Salam,
Selamat berpuasa hari ke 11. Alhamdulillah..sihat untuk meneruskan ibadat yang satu ini. Cuma selesema sikit sebab aircond dalam library beberapa hari ni memang sejuk banget. Kena pakai sweater selalu. Kalau time nak ambil wudhuk pun airnya sejuk gila. Tapi sejuk lebih baik daripada panas...
Hari Isnin yang baru lepas, di Penang cuti memperingati hari pengisytiharan Penang sebagai Tapak Warisan Dunia so sebab cuti bercadang nak bawa Danish dan Danial menonton cerita Transformers di panggung. Dah lama saya tak menonton...selalunya kalau mereka nak..mereka akan pergi dengan Mr Hubby saja tapi kali ni depa ajak saya pula. Saya ok je..lebih2 lagi si kembar berdua tu masih berada di rumah kami di Penaga dengan Tok Nani mereka so bolehla pi. Tapi last minute kami p bertiga je sebab Danial demam sampai xlarat nak bangun. Siap nangis2 sebab xlarat n tak selesa sampai buka puasa. Dalam dok tak larat tapi nak p jugak tapi tak boleh la. Akhirnya dia mengalah n rela ditinggalkan di rumah.
Tengok citer ni la..ok la tak la best macam yang first..mungkin sebab dah banyak sequel so jadi meleret kot...
Waktu nak gerak, MIL n si kembar balik. Nasib baik bila bagitau kat diorang mama nak kena pi kerja sat depa tak nangis nak ikut so selamat la.
Sebab lama tak masuk panggung, rasa lama pulak duduk tapi cerita tak habis-habis. Rupa-rupanya cite tu durationnya dekat 2 jam 45 minit. Paling lama duduk dalam panggung tengok Lords of the Ring..zaman baru2 kawin tapi bila cerita best..duduk lama pun tak terasa. Kalau cerita meleret...mesti bosan.
Eh...sebenarnya nak cite apa ni? Sebenarnya xde la nak cite apa sangat cuma nak kongsi cite keluar ngan anak2. Nampak banyak kedai dah mula buat jualan murah sempena hari raya, Baju kurung pun belambak tapi xde pulak yang berkenan. Nampak gaya beli yang ready made je..mudah..cuma cari warna yang sedondong je. Korang camna tahun ni? Tema kaler apa tahun ni ek?
Aku blom tonton lagi...wife asyik suruh postpone...tgh merajuk ni..
ReplyDeleteSaya dah lama tak ke panggung sejak Adik lahir. Kalau nak angkut si Adik ni gi panggung, mahu merana jiwa raga; tak sempat nak tidur dalam panggung nanti :)
ReplyDeleteKami tak pernah ada warna tema. Hubbydearie tak suka berbaju Melayu. Jubah pun selalunya putih jek. Tahun ni saya beli warna coklat, senang hati nak membasuh nanti. Anak-anak baju kasual dah beli lama cuma baju Melayu belum pergi lagi ke kedai favorite. Tengoklah minggu ni, kalau tidak minggu depan je terjah. Malas nak keluar bulan puasa ni apalagi kalau cuaca panas.