It's You!

Tuesday, December 17, 2013

New Place New Me

Salam,

Surat pertukaran dalaman tempat bertugas telah selamat diterima semalam. Memang telah lama ditunggu-tunggu oleh semua staf di bahagian perpustakaan.

Sebelum ni, saya bertugas di bahagian Katalog, kerja saya melengkapkan katalog buku a.k.a data @ birth certificate sesebuah buku tu. Tapi saya tak lama di unit katalog..adalah dalam setahun lebih. Di unit tersebut, kerja saya hanya dengan buku...buku..buku..sampaikan orang luar dari perpustakaan tak sedar akan kewujudan saya. Bila berkursus, mesti orang tanya, staf baru ke? tak pernah nampak pun? Sementelah, saya jenis pendiam dan tak suka campur dengan orang sangat so wajiblah orang tak kenal.

Yang duduk tu adalah rakan-rakan di unit baru (dan saya) ^_^

Sejak 2008 hingga sekarang (2013), saya ditempatkan di unit pembangunan sumber ilmu di mana tugas saya berkait rapat dengan pembelian buku-buku dan bermakna saya perlu berurusan dengan pembekal dan pensyarah.Waktu ni, saya belajar berurusan dengan pembekal, menjadi seorang yang manis mulut dan ramah. Alhamdulillah, ketika di sini, saya kenal ramai orang tapi masih terhad kepada mereka yang berurusan dengan saya. Masih lagi kalau ada program dalam UiTM, orang bertanya saya ni staf baru ke? Saya tak kisah pun, sebab saya bekerja di belakang tabir. Tak ramai yang kenal.

Bermula bulan Januari 2014, saya akan bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan, duduk di kaunter mengadap student, pensyarah, pelawat. Tempat baru, yang bukanlah asing bagi saya cuma cara bekerja di kaunter takkan sama seperti bekerja di dalam pejabat. Banyak idea dan perubahan yang ingin saya buat di tempat baru tetapi saya perlukan sokongan rakan-rakan di tempat baru. Saya nak "adapt new environment" di kaunter dan bekerja dalam satu pasukan yang baru semestinya ada perbezaan pendapat dan cara pada mulanya tetapi saya anggap ia sebagai satu cabaran. Saya nak buktikan kepada Mrs Boss, yang saya boleh menambahbaik mutu perkhidmatan kami bersama-sama pasukan baru.

You Gain Some, You Lost Some...saya juga begitu. Pastinya rindu dengan rakan-rakan dalam unit yang lama kerana kami dah masak dengan cara bekerja satu sama lain. Nak gain respect dari rakan baru dan menerima cara bekerja rakan baru pasti mengundang cabaran. Yang pasti tak mau ada masam muka antara ahli. Hopefully, all went well. Dalam tak sabar nak ke tempat baru, timbul juga rasa gementar dan cuak. Saya yakin, saya ok. Tapi yang saya suka, saya dan teman kreatif saya akan berada di dalam unit yang sama so macam-macam idea baru saya, saya boleh kongsi dengan dia dan jayakan bersama, insya Allah.                                                                                                                                                                                                                                                              

13 comments:

  1. Selamat bertugas di tempat baru. Besar jugak perpustakaan UiTM tu no...

    ReplyDelete
  2. Still within the same library? Aku ingat lain negeri ke apa ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak. Kira kau tukar tempat kerja la jugak tu tapi masih dalam bidang yang sama. Hehehe.

      BTW tahniah dengan surrounding kerja yang baru. :)

      Delete
  3. selamat bertugas ditempat baru ida..semoga ttp cemerlang dan hepi kat sana..:)

    ReplyDelete
  4. duduk kat kaunter mencabar jgk sb kena berdepan dgn mcm2 perangai org kan...

    ReplyDelete
  5. Selamat bertugas tempat baru.bestnya walaupon msh lg kerja tp yg sama tp berpeluang buat pelbagai kerja.saya ni dokla buat kerja yg sama dh dekat 8 th.huhu

    ReplyDelete
  6. Selamat bertugas di tmpt yg baru.

    ReplyDelete
  7. Moga tempat baru memberi kegembiraan juga buat Ida.. moga terus memberi khidmat yg terbaik...:)

    ReplyDelete
  8. Slmt bertugas ditmpt bru kak dan semoga lbih ceria :)

    ReplyDelete
  9. selamat bertugas di divisyen baru..hijrah itu banyak kebaikannya!all the best

    ReplyDelete
  10. rasa nak amik kos sains library jer..ahaks. nak mendalami ilmu library - nanti nak buka kelab buku @library @ toko buku senang..tarikh lahir buku pun ada ek.. tarikh buku mati tentu tak ada kan...

    er.. alang2 dah baik dengan pembekal tu - tanyakan diorng macam mana nak supaya kita(kedai) boleh amik kupon buku 1Malaysia. next sem ada voucher. Jadi kalau boleh dapat amik voucher tu agak bagus!

    selamat bertugas.


    kueh

    ReplyDelete
  11. Semoga setiap unit lebih mantap ....

    ReplyDelete
  12. macam perubahan 100%jer tu.. dari tak yah hadap orang kena menghadap orang... apapun kenalah hadapinyerkan..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...