It's You!

Monday, April 29, 2013

Lawatan & Kesatuan

Salam,

Hari pertama masuk kerja selepas minggu lepas menghadiri konvensyen selama 4 hari dan kemudiannya bercuti melepaskan rindu pada anak-anak. Hari ni pun tidak lekat di pejabat kerana mengikut rombongan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM melawat 2 orang rakan UiTM yang terlantar sakit.

Mula-mula, rombongan kami ke Taman Seroja di Sungai Petani melawat sahabat dari bahagian keselamatan yang terlantar sakit akibat strok. Keadaannya nampak lebih stabil berbanding sebelum ini. Rombongan kami juga disertai oleh Rektor Kampus, isteri dan Pendaftar. Sedih bila melihat keadaan sahabat. Saya kalau melawat orang sakit atau tengok orang uzur mesti rasa nak nangis huhuhu.

Lepas itu, kami ke General Hospital, Pulau Pinang pula melawat seorang lagi sahabat daripada Unit Pemandu yang terkena strok dan koma ketika membuat lawatan di Sarawak minggu lepas. Semalam dia baru diterbangkan pulang ke Pulau Pinang selepas beberapa hari di Hospital di Sarawak.

Semoga mereka berdua beransur pulih dan kami doakan kesihatan mereka bertambah baik. Bila duduk di bawah Kesatuan, insya Allah, mana-mana yang boleh dibantu, akan kami bantu. Kalau tak kita yang dekat membantu, siapa lagi. Bak kata orang, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

5 comments:

  1. Alhamdullilah ada Kesatuan yg prihatin macam ni...at least terubat juga rasa sakit/sedih si pesakit...Moga2 sahabat2 dlm Kesatuan yg ditimpa ujian sakit itu cepat sembuh...Insya Allah

    ReplyDelete
  2. setuju tu...kita jugak yg kena support each other :)

    ReplyDelete
  3. Itulah baiknya bila ada kesatuan dan teraju pimpinan pun betul. Kalau yg menerajui tak betul pun tak dapat hasilnya Fida. Moga teman-teman Fida segera sembuh.

    ReplyDelete
  4. Syukur ada Kesatuan yg prihatin..ada juga org yg prihatin..

    ReplyDelete
  5. kesatuan yng prihatin..moga mereka cepat sembuh..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...