Balik sudah senja
Pergi awal pagi
Ini saja pemandangan yang saya lalui setiap hari
Pasti kawan-kawan juga begitu
Rutin harian seorang kuli
Hehehe
Pagi tadi..matahari pun masih malu nak keluar...Mr Hubby hantar pagi ni...rasa best sekali..Hahahaha
Semalam petang, pulang dengan Danish & Danial...matahari pun dah "mengantuk" nak tidur dah
Pagi ni ada Program Wacana Kepimpinan Isu Semasa : Sebelum Senja Berlabuh
Tajuknya mengancam kan?
Musim pilihanraya
VC akan tekankan tentang penglibatan staf dalam aktiviti berkempen
Waktu ini, mata-mata sangat banyak
Bagi saya,
Apa pun fahaman kita,
Janganlah sehingga membelakangi mental dan nilai-nilai murni
Jangan kerana 5 tahun sekali ini
Suara lantang dan perbuatan melampau kita
menyusahkan diri sendiri di kemudian hari
Rileks la
Semua orang ada pendapat sendiri
Jangan terlalu ikut perasaan
Yang senang dan menang nanti
Bukan kita
Tapi mereka di atas sana
^_^
sama jugaklah. pagi2 lagi dah keluar. kdg2 sampai rumah dah senja. kalau nasib baik je dpt sampai awal.
ReplyDeletejom kita mengundi demi masa depan negara, bangsa dan agama. bg mereka2 tu, jgn terlalu menabur janji yg x pasti, kelak binasa diri bila x terkota janji
cantik nya tengok matahari tu....
ReplyDeletepilihan 5 tahun sekali....
satu undi tu boleh mengubah apa jua keadaan
itulah nasib2 kuli-ketip cam kita kannn...
ReplyDeletetapi indah gak pemandangannya :D
yes, berfikir lah betul2 seblum membuat keputusan...