It's You!

Friday, April 5, 2013

Lemon

Salam,

Lama tak buat entry petua/housekeeping kan. Tetiba juga jumpa artikel ni dalam internet so nak share la. Mana tau, kot-kot boleh kita praktikkan nanti. Hari ni kita cerita pasal lemon dan apa yang kita boleh buat dengannya selain dibuat lemonade dengan ais di waktu panas berdengung ni.



Lepas dah peraah jus lemon untuk buat air, buat perap ayam/daging atau buat kek, janganlah dibuang kulit lemon tu. Masih ada lagi kegunaannya. Jom kita cekidaut!





1. Cuka Lemon - kumpulkan kulit lemon dalam botol, bubuh sampai penuh. Lepas tu tuang cuka biasa sampai penuh botol. Simpan selama 2 minggu. Kegunaannya untuk membantu kerja-kerja menyental di dapur. Bau pun segar je...(saya nak try buat yang ni la)

2. Pencerah kulit - Gosokkan kulit lemon di siku, ketiak, muka kerana lemon adalah agen pencerah semulajadi. Macam Garnier..hehe

3. Pewangi - Lepas masak gulai mamak, goreng ikan masin kat dapur, mesti dapur berbau. Cuba rebus seperiuk kecil air dan campak kulit lemon dengan kulit kayu manis dan bunga lawang. Bau renihan ini akan menyegarkan ruang dapur kita.

4. Skrub badan - Cincang halus kulit lemon dan campurkan dengan 1/2 cawan gula dan minyak zaitun sehingga jadi pes. Lumurkan ke badan yang basah ketika mandi. Mesti rasa lembut dan segar. (Yang ni pun nak try juga)

5. Katanya kalau kita jalan jauh dan rasa mabuk, hisap hirisan lemon. Agaknya rasa masam tu buat kita tak rasa mual.

6. Membersihkan papan pemotong di rumah - Kalau dah beli lemon, potong separuh dan gosok kat papan pemotong kita, biarkan sebentar sebelum dibilas bersih. Salah satu cara membersih dan membasmi kuman.

7. Bersihkan oven dan microwave - masukkan semangkuk air dengan potongan lemon ke dalam microwave dan masak 5 minit hingga air mendidih. Keluarkan dari microwave dan lap microwave. Wap dalam microwave yang terhasil tu akan menyegarkan dan membersihkan microwave kita.


8. Sebagai pengilat barangan tembaga, krom, stainless steel - jus lemon dan garam digosok ke barangan yang tersebut dan biar seketika. Gosok dengan kain lembut sehingga berkilat.

Itu saja buat kali ini ya puan-puan dan tuan-tuan. Moh ler kita jadikan rumah kita bersih bersinar-sinar di hujung minggu ini ya. Ta ta!

No comments:

Post a Comment

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...