It's You!

Friday, November 30, 2012

Toys

Salam,

Dah lama saya tak belikan anak-anak mainan. Selalunya hubby yang belikan. Saya lebih suka belikan anak-anak bahan bacaan daripada beli mainan. Tapi kan...saya suka juga browse bahagian mainan kalau gi shopping. Paling suka patung Barbie yang ada banyak baju tu. Boleh tukar-tukarkan baju pastu boleh main masak-masak. Hehehe...nampak sangat saya yang melebih-lebih.

Saya pulak yang teringin hehehe


Main masak-masak pun seronok. Yana dan Yani suka main masak-masak. Semua orang kena makan apa yang diorang masak. Layan je la


Ni ada sedikit panduan ketika membelikan permainan untuk anak-anak kita. Yela...kita beli barang permainan tu untuk hiburkan hati anak-anak kita so tak maula kerana permainan tu pulak kita menangis di kemudian hari.

1. Pastikan mainan yang dibeli itu sesuai dengan umur, minat dan peringkat kemahiran anak- 
   anak. Yelah, takkan anak kita masih lagi baby kita dah belikan dia Barbie Doll tu, hehehe.

2. Jangan belikan alat mainan yang mudah ditelan atau disedut melalui hidung untuk bayi dan 
    kanak-kanak  prasekolah. Bahaya benda-benda kecil ni...takut tertelan. Saya pernah alami 
    insiden ini dulu waktu Danish masih kecil. Dia kutip duit syiling dalam kereta MIL. Sedar-
    sedar dah bubuh dalam mulut. Lepas tu laju je saya tepuk belakang dia sampai terkeluar duit 
    tu. Waktu tu rasa panik teramat sangat. Lepas tu belajar dari pengalaman. 
  Small things is a no-no!

3. Pastikan mainan yang diperbuat daripada kain bulu atau disumbat dengan foam ke tu tidak 
   mendatangkan alahan kepada anak kita.




4. Pastikan setiap bahagian mainan dipasang dengan sempurna dan tidak mudah tercabut, tidak 
    mudah pecah atau mempunyai bucu-bucu yang tajam. Ini untuk mengelakkan anak-anak kita 
    tercucuk atau terluka akibat bermain dengan mainan itu.



5. Pastikan tiada pin atau dawai kokot yang  tertinggal pada mainan.

6. Pastikan mainan itu menggunakan cat yang tidak mudah tertanggal. Anak-anak kecil kan 
    suka masukkan barang mainan ke dalam mulut so make sure cat tu tak mudah tertanggal dan 
   ditelan oleh mereka.

7. Kalau mainan itu didatangkan dengan tali, pastikan tali itu tidak terlalu panjang sehingga 
    boleh mengakibatkan anak-anak kita terjerut.

8. Jangan membeli mainan yang menyerupai makanan kerana anak-anak akan tersalah sangka 
   dan memakan mainan tersebut.
Macam playdough ni kta boleh buat sendiri daripada tepung rasanya. Nanti saya cari resepi dia so bila anak-anak temakan pun taklah mudarat cuma dia rasa masin sebab kalau tak silap resepinya menggunakan tepung dan garam yang banyak.

9. Yang penting sekarang, jika membeli mainan untuk anak-anak, pastikan permainan itu 
    didatangkan dengan label kandungan dan keterangan serta label amaran. Pastikan juga alat 
    permainan itu mempunya tanda pematuhan keselamatan ini yang bermaksud Malaysia 
    Conformity.



Lepas tu, pastikan kita sentiasa menyelenggara alat mainan anak-anak kita dari semasa ke semasa. Ambil sedikit masa untuk mengasingkan yang sudah rosak, pecah dan buang yang mana-mana yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Nota kaki: Saya pun sedang berusaha untuk buat gotong-royong membersih dan membuang mana-mana mainan anak-anak di rumah. Tapi kadang-kadang rasa sayang nak buang bila tengok tu tapi mana2 yang pecah dan sumpik, saya kena la buang. Yana tu suka masukkan barang dalam mulut, takut terluka mulut pula. Sama-samalah kita menjadi ibu bapa yang lebih prihatin untuk keselamatan anak-anak.

Kabus, Ad-Dukhan & Miami Bay

Salam Jumaat,

Pagi ni keluar dari rumah, pemandangan jadi terhad kepada lebih kurang 500 meter sahaja. Sebab apa? Sebab pagi ni ada kabus tebal menyeliputi pemandangan. Bayangkan kalau memandu tu kena hidupkan lampu sebab tak nampak lampu belakang kereta depan. Rasa macam duduk kat Genting/Cameron Highland pulak. Sampai di ofis pun still ada kabus tapi dah kurang.

Kabus tebal mengingatkan saya kepada kisah tanda-tanda kiamat. Macam pernah baca tapi lupa isinya. Pagi tadi google di internet dan dapat artikel tentang Kabus Ad-Dukhan. Surah Ad-Dukhan diturunkan oleh Allah di mekah kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan. 
.
44:10
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).(Ad-Dukhan; Ayat:10)

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:
1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu nerakajahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).
2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.
3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkataRasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya denganmudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

Malam Jumaat

1.  Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).
2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akanmembinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).
3.  Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

1.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
2.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)
3.  Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).


Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan
  1. Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
  2. Khasiat ayat 1-8          – Membantu membinasakan musuh.
  3. Khasiat ayat 12            – Dijauhkan daripada ditimpa bala.
  4. Khasiat ayat 68-73   - Dapat membantu memenangi berhujah.

Semua ni saya copy dari blog shafiqolbu

Benda yang baik sangatlah elok dikongsi, betul tak? Sekurang-kurangnya kita memanjangkan perkara yang baik untuk rakan-rakan yang lain. Selain tu, ia juga sebagai ingatan untuk diri saya sendiri. 

Ok ..sebelum menyambung kerja, saya nak tempek sedikit gambar piknik kami di Miami Bay, Penang. Namanya gempak kan..hehehe...ramai juga family yang berkelah waktu kami ke sana hujung minggu yang lepas. Tak bawa makanan apa pun...cuma bawa kerepek je. Lepas tu, hubby beli jagung bakar dan air. Saja bawa anak-anak dan ipar duai mandi di pantai tapi yang mandi sebenarnya anak-anak saja. Yang lain sekadar monitor dan duduk bersembang. 

Subhanallah..cantikkan awan tu...




Yana takut nak pijak pasir, so dia duduk ngan Tok Madah n Tok Milah makan kerepek pisang


Budak kecik yang tak suka pantai

Seronok Yana kena lambung ngan abah

Tiga orang budak yang seronok terlampau

Yani steady je main pasir..sesekali kena ombak...tapi bila ada pasir lekat kat kaki dia nangis suruh buang...apa laaa


Nota kaki : Semalam ada kejadian yang menggerunkan hati ibu-ibu. Waktu nak palm-print balik ada satu hamba Allah ni dok panggil anak dia dalam kereta sambil ketuk-ketuk tingkap kereta, Anak dia dalam 4-5 tahun macam tu tidur dalam kereta. Kereta kunci n mak dia nak masuk tapi anak dia tidur tak bangun-bangun. Ramai juga yang tolong ketuk tingkap sampai goncang-goncang kereta. Lama jugak baru budak tu bangun. Aduila...berderau rasanya. Janganlah tutup semua tingkap kalau tinggalkan anak dalam kereta. Peringatan untuk diri sendiri juga. Takut terjadi perkara yang tidak diingini nanti.


Thursday, November 29, 2012

Skuad Pengguna

Salam


Majlis perasmian dan sesi ceramah berlangsung sehingga jam 5 petang. Aduh...lama tu. Perasmian hanya berlangsung jam 3 petang.

Saya akan kongsikan sedikit tentang Skuad Pengguna dengan kawan-kawan. Tujuan Skuad Pengguna ni ialah untuk menjadi mata dan telinga memantau harga barang dan perkhidmatan agar kementerian dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Antara faedah yang kita dapat sebagai ahli Skuad Pengguna ialah:

1. Peluang menyertai seminar dan bengkel anjuran KPDNKK
2. Potongan harga dan diskaun oleh Rakan Dagang
    Nak tau siapa Rakan Dagang Skuad Pengguna, boleh klik sini..ada disenaraikan nama-nama
    syarikat dan  koperasi yang mengambil bahagian. Yang paling best, Star Cruises bagi 30% diskaun kalau
    guna kad Skuad Pengguna untuk pembelian tiket...boleh tahan tau..banyak juga tu
3. Membantu masyarakat dengan membuat laporan jika berlaku masalah tentang harga barangan
4. Meningkatkan kemahiran tentang trend harga barangan semasa
5. Pengiktirafan sekiranya Skuad Pengguna itu aktif membantu KPDNKK dalam memantau dan melaporkan
    sesuatu perkara

Apa yang perlu kita buat hanyalah melaporkan trend harga yang tidak padan dengan barang atau bila sesebuah kedai itu tidak mempamerkan tanda harga.

Cara nak jadi ahli senang je. Cuma layari laman web www.1pengguna.com untuk mengisi borang secara online dan cetak satu salinan. Bawa salinan ke Bank Rakyat berdekatan, bayar RM2 dan dapatkan kad Skuad Pengguna kita.

Itu serba sedikit tentang Skuad Pengguna. Jam 2 petang ada sesi bersama Datuk Omar, Presiden CUEPACS dan lepas tu perasmian kad oleh YB Dato' Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri PDNKK.
Wah..dah macam wartawan pulak saya hari ni...okla...daaaa.....

Nota kaki : Sangat tak suka bila ada majlis seperti ini, dan orang sedang bercakap di hadapan, ada pulak suara-suara orang berbual di belakang kita. Kalau berbual dalam nada yang perlahan tak apa la juga. Kalaupun kita bosan, janganlah bersembang bagai nak rak di belakang. Hormatlah sikit penceramah di depan. Rasa macam nak sua mikrofon je kat orang belakang tu bagi dia cakap. Haish...saya pun ada juga bercakap tapi bukan sepanjang masa. Hormatlah orang sama, kalau kamu tak mau dengar, ada orang lain yang nak dengar. Etika berada di dalam majlis perlu la diamalkan ya!

Majlis, Bola, Inai

Salam,

Pagi ni ada Majlis Pelancaran Kad Skuad Pengguna Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang berlangsung di Hotel Ixora di Jalan Baru. Sebagai AJK Kelab Kakitangan UiTM, saya dan beberapa orang lagi teman akan menghadiri majlis tersebut. Minggu ni juga adalah minggu kemasukan pelajar baru tapi pengambilan hujung tahun ni tak ramai dalam 200++. Hari ni pelajar baru akan diberi taklimat tentang library. Nampaknya saya tak dapat ikut serta sebab saya akan ke Hotel Ixora sebentar lagi.

Adik ipar dan family sudah pun berangkat pulang ke Putrajaya semalam. Rumah jadi kurang riuh. Riuh tu riuh juga dengan suara anak-anak tapi dah kurang la meriahnya. Malam tadi pakat tengok bola antara Malaysia vs Laos. Bila gol penyamaan disumbatkan saya pun terus masuk bilik..konon nak tidur tapi sebenarnya dok baca novel sambil curi2 tengok bola kot celah pintu bilik. Tahniah Harimau Malaya sebab berjaya mengalahkan Laos dengan 4 - 1. Harap-harap jumpa Indonesia hujung minggu ni bolehlah menyamai atau lebih bagus rentaknya.

Saya tinggalkan kawan2 pagi ni dengan gambar si cilik saya, Yana. Tengok tu...kakinya berinai. Bila semua tok-tok dia berinai dengan inai dari Mekah, dia pun usaha dok keras tadah kaki. Comel pulak tengok kaki dia berinai. Hehehe...

Sambil makan agar-agar milo


Wednesday, November 28, 2012

Tips Berjimat & Elak Pembaziran di Dapur

Salam,

Wah...teruja tak dengan tajuk entri saya ni? Hehehe..macam gempak je kan. Takdela..sekadar berkongsi apa yang saya baca di internet.

Ok..dalam artikel ni tulis, cara nak berjimat barang dapur dan mengelakkan pembaziran ialah dengan melihat bagaimana caranya kita menyimpan barang di dalam almari/pantri kita. Nak tau apa kena mengenanya, jom baca lagi. Katanya, cara kita membeli dan menyimpan barang sebenarnya dapat mengelakkan kita berbelanja secara berlebihan.

Kalau ada pantri besar macam ni, senanglah kita nak simpan stok bahan mentah di rumah.


1. Akses
    Tengok dalam almari bahan mentah korang. Korang ada kan tempat korang simpan segala jenis bahan
    makanan kering sebelum digunakan? Ok...cuba satu hari korang check apa yang ada di ruang paling
    belakang, apa yang tak digunakan lagi, yang sudah tamat tempoh, yang sentiasa korang gunakan. Bila dah
    dapat kenalpasti apa yang ada, baru kita tau barang apa yang perlu kita beli : tak perlu beli : tak perlu beli
    dalam kuantiti banyak & sebagainya. Dengan cara ini, kita boleh elak membeli benda yang tidak perlu.

2. FIFO
    Praktikkan amalam First In First Out untuk elakkan bahan yang kita beli busuk, tamat tempoh dan  
    tidak lagi sesuai digunakan. Balik dari shopping, sila organize pantri kita...yang lama kita letak di bahagian
    depan..yang baru beli letak di bahagian belakang.

3. Membuat Stok
    Bila kita dah tau flow barang keluar masuk di dapur kita, bolehlah kita merancang untuk membuat
    pembelian selanjutnya. Kalau sebulan kita guna 6 tin susu pekat, rasanya lebih baik beli 1/2 dozen pack
    tu. Lebih murah daripada kita beli loose pack. Mungkin mula-mula nampak banyak, tapi kita dah pasti
    barang yang kita beli akan dapat menmpung sehingga cukup bulan.

Itu sedikit tips yang saya baca. Macam saya di rumah pun baru je mengamalkan tiga tips ini. Mula-mula mengemas almari, baru saya tau saya ada macam-macam bahan mentah yang dah lama beli tapi tak gunakan lagi. Ada juga yang terpaksa buang sebab tamat tempoh. Bila dah kemas, baru perasan ada barang yang dah habis dan perlu beli. Baru perasan dalam almari ada tiga botol sos cili..dan 3 tin sos carbonara tak guna lagi...so saya berazam untuk menggunakannya sebelum tamat tempoh...huhuhu....

Skang kalau gi kenduri kendara kan diorang bagi bekas kaca camni, saya dah kumpul banyak dah campur yang beli kat IKEA beberapa tahun lepas tapi tak guna-guna : skang rempah-ratus saya ada rumah yang cantik...hehehe


Saya juga dah mula de-clutter peti ais di rumah. Mana-mana ubat yang dah lama saya buang. Sos atau mayonis yang dah guna separuh lepas tu tersimpan dalam peti ais beberapa bulan pun saya buang. Sayur-sayur yang tertinggal di penjuru peti ais, cili yang dah kecut..semua buang. Lepas tu, cuci semua rak, bubuh rempah-ratus dalam botol kaca hasil gi kenduri kendara, simpan balik semua bahan mentah. Hasilnya, peti ais pun tak nampak semak.

Kalau peti ais kita tersusun macam ni kan sedap mata memandang...hehe

Oh...satu lagi tips..yang saya sedang praktikkan ialah menyalin semua bahan makanan contohnya sos black pepper yang tak habis guna di dalam bekas plastik/tupperware untuk memudahkan pemyimpanan. Hasilnya, peti ais kita nampak teratur dan kemas.

Sekian, tips petang ini. Sesiapa ada tips yang nak dikongsi? Mehla kita kongsi ya.. ^_^

Nota kaki : Tapi....bila kita dah kemas cantik-cantik, rasa geram pulak bila orang lain bubuh barang sesuka hati.so saya akan jadi extra cerewet dan extra rajin gi check lepas orang guna peti ais dan almari..gila kentang kan??

IQ Games

Salam,

Bila dah cuti 4 hari (Sabtu & Ahad kira sekali ya...) memanglah rasa malas nak pi kerja kan. Nasib baik har ni masuk 9.30 pagi so boleh la bermalas-malasan sebentar di rumah. Mula-mula hubby suruh drive sendiri..lepas tu saja buat-buat muka "chom". Last-last dia kata dia nak hantar tapi sebelum tu siap jugak dia kata kat saya 'kalau suruh pi kerja sendiri je buat muka' hehehe..Sebenarnya tak kisah pun pergi sendiri. Saya punya perangai kalau sapa2 suruh atau bagitau apa2 memang saya akan buat muka protes dulu. Padahal...saya ok je. Apa punya 'pe'el ' daa...teruk betul saya ni..

Bercuti kat rumah susah nak update blog. Kalau nak buka pc, kena naik bilik atas..itu adalah no no...sebab malas nak naik. Kalau nak buka notebook, tak boleh juga..nanti ada 4 orang budak sibuk nak tumpang..sorang nak buka FB la..sorang nak main game la...update guna HP kena curi-curi..nampak dek kembar tu sibuk nak tengok Lagu Bas diorang. Itu yang update pun ayat dua tiga baris je. Nanti saya cerita secara proper kalau berkesempatan. Masuk kerja ni, banyak buku baru dah sampai..berkotak-kotak tak buka lagi..ada invois-invois tak settle lagi sedangkan hujung tahun dah makin dekat. Kena rush sikit buat kerja tapi itu bukan cara saya. Saya suka buat kerja steady..tak terlalu cepat tak terlalu lambat, saya nak hasilnya cantik tapi bila dah banyak sangat kena juga laju.

Waktu kemas bilik atas hari tu, saya jumpa game IQ ni. Adik ipar saya belikan untuk Danish dan Danial tapi mencabar juga untuk orang dewasa. Cara permainannya senang je. Dia bagi satu booklet dengan ilustrasi bagaimana kita nak menyusun blok-blok kayu tu ikut dalam booklet. Setiap bentuk dia bagi masa untuk kita cuba. Semakin tinggi level, semakin susah nak buat. Kira mencabar jugakla...

Korang kena susun blok-blok tu jadi cam dalam gambar. Mula-mula kacang je...sampai level tinggi sikit, letih kepala otak nak buat. Gila kentang betul buat benda ni...saya tak habis lagi..

Ni nama games tu..kalau sesapa berminat ble la google website dia. Tak faham apa yang dia tulis sebab semuanya tulis dalam bahasa German tapi secara basicnya tau la cara nak main game ni.

Selain game ni, ada banyak juga IQ games kepunyaan Danish dan Danial. Selalunya kami main sama-sama tapi dah lama tak main sejak si kembar tu dah pandai bermain sama. Adui la..diorang sibuk mengacau je. Selalu Danish dan Danial ajak main Saidina atau Sahibba tapi selalu juga saya tak mau sebab nanti si kembar tu yang terlebih sibuk. Nanti bila senang-senang mungkin boleh ajak diorang main.

Ada sapa-sapa nak join?

Nota kaki : Sejak ada si kembar ni, banyak aktiviti seperti di atas tidak dapat dijalankan kerana tahap keganasan mereka yang tak  boleh dikawal. Apa yang ada di tangan diorang tidak boleh diambil sama sekali. Abis tu, camno nak main, kalau dah direbut je? So...KIV je lah boardgames ni semua ya Danish & Danial!

Tuesday, November 27, 2012

Panggilan Pulau

Salam

Alkisahnya kami bertolak ke Batu Kawan jam 2 petang lebih lepas Zuhur. Yana tak ikut sebab tak mau bawa dia..kan dia baru je mengalami kisah mistik.

Cuaca pun sangat cerah. Angin kat jeti pun bertiup agak kencang. Kalaulah kat rumah ada angin macam ni...huh...mesti syok..tak perlu aircond bagai. Heehe...tunggu punya tunggu ada satu bot nelayan singgah kat jeti. Sekali dia bagitau kedai makan tutup petang ni sebab tauke kedai pi melawat orang sakit. Laaa....

Boleh kalau nak p makan mi udang tu tapi kat kedai lain la. Tapi rasa tak seronok pulak. Akhirnya kami tak jadi ke Pulau Aman. Patah balik. Pi Tesco Exstra sebab nak beli kepak ayam untuk dipanggang dalam pemanggang ajaib. Selain ayam..mestilah ada kambing. Nanti kita cerita lain ya...

Nota kaki: Selesai dah makan yam dan daging panggang. Gambar tak sempat amik dah habis dimakan. Cerita selanjutnya esok la ye...daa




Cuti Lagi

Salam

Selamat pagi semua! Sarapan apa pgi ni? Saya harap semuanya sihatlah ye.

Hari ni saya masih bercuti. Ambil cuti lagi sehari sebab rasa tak sedap pulak ada tetamu jauh di rumah tapi tuan rumah takde pulak. Semalam dah penat main masak-masak, so hari ni rasanya nak jalan-jalan pula. Adik ipar saya nak bawa mertuanya gi makan mi udang di Pulau Aman hri ni. Hubby pulak ada kerja sikit pagi ni. Dia tanya saya nak join diorang ke? Kalau nak pi, semua pi la. Saya ok je walaupun rasa sedikit malas nak jalan. Maklumlah kita selalu kerja so rasa nak bermalas-malasan di rumah ni sangatlah kuat.

Semalam saya buat nasi hujan panas untuk sambut MIL dan tetamu lain. Makcik hubby buat dalca daging, mak pulak masak ayam masak merah n jelatah. Ada kuih seri muka, tepung talam, kuih ketayap, agar-agar milo dan macam2 lagi. Semalam selain letih ke sana ke sini, kami juga letih MAKAN! Mana taknya...duduk sembang2 sambil makan..masak makan tengahari pun sambil makan. Huhuhu...

Petang pulak pi follow up ke klinik pakar kanak-kanak untuk Yana. Lepas tu teman hubby gi follow up di KPJ. Lepas tu pulak pi hantar kereta kancil saya ke bengkel. Enjin kereta problem...sepanjang jalan ke bengkel semua orang dok tengok sebab banyak asap keluar dari ekzos.

Setakat ni dulu la cerita. Update guna hp ni xbest sebab letih menaip ni...dahla keypad kecik2. Pastu nak letak gambar takleh nak buh caption..xtau la kalau saya yang tak tau pulak..hehe...nah saya tempek gambar semalam gi amik MIL. Jumpa lagi!








Monday, November 26, 2012

Hari Sibuk

Salam

Pagi ni semua orang bangun awal termasuk Yani dan Yana. Pagi ni kami akan ke lapangan terbang Bayan Lepas untuk menjemput MIL. Jangkaannya sampai jam 8.25 pagi. Kami bertolak dari rumah jam 6.45 pagi dan sampai di airport jam 8 pagi. Dari jauh dah nampak kapal terbang MAS. ..bermakna dah sampailah jemaah haji.

Banyak benda kami buat di rumah. Sangat sibuk dengan tetamu lagi...dengan pelbagai buah tangan dari MIL. Nantilah saya cerita. Hehehe....



Sunday, November 25, 2012

Wrong Information Daa!!

Salam

Alkisahnya kami salah tengok jadual penerbangan MIL dari Mekah. Bukannya ari ni rupanya tapi esok. Nasib baik kami perasan ari Jumaat so sempatlah call Pak Ngah di Kulim bagitau sebab aritu sembang semua nak datang waktu MIL balik. Nasib baik kami tak tercongok kat Lapangan Terbang Bayan Lepas arini. Nasib baik juga hubby call MIL balik.

So bila dah salah ni...xpe...kita tukar je plan untuk hari ni. Hari ni kita santai...gi pekan hari Penaga beli lauk untuk makan tengahari lepastu petang kita pi jalan-jalan kat belah Penang. Hubby kata nak bawa anak-anak dan ipar-duai ni gi mandi kat Batu Feringhi.

Gitulah cerita salah tarikh kami sekeluarga. Nasib baik juga saya memang apply cuti untuk hari Isnin. Hehehe....

Tinggalkan korang dengan beberapa gambar si kembar ni. Macam2 hal diorang ni. Selamat berhujung minggu!





Saturday, November 24, 2012

Still Life, Still Alive

Salam,

This is art. Totally art!
Cuba korang tengok gambar-gambar di bawah ni.
Macam lukisan catan kan?
Nampak realistik...





Betul-betul gambar potrait yang ada soul..
Tapi sebenar...
Ini bukan potrait yang dilukis
Ini merupakan hasil seni yang menggabungkan cat, potrait, fotografi dan persembahan yang sangat menarik
Artisnya ialah Alexa Meade berusia 25 tahun
Ini sebenarnya...





Sebenarnya, semua tu orang betul tau...
Kreatifnya dia



Kemas Rumah

Salam

Pagi ni sesi mengemas. Lepas subuh dah sibuk mengemas bilik di tingkat atas. Bilik tetamu yang dah berhabuk sebab jarang naik. Yang selalu naik cuma Danish, Danial n hubby. Tu pun diorang ambil board games atau baju je.

Berbekalkan penyapu, mop, kain buruk, febreeze, cadar bersih dan kain lap hingus dan tutup hodung, saya naik ke atas. Lama tak nail, rupa-rupanya berselerak juga tapi habuk dan sampah tak banyak.

Hubby pun naik juga pasang speaker pc dia dan kemas-kemas gadget dia. Bilik ni boleh tahan luasnya. Kami tambah bilik ni masa renovate rumah dulu so kami dapatlah ekstra satu lagi bilik. Berguna juga bila adik ipar balik atau ada tetamu datang.

Layan gambar je la ye. Lepas ni nak pi market pulak untuk menu hari ni. Hari ni adik ipar dan mertua dia serta adik-adiknya akan sampai so riuhlah rumah kami minggu ni.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...