It's You!

Friday, April 5, 2013

Kuah Tumpah ke Nasi

Salam,

Salam pagi Jumaat. Seronok je bila hari Jumaat sebab esok dah boleh rileks di rumah. Kadang-kadang tu takde maknanya rileks sebab waktu tu la kita nak mengemas rumah secara lebih detail selepas 5 hari bekerja. Apa pun, mesti rasa seronok sebab boleh duduk bermalas-malasan di rumah.

Saja nak tempek gambar Yani dan Yana malam tadi. Alhamdulillah, minat saya kepada buku semua turun ke anak-anak. Apa taknya, setiap kali mengandung, buku adalah peneman saya yang paling setia. Memang semua orang dah tau.

Ada hati nak buat "peace" tapi tak jadi..hahahaha

Tengok budak berdua ni. Lepas diorang ikut saya solat Maghrib (duduk sebelah saya kat sejadah tapi lepas tu ada kat depan saya pulak), diorang ambil pensel warna mereka (abang2 sediakan untuk adik2 mereka). Laju je pi ambil buku. Kena tengok juga..kadang-kadang tu buku bacaan pun nak diconteng so kami belikan buku mewarna untuk mereka. Selain tu, buku-buku latihan abang2 diorang yang lama pun diorang conteng.

Abang Danial suka menyakat Yani. Dia kata Yani gemuk, dia geram. Semalam dia dengan cara melawak tekan belakang Yani yang sedang meniarap. Tok mereka marah si abang sebab takut patah badan adik. Mummy Yon pun dok kata kat abang dia. Lepas tu selamba je dia kata "Hish...biasa dia ni". Lepas tu dia tambah lagi, "Nak ke cabai mulut ni"...

Aikk?? Sesungguhnya, anak-anak kecil belajar bercakap daripada kita kan. Telinga mereka tu menangkap je apa yang kita cakap. Selalu juga kami tanya dia, "Kakak, sapa bagi kakak pandai cakap?"..nanti dia jawab "Allah la"

Waktu saya baca buku, selalu dia datang. "Mama...meh bagi sat buku tu" Muka mesti selamba giler. "Hish kakak ni...ni buku mama, mama nak baca". Dia akan buat muka poyo tu sambil capai buku saya. "Mehla kejap..kakak nak baca sat". So, kenalah bagi kat dia sekejap. Dia akan belek-belek buku saya lepas tu bagi balik kat saya. "Dah baca dah. Nah!" Huhu...

Seronok bila dengar dia dah pandai bercakap. Rasa riuh je rumah. Yana pun dah makin petah bercakap cuma bunyinya kurang jelas lagi. Kami pun makin rajin ajak dia berbual dan tanya macam-macam so dia akan lebih cepat bercakap.

Korang macamana pula ya? Maksud saya, macamana korang merangsang anak-anak bercakap di usia muda.

5 comments:

  1. memang selalu cakap ngan anak2, tanya apa aktiviti diorang kat sekolah...
    Macam fahim pun baru ni nak jelas bila bercakap, dah hilang pelatnya sikit2.
    kita kena cakap bahasa yang biasa, jangan ajuk cakap pelat diorang...

    ReplyDelete
  2. sebab tu sekarang kalau saya marah tak boleh nak cakap yang teruk2~~takut anak2 ikut~haha~~

    ReplyDelete
  3. Baguskan anak2 ditanam minat membaca dr kecik lagi...syabas yana , yani...

    wpun kami bertiga beranak shj namun aidan mmg petah n byk sangat cakapnya..huhu..rsnya sbb ayahnya suka sgt berckp ngan dia dr kecik lagi..layan dia ckp..skrang nie mulut tak brenti2 jgk..:)

    ReplyDelete
  4. rasanya sama je cara dgn akak buat tu... sentiasa cakap dgn bahasa yg betul bila bercakap dgn anak2. elakkan kita yg ikut bahasa dia sbb nnti dia pula keliru. buku2 mmg sudah dibiasakan dari awal mengikut peringkat usia.

    ReplyDelete
  5. memang kalau anak ada tabiat buruk misalnyer kita kena tengok balik diri kita.. sebabtu kalau nak anak jadi baik kita kena jadi lebih baik... kalau kita rajin membaca memang anak2 akan suka membaca... jangan nak salahkan anakjer..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...