It's You!

Monday, April 8, 2013

Alah Bisa Tegal Biasa

Salam,

Hari ni saya sibuk sikit. Sudah beberapa minggu saya start puasa Isnin dan Khamis. Kadang-kadang hari Selasa pun saya puasa. Mula-mula qadha puasa Ramadhan yang tertinggal. Insya Allah, hari ni habis dah ganti puasa yang tertinggal. Lepas ni, teruskan puasa sunat Isnin-Khamis. Bila dah buat selalu, rasa mudah je nak puasa walaupun bersahur sekadar susu dan biskut.



Minggu lepas order Classic Cheddar Cheese Cake kat office mate saya. Insya Allah nanti buka puasa, bolehlah makan ni sebagai pemanis mulut. Hehehe

Nota kaki : Perasan selepas berpuasa dua tiga minggu ni, makan sikit pun rasa kenyang. Nak mendidik perut makan secara sederhana pula.

5 comments:

  1. Bila sesuatu dah jadi kebiasaan...takde masalah. Tengok orang makan depan kita pun tak terliur, heeee

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik cheese cake tu! :)

    ReplyDelete
  3. yui ni bila nak mula..insyaALLAH secepatnya..

    sedapnya tgk kek tu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..moga amalan ini berterusan..
    sy ni tak start lagi puasa Isnin -Khamis..tapi puasa ganti ramadhan dah lama ganti...insyaAllah lepas ni boleh amal kan Isnin-Khamis plak..:)

    ReplyDelete
  5. nak mula kan tu...tapi kalo dah termula tu mmg seronok teruskan tanpa henti kan

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...