It's You!

Saturday, May 24, 2014

Time For You

Salam,

Minggu sudah..dah sibuk dengan exam. Membaca buku di rumah sangat mencabar dengan anak-anak. Minggu sebelumnya sibuk dengan bengkel...outstation meninggalkan anak-anak di rumah dengan Mr Hubby dan MIL.

Minggu ni...minggu untuk anak-anak. Hari ni bawa mereka ke Taman Rama-rama. Mama excited pi tengok rama-rama tapi Yana dan Yani takut kat rama-rama. Bila rama-rama hinggap kat badan...mula la menangis. Haiyaaa....apa la...

Round satu Pulau Pinang. Tengok banyak pokok durian sudah berbuah. Ramai orang makan durian di tepi jalan. Durian Balik Pulau...sapa yang gemar durian mesti beli punya. Mr hubby pun beli tiga biji. Saya tak makan durian...so saya cium bau je...huhu..pening kepalaku.

Sebelum balik..singgah makan mi udang kat Teluk Kumbar. Mata dah berat sekali Mr hubby ajak teman dia tukar tayar dan sport rim keta dia. InsyaAllah..hujung minggu depan nak pi berjalan.

Wednesday, May 21, 2014

Exam oh exam!

Salam

Kesian blog kesayangan ni terabai minggu ni. Tuan tanah sibuk dengan exam Peningkatan Secara Lantikan. Soalan boleh tahan juga. Berpinar biji mata menengoknya. Jari-jemari ni pulak dah macam nak tercabut je menulis laju-laju. Tiga jam macam tak cukup nak menjawab soalan. Doakan saya berjaya habiskan  tiga paper ni. Lulus atau tidak, itu belakang kira....yang penting, saya dah cuba.

Saya tinggalkan korang dengan gambar terbaru Miss Cilik..si Yana dan Yani. Dh potong rambut waktu saya ke Shah Alam minggu lepas. Mr Hubby bawa mereka menggunting rambut sebab lama dah janji nak potong.Lagipun rambut dah masuk ke mata dah. Tinggal mama je tak lagi. Dh rimas dengan rambut panjang. Maaflah minggu ni tak dapat nak berkunjung ke rumah kawan-kawan blogger. Rindu nak tau cerita korang. Nanti saya datang umah korang tau!

Thursday, May 15, 2014

Hari Ibu

Salam,

Ada yang kata salah sambut Hari Ibu. Bagi saya, hari-hari Hari Ibu tapi bila ada satu hari yang khas sebegini..terasa pula dihargai.

Ini hadiah-hadiah daripada dua anak bujang saya. Terima kasih Danish dan Danial yang ingat pada mama. Semoga kalian berjaya dunia akhirat. Sweet sangat. Danial pula tak puas hati si abang bagi hadiah lebih daripada dia. Balik sekolah hari Sabtu dia beli lagi hadiah tambahan. Danial..Danial...nak dia juga yang lebih. Apa-apapun..mama terima..sikit banyak kecik besar. Rasa syok plak dapat hadiah banyak..hehehe...

Nota kaki : Mood berbengkel lagi sampai esok. Otak makin tepu..lagi banyak masuk..lagi.banyak yang kita tak tau. Kan?

Thursday, May 8, 2014

Exam

Salam,

Minggu depan ada Bengkel Persediaan Peperiksaan Pegawai Perpustakaan Gred 27. 4 hari di Shah Alam. Minggu seterusnya dah start exam. Dengan buku tak baca, nota berterabur, memang dalam kepala ialah zero. Nak lulus, xmo repeat tapi buku tak baca lagi. Wake up! If you want it, do something, do something to make sure you can nail it!



Wednesday, May 7, 2014

7 Habits

Salam,

Sekarang ni sedang membaca tentang diet tapi tak habis lagi membaca. Kalau buku macam tu, memnag lambatlah nak habis membaca. Sekarang ni, kesedaran untuk menjaga kesihatan tu sedang tinggi so waktu ni la sibuk membaca tentang diet la, mencari youtube latihan kardio yang mudah la. Semuanya nak yang mudah tapi nak hasil yang memberangsangkan pulak. Entah hapa-hapa entah kan?

Terbaca tentang ni, 7 habit yang menyebabkan pengumpulan lemak di badan/perut. Layan je la ye...

1. Selalu Minum Air Bergas
Ada kajian menyatakan, orang yang minum dua tin air bergas sehari akan naik 5 kali lebih cepat ukur lilit pinggangnya daripada mereka yang tidak minum air bergas dalam seminggu.

2. Penggunaan Pinggan Makan yang Lebih Besar
Gunakan pinggan yang lebih kecil dan ambil makanan mengikut keperluan badan bukan ikut nafsu. Hehe...



3. Makan Lewat Malam
Makan awal atau makan "makan malam yang ringan". Jangan terus tidur selepas makan, sekurang-kurangnya tunggu 3 jam sebelum tidur.

4. Makan Kerana Emosi
Kalau rasa nak makan, minum segelas air masak, sibukkan diri dengan aktiviti lain, sembang ke luah perasaan ke, nangis ke.

5. Melebihkan Makanan Berlabel Rendah Lemak
Kononnya sebab rendah lemak, kita makan makanan tu lebih banyak, padahal bila makan banyak tu, sama je kan?

6. Tidur Tak Cukup



7. Kurang Protein Dalam Makanan Seharian
Makan makanan tinggi protein seperti isi ayam tanpa kulit, ikan dan telur. Protein membantu menurunkan berat badan secara semulajadi.

Monday, May 5, 2014

Kenduri & Gulai

Salam,

Hari minggu yang baru lepas ni, Mr Hubby ajak kami semua menghadiri jemputan kenduri kahwin adik ipar kawan baiknya di belah pulau so hari Sabtu tu memang tak masak la. Makan di rumah kenduri.

Lepas tu, kami ke kedai uniform menukar seluar PBSM abang Danish yang tersalah saiz. Masalahnya bukan salah saiz. Saya dah bagi saiz yang betul tapi Mr Hubby silap masuk kedai. Selalunya beli kat kedai cap Guitar tapi hari tu Mr Hubby masuk kedai cap Racket. Macam-macam.

My heroes

Abang Danish

Mama pun nak enterprem hihi

Hari Sabtu tu, jalan di pusat bandar Georgetown sangatlah sesak. Di mana-mana ada banyak kenderaan, membuatkan asyik tersangkut kat trafik jam je. Kepala pun dah naik pening dengan gelagat empat org budak yang tak boleh duduk diam. Agak-agak dah nak masuk jambatan, baru Yana dan Yani tidur. Itupun kena marah dulu baru nak tidur.

Di atas jambatan, kami menyaksikan satu fenomena yang sangat menarik. Ada angin puting beliung yang kecil sedang terbentuk berhampiran dengan Pulau Jerjak. Sayangnya tak dapat nak tangkap gambar sebab jambatan Pulau Pinang kan dipasang pagar tinggi so terlindung la pulak. Nampak pusaran angin di permukaan air laut dan di awan gelap ada puting beliung kecil. Huhu...takut tapi teruja.

Balik tu singgah rumah Penaga sebab Mr Hubby nak ambil beberapa laptop yang perlu diformat semula. Huhui..letih di jalanan je. Sempat lelap mata setengah jam. Malamnya keluar menghantar barang tempahan yang telah siap dan selepas itu singgah pasar malam. Konon nak masak gulai kepala ikan tapi dalam kepala asyik teringat kari ayam so beli bahan untuk kari ayam minus the ayam. Esoknya nak masak kari kepala ikan rempah semuanya silap. Sudahnya saya masak je kari kepala ikan versi kari ayam...sedap jugak hahaha. Itu je la kisah saya di hujung minggu.

Kari kepala ikan Mama bukan Mamak

Nota kaki : Minggu ni Abang Danish dan Abang Danial sedang menghadapi peperiksaan. Semoga dapat menjawap soalan dengan jayanya. Yang pasti, kalau cemerlang, ada habuan, kalau tidak, ada juga benda yang ditarik balik. Tepuk dada tanya hati.


Saturday, May 3, 2014

Suka

Salam..

Kegemaran saya...tengok awan...dengar bunyi angin...tengok hujan...dengar guruh...tgk kilat...kan ke dengan alam kita belajar?

Selalu terfikir...hebatnya Dia...mencipta segalanya...menjaga perjalanan alam dengan penuh kekuasaanNya.

Malam tu saya kerja shif petang. Lepas maghrib..hujan masih turun. Saja ambil gambar ni dri pintu library...suka tengok awan gelap...satu dua lagi gambar yang lain..gambar di pesisir pantai highway Pantai Bersih.

Thursday, May 1, 2014

Kayuh adik...kayuh!

Salam,

Malam semalam bawa anak-anak keluar. Sebenarnya bawa Yani ke klinik. Amik nebulizer..batuk dan demam lagi sampai kena buh gas sebab ada kahak. Alhamdulillah hari ni dah ok..cuma makan ubat batuk..ubat demam..antibiotik dan ubat kuatkan paru-paru.

Lepas ke klinik bawa diorang makan di Pizza Hut. Malas nak pi jauh..sebab dekat ngan klinik tu ada Pizza Hut. Si Yana dan Yani dok nampak KFC saja. Malam sebelumnya pi klinik dah pau ayam goreng KFC so malam ni takmau la makan KFC.

Duduk dalam Pizza Hut..riuh dengan suara Yana dan Yani saja. Nak main sudu la...nak main garfu la. Si kakak memang tak suka air yang bergas dan masam so order untuk dia ice water (padahal baru nak baik batuk huhu). Si adik dengan air gasnya.

Sedang makan adik bersuara nak air lagi. Saa tuang sedikit dalam gelasnya. "Mama nak lagi..buh panjang" katanya sambil tunjuk gelasnya. "Tu mama dah bubuh. Minum la dulu", kata saya. "Buh pnjang...buh panjang laaaaa" adik bersuara lagi. Hah? buh panjang? Rupa-rupanya buh penuh. Hish....

Sedang sedut air, Yana kacau-kacau air dalam gelas dengan straw. "Mama...tengok..adik kayuh..kayuh...kayuh.." Hah? kayuh? Si kakak tengok adik. Mr Hubby kata kat kakak "Kakak, bagitau adik..buat macam ni..ni apa?" sambil mengacau air drngan straw. "Kacau la adik...bukan kayuh" Kami gelakkan adik. Hahaha...kayuh plak...hahaha

So...bukan buh panjang tapi buh penuh....
bukan kayuh tapi kacau....
adik...adik....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...