It's You!

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Iftar

Salam,

Apabila AJK KKUUiTM Pulau Pinang berkumpul, tak dah kalau tak bergelak ketawa.

Jumaat yang baru lepas, kami berbuka bersama di Park Avenue, Sungai Petani. Ramai juga orang. Ada juga anak-anak tahfiz yang dijemput berbuka bersama tapi bukan anjuran KKUUITM tetapi mungkin memenuhi undangan pihak hotel. Ada juga solat terawih selepas berbuka tetapi kami tidak ikut serta. Bagus juga pihak hotel menyediakan surau untuk pelanggannya so sebelum makan tak ingat dunia, kami solat dulu. Alhamdulillah... Niat untuk berbuka bersama AJK lain untuk tahun ini telah terlaksana.

Makanannya? Ok je...ada pelbagai menu..kalau bawa saya yang tak makan banyak ni, rasa macam rugi la pulak tapi yang penting dapat berkumpul dengan kawan2.

Ok...itu je nak cerita..hehe...korang masak apa arini? Hari ni memenuhi ajakan Mr suami untuk berbuka puasa di luar bersama anak-anak dan adik ipar so jom la ^_^

Saturday, April 25, 2015

Team Building

Salam,

Aktiviti  :  Team Building Bahagian Perpustakaan UiTM Pulau Pinang
Tarikh  : 21 - 23 April 2015
Tempat  :  Royal Belum Rainforest Grik Perak

Sangat menyeronokkan bila mengadakan program team building ini di atas bot. Kami dibawa menyelusuri tasik dan berhenti bermalam di tepi tasik yang sangat misteri.

Saya rasa tasik Banding ni macam tidak berpenghujung. Ada je lengkuk yang boleh dilalui. Sangat tenang.

Bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan sepejabat, menjalankan aktiviti santai, memanglah akan ada macam2 karenah tapi dari situ la kita akan lebih mengenali diri masing2.

3 hari 2 malam dirasakan sekejap saja. 
Insya Allah, ada masa dapat lagi berkumpul macam ni di tempat lain pula. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jom layan gambar hehe.. 

Tuesday, April 14, 2015

Makan makan makan

Salam,

Time : Waktu rehat kerja shif petang
Partner in Crime : Riena, Mail & Boss C.Wan
Place : Magnifique Cakes
            11, Ground Floor,
            Jalan Perniagaan Perda barat,
            14000 Bukit Mertajam
            Penang.


Hahaha, saya jarang pos pasal makanan dalam blog
Tapi hari ni nak pos jugak
Sebab dah banyak hari dok teringat Spagetti Aglio Olio kat sini
Makan kat sini pun sebab member sekerja Riena ajak
Tapi berbaloi datang
Harga?
Masih dalam range yang boleh dengar tapi tak boleh la makan selalu
boleh menipis poket
Portion makanan mengenyangkan
Rasa, sedap
Servis, agak lambat tapi sebab kedai cantik, dimaafkan hahaha....

Sekian, review saya. ^_^

Makanan yang kami order, ada meatball, lamb chop, chicken grill dan spagetii aglio olio..yummy

Partners in Crime



Thursday, April 9, 2015

A happy soul

Salam,

Its a secret!
And if its a secret, I can't tell anyone
I'd love to share it
Coz its a happy news..
In fact, it was the greatest news I've ever heard from him coz I knew how much it meant to him
So, I'm waiting to share it

Yesterday, as he made it officially by sending out the cards, I felt relieved coz at last I can share it openly here...

To my best friend forever, my 'brotherhood' (as we called it ^_^), congratulations...
You will be a great husband, a great companion to her coz I knew you..

Next, we will wait for our bff to follow your suit. Hoping for the best of you.

Two will be, one more to go! Ahahahaha....

Sunday, September 7, 2014

A thought

Salam,

Selamat berhujung minggu. Baru nak rajin berblogging...dah jadi malas balik. Huhuhu. .I need something to boost my enthusiasm to write.

Sangat sibuk sekarang. Start esok, banyak aktiviti nak dijalankan. Saya handle Book Talk sessions...diorang kata kena bagi sesi ni kat orang yang rajin membaca. Saya ok je tapi cuma ok bab preparation je. Bab kena jadi moderator sesi ni rasa gemuruh jiwa raga. I don't like to be up front.. I'd rather be behind the stage...running the program technically.

Bila ada program macam ni..saya selalu nak bolot semua kerja..masih lagi ada rasa sukar nak berkongsi kerja. Tapi saya sudah mula berkongsi idea...minta tolong orang lain untuk siapkan kerja-kerja yang ada. Cuma mungkin tak cukup lagi...kawan baik saya merangkap si member kreatif banyak kali ingatkan saya, kongsi kerja..bagi orang lain buat kerja, baru la cepat siap...kita pun tak letih sorang-sorang. Hmmm...memang betul...tapi kepuasan tu jadi kurang. I'm not a workaholic but I'm a perfectionist when it comes to my work.

~sigh~

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya

Salam,

Lamanya tinggalkan blog. Beraya sakan gamaknya. Nak baca entri kawan2 lain pun xberkesempatan lagi. Nak kongsi cerita pun belum ada mood nak menulis. Cuma intai kawan2 yang ada Facebook je dan buh status.

Masih mood raya kan? So saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan2 blogger. Walaupun kita tidak pernah bersua muka, tapi pasti ada tulisan, komen atau gambar yang buat kalian terasa so saya minta maaf banyak2. Halalkan kalau saya ada share atau ambil idea..info dan lain2 ya....

Salam Aidilfitri ...maaf zahir dan batin.

Thursday, July 10, 2014

Deko Raya Kembali Lagi

Salam,

Terlebih dahulu...saya mulakan menulis entry dengan berkongsi DOA Qunut Nazilah untuk sama-sama kita baca mendoakan kesejahteraan saudara Islam kita di Gaza. Dalam FB banyak. sangat cerita..info mengenai Gaza, Palestin Dan Israel. Sesungguhnya perbuatan terlampau tentera Israel itu patut dikutuk dan dibangkang.



Minggu ni...kami di library dah mula sibuk dengan persiapan deko hari raya. Rumah kami tu pun dah berhabuk..nak kena bersihkan sebab banyak habuk. Maklumlah...nak raya ni..."anak2" pun nak balik berada...hehehehe. Selain rumah, ruangan sampai kan Salam aidilfitri pun kena touch up bagi cantik. Nak cari lampu lip lap yang lama...nak start pasang dah. Pameran seterusnya menggantikan Pameran Pesta Bola World Cup pun dah boleh start cari bahan dah so bulan ni memang sibuk tapi seronok.

Okla...tinggalkan korang ngan gambar rumah kami...daa



Ada tambahan yang nak dibuat...kalau dah siap, nanti saya tunjuk...ehehehe

Friday, June 20, 2014

Just Me

Salam,

Sekejap je dah hari Jumaat kan. Dalam FB, dalam blog semua sibuk dengan World Cup 2014. Saya bukan peminat tegar bola sepak tetapi saja suka-suka memilih team yang rasa-rasa berpotensi untuk menang. Pasal bola memang saya zero. Apa-apa pun, layan je la mana-mana game yang sempat tengok.

Kerja sekarang semakin banyak, biasalah bila semester baru bermula, barulah banyak benda nak buat. Ada masa tu, memang malas nak buat kerja tapi dah tugas, kenalah buat sehabis baik. Sedang sibuk mencari bahan untuk pameran dan program Galakan Membaca. Bila bulan Ramadan dan Syawal semakin hampir, dekorasi raya juga perlu dibuat. Masih lagi tercari-cari benda yang boleh menarik pelajar datang beramai-ramai ke perpustakaan.

Awal-awal semester, pelajar baru la yang paling ramai masuk. Assignment dah mula ada, pensyarah sudah mula memberikan tugasan. Buku-buku di perpustakaan banyak dirujuk dan rak akan jadi bersepah. Biasalah semua tu. Cuma kadang-kadang hati rasa sakit bila nak menyusun buku di rak tapi susunan buku di rak sedia ada caca marba. Tak tau nak salahkan siapa...kita ke salah, pelajar ke salah. Masing-masing tau tugasan sendiri.



Saya ok tak sekarang? Alhamdulillah, masih ok. Nak bekerja dengan hati girang tu tudaklah juga, masalah sering datang walau tidak diduga. Rasanya lumrah kot bila bekerja dengan ramai orang. Tak semua orang faham dan tahu isi hati kita. Bagi saya, selagi kerja berjalan dan saya tidak mengganggu orang lain, it should be ok.

Selamat berhujung minggu semua!

Nota kaki : Oranje & Germany! You go!

Tuesday, June 17, 2014

Library's Team Building

Salam

Minggu ni mai kerja dengan badan yang sakit2 akibat program team building minggu lepas. Seronok memang la seronok tapi sebab dah lama tak buat program luar so memang badan letih.

Ala...korang layan je la beberapa keeping gambar kitorg di Tasoh Lake Resort. Tempatnya memang menenangkan sesuai untuk program bina diri ni. Cuma agak sunyi je.

Thursday, June 12, 2014

Jalan Lagi

Salam

Baru balik jalan...dah jalan lagi. Kali ni jalan dengan geng library ke Timah Tasoh, Perlis sebab ada team building bahagian library.

Walaupun tak lama...cuma dua hati satu malam, tapi rasa excited sebab lama dah geng library tak buat program kami kami je macam ni. Library kena la tutup dua hari ni.

Okla....nanti update lagi. Bila Bas gerak...karaoke pun start la...diorang ni memang hantu karaoke...so layan je la...

Friday, April 25, 2014

Chilly. ..Rainy...

Salam,

Hari ni saya bekerja shif sampai jam 10malam. Hujan turun dari petang tadi. Sekejap berhenti, sekejap turun. Bila cuaca macam ni, amat payah la nak tengok student dalam library. Lagi seronok baring-baring atas katil sejuk-sejuk camni.

Minggu ni...cuma ada student degree je dalam kampus. Seperti yang saya dh cerita, student degree jarang melepak dalam library lama-lama. Bila nak pinjam buku je diorang datang. Amat kurang yang nak mengulangkaji di dalam library.
Tambahan pula...ari ni ari Jumaat...mesti ramai yang balik atau p berjalan.

Nota kaki : Arini kami pinky mommy. Nasib baik member lelaki yang jaga sudut IT malam ni xpakai pink gak. Kalau tak...mesti hujan tak berhenti. Hehehehe....

Wednesday, April 9, 2014

He's Back!

Salam,

My best friend starts working today after a month and a half on mcs.
Lots of things to brief him
Lots of works to be shared
Alhamdulillah he's doing fine
Great to have him back at work!
(Does sharing workloads means you cared too? Hahahaha)


Wednesday, March 5, 2014

Aktiviti Luar Library

Salam,

Semalam saya dan rakan-rakan exco Kelab Kakitangan Umum UiTM Pulau Pinang (KKUUiTM) telah ke Selama, Perak untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah pemandu yang saya pernah ceritakan dalam blog minggu lalu. Alhamdulillah, berkat sifat murah hati rakan-rakan lain, kami dapat menyumbang sebanyak RM3500 kepada keluarga arwah. InsyaAllah semoga sumbangan tersebut dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga untuk hari-hari terawal ini.

Kami bersama isteri dan bapa mertua arwah

Waktu perjalanan balik, nampak pokok bunga kertas ni. Dalam panas terik, pokok ni nampak cantik sangat. Saya pun snap guna hp kokak saya...heehe...saya bayangkan pulak kalau la ada pelukis yang lukis gambar ni guna water color mesti nampak cantik...saya nak melukis sendiri rasanya tak dapatlah buat secantik ini. 

Nota kaki : Semalam, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Selama, cuaca sangat panas. Dengan penghawa dingin van yang tidak berfungsi dengan baik, buat kami berpeluh-peluh dalam perjalanan dan mestilah kepala saya sakit sebab cuaca panas. Alangkah beruntung bekerja di dalam pejabat berhawa dingin sehingga petang. Tak dapat bayangkan mereka yang bekerja di bawah panas terik. Alhamdulillah, syukur.


Monday, February 24, 2014

Saya Sedih

Salam,

Saya sedih
Sebab kawan baik saya ditimpa kemalangan
Sebab sedih
Saya tak ada kawan nak gaduh
Sedih sebab nak jalankan projek kreatif takde kawan
Sedih sebab dia sakit

Get well soon
Banyak kerja menanti
Tak syok buat kerja sorang-sorang




Thursday, February 13, 2014

A..AB..B..O

Salam,

Semalam diorang dok berbalas Whatsapp tentang darah dan personaliti. Saya tumpang baca aje. Mesti orang yang menyediakan info ini telah menjalankan kajian yang lama kan? Ada juga yang kena dengan personaliti saya. Korang pulak, macamana?

Oh...lupa...saya A+ ahahahaha

Friday, February 7, 2014

Lain Padang

Salam,

Lain padang, lain belalang

Kenapa ada perumpamaan seperti itu di dalam entry saya hari ini? Entahlah..rasa nak meluahkan perasaan pulak hari ni.

Saya sangat rindukan waktu-waktu saya bekerja di Penerbitan Pelangi. Jawatan saya ketika itu cuma Penolong Editor sahaja tetapi saya sangat teruja dengan tugasan yang diberikan kepada saya. Tugas saya ketika itu ialah membuat 'editing' bagi buku-buku latihan dan rujukan Bahasa Malaysia bagi sekolah SRJK(C). 96% rakan sekerja ialah kaum Cina. Hanya saya dan seorang kakak tu je Melayu. Kakak tu editor untuk Bahasa Inggeris. Setiap kerja mempunyai dateline yang telah ditetapkan. Kami tidak dibekalkan dengan komputer kerana kerja kami hanya melibatkan pen dan manuskrip. Setiap masa, kerja saya hanya mengadap manuskrip dan kalau bosan, saya akan baca buku-buku rujukan yang ada di atas rak di belakang saya. Walaupun begitu, kerja bukan sesuatu yang membosankan kerana setiap hari manuskrip yang perlu diedit sentiasa bertukar. Alhamdulillah, hubungan dengan rakan sekerja yang berbangsa Cina juga amat baik dan mereka sangat prihatin dengan keperluan saya.

Tapi sayangnya, selepas berkahwin saya terpaksa meninggalkan Penerbitan Pelangi kerana akan berpindah ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, saya dimaklumkan mereka tidak ada cawangan pejabat yang membolehkan saya bertukar cuma ada salesperson sahaja so saya terpaksa berhenti. Itu adalah pekerjaan pertama saya selepas menamatkan pelajaran. Walaupun tak kena dengan course yang saya ambil ketika belajar, tapi kerana minat dengan buku, saya selesa berada di sana.

Alhamdulillah, selepas lama menganggur, saya diterima bekerja di bahagian Perpustakaan di UiTM Pulau Pinang. Juga lari dari bidang tetapi sangat dekat dengan diri saya. Walaupun cara bekerja amat berbeza dengan di Penerbitan Pelangi tetapi saya rasa gembira kerana bidang kerja saya masih dikelilingi dengan buku. Buku adalah benda yang saya saya minati sejak saya kecil lagi.

So, apa kena mengena dengan  perumpamaan di atas? Saya tiada masalah dengan tugas saya, mungkin cara kerja yang membuatkan kadang-kadang saya terasa hati. Bagi saya, apa saja benda yang kita fikirkan, boleh dizahirkan secara fizikal dengan cara yang betul. Tiada istilah tidak boleh. Mungkin hanya saya seorang yang berfikir benda tu tak susah tapi orang lain fikir benda tu susah. Nampaknya, saya perlu lebih berfikiran terbuka dalam bab kerja. Tidak semua orang mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bekerja di "luar kotak" mereka. Pasti ada kekangan di sana sini dan saya pun bukanlah perfect tapi saya rasa kalau kita bekerjasama, apa saja tugas boleh dilaksanakan dengan jayanya. Betul tak?







Friday, January 31, 2014

Happy Holidays

Salam,

Selamat Tahun Baru Cina buat kawan2 berbangsa Cina. Terus teringat beberapa orang kawan lama ketika bekerja di Penerbitan Pelangi di Johor Bahru. Kenangan yang tak dapat saya lupakan. Bekerja jauh dari kampung, selalu ikat perut sebab takut tak cukup duit, tapi selalu ada duit untuk beli buku...hahahaha...

Oleh kerana department saya ketika itu hanya ada dua orang yang berbangsa Melayu, maka saya lebih rapat dengan rakan berbangsa Cina. Ingat lagi outing kami setiap Sabtu, makan-makan, window shopping...gossiping..rindu plak masa lalu.

Sekarang, nak rehat sekejap. Sudah siap tempahan car charm (ada lagi 4 sebenarnya tapi kejap lagi boleh buat). Sekejap lagi tuan punya tempahan akan datang collect. Sekarang masa untuk baring, baca novel baru. Tak sabar nak habiskan novel ni sebab nak pi cari juga novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Okla...selamat bercuti. Happy happykan diri. Senyum selalu..dont be sad. ^_^

Friday, January 10, 2014

Hanya Dia

Salam,

"Ada satu masa nanti, kita akan diuji dengan macam-macam masalah. Sampai ada masa tu, kita nak tidur pun tak lena. Makan pun tak senang. Risau memikirkan masalah kita tu. Tapi kita terlupa, yang memberi masalah tu adalah Allah. Dan hanya dengan mengingati Dia je, boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap benda ni, tapi Dia. Dia dah beritahu kita dalam 'surat cinta' Dia kepada kita. Dia yang memberi masalah, Dia juga yang menenangkan hati kita sewaktu tak tenteram. Betapa sayangnya Allah dekat kita." - Ustaz Hafiz, Suami Aku Ustaz.




Nota kaki : Kadang kita terlupa tentang fakta ini. Hanya Dia yang tahu perancangan hidup kita. Hanya Dia yang tahu kenapa kita memilih jalan yang kita pilih.

Tuesday, January 7, 2014

Teamwork

Salam,

Hari ini hari ke 6 berada di tempat baru. Masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan di barisan hadapan. So far, so good. Masalah tu ada tapi alhamdulillah dapat ditangani. Lagipun, kami berempat di hadapan so lepas ni workload akan dibahagi sama banyak. Duduk di kaunter ni, kena banyak senyum, kena banyak ilmu dan kena tahan sabar. Banyak karenah pengguna yang dihadapi dan mestilah kena ada ilmu sebab nak menerangkan sesuatu sampai pengguna faham tu mencabar juga.

Tapi kan..tapi kan...kat tempat saya tu tak rasa sejuk pula. Hahahaha...memanglah seminggu dua ni aircond problem tapi saya memang rasa tak selesa. Mengada-ngadakan saya ni. Nak kerja tempat sejuk je. Masalahnya, kalau ada tingkap yang boleh saya buka kalau panas, ok la. Ni, takde...so kalau panas mestilah rasa sungguh. Semalam pun ada student yang mengadu panas. Nak buat macamana dik oii...akak pun panas juga. Harap-harap aircond cepatlah elok..huhu...

Banyak penambahbaikan yang telah kami fikirkan di sini. Teman kreatif pun banyak idea. Rasa excited nak membuat pengubahsuaian tapi ubahsuai pun setakat yang termampu dek kami la. Kalau ada peruntukan, memang macam-macam kami nak ubah. So, setakat hari ni, kami cuba buat yang boleh dulu.



Thursday, December 26, 2013

Exchanging Knowledge

Salam,

Selepas seminggu bercuti, hari ni saya memulakan tugas semula. Hari ni, pagi-pagi lagi ada "student" baru datang nak belajar. "Student" yang saya maksudkan ialah member dari bahagian Perkhidmatan Pelanggan nak belajar tentang Perolehan. Kan kami ada pertukaran tempat bertugas dan member saya ni akan menggantikan tempat saya manakala saya pula menggantikan tempat dia. Pagi ni, giliran saya buat tutorial untuknya. Alhamdulillah, dia excited dengan tugasan baru. Petang nanti, saya pula akan ke tempatnya untuk belajar benda baru.

Selain itu, saya masih belum sempat menyediakan senarai tugasan yang perlu di "hand over" kepadanya. Dengan macam-macam benda yang nak difikirkan, saya tak mula lagi membuat senarai. Ada juga laporan yang saya perlu siapkan sebelum tugas bertukar tangan.

Minta maaflah kawan-kawan tentang gambar-gambar yang tunggang terbalik dalam entri-entri yang lepas. Maklumlah, update guna hp je pastu gambar tu takble pulak nak di"edit" sebab tu jadi macam tu.

Last...nak tempek gambar budak2 tu di Hotel Sentral Seaview (Dulu Hotel Naza Talya) hari Selasa lepas. Abah diorang bagi mandi kolam puas-puas lagi tapi ada sorang budak bambam tu boleh tanya abah dia "Abah, arini kita tak pi jalan-jalan lagi ka?" sejurus selepas pulang bercuti. Hahaha....


4D

La ni kalau suruh berposing, huiii....sakan!

Dua comel saya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...