It's You!

Wednesday, February 18, 2009

Dangerous Virtues: Chastity


Title : Dangerous Virtues: Chastity
Author : Elaine Barbieri

Date Reread : February 2009
Genre
: Historical Romance



Chastity tidak pernah putus harapan untuk mencari dua orang kakaknya yang hilang ketika mengharu
ngi air banjir ketika mereka kecil. Dibesarkan oleh dua orang andartu, dia amat berharap dapat bertemu semula dengan kakak2nya.

Ketika dalam perjalanan menaiki keretapi ke Kansas, dia telah dipertemukan dengan Reed, seorang pemburu penjenayah (bounty hunter) yang menyamar menjadi seorang paderi dalam usaha untuk menangkap seorang penjenayah yang paling dikehendaki ketika itu, Morgan.


Perjalanan yang panjang telah membuatkan mereka berdua saling mengenali dan menyelami sejarah silam masing2. Akhirnya mereka jatuh cinta. Tanpa disedari Morgan si penjenayah yang pernah bertemu dengan Chastity telah jatuh hati kepadanya dan berusaha untuk mendapatkan Chastity dengan apa cara sekalipun.


Klimaksnya apabila Morgan menyerang hendap kereta kuda yang mereka naiki dan menembak Reed. Menyangka Reed telah mati, Chastity berazam untuk membalas dendam kepada Morgan. Kerana cinta walaupun Reed luka parah dia tetap berusaha menyelamatkan Chastity daripada Morgan.


Akhirnya mereka diselamatkan oleh puak Red Indian yang sedang mencari mereka kerana loket yang dipakai oleh Chastiy serupa dengan loket yang dipakai oleh isteri ketua mereka. Chastity bertemu semula kakak2nya yang telah berkahwin dengan pasangan masing2 dan hidup bahagia.


Nota : Sebenarnya Siri Dangerous Virtues ni ada beberapa novel. Setiap novel menceritakan tentang seorang adik beradik bertiga ni, Purity, Honesty & Chastity Lawrence. Kalau tak silap, novel tentang Purity ada aku beli sekali dengan Chastity tapi tinggal kat umah mak di JOhor. Kalau balik Johor nak cari balik novel ni. (dan banyak lai novel yang dikumpul time anak dara dulu...hehehe)

2 comments:

  1. tula...bila baca novel mesti bayangkan kalau jadi movie...berangan lebieyyy! hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...