It's You!

Saturday, December 14, 2013

Its Not Obsession Yet

Salam

Hujung minggu macam ni saya tak ada aktiviti lain. Biasanya saya mengemas rumah dan melayan anak-anak je. Tapi sekarang ni saya ada aktiviti tambahan.

Oleh kerana saya cuma balik ke rumah sendiri di hujung minggu (hari bekerja saya duduk di rumah MIL), maka saya telah merakam cerita-cerita kegemaran saya. Cerita kegemaran saya selama ni ialah CSI...semua CSI yang ada. Start minggu lepas, saya ada tambahan satu lagi drama iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Oh...jatuh hati dengan watak Jebat dan Mastura. Baru sempat tengok dua episod awal...sangat mencuit hati.

Nak habiskan tengok semua episod yang dah dirakam. Minggu depan tak dapat nak tengok sebab akan bercuti panjang ke Putrajaya/KL tapi akan tengok minggu yang akan datang.

Belum lagi jadi peminat fanatik tapi bolehlah tengok waktu terluang. Saya bukan peminat tv sekarang ni tapi kalau ada waktu, saya akan tengok cerita-cerita yang saya gemar je. Waktu nak tengok tv pulak biasanya tengah malam..lepas semua org dah tengok cerita masing-masing dan si kembar dah tidur.

Korang pulak suka tengok cerita apa di tv? Selamat berhujung minggu.

7 comments:

  1. saya pun ikut cerita Bukan kerana aku tak cinta ni..suka btl dgn lakonan Sharnaz.. macho je dia..hehe..CSI pun suka tgk, terutama CSI Miami..:)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak tengok tv sejak dok sini..:)

    ReplyDelete
  3. kak ikiut dan je ida. mana yang ada depan mata, kak tengok jelah..heee

    ReplyDelete
  4. Jarang dah tgk tv lepas follow cite my love mr arrogant ;)

    ReplyDelete
  5. Aku dok ikut The Strange Housekeeper. Malam ini dengan esok episode last.

    ReplyDelete
  6. cite apa tu oit? aku tak pernah dengar pun..hahaha

    ReplyDelete
  7. Entahlah Ida,....belum ada cite yg OKje layan sampai fengsan semuanya layan sikit sikit je

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...