It's You!

Monday, May 5, 2014

Kenduri & Gulai

Salam,

Hari minggu yang baru lepas ni, Mr Hubby ajak kami semua menghadiri jemputan kenduri kahwin adik ipar kawan baiknya di belah pulau so hari Sabtu tu memang tak masak la. Makan di rumah kenduri.

Lepas tu, kami ke kedai uniform menukar seluar PBSM abang Danish yang tersalah saiz. Masalahnya bukan salah saiz. Saya dah bagi saiz yang betul tapi Mr Hubby silap masuk kedai. Selalunya beli kat kedai cap Guitar tapi hari tu Mr Hubby masuk kedai cap Racket. Macam-macam.

My heroes

Abang Danish

Mama pun nak enterprem hihi

Hari Sabtu tu, jalan di pusat bandar Georgetown sangatlah sesak. Di mana-mana ada banyak kenderaan, membuatkan asyik tersangkut kat trafik jam je. Kepala pun dah naik pening dengan gelagat empat org budak yang tak boleh duduk diam. Agak-agak dah nak masuk jambatan, baru Yana dan Yani tidur. Itupun kena marah dulu baru nak tidur.

Di atas jambatan, kami menyaksikan satu fenomena yang sangat menarik. Ada angin puting beliung yang kecil sedang terbentuk berhampiran dengan Pulau Jerjak. Sayangnya tak dapat nak tangkap gambar sebab jambatan Pulau Pinang kan dipasang pagar tinggi so terlindung la pulak. Nampak pusaran angin di permukaan air laut dan di awan gelap ada puting beliung kecil. Huhu...takut tapi teruja.

Balik tu singgah rumah Penaga sebab Mr Hubby nak ambil beberapa laptop yang perlu diformat semula. Huhui..letih di jalanan je. Sempat lelap mata setengah jam. Malamnya keluar menghantar barang tempahan yang telah siap dan selepas itu singgah pasar malam. Konon nak masak gulai kepala ikan tapi dalam kepala asyik teringat kari ayam so beli bahan untuk kari ayam minus the ayam. Esoknya nak masak kari kepala ikan rempah semuanya silap. Sudahnya saya masak je kari kepala ikan versi kari ayam...sedap jugak hahaha. Itu je la kisah saya di hujung minggu.

Kari kepala ikan Mama bukan Mamak

Nota kaki : Minggu ni Abang Danish dan Abang Danial sedang menghadapi peperiksaan. Semoga dapat menjawap soalan dengan jayanya. Yang pasti, kalau cemerlang, ada habuan, kalau tidak, ada juga benda yang ditarik balik. Tepuk dada tanya hati.


9 comments:

  1. Hujung minggu yg padat ye kniedaz.. anak akak pun minggu ini dan depan exam pertengahan tahun.. moga anak kita dipermudahkan Allah menjawab soalan periksa tu kan :)

    ReplyDelete
  2. minggu ni..minggu peperiksaan buat Dania jugak....good luck buat semua kan...

    ReplyDelete
  3. Apa benda yang ditarik balik tu Fida?

    ReplyDelete
  4. Padat jugak aktiviti weekend Ida & family...
    moga semua anak2 berjaya dlm exam...:)

    ReplyDelete
  5. Eh, anak saya dah habis exam dua minggu lepas! Tengah enjoy main kat rumah ni. Soal sekolah tolak tepi. Saya dah kata kalau periksa tak bagus, saya nak berhentikan sekolah aje dan ikut saya gi kerja, singgahlah mana-mana construction site, mohon kerja simen batu-bata.

    Padat gak aktiviti hujung minggu. Dah lama tak sampai Penang. Sebenarnya dah lama tak dapat berjalan-jalan makan angin. Tension sungguh. Kari ayam ke, ikan ke, janji sedap hingga menjilat jari :)

    ReplyDelete
  6. - boleh bayangkan kalau jem kat Georgetown tu...huhuhu

    - kat mana di Penang boleh beli rempah kari utk ikan yg best ya? blogger najwa ada beri saya dulu...

    ReplyDelete
  7. Cantik kniedaz....
    sedapnya kari kepala ikan mcm yg kat line clear lagi.....

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...