It's You!

Tuesday, February 24, 2009

The Haunting of Josie

Title : The Haunting of Josie
Author : Kay Hooper
Date Read : February 2009
Genre : Thriller

Josie seorang guru yang mengambil cuti selama setahun telah menyewa sebuah rumah di kawasan perkampungan untuk mengumpul bahan kes untuk membela kematian bapanya yang dituduh menyebabkan kebakaran dan kematian di hotel miliknya 20 tahun yang lalu.

Rumah yang disewanya itu merupakan sebuah rumah agam yang dimiliki oleh penulis terkenal yang telah mati membunuh diri 50 tahun yang lalu. Di rumah itulah dia bertemu dengan seekor kucing hitam bernama Pendragon dan tuan rumah sewanya Marc Westbrook yang sentiasa menemaninya di rumah tersebut.

Josie mula didatangi oleh hantu penulis yang mati membunuh diri (Luke Westbrook) di rumah agam itu. Lebih memelikkan lagi Pendragon seolah-olah menjadi perantara antara Josie, Marc & Luke. Josie mula menyiasat tentang kematian Luke dibantu oleh Marc dengan hasrat dapat membantu roh Luke yang tidak aman.

Dalam masa yang sama Marc jatuh cinta kepada Josie tetapi Josie pula tidak dapat menerima Marc pada mulanya kerana terlalu takut dikecewakan lelaki. Akhirnya mereka dapat membantu Luke membuktikan dia tidak membunuh diri dan mencintai satu sama lain.

Nota : Paling best waktu Pendragon si kucing hitam yang bijak. Oleh kerana Josie berambut merah dan didampingi kucing hitam, Josie pernah mengaku kepada Marc yang dia seorang ahli sihir. Cerita ni best sebab kelakar dengan watak Josie & Marc yang suka bercakap dengan Pendragon. Romantik sebab Josie & Marc sungguh serasi dan memahami dan seram sikit bila watak Luke menjelma pada waktu2 tertentu. Loved Kay Hooper!
Next, Hunting Fear by Kay Hooper.

Monday, February 23, 2009

Cold Blue Midnight


Title : Cold Blue Midnight
Author : Ed Gorman
Date Reread : February 2009
Genre : Thriller,

Peter Tapley seorang anak hartawan yang hidupnya dikongkong oleh ibunya sendiri dari kecil sehinggalah berumahtangga. Jill isteri Peter tetap bekerja sebagai jurukamera walaupun ditegah oleh ibu mertuanya. Peter kemudiannya mula membunuh wanita2 yang ditemuinya untuk kepuasan diri tapi akhirnya dia telah ditangkap dan disabitkan bersalah lalu dihukum mati di atas kerusi elektrik.

Walaupun beberapa tahun telah berlalu, ibu mertua Jill tetap berdendam dengannya dan menganggap Jill adalah punca Peter menjadi pembunuh. Dia sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Jill. Jill kemudiannya dituduh membunuh rakan kongsinya dan akan dibicarakan.

Tanpa pengetahuan sesiapa, pembunuh upahan yang diupah oleh ibu mertua Jill itu sebanarnya ialah Peter. Sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya, dia telah berkomplot dengan peguam keluarganya untuk merasuah pihak2 yang terbabit dalam urusan hukum bunuh untuk melepaskan dirinya. Dia menjalani pembedahan plastik untuk mengubah rupa parasnya dan menjadi pembunuh yang lebih kejam daripada sebelumnya.

Peter menaruh dendam kepada ibunya yang selama ini mengongkong hidupnya dan dalam masa yang sama terlalu obses dengan membunuh sehingga tidak teragak2 membunuh sesiapa sahaja yang menghalang keinginannya.

Note : Sebab cerita thriller & gruesome, kniedaz baca tak sampai 3 hari, hehehe. Novel camni memang favourite sampai leh dapat bayangkan apa yang pengarang ni tulis. Tapi sayang saya jenis tak pandai nak olah balik apa yang saya baca. Ada dalam kepala otak je...huhu..next The Haunting of Josie by Kay Hooper, my favourite novel this month!

Wednesday, February 18, 2009

Dangerous Virtues: Chastity


Title : Dangerous Virtues: Chastity
Author : Elaine Barbieri

Date Reread : February 2009
Genre
: Historical Romance



Chastity tidak pernah putus harapan untuk mencari dua orang kakaknya yang hilang ketika mengharu
ngi air banjir ketika mereka kecil. Dibesarkan oleh dua orang andartu, dia amat berharap dapat bertemu semula dengan kakak2nya.

Ketika dalam perjalanan menaiki keretapi ke Kansas, dia telah dipertemukan dengan Reed, seorang pemburu penjenayah (bounty hunter) yang menyamar menjadi seorang paderi dalam usaha untuk menangkap seorang penjenayah yang paling dikehendaki ketika itu, Morgan.


Perjalanan yang panjang telah membuatkan mereka berdua saling mengenali dan menyelami sejarah silam masing2. Akhirnya mereka jatuh cinta. Tanpa disedari Morgan si penjenayah yang pernah bertemu dengan Chastity telah jatuh hati kepadanya dan berusaha untuk mendapatkan Chastity dengan apa cara sekalipun.


Klimaksnya apabila Morgan menyerang hendap kereta kuda yang mereka naiki dan menembak Reed. Menyangka Reed telah mati, Chastity berazam untuk membalas dendam kepada Morgan. Kerana cinta walaupun Reed luka parah dia tetap berusaha menyelamatkan Chastity daripada Morgan.


Akhirnya mereka diselamatkan oleh puak Red Indian yang sedang mencari mereka kerana loket yang dipakai oleh Chastiy serupa dengan loket yang dipakai oleh isteri ketua mereka. Chastity bertemu semula kakak2nya yang telah berkahwin dengan pasangan masing2 dan hidup bahagia.


Nota : Sebenarnya Siri Dangerous Virtues ni ada beberapa novel. Setiap novel menceritakan tentang seorang adik beradik bertiga ni, Purity, Honesty & Chastity Lawrence. Kalau tak silap, novel tentang Purity ada aku beli sekali dengan Chastity tapi tinggal kat umah mak di JOhor. Kalau balik Johor nak cari balik novel ni. (dan banyak lai novel yang dikumpul time anak dara dulu...hehehe)

Thursday, February 12, 2009

Barbara Jaye Wilson (gambar xupload lagi)

Title : Accessory to Murder
Author : Barbara Jaye Wilson
Date Reread : February 2009

Lama tak update buku yang kniedaz dah baca. Dah 2 minggu baca novel Barbara Jaye Wilson, "Accessory to Murder". Ceritanya mengisahkan seorang milliner (pereka & pembuat topi) yang terpaksa menolong rakannya memindahkan mayat pakcik mereka daripada kilang diorang. Tetapi bila Brenda Midnight (miliner) tau yang pakcik diorang ni mati dibunuh bukannya sebab jatuh seperti yang diorang dakwa, dia rasa menyesal tolong kawan dia tu. Watak penting dalam cite ni ialah Brenda (miliner), Johnny (ex-bf Brenda yg jd pelakon terkenal dlm siri kepolisian), Lemmy (ejen Johnny), Chuck (bestfriend Brenda yg tolong sembunyikan Lemmy). Sebab malam diorang disposed mayat tu guna kereta Lemmy, so polis tahan Lemmy & tuduh dia bunuh Buddy. Sebab Brenda yang libatkan semua kawan2 dia untuk membantu kawan dia yang lain, dia pun buat penyiasatan sendiri untuk mencari siapakah pembunuh Buddy yang sebenar. Dalam novel ni, Brenda seorang yang penuh dengan idea. Macam2 cara dia gunakan untuk menjejaki pembunuh sebenar. Sehinggakan usahanya itu menjurus kepada penangkapan penjenayah lain yang secara tidak langsung termasuk dalam siasatannya. Satu lagi dia ni betul2 setia kawan. Walau macamana sekalipun kawan2 dia perguna dia, tapi dia tak pernah nak merungut, (dalam hati je la...biasala). At last rupa-rupanya yang bunuh Buddy tu ialah wife dia sendiri. Pada waktu malam, Buddy telah menjalankan satu "strip club" dalam premis kilang dia. Ramai la striptess yang datang wat show. Dia akan tape semua show tu. Wife dia tahu pasal hal ni walaupun Buddy tak beritahu wife dia. Wife dia akan contact semua striptess dan offer to publish tape diorang dengan bayaran 300pound. Bila Buddy dapat tau dia gaduhla dengan wife dia. Dalam pergaduhan tu la wife dia pukul kepala Buddy ngan baseball bat. Sebab apa amik masa 2 minggu baca novel ni? Bukan tak best, best sangat cite ni walaupun buku ni dah 7 tahun dalam simpanan kniedaz. Sebab balik umah selalu dah letih. Kat umah kena plak wat keje2 umah. Tu yang baca 2 - 3page sehari. Anyway, at last i've made it. Next, Elaine Barbieri, Dangerous Virtues : Chastity.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...