Lambat bersiaran. Sibuk dengan laporan-laporan di akhir tahun. Pening tengok nombor, nombor dan nombor. Saya kurang gemar nombor tapi semua kerja melibatkan nombor, so, what to do? Kena suka la.
Melihat status sahabat yang sudah selamat dinikahkan. Manis sungguh gambar pengantinnya, tumpang gembira buat sahabat. Insya Allah, minggu ni majlis di rumahnya, kami akan datang beramai-ramai. Lama menunggu nasi minyaknya akhirnya jodoh sampai juga.
Hujung minggu dengan si kembar, macam-macam karenahnya. Pandai ajak si abah gi shopping. Kami ke Sunshine Kepala Batas yang baru dibuka. Ramai orang. Si kembar shopping berus gigi dan ubat gigi. Teman BIL membeli seluar dan kelengkapan diri baru. Maklumlah orang dah mula bekerja so pakaian pun nak ada juga sehelai dua yang baru. Insya Allah kalau tiada aral, BIL akan ke Iraq kerana ditugaskan di sana. Jauh kan, tapi dah dapat rezeki jauh dan dia pula nak pergi so kami doakan yang terbaik untuknya.
Hari Ahad, duduk di rumah, mengemas rumah, membasuh pakaian, melipat baju, memasak dan makan. Nak rehat pun tak sempat sebab habis satu kerja, kerja lain dah menunggu. Konon nak membaca novel, sekali sampai petang buat kerja. Geram dengan Yana Yani. Bila mama sibuk di dapur, mereka buat kerja di ruang tamu. Habis satu tabung dituangnya. Bila disuruh kemas, ada je jawapannya. Buat muka selamba je. Akhirnya, mama juga la yang mengemas. Bila dimarah dan nak pukul ngan 'hanger' pandai pula mengadu kat Tok Ibu dan abah diorang. Bila Tok Ibu tanya, mama dah pukul ke? Dia kata, tak...mama tak pukul pun. Huhu...
Buat muka bila mama marah. Muka tak bersalah huhuhu
Nota kaki : Need to rest.Body and soul.
Penattt melayan anak2 tapi tetap seronok..hehe..comell je kembar ni buat muka..hihi
ReplyDeleteaku suka nombor! hehehe.
ReplyDeleteeh jap, buai tu kalau tidur, dua dua sekali ke tidur? kau dodoi dua dua sekali la?
ReplyDeleteikut mood diorg...kalau diorg gaduh, diorg suka berebut, dua2 nk suruh aku buai so aku buai dua2..tp biasanya sorg2 la..
Deleteaku imagine kalau depa sekali dua nak tidur minta kau dodoikan. hahaha. exercise tangan la nampaknya.
Deleteerrkkkkk! habis berterabur duit! hahaha
ReplyDeletemoga selamat semuanya bertugas di Iraq...
banyaknya duit syiling..lepas ni kena simpan dalam banklah..
ReplyDeleteJgn masuk mulut udah ;)
ReplyDeleteJgn salahkan twins yg comel-lote-cute-miut. Mereka sedang adventure tu. Apa lagi berdua tanpa halangan hahaha... tak lama lagi akan faham bila minta tolong kemas. Jgn bimbang. Setahun lagi pandailah..
ReplyDelete