It's You!

Monday, September 8, 2014

My Pet Project

Salam,

I'm glad that the Book Talk Sessions were going on great. The lectures were great..the students were supportive. I'm a happy organizer today.

Sebenarnya saya sangat suka aktiviti ni sebab ia dekat dengan minat saya dan obsesi saya, buku. Saya nak sangat ia berjaya dan mendapat sambutan. Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar. Kalau ada yang terkurang tu..biasa la kan. Tapi saya rasa gembira sebab semua yang terlibat sangat sporting dan memberi kerjasama yang baik.

Sesi perkongsian tentang buku yang pernah dibaca ini sangat menarik. Kalau ada dua org membaca sebuah buku yang sama, belum tentu persepsi dan penerimaannya sama. Seronok dengar orang lain bercerita tentang buku yang mereka pernah baca.

Esok, ada aktiviti lain pulak. Saya Putar Paen! (Road impian) dan i-Workshop. Semoga semuanya berjalan lancar.

Sunday, September 7, 2014

A thought

Salam,

Selamat berhujung minggu. Baru nak rajin berblogging...dah jadi malas balik. Huhuhu. .I need something to boost my enthusiasm to write.

Sangat sibuk sekarang. Start esok, banyak aktiviti nak dijalankan. Saya handle Book Talk sessions...diorang kata kena bagi sesi ni kat orang yang rajin membaca. Saya ok je tapi cuma ok bab preparation je. Bab kena jadi moderator sesi ni rasa gemuruh jiwa raga. I don't like to be up front.. I'd rather be behind the stage...running the program technically.

Bila ada program macam ni..saya selalu nak bolot semua kerja..masih lagi ada rasa sukar nak berkongsi kerja. Tapi saya sudah mula berkongsi idea...minta tolong orang lain untuk siapkan kerja-kerja yang ada. Cuma mungkin tak cukup lagi...kawan baik saya merangkap si member kreatif banyak kali ingatkan saya, kongsi kerja..bagi orang lain buat kerja, baru la cepat siap...kita pun tak letih sorang-sorang. Hmmm...memang betul...tapi kepuasan tu jadi kurang. I'm not a workaholic but I'm a perfectionist when it comes to my work.

~sigh~

Wednesday, September 3, 2014

Sepi

Salam,

Lama sungguh tinggalkan blog. Bila sibuk dengan tugasan, tak sempat nak buka dan melawat rakan-rakan blogger. Nak menaip entri pun jadi malas padahal ada je cerita nak kongsi dengan diari online ni...hehehe.

Terima kasih kawan-kawan yang bertanya khabar. Saya sihat, alhamdulillah. Bulan Ogos dan September adalah bulan sibuk buat saya. Program Galakan Membaca Perpustakaan UiTM Pulau Pinang sedang berlangsung. Pelbagai persiapan perlu dibuat sampai tak menang tangan. Alhamdulillah banyak tangan yang membantu untuk menjayakan program tahun ini. Nanti saya kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung. Program ni bermula 2 September 2014 hingga 30 September 2014 tapi ada aktiviti yang akan berjalan sampai 11 September je dan ada yang akan dijalankan pada Hari Kemuncak pada 18 September 2014.

Student sekarang ni sedang sibuk menjalani ujian sebelum peperiksaan bermula akhir bulan September 2014 so kami terpaksa buat promosi yang lebih giat untuk menarik mereka datang ke perpustakaan. Bila ramai, barulah terasa gempak program yang kami jalankan. Semuanya perlukan sokongna pelajar, kalau tak...buat program macam syok sendiri la pulak.

Okla...berhenti di sini dulu coretan saya. Nanti saya update lagi (kalau tak malas)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...