Salam,
Semalam dapat berita gembira dari Putrajaya. Adik ipar saya yang sudah berkahwin hampir 5 tahun mengesahkan yang dia sedang hamil sekarang. Kami sekeluarga memang rasa sangat bersyukur. Lama mereka mencuba...pelbagai cara. Saya tahu apa rasanya bila orang tak putus-putus bertanya bila bersua muka. Ada dua tiga sepupu kami yang lewat mendapat anak sepertinya. Insya Allah lepas ni giliran kalian pula.
Insya Allah...tahun depan saya akan dapat dua org anak saudara baru. Saya doakan SIL dan mummy yon sentiasa sihat dan menjaga kandungan masing-masing dengan baik. Lepas ni...saya akan jadi tempat rujukan mereka berdua sebab mereka memang rapat dengan saya. Alhamdulillah...semoga Allah memelihara mereka berdua.
Alhamdulillah. Memang sayu sebenarnya kalau org asik bertanya..yelah takdir tuhan siapa yang boleh mengagak. Semoga kandungan itu selamat hingga ke penghujung. Amin
ReplyDeletealhamdulilah.saya pun tumpang gembira mdengar berita ini
ReplyDeleteInsyaallah tahniah Bakal dpt anak buah baru ,;)
ReplyDeleteAlhamdulillah sangat-sangta..kalau kakak pung gembira sangat-sangat, apa tah lagi tuan punya badan..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syukur lah... lama nak tunggu tu, kesian..
ReplyDeleteAllah mendengar DOA org2 yg sabar... Tahniah pd adik ipar ya...:)
tahniah untuk bakal menambah kelahiran anak sedara.....
ReplyDeletemoga keduanya dipermudahkan...