It's You!

Monday, December 16, 2013

Pemandangan ?

Salam,

Hari Isnin, mood menulis blog pun ke laut. Dah lama saya tak buat entry gambar-gambar pemandangan yang cantik kan? Saya bukan jenis yang suka bergambar tapi suka berangan ambil gambar pemandangan yang cantik, macam Wak Gelas. Hehehe...kamera di rumah tu dah lama jadi tukun, teringin nak berhenti kat sawah padi dekat ngan umah...nak try tangkap gambar sawah yang menghijau, setiap kali lalu mesti teringat tapi setakat tu je la.

Hari ni, saya takdelah nak bubuh gambar pemandangan cantik tapi nak tempek gambar "pemandangan" di atas meja makan. Gambar random je..semua tu hasil duduk di rumah hujung minggu. Kalau nak wat yang sedap atau lain dari yang lain, kena tunggu semua orang bercuti baru berbaloi sebab sekarang ni tak ramai yang pemakan di rumah. Pemakan semua dah diet termasuk saya..hehe (dietlah sangat Rafidah oiiii)

Lauk hujung minggu, kat rumah takde sapa2 so ni je yang saya masak. Ikan masak lemak tu pun cuma 6 ekor je. Ikan goreng kena ada sebab Yana Yani suka ikan temenung goreng. Kadang tu Yani ratah ikan je. Saya selalu tanya dia, "Kakak ni kucing ke?" Dia kata "Taklah..kakak bukan kucing". So saya kata kat dia lagi, "Kalau bukan kucing, kena makan nasi dengan ikan". Dia kata, "Takmau..nak makan ikan jugak...takmo nasi" Huhu..

Gulai ala mamak saya telah mendapat pujian MIL dan Tok Ibu, rasa dah cukup dah. Hehehe..rasa bangga you! Saya ni jenis kalau orang lain masuk dapur, saya tak suka tengok cara diorang masak tapi bila rasa nak belajar, baru tengok diorag masak. Yang ni saya belajar dari Mummy Yon.

Bila ada lauk udang besar camni, maknanya adik-adik balik ke rumah saya. Saya tak berapa minat makan udang, sotong, ketam tapi bila Mr Hubby beli, saya akan tolong masak je. Setakat jamah udang atau tolong kopek kulit bolehlah. Rugi kan? Hahaha...

Hasil bercucuk tanam di depan rumah tapi bukan saya yang tanam, saya bagi sokongan moral jek. BIL dan Mummy Yon yang tanam. Pokok cabai tu ada lebih 20 pokok, semuanya berbuah lebat. Skang ni kalau jiran-jiran nak, kami suruh petik sendiri je. Banyak sangat dah tak larat nak makan. Ulam kacang kelisa tu dah tak banyak berbuah. Dah tinggal yang tua-tua je kat pokok. Waktu tengah lebat berbuah, jenuh kami makan ulam kacang kelisa ni. Yang tu pun, sapa-sapa nak pi kutip sendiri je. Terlampau banyak. Skang ni dah tak duduk di Penaga sangat so takdelah nak bercucuk tanam apa sebab takde sapa nak jaga. Setakat kunyit, halia, bunga kantan, daun kari, serai, daun pandan dan limau kasturi tu sentiasa ada bila nak guna. Bolehlah.

13 comments:

  1. Pemandangan ini lebih enak dipandang berbanding pemandangan sawah padi, hahahahaha. Bendi dicelur dan makan cicah sambal belacan. Sedap.


    Nak jugak Yana Yani tu makan ikan. Budak Gundut tak pernah nya makan ikan. Ayam telur. Ayam telur. Itu aje dia sumbat.

    ReplyDelete
  2. pemandangan atas meja pun cantik jugak...boleh membangkitkan selera!

    ReplyDelete
  3. kalau orang Johor masak gulai, orang Utara puji, memang terbaiklah..hee

    ReplyDelete
  4. Best jugak pemandan mata hari ni Kniedaz...lazat lazat hehe....
    Kniedaz masa gi Line clear ritu OKje nampak budak tu sebiji mcm Yana ke Yani tau..terdetik gak ingat ida...tp budak tu sorang...tp mmg sebijik anak Ida...Rasa nak tegur jek.....tp takut salah orang!

    ReplyDelete
  5. Mak ai...pemandangan yang ni bikin perut lapar...semua selera2 kampung itu sangat la kena dgn tekak ku..ikan goreng, ikan masak lemak tu, ulam2an....wah wah..telan air liur ar tgk pemandangan ini....

    ReplyDelete
  6. pemandangan ni lagi meruntun jiwa i sis hehehehehe...
    wahhhh tabik spring lah kat u...
    i tgk kari tu pun dah tau mesti mantopppppppsss punya....
    terkecur kecur dibuatnya....

    ReplyDelete
  7. memang cantik view atas meja tu...buat org lapar..hihi

    ReplyDelete
  8. Pemandangan yang buat tetiba perut lapo...

    ReplyDelete
  9. Oh... memang rugilah tak makan keatam/udang/sotong. Kakak ni suka tapi kena control sebab takut jugalah dah tua bab kolestrol..

    Ulam tanam sendiri sedap - rangup.

    ReplyDelete
  10. perghhh... terliur tengok... sedih berada di perantauan..

    ReplyDelete
  11. ehm nampak semuanyer sedapjer...
    dulu rumah kat kampung nak makan petikjer bestnyer...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...