It's You!

Monday, November 12, 2012

Review NYX Lipstick

Salam,

Saya ada rakan blogger baru. Saya jumpa blog dia waktu sedang berblog walking ke blog rakan. Mula-mula klik nampak gambar dia yang cantik ni. Kulit punyalah bersih dan sekata. Rasa sangat suka tengok dia.

Lepas tu, hari tu dia ada buka pre-order NYX Lipstick ni. Saya ni memang suka shopping online tapi untuk barang-barang yang nak kena pakai di badan ni tak pernah lagi cuba. Selalunya saya beli barang-barang untuk kraf je. Tetiba hari tu terdetik nak try NYX lipstick ni lepas baca banyak testimoni penggunanya. Kalau ikutkan, lipstick ni saya akan dapat bulan Disember tapi Jumaat lepas saya dapat emel daripada pihak pengurusan yang saya ada terima poslaju n kena ambil di pejabat. Puas la saya fikir, barang apa la yang saya order baru-baru ni tapi takde. Bila dah ambil baru rasa wau...dah sampai dah lipstick saya!

Ok...ni testimoni dari saya pula untuk NYX Lipstick :

Yang ni saya punya ^_^

Pertama kali guna je dah rasa 'wah...super best' sebabnya dia meluncur dengan lembut je di bibir. Tengok ingredientsnya salah satunya ialah beeswax so that's the reason la. Warna yang saya pilih pula sangat neutral dan cantik. Bila pakai, bibir rasa lembab dan tak kering. Saya pula jenis yang kalau dah jumpa yang betul-betul serasi, saya takkan tukar so lepas ni rasanya nak stick to NYX je. Ada hati nak beli kaler lain pulak lepas ni. Best!

Oh ya...blog yang saya maksudkan ialah blog CPM Honey Nurhaliza. Sis Honey ni ada jual suplemen Shaklee, kosmetik Mary Kay dan kalau sapa-sapa nak dapatkan khidmat make-up untuk pelbagai majlis bolehlah melawat blog Sis Honey ya.

Nota kaki : Kalau ada duit nak beli Mary Kay...Hahahahaha...berangan je la saya ni

3 comments:

  1. beli sampai tak hengat.. tu la jadinya.. tak tau barang ape kan.. :P hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau ikut hati, semua benda online nak beli tapi nasib baik saya ni jenis kalau nak beli fikir banyak kali..bila tak beli menyesal..yang ni beli tawakal je...nasib baik hasilnya sangat best heheh

      Delete
  2. thanks my dear, jmpe ur link kat my nuffnang..:)pasni leh try kod paris plak yaa..:)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...