It's You!

Sunday, August 7, 2011

Back!

Salam,

Lama tak jenguk blog sendiri inikan lagi blog kengkawan...huhu..sorry guys..terlalu sibuk dengan baby2 sampai kurag masa untuk bersantai2 di depan lappy. Cuma sempat update FB jek...

Anyway, selamat berpuasa rakan2 bloggerku sekalian. Semoga ibadat kita di bulan yang mulia ini diterima Allah dan diberikan ganjaran yang setimpal.

Note : Buka apa hari ni ye?

Thursday, March 3, 2011

Salam,

Salam,

Kawan2 ku sekalian..
Silalah ke http://kniedaz11.blogspot.com selepas ini sebab blog ni dah kena virus huhu..
Kat blog baru, ada citer baru tentang twins ^_^

Thursday, February 10, 2011

^_^

Salam,

Font baru kat blog ni best la..
Cute..
Tulisan besar ni senang kan nak baca?
Hehe

Note : Menanti saat-saat untuk kelahiran babies ^_^

Wednesday, February 9, 2011

Diserang

Salam,

Lama tak bukak blog tetiba hari ni google kata blog aku kena malware attack
Apa dia tu?
Camna nak buang?
Ke...kena tutup terus blog aku ni?
Sapalah yang bagi virus kat blog aku yg tak femes ni?
Ceh!

Friday, January 28, 2011

After the programme

Salam,

Baru habis program tadi..slot pertama mengupas pengaplikasian asmaul husna dalam seharian oleh Mufti Kedah amatlah menarik. Mudah difahami, straight to the point dan tidak membosankan. Kupasan selama 1 jam tu rasanya amat berbaloi didengar. 

The main point, setiap apa yang kita buat dahulukan dengan tasbih memuji Allah (Bismillahirrohmanirrahim) untuk mendapatkan keberkatan. Lebih baik bertasbih dan bertahmid 30 kali setiap sembahyang fardhu untuk ganjaran 2500 pahala. Tapi Rasulullah kata, tak ramai yang dapat berbuat demikian kerana syaitan sentiasa menghasut kita walaupun ketika kita sembahyang untuk meninggalkan tasbih selepas sembahyang.

Slot kedua daripada ESQ trainer sangat membosankan sebab kita dah dapat jangka apa yang diorang nak kata. Cara diorang macam agak memaksa dan kadang2 rasa kita dipaksa untuk turut serta. Mungkin kali pertama pergi, kita rasa teruja tapi bila kali kedua mendengar perkara yang sama dah jadi lali.

Bukan tak bagus, tapi aku rasa pendekatan mereka agak ekstrem. Dengan sound system yang kuat melampau, nasib baik tak terberanak tadi. Kadang2 benda yang disampaikan secara bersederhana tetapi berkesan lebih mengesanka daripada benda yang dibuat secara melampau.

Nak rehat, sakit punggung duduk keras kat kerusi hampir 2 jam setengah.

Huish

Salam,

Pagi Jumaat yang sepatutnya best tapi jadi tak best sebab ada Program Renungan Bersama Alumni ESQ. Waktu2 kritikal macam ni, nak berjalan jauh ke Dewan Besar amatlah memengahkan. Mesti tak selesa duduk dalam dewan (walaupun berhawa dingin dengan perut yang besar ni)

Tapi kugagahkan jua diri untuk ke sana.

Apa kes kalau semua program diwajibkan tanpa pertimbangan sebarang alasan. Diktatorkah ini? Fikir-fikir dan selamat beramal!

Wednesday, January 26, 2011

Teringat

Salam,

Penat berblogwalking rasa teringin nak makan ubi rebus cicah sambal tumis minyak bergenang ataupun keladi goreng cicah sambal kicap. Huhu..selera....mengalahkan orang awal mengandung.

 Kan nampak menyelerakan ubi rebus n sambal tumis ni? Ehsan google




Suka potong keladi tak nipis n tak tebal sangat so bila cicah ngan sambal kicap tu terasa sambal n keladi ngam2 je dalam mulut..huish meleleh air mata sbb sambal kicapnye pedas melampau!


Tapi kat Penang susah nak jumpa keladi. Selalu kalau balik Johor, mesti singgah Ayer Hitam beli keladi untuk dibawa balik ke Penang. Kalau balik Johor mesti hubby beli keladi, keledek n pisang tanduk untuk digoreng buat sarapan pagi kat umah mak. Tiap2 hari sarapan benda yang sama pun tak kisah.

Sabtu lepas g pasar malam nampak orang jual ubi kayu tapi tak beli pulak. Sampai umah menyesal tak sudah. Kalau tak, mesti dah dapat makan ubi rebus @ ubi goreng. Dulu masa kecik2, arwah abah suka wat ubi kari. Ubi kayu dipotong2 pastu dimasak ngan rempah kari n bawang dan ikan bilis. Sedapnya yum yum...

Kalau ingat2 waktu kita kecik, macam2 makanan tradisional yang simple2 disediakan oleh mak kita tapi bila dah dewasa dan berkeluarga ni ramai yang tak teringat nak buat. Nasib baik bila balik kampung, Danish n Danial bedal je keledek, keladi dan ubi kayu goreng, hehehe..siap cicah sambal kicap walaupun kepedasan.

Rindu pulak ngan zaman kanak-kanak. Mmm..korang pulak, ingat tak makanan apa yang korang paling suka waktu kecik2 dulu?

Tuesday, January 25, 2011

Update

Salam,

Minggu lepas dapat mc 2 hari sebab kencing kotor, macam2 yang diorang trace dalam air kencing. So minggu lepas g keje ari Isnin je yang selebihnya duduk di rumah. Tapi bila duduk di rumah bukan boleh dok diam, ada je benda nak buat. Dalam larat nak bangun dan jalan pun kemas jugakla umah sikit2. Lagipun, kan nak sambut orang2 baru tak lama lagi?

Semalam g jumpa doktor lagi untuk scan perkembangan babies. Skang dua2 dah mencapai berat 2.4kg masing2. Lagi dua minggu kalau dapat 2.8 ke atas, kuranglah risiko kalau diorang nak kua.

Tapi semalam last minute kena plak wat DNA Analysis sebab diorang suspect talasemia. Harap2 keputusannya negatif. Lagipun last check Hb dah naik 11.5, dah lepas tahap yang sepatutnya.

Skang ni makin tak larat. Pergi keje pun dengan niat nak habiskan sedikit lagi kerja2 yang ada sebelum bercuti. Takmolah tinggal keje kat orang lain takut diorang tak faham cara kita buat kerja. Tapi banyak benda yang dah serah kat kawan sekerja so skang habiskan je kerja2 yang berbaki sikit tu.

Apa2pun...bertahan sekejap lagi sebelum bersalin. ^_^

Monday, January 17, 2011

Friday, January 14, 2011

At Last...

Salam,

Cuti dua hari
Apa lagi nak dikemas?
Nak g jalan cari barang baby
Kalau larat
Tapi...kalau pasal benda yang kita suka, 
tak larat pun jadi larat

Selamat Bercuti!

Thursday, January 13, 2011

Ups & Downs

Salam,

Skang ni update blog bila rasa rajin je..
Perut dah makin boyot..
Jalan pun dah tak larat
Kalau duduk bawah, sure nak bangun seksa
Balik keje naik tangga huish..macam nak semput je
Baby2 sangat aktif
Bergerak aktif
Setiap minggu ada appoinment doktor
Kalau tak g klinik ibu mengandung kena g pakar pulak
Hopefully semuanya akan selamat
Beg baby dah siap kemas
Beg mama lom lagi
Minggu ni insya allah nak kemas
^_^

Monday, January 3, 2011

School

Salam,






Sekolah dah buka balik
Danish dah masuk Tahun 2
Danial dah 6 tahun
Semua excited
Dapat beg baru
Dapat baju baru
Dapat alatulis yang cantik
Satu pesan mama
Belajar rajin2
Tunjukkan prestasi yang baik di sekolah
Insya Allah berjaya sepanjang hayat
Amin

^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...