Tetiba hari ni teringat pulut serunding. Sebenarnya, pulut serunding tu kegemaran arwah abah. Dulu masa kecil, mak dan arwah abah suka wat pulut serunding. Saya pula memang suka sangat dengan serunding buatan mak. Kalau mak buat, mesti pedas sebab dia tau anak-anak semua suka yang pedas. Tugas saya, mestilah membentuk pulut menjadi bulat dan tolong golek pulut dalam serunding. Aduhai sedapnya.
Gambar google je
Lagi satu, arwah abah suka buat ubi kayu masak kari. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk lumat, lepas tu masukkan rempah kari dan masak sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula dan garam dan ubi kayu yang dipotong jejari. Buh air setakat untuk bagi ubi empuk pastu masak sampai kering. Sedapnya...
Arwah abah memang suka memasak. Saya ingat, kalau mak kerja atau ada kerja nak buat, arwah abah yang masuk dapur memasak. Saya dan adik-adik mestilah kena tolong di dapur. Mungkin sebab tu, kami adik-beradik pandai memasak sejak kecil tapi setakat untuk makan sendiri je la.
Tetiba rindu kat arwah abah. Walaupun garang, tapi dia selalu buat yang terbaik untuk kami walaupun serba kekurangan.
teringat kat arwah abah jugak....:(
ReplyDelete1st time dengar Ubi Masak Kari ni...;p
ReplyDeletesis...dis entry really bring tears to my eyes. Al-fatihah buat arwah ayah sis. it makes me miss my dad even more. T__T
ReplyDeleteDua-dua resepi tu keluarga kakak pun ada buat tau. Keluarga kakak lagilah ramai kalau buat tak boleh sikit. Kena satu dulang baru puas..
ReplyDeleteArwah abah aku pulak setiap kali makan mesti nak ada sambal bilis merah. Lepas tu kalau tak pedas tak sedap katanya. So anak² pun semua nya mengikut. Cuma laa ni abang dengan kakak aku dah kurang kan makan pedas sebab usus depa nak tipis. Aku masih cool lagi.
ReplyDeletesedapnya pulut serunding tuh..seronok kan bila ayah pandai & rajin kedapur..:)
ReplyDeletesedapnyaaa tgk..
ReplyDeletewahhhhhhhhh :))
ReplyDeletepergh.. dan2 aku lapar.
ReplyDelete