It's You!

Thursday, December 26, 2013

Exchanging Knowledge

Salam,

Selepas seminggu bercuti, hari ni saya memulakan tugas semula. Hari ni, pagi-pagi lagi ada "student" baru datang nak belajar. "Student" yang saya maksudkan ialah member dari bahagian Perkhidmatan Pelanggan nak belajar tentang Perolehan. Kan kami ada pertukaran tempat bertugas dan member saya ni akan menggantikan tempat saya manakala saya pula menggantikan tempat dia. Pagi ni, giliran saya buat tutorial untuknya. Alhamdulillah, dia excited dengan tugasan baru. Petang nanti, saya pula akan ke tempatnya untuk belajar benda baru.

Selain itu, saya masih belum sempat menyediakan senarai tugasan yang perlu di "hand over" kepadanya. Dengan macam-macam benda yang nak difikirkan, saya tak mula lagi membuat senarai. Ada juga laporan yang saya perlu siapkan sebelum tugas bertukar tangan.

Minta maaflah kawan-kawan tentang gambar-gambar yang tunggang terbalik dalam entri-entri yang lepas. Maklumlah, update guna hp je pastu gambar tu takble pulak nak di"edit" sebab tu jadi macam tu.

Last...nak tempek gambar budak2 tu di Hotel Sentral Seaview (Dulu Hotel Naza Talya) hari Selasa lepas. Abah diorang bagi mandi kolam puas-puas lagi tapi ada sorang budak bambam tu boleh tanya abah dia "Abah, arini kita tak pi jalan-jalan lagi ka?" sejurus selepas pulang bercuti. Hahaha....


4D

La ni kalau suruh berposing, huiii....sakan!

Dua comel saya.


5 comments:

  1. Okay, maaf diterima. Hahahaha.

    Perolehan? Is it application? Aku pun ada guna sistem e-Perolehan namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk buat perolehan, aku guna sistem tapi bukan macam e-Perolehan tu
      Nama sistem tu sistem ILMU (Integrated Library Management Utility) dibangunkan oleh UiTM dan Paradigm System Bhd ... hehehe

      Delete
  2. Biasa juga dengar sistem e-perolehan ni ida.. sbb di sini pun guna...:)

    ReplyDelete
  3. amboi budak2 sakan yerk... syiokler tu dapat mandi 2 yerk...
    memang comeljer posingnyer...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...