It's You!

Thursday, August 14, 2014

Entry Panjang Sikit

Salam,

Hari ni saya masuk kerja kul 1.00 petang. Malam semalam kelam kabut bawa Yani dan Yana pi klinik untuk amik gas sebelum balik ke Penaga. Lepas ni doktor saran Yani guna inhaler sebab sah dia ada asma sebab setiap bulan kena buh gas. Tapi sekali buh gas, dia punya aktif sangat la tak terkawal tapi masa batuk takut tengok nafas dia berbunyi dan dada berombak. Doktor bagitau susahnya kalau perempuan ada asma lebih-lebih lagi waktu pregnant dan nak bersalin. Harap-harap Asma Yani boleh hilang bila dia bertambah dewasa.

Oh..cerita balik penaga sebab adik ipar saya yang sudah hampir lima tahun menunggu cahayamata sudah selamat bersalin. Dapat baby boy. Dia berpantang di Penaga dan semalam MIL buat akikah ambil berkat hari ketujuh kelahiran. Tapi bila buat hari bekerja dan terkejut tergempak..kelam kabut la jadinya. Nasib baik makan buat di surau tapi saya letih juga mengemas dapur. Sampai je di rumah tak sempat salin baju terus singsing lengan baju di dapur. Tidur pun lena sebab letih.

Awal pagi sebelum subuh dah bergegas balik ke Permatang Pauh sebab senang nak p kerja nanti. Si kembar dan abang Danish tinggal di Penaga tapi Danial ikut balik sebab sekolah petang. Abang Danish tak balik sebab demam. Pagi tadi tinggal dengan Danial je so sarapan pun lewat..kami brunch terus...buat roti tempek telur ngan goreng bihun. Kenyang gila.

Tapi dua tiga hari ni..badan rasa sengal-sengal dan terasa panas dalam badan. Tak tau la kenapa..nak demam ke? Hai...takmolah sakit satgi banyak benda tergendala. Huhuhu....

Tuesday, August 12, 2014

Tak Sihat

Salam,

Sudah bertahun tak makan rambutan, semalam makan lima biji. Hari ni sakit tekak, mata dah panas, hidung dah tak berfungsi, kepala dah berat semacam. Yani di rumah pun dah start batuk. Dia kalau batuk, sampai kena ambil gas. Tapi malam tadi bagi ubat batuk dua kali, pagi ni takdela bunyi bila bernafas tapi Mr hubby akan bawa ke klinik pagi ni untuk langkah berjaga-jaga. Kalau mama pun tak sihat, teruk la sikit di rumah.


Sunday, August 10, 2014

Aduhai...nakalnya kamu!

Salam,

Dah la hari ni penat mengemas rumah. Kena wat kerja-kerja kemas-pilih-sisih di bahagian dapur. Buat kerahan tenaga  Danish dan Danial. Itu pun dah penat berleter ngan mereka berdua.

Bila semua kerja dah siap, si kembar pula jadi tukang menyepah. Saya kalau dah letih ...ditambah dengan stress..mesti akan menangis.Masih boleh tahan lagi...tapi bila si kembar main air dan sabun, saya pun menangis bercucuran. Cengeng sungguh la mama kamu ni. Bila mama sedih camtu, Danish tolong siapkan adik-adiknya. Tau pulak menolong bila tengok mama menangis macam org gila huhu...

Bila stress...mudah sungguh nak menangis. Padahal benda kecik je...boleh settle punya tapi tu la...mungkin sebab asyik nak marah je...mula la sakit kepala. Sabarlah mama oit...anak-anak sedang membesar..banyak karenahnya. Sabar dan mengalah...walaupun kadang kala tak berjaya pun nak buat camtu.

Saturday, August 9, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SKPJ

Salam,

Tarikh : 9 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : SKPJ Permatang Pauh

Biar gambar je berbicara. Alhamdulillah... Abang-abang masih cemerlang dalam pelajaran. Harapan mama, kalian terus usaha untuk ke menara gading. Aminn.

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya

Salam,

Lamanya tinggalkan blog. Beraya sakan gamaknya. Nak baca entri kawan2 lain pun xberkesempatan lagi. Nak kongsi cerita pun belum ada mood nak menulis. Cuma intai kawan2 yang ada Facebook je dan buh status.

Masih mood raya kan? So saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan2 blogger. Walaupun kita tidak pernah bersua muka, tapi pasti ada tulisan, komen atau gambar yang buat kalian terasa so saya minta maaf banyak2. Halalkan kalau saya ada share atau ambil idea..info dan lain2 ya....

Salam Aidilfitri ...maaf zahir dan batin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...