adik-adik saja tapi bila Mr Hubby tengok kain cotton tu, dia pula berkenan untuk baju melayu. Akhirnya kami borong berpasang-pasang kain untuk satu family besar. Untuk raya dan kenduri Mummy Yon sekali. Harga kain antara RM7 - RM10 semeter, sangat berbaloi.

Selain kain cotton, saya juga membeli kain telekung untuk Yani dan Yana, t-shirt Bandung dan dress cantik jenama Dannis House untuk si kembar. T-shirt Bandung diorang jual 5 untuk Rp100,000 tetapi kalau pandai tawar boleh dapat 6 untuk Rp100,000.

Tips :
1. Hari pertama, awal-awal jangan beli keychain, FM dan baju sebab semakin petang, semakin mudah kita tawar menawar. Ikut pengalaman, dah petang saya dan Mr Hubby dapat beli FM 7 paket (6 biji setiap paket) dengan harga Rp100,000 walhal awal pagi mereka jual 3 paket untuk Rp100,000.

2. Penyanyi jalanan, penjual jalanan, pengemis sangat ramai. Rasa macam nak bagi duit kat semua orang je tapi kalau dah bagi atau beli dari seseorang, yang lain akan serbu kita. Hati kena keras sedikit ya ibu, bapak!

3. Kalau ikut tours, ada jurukamera akan ambil gambar kita di hotel sebelum kita naik bas. Jangan pandang, sebab bila gambar kita dah diambil, dia akan jual gambar tu kat kita nanti. Harganya RM2 sekeping.

Penjual dan jurukamera di depan hotel kami.

4. Kalau ikut tours, penjual-penjual ni akan ikut kita dari hotel sampai ke mana-mana kita pergi. Berhenti je bas, nampak diorang, magic! Diorang follow bas guna motor. Rasa famous gitu..huhu..

Bersambung nanti ya!

Luaskan Kuasamu!

Salam,

Sedih dengan insiden malam tadi. Sepatutnya perkara begitu tidak berlaku. Nak tengok juga apa tindakan FAM apabila perkara begitu berlaku di Pahang. Ada tiket palsu pulak tu. Huhu..apa pun tetap sokong JDT. Takmo gaduh-gaduh...nak tengok bola je pun..huhu

Tuesday, May 28, 2013

Jakarta-Bandung Day 1

Salam,

Sampai di Jakarta jam 6.20 petang (5.20 petang waktu Jakarta). Kami pergi di bawah Rakyat Travel. Sampai di Soekarno Hatta Airport, kami disambut oleh tour agent kami di sana Pak Herman Arif. Orangnya sangat ramah.

Rumah Makan ni berada di Provinsi Banten, belum lagi sampai di Jakarta.

Makan semeja dengan big bos saya. Sebab lapar, habis licin semua pinggan hehe...

Kami dibawa makan malam sebelum bertolak ke Bandung. Pakej kami hari tu Jakarta-Bandung-Jakarta. Kami makan di Restoren Bukit Randu Bandara, Banten. Makanan ok. Perut kenyang, kami teruskan perjalanan ke Bandung melalui lebuhraya Cipularang yang memakan masa hampir 3 jam.

Pak Herman beritahu, jam di Jakarta amat teruk terutama sekali waktu hari bekerja. Apabila hari minggu, Jakarta akan jadi sedikit lengang kerana ramai penduduknya pulang ke kampung masing-masing. Ketika kami melalui jalan bertol, memang kami dapat saksikan jam yang luar biasa di jalan bandar. Bayangkan kalau keluar daripada pejabat jam 6 petang, jam 11 malam baru sampai ke rumah. Huhuhu...

Kami berhenti sebentar di kawasan RnR mereka. Tandasnya bersih dan dijaga rapi. Ada orang yang jaga. Kalau nak bagi duit pun boleh tak bagi pun tak apa. Waktu ni, saya dan Mr Hubby teringin nak minum kopi tapi memandangkan duit rupiah kami semua dalam note Rp100,000, kami tak jadi minum. Masih lagi keliru dengan tukaran..hahaha.

Kami tiba di hotel penginapan kami di Bandung, Hotel New Sanyrosa, Setiabudi lebih kurang jam 11malam . Hotelnya tak besar mana tapi sangat selesa. Sesuailah untuk kumpulan kami yang tujuan utamanya membeli-belah sebab bukan nak duduk terperap dalam biik hotel je kan.

Hari pertama memang sangat letih di perjalanan saja. Walaupun letih, saya rasa seronok sebab ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke Jakarta dan Bandung so mata kena buka luas-luas, telinga kena dengar dan hati kena happy!

Hujan Emas Di Negeri Orang

Salam,


Malam Ahad selamat sampai daripada Jakarta. Seronok tengok tempat orang. Ada yang membeli-belah pun bagai nak tercabut tangan. Orang Bandung/Jakarta sangat ramah dan mesra. Suasana di Bandung sangat nyaman tetapi di Jakarta sangat sesak.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tak tahu kenapa ada juga rakyat Malaysia yang tidak menghargai keamanan, kesejahteraan, kemeriahan, kekayaan dan macam-macam lagi di Malaysia.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Berjalan bukan sekadar bercuti dan membeli-belah tetapi melihat keadaan negeri orang. Nanti kita cerita ya!


Friday, May 24, 2013

Aduhai...

Salam,

Los Angeles From Griffith Park Observatory

Photograph by Lucas Janin


Nature's Anger
Photograph by Jamie Betts

Cliffs Of Mother, Ireland
Photograph by Chris Hills

Moonrise Lighthouse - Ireland
Photograph by Angus Clyne

Welcome To Hawaii


Photograph by Patrick Smith

Credit to onebigphoto.com


Bandung

Salam

Setelah sehari penat di jalanan, hari ni kami nak jelajah Kota Bandung seharian hari ni.

Thursday, May 23, 2013

Renung-renungkanlah!

Salam,



Kisah 1
Dalam perjalanan pulang menaiki kereta bersama BIL. Dah nak sampai rumah dan kami nampak seorang pakcik mengutip botol dan tin di tepi jalan. Dia sedang berehat di tempat menunggu bas. BIL kata kesiannya pakcik tu. 

Adik (dia bahasakan diri dia adik sebab dia yang bongsu dalam family Mr Hubby) tak boleh tengok orang tua macam tu buat kerja teruk-teruk, kesian. Teringat kat abah kalau nampak orang tua macam tu. Ye la...saya pun macam tu juga...lebih-lebih lagi kalau nampak orang tua yang perawakan dan fizikalnya lebih kurang macam arwah abah, mesti saya cepat bergenang airmata.

Lepas hantar saya sampai di rumah, BIL keluar semula naik motor. Saya ingatkan dia pergi kedai. Tak lama lepas tu dia balik. Dia kata adik pi bagi pakcik tu duit RM10 suruh beli air. Dia kata pakcik tu macam blur-blur gitu. Ambil duit sambil angguk kepala ucap terima kasih. Adik kata dia terus blah dari situ sebab takut dia pulak yang nangis kalau tunggu lama-lama.



Kisah 2
Sekali-sekala kalau lalu di Jalan Padang Benggali sehingga ke Penaga, mungkin akan ada yang perasan seorang nenek tua, yang sangat tua berjalan kaki. Nenek tua ni menjual penyapu lidi dan bakul daripada daun mengkuang.

Mr Hubby selalu rasa kesian kat nenek ni. Tak tahu di mana rumahnya. Terfikir juga dia tak ada keluarga ke? Kenapa dia masih lagi berada di jalanan pada usia yang sepatutnya duduk di rumah. 

Minggu lepas ketika keluar membeli udang dengan Danish, Mr Hubby jumpa nenek tua ni di kedai mamak. Dia bawa penyapu lidi dan bakul untuk dijual. Mr Hubby kesian lepas tu dia tanya berapa harga bakul nenek jual. Harganya RM2 sebiji. Ada 6 biji, Mr Hubby beli semua dan beri RM30. Mr Hubby kata, kesian nenek tu jalan jauh.


Kisah 3
Kat kawasan perumahan saya, ada beberapa orang pekerja Majlis Perbandaran yang menyapu di sepanjang jalan rumah. Di sepanjang jalan rumah saya itu, ada seorang pakcik yang memang port dia menyapu di situ. Dah tua dah.

Mak dan Tok Ibu (ibu saudara Mr Hubby) kadang-kadang rajin berbual dengannya jika waktu mereka menyidai kain atau mengemas rumah, pakcik tu lalu. Kalau ada baju-baju yang nak diderma, biasanya mereka bagi kat pakcik tu je. Pakcik pun akan ambil dengan rasa gembira.

Di rumah katanya, ada ramai anak cucu, semuanya duduk bersama. Dia kata tidur pun di dapur je sebab anak menantu dah penuh di rumah. Hmmm


Kata saya : Lebih baik buat sesuatu daripada duduk saja minta dibantu macam mereka. Patutnya yang muda dan sihat rasa malu dengan mereka yang masih lagi mencari rezeki walaupun usia menginjak lanjut.

Kata saya lagi : Buat anak-anak yang sudah berkahwin, carilah rumah sendiri jangan duduk di rumah ibu bapa. 

Terbang!

Salam,



Hari ni saya akan bertolak ke Jakarta
Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik ya
Insya Allah ada ole-ole untuk yang bertuah


Wednesday, May 22, 2013

The Twins Again

Salam,

Situasi 1

Yani : Tok Madah...nak susu!
Tok Madah : Kejap tok buat.
Bila Tok Madah hulur botol susu kat Yani...
Yani : Terima kasih Tok Madah buatkan kakak susu.

Yani dan Yana sekarang akan ucap terima kasih dan beri sebab kenapa mereka berterima kasih. Kalau Yani yang cakap, memang jelas kalau Yana dia akan cakap, "Acih ama...wat ucu" tapi...jadilah.

Bila mama solat, mereka pun nak solat juga...so diorang akan pakai tudung ni..kadang-kadang pakai telekung mama je..



Situasi 2

Dua budak nakal tak boleh duduk diam. Dah malam dah ni, tak tidur lagi.
Tok Madah : Cepat meh tidur. Dah malam ni. Nanti hantu topeng mai. Hantu...mai sini..
Biasanya mama atau abah yang akan jadi hantu topeng.
Tok Madah : Tu dia! Hantu topeng mai dah..cepat baring!
Dua-dua lari kat Tok Madah, baring dan tutup mata.
Tok Madah : Cepat baca bismillah
Yani & Yana : Milla..oman..ohim
Hantu topeng pun lari.
Yani : Haaaa..kan dah lari.... (bajet nak bangun main lagi..adoila!)

Nila antu topeng tu...huhu takot tak?


Yani dan Yana takut ngan hantu topeng. BIL yang beli topeng hantu tu untuk gertak mereka bila mereka terlampau aktif tak reti nak duduk diam. Biasanya "hantu topeng" keluar tengah malam bila diorang takmau tidur.

Me & Us

Salam,

Belajar daripada kesilapan sendiri dan ambil ikhtibar daripada kegagalan orang lain. 

Tuesday, May 21, 2013

Musim Cuti

Salam,

Minggu depan sekolah dah mula bercuti, ke mana korang membawa anak-anak bercuti? Ada yang balik kampung? Atau ada yang nak bawa anak-anak mandi-manda di sungai, air terjun, water park? Kalau ada ongkosnya, nak ke mana pun ok saja kan?

Minggu ni Danish dan Danial sedang exam pertengahan tahun. Game dihentikan buat sementara waktu, setiap malam ada sesi ulangkaji dengan mama (walaupun kadang-kala sekejap je sebab Yani dan Yana pun sibuk nak ulangkaji juga). Setakat hari ni, alhamdulillah masing-masing kat boleh jawab soalan cuma ada satu dua yang musykil. Itu kita kena tengok result nanti.

Hari Khamis ni saya akan ke Bandung bersama rakan-rakan KKUUiTM. Pergi tak boleh la bawa anak-anak sebab tahu ajalah bila dengan geng pastinya agenda shopping itu nombor satu. Oleh sebab nak kena tinggal anak-anak, lepas balik Bandung kena juga buat aktiviti menarik bersama mereka.

Adik ipar di Putrajaya pun akan balik ke rumah saya minggu depan so mungkin kami boleh rancang sesuatu untuk anak-anak. Biasanya bila cuti sekolah panjang, mereka akan ke Putrajaya. Suami adik ipar yang bertugas sebagai guru tu rajin bawa mereka melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Kali ni mereka turun ke Penang so rasanya kami bawa mereka ke belah Penang la pulak.

Antara tempat yang rasanya kami boleh bawa mereka di sini ialah ke Taman Rama-rama, Toys Museum kat Teluk Bahang, Taman Botanikal ke...yang penting semua happy. Rasanya gi piknik pun best juga. Tengoklah macam mana perancangannya nanti. ^_^


Nota kaki : Yang pasti, musim cuti = musim kenduri kahwin. 1hb dan 2hb Jun dah penuh dengan undangan perkahwinan. Makan nasi minyaklah kita.

Lagi Sibuk!

Salam,

Ini mood tuan punya blog sekarang..mahu siapin kerjaan yang ada..lagi dua hari mau liburan..hahaha...

Monday, May 20, 2013

The Last Vampire


Salam,

Lama tak tulis tentang buku. Bulan ni, saya slow sikit membaca sebab sibuk siapkan tempahan Car Charm dan keychain. Takla banyak mana tetapi, bagi saya yang hanya ada sedikit masa terluang nak berkraftangan ni, memadai la. Bolehlah buat belanja waktu takde duit.

Dah 20hb, saya baru habis membaca senaskah novel berjudul Manhattan karya Ronni Cooper. Kalau perasan, saya cuma baca novel kerana membaca bagi saya adalah satu terapi minda. Waktu membaca, otak saya sangat aktif berimaginasi dan sangat aktif. Waktu ni, kadang-kadang banyak idea tak kira tentang kraftangan, kehidupan, dan macam-macam lagi menjelma. Itu sebabnya agaknya, orang yang suka membaca ni nampak pendiam tetapi sebenarnya otaknya ligat berfikir dan berinteraksi. Weirdo? Entahlah...

Mula dengan yang ini

Ok..balik semula kepada tajuk asal. Saya juga suka mengulang baca buku-buku yang ada dalam simpanan saya. Saya sangat sayang koleksi novel atau buku yang ada. Yang paling saya sayang novel-novel Christopher Pike yang saya kumpul sejak tahun 1997, waktu belajar di Ungku Omar, Ipoh.

Ada satu dua yang saya tak ada, dan saya sedang cari. Sangat sayang sampai ada yang dah kembang kerana banjir di kampung dulu. Danish dan Danial tak suka cover buku-buku Christopher Pike sebab Pike adalah penulis cerita mistik, horror tapi mama tetap suka.

Minggu ni saya buat marathon baca karya Pike, The Last Vampire dari buku 1 sampai 6. Sambil tu nak cari beberapa novel Pike yang tak dapat saya beli dulu. Susah juga nak cari buku-buku Pike ni tapi baru-baru ni nampak banyak juga buku-buku ini dikeluarkan semula dengan cover yang lebih menarik. Harap-harap jumpa.



Buttered Prawns Versi Mama Kniedaz :P

Salam,

Entry luar biasa ni sebab jarang saya tayang makanan yang saya masak dalam blog. Hahaha...Al kisahnya saya akan ke blog Kak Azie setiap kali ada entry baru. Tetiba minggu lepas kalau tak silap, Kak Azie telah menayangkan satu menu yang sangat best. Nak tau menu apa? Menunya Buttered Prawns.

Yang ni versi saya ye...floss tu belum menjadi sangat tapi rasanya sedap..hahaha...angkat bakul sendiri ni

Dulu saya ingat nak memasaknya mesti susah tetapi Kak Azie dah tunjuk step by step cara memasaknya hari tu. Semalam, Mr Hubby telah membeli udang untuk dibuat sambal tumis. Oleh kerana kuantitinya banyak, saya bahagi dua udang-udang tersebut. Yang kecil saya nak cuba resepi baru, yang besar saya buat sambal tumis.

Gigih tau...memasak sambil buka blog guna handphone. Semuanya gara-gara udang tu. Waktu makan gementar juga takut tak sedap tapi rasa bangga gak bila Mr Hubby, BIL dan anak-anak kata sedap. Danish makan udang tak berhenti semalam. Lepas ni bolehlah buat lagi..hehehe...

Oklah..itu je nak cerita. Kalau nak resepi, sila ke blog Kak Azie. Banyak resepi lauk-pauk, kek yang mudah untuk dimasak tapi pastinya sedap. Terima kasih Kak Azie sebab kongsi resepi. ^_^


Our Saturday

Salam,

Hari Sabtu yang baru lepas ni, kami sekadar berehat-rehat di rumah saja. Tengahari pun tak masak nasi. Saya goreng nugget, funfries dan buat scrambled eggs untuk dimakan dengan roti. Mr Hubby kata nanti kita makan kat luar je.

So petang tu lepas Asar, kami anak-beranak dan mak pun keluar. Cadangnya nak makan seafood tapi Restoran kat Robina Park, Teluk Air Tawar tu petang dia buat steamboat so kami jalan lagi sampai Bagan.

Mr Hubby kata nak gi Sungai Dua ke? Kat Sungai Dua ada banyak kedai makan yang best, CKT, Western Food, Tomyam. Saya ikut je. Bila sampai Seberang Jaya, Mr Hubby ajak makan kat De Pauh Garden. Dekat ngan UiTM, rasa macam mai kerja pulak, hehehe.


Gambar lain-lain makanan tak sempat ambil sebab dah sibuk layan budak-budak ni..hehehe

Kami order sate, sebab mak kata nak makan sate. Danish makan spaggeti bolognese, Danial makan nasi goreng kampung, Mr Hubby makan Black Pepper Lamb Chop dan saya makan nasi goreng daging padprik. Untuk Yana dan Yani, kami order mushroom soup dan garlic bread. Dengan air tembikai dua, ice blended chocolate dua dan air bandung, kami bayar RM95.50. Ok ke tak?

Anak-anak seronok, saya dan mak seronok, so kami rasa berbaloi je keluar makan tu. Jarang kami makan kat luar sekarang so bila sekali-sekala tu kira ok je la...anak-anak pun bukan main seronok. Bila abah diorang kata pakai kasut, Yani dan Yana yang paling awal pakai kasut.

Dalam kereta asyik tanya nak pi mana je. Kat De Pauh Garden tak jemu-jemu diorang ajak abang-abang diorang tengok ikan dalam akuarium dan tawaf sekeliling meja. Staf-staf kat situ pun sibuk melayan diorang, mungkin sebab diorang kembar, so jadi perhatian. Hheheehe...

Friday, May 17, 2013

Kisah Hero-hero

Salam,

Kisah hari guru Danish dan Danial.
Mama dah cakap tak payah beli hadiah
Sebab mama akan buat hadiah untuk cikgu-cikgu
Mama suruh kira berapa ramai cikgu
Danish kira kejap je
"Cikgu Danish ada 9 orang, mama...4 orang lelaki"
"Kalau cikgu lelaki takkan nak bagi keychain love mama"
"Mama buat keychain donut ok tak?"
"Emm..boleh juga"

Danial pulak lain kisahnya
"Cikgu Danial ada 10, tambah lagi satu, nak bagi ustazah yang ganti guru kelas"
Mama kata "Ok"
Esoknya tak jadi pula
"Ustazah tu dah pindahlah mama, cikgu ada 10 je"
Mama kata "Ok"
Semalam pulak dia kata "Danial punya 8 je mama, ada cikgu tu dia ajar dua matapelajaran"
Pulak dah!

Mama tanya nak bagi minggu ni ke minggu depan waktu sambut Hari Guru
Abang Danish kata, "Danish bagi minggu depan"
Danial kata, "Hari ni la mama"
Tak lama tu, "Hari ni bagi 4 dulu la"
Lepas tu, "Bagi minggu depan la"
Hish..Danial ni...
Macam-macam!


Mama ni buat kerja serampang dua mata, hadiah ngan promosi hehehe




Hottest Crew Cabin

Salam,

Ini jadinya bila seorang billionaire kalah bertaruh. Sir Richard Branson, pemilik Virgin REcords, Virgin Atlantic Airways dan lain-lain. Beliau kalah bertaruh dengan CEO AirAsia, Tony Fernandes ke atas pasukan Formula 1 masing-masing.

Baca selanjutnya di SINI

Hehehe....





Credit to AirAsia Facebook

Thursday, May 16, 2013

The Twins

Salam,

Lama dah tak cerita pasal si kembar kan...sekarang ni makin cerdik dah dua-dua. Kakak Yani makin petah bercakap dan Yana pun sudah bertambah vocabularynya walaupun masih pelat. Pergerakan fizikal makin baik dan lincah bukan main kedua-duanya.

My sweet princesses

Susah nak tangkap gambar dia macam ni..boleh buat gambar passport ni hehe


Al-kisahnya, Tok Nani belikan basikal roda tiga untuk mereka berdua. Sorang satu ya, kalau beli satu alamat bergaduh hari-hari la jawabnya. Mula-mula beli, Yani dah pandai kayuh tapi Yana masih tak reti nak kayuh basikal. Siap nak tukar basikal sebab dia ingat basikal jadi punca dia tak boleh kayuh. Selepas beberapa hari mengayuh tanpa henti, siang malam, pagi petang, akhirnya Yana pun berjaya kayuh.

Yani pulak sekarang makin laju mengayuh siap pandai brek lagi. Bila brek tu siap dengan reaksi muka tu yang tak tahan. Korang tau tak camna? Bila kita dah kayuh laju-laju, kita kayuh terbalik untuk berhentikan basikal...haa..macam tu la dia buat. Bikin kami gelak je si Yani ni.

Malam tadi, diorang masih lagi sibuk main basikal. Tiba-tiba basikal kakak jatuh. Sebab dia malas nak bagi perbetul basikal dia, dia pi rampas basikal adik. Apa lagi, menangis la si adik, mai mengadu kat abah, mama, tok-tok dia. Kami pun buat-buat marah kat kakak, "Apa la kakak ni...awat ambil basikal adik? Kan basikal kakak ada?" Lepas tu Yani jawab,

"Adik ni kalut la, kakak nak main pun tak boleh. Kacau aja,"
"Aik..adik pulak yang kalut. Kakak yang ambik basikal adik,"
"Kalut la adik ni. Nah...amik la ni, kalut!" Lepas tu dia heret basikal adik dia tu bagi kat Yana.
"Kakak nak main jauh-jauh sikit la, adik tu kalut kacau kakak" Katanya lagi sambil mengayuh basikal jauh sikit.

Adoila...pandai je cakap tu. Kalau cakap siap ngan mimik muka dan mulut muncung pulak tu. Merajuk tak usah cakaplah. Kalau merajuk, dia tarik muka 14 lepas tu tak bercakap sepatah pun. Dia akan mai dekat dengan kita dan buat muka sedih. Aduhlah...nak marah pun tak jadi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...