It's You!

Wednesday, July 8, 2015

Buntu

Salam,

Ramadhan tahun ni, saya jadi rajin pulak memasak. Rasa tak lalu makan makanan yang dibeli di bazar Ramadhan. Kadang tu bila tengok makanan yang dijual nampak sedap sangat tapi bila sampai di rumah, tak menepati citarasa pulak. Ada tu, berniaga macam melepas batuk di tangga pulak...contohnya aritu beli popiah goreng, tapi intinya dah la sikit,bila digoren jadi hangit..kulitnya keras pulak. Hmmm....macamana la orang berniaga sampai camtu?

Semalam teringat inti karipap dalam peti sejuk so sayang nak buang, saya uli tepung nak buat murtabak. Sekali tu, En. Suami kata kita buka puasa kat luar la...kat cafe member dia di Kulim Hi-tech so saya tinggal la tepung dah siap uli dalam besen. Balik berbuka tanya kakak Yani, nak makan roti canai tak? Dia kata nak...so saya buat roti canai untuk 4 orang budak lapar, dapat la sorang sekeping. Tak la boleh lawan roti canai mamak, sebab mama diorang ni tak reti tebar, main tarik tarik je, tapi bila diorang kata sedap, hahaha happy la pulak. Murtabak pun buat untuk sahur tadi.

Bila rajin masak, mula la kepala pening nak masak apa. Tapi bila dah memasak, kena fikir apa yang diorang suka makan. Kalau tak, kita masak, diorang tak makan banyak. Petang ni, En suami kata nak makan kue tiaw goreng, so mudah la kerja saya. Tak payah fikir dah...tapi macam nak buat kuih pulak....hmmm kuih apa ya? ^_^

Nota kaki : Saya ni jarang update pasal makanan tapi suka baca blog orang lain yang up entry pasal makanan ^_^

Menu bila ntah, tomyam, ayam butter dan sambal goreng jawa..

Buat survey menu baru spageti. Duduk dalam library buku masakan berlambak untuk dirujuk cuma rajin ngan malas je nak memasaknya ehehe..

Menu semalan berbuka di luar, set kambing bakar dengan nasi dan kuah gulai dan meatballs.

14 comments:

  1. petang ni boleh cuba buat popia ketam cheese..
    ai dah buat semalam tapi belum goreng sebab semalam rasa macam banyak pulak menu untuk berbuka..

    http://aizamia3.blogspot.com/2013/07/popia-ketam-cheese-pulak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...macam menarik, boleh cuba tu nanti ..thanks dear ^_^

      Delete
  2. Saya pun terkejutlah bulan puasa ni saya rajin pulak masak. Selalunya gantung aje periuk belanga kuali buat perhiasan kat dapur. Bazar pun semalam aje terlepas sebab silap percaturanlah kononnya!

    Memanglah kalau beli kat bazar tu kena tawakkal ajelah. Biasa pun memang tak kena dengan tekak. Yang sakit hati tu peniaga yang berniaga ala kadar aje pembuatannya. Tak baikkan bulan puasa macam ni buat pembeli sakit hati. Nampak aje sedap tapi hampa bila berbuka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...so untuk mengelakkan berasa hampa, maka marilah kita memasak di rumah ehehehe

      Delete
  3. akak awal ramadan rajin amat boleh masak makanan cam mi dan lauk pauk lagi siap desert... lepaihtu makin kurang masak laukjer.. lepastu dua harini pi kedai dan param... petangni tak tau lagi... alahai...
    sebenarnya masak sendiri memang puas hati.. tapi dah hujungni nak rehat sikit... nak tamatkan quran kalau bole....

    ReplyDelete
  4. dah hari2 masak ni mmg buntu nak masak apa. sudah2nya kang nasi goreng je.. haha

    ReplyDelete
  5. i pun tetiap hari masak sepanjang ramadhan ni...
    cuma bila tetiba tekak teringin nasi kerabu dan nasi arab, terpaksalah mencari kat bazar...
    i masak pun simple je semua sbb tak sempat sangat balik kerja nak masak beriya...huhu...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  7. Rutin bulan ramadhan kakak pulak ni asyik membeli aje. Kakak cuma masak nasi dan air ppanas aje. Balik kerja solat asar duduk terus tadarus. Bila dah agak-agak tinggal 15 minit iffat panaskan semua yg dibeli dlm microwave... punyalah malas kan... Hujung minggu aje kakak masak tau:)

    Selamat hari raya, maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
  8. yummy...

    Maaf lewat berkunjung balas...agak sibuk....

    Selamat Hari Raya, Mohon Ampun Dan Maaf Atas Segala Salah Dan Silap...

    ReplyDelete
  9. Betul tu ida....nak masak sebenarnya bukan susah kan....janjibada bahan, rajin jadiklah sepinggan menu dimasak dgn kasih sayang....tp tulah....kekadang sawan mls datang dengan tiba tiba...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...