It's You!

Wednesday, January 6, 2010

Admitted...


xde keje, snap gambar sendiri dalam wad, huhu

Skang baru nak citer detik2 kehilangan my "flower girl".

17 Disember 2009, kalau ikutkan kalendar, aku pegnant 2 bulan time tu. Malam tu kami bertolak ke Melaka, family holidays. Dah lama rancang sejak bulan Oktober. Kami plan nak terus ke A Famosa tapi last minit tukar plan kami transit ke rumah adik ipar aku (Liana) kat Putrajaya. Pagi 18 Disember tu baru bertolak ke A Famosa Resort. Kat sana memanglah berjalan banyak. Ke sana ke mari berjalan kaki je. Sampai ke malam aku berjalan sebab settlekan satu apartment kami yang bermasalah. Tapi aritu ok lagi.

19 Disember kami bertolak ke Kuala Lumpur. Kami stay kat The Zone on The Park, dekat ngan KLCC. Aritu aku jalan lagi sepanjang hari dari The Zone ke KLCC (back & forth) sebab bawak budak2 g Aquaria. Malam tu ada stain kat panties, hati mula cuak. Gtau kat hubby, dia lagi cuak tapi nak wat camna? Kami on holidays, esok baru balik.

20 Disember, sempat g Sogo n Ikea lagi walau rasa semacam. Tengah malam sampai Penang tengok stain lagi. Esok kena g klinik nih.

21 Disember, g Klinik Singapore wat scan. Doktor kata maybe travel yang wat stain tu. Dia bagi ubat n mc sehari. Sedih aritu coz aku g klinik hubby tak teman (dia ada appointment penting ngan client). Berjurai gak air mata, huhu.

22 Disember - 24 Disember, still on mc coz darah still ada. Dua kali scan ngan fetus makin lama makin tak nampak. Bad sign, bad feeling, u wont make it my dear flower girl!

24 Disember, kul 9 mlm hubby balik n aku rasa perut memulas semacam. Sebelum ni doktor pakar yg kami jumpa kata, kalau fetus tu nak gugur sakitnya macam nak bersalin tu. Dua kali g toilet, rasa ada benda keluar. Dalam hati terdetik, rezeki aku kali ni takde, sedih tapi cool sebab bila aku start nagis satg takleh benti. Hubby bawa aku g KPJ. Dalam keta dia kata takpela bukan rezeki kita, kita g spital bg mama sihat balik. Nak nangis tapi tahan la. Malam tu kena tahan, esok baru scan.

25 Disember, Danish n Danial asyik tanya, mana baby? Jenuh bagitau baby dah takdak. Berkali-kali diorang tanya, napa xdak, sapa amik. Tapi lama-lama diorang senyap. Cian kat diorang. Time aku bagitau diorang dalam perut mama ada baby, dua2 excited. Tapi dah xde rezeki, mungkin bukan sekarang.

Nota : Kalau ada rezeki, tahun ni nak pengganti "flower girl"...^_^


School...Sekolah...Yay Yay!!



Sekolah...akhirnya tahun yang dinanti tiba jua, 2010. Danish dah masuk tahun 1 dan Danial dah masuk Tadika untuk 5 tahun.

Danish seperti biasa, cool dan selamba je. First day g sekolah, 31 Disember yg lalu sekadar orientasi je. Dari umah dia dah tanya macamana kalau takde kawan? Aku kata, time ni la nanti jumpa kawan. Dia dah rasa tak seronok. Kalau dia tak seronok, perangai dia suka jalan seret kaki. Puas jugak kena bebel ngan aku dan abah dia. Bila sampai kat sekolah dan check dia kelas apa, kami pun hantar dia beratur kat tapak perhimpunan. Dari jauh dia dah nampak kawan-kawan di Tadika Graduan Kecil, so apa lagi senyum tak kira la. Aku tengok seronok sembang dengan kawan-kawan dia. Mesti cerita tentang cuti sekolah dan sekolah baru.

First day Danial kat Graduan Kecil: Dia laagii cool, selamba je masuk sekolah. Tak menangis atau merengek suruh teman. Dia memang seronok nak g sekolah. Sampai sekolah cikgu suruh makan dulu so kami tunggu la sekejap, pastu kami balik coz tak mau ajar dia menunggu-nunggu bagai nih.

At the end...
Danish seronok g sekolah tapi sebab dia jenis tak mao cerita, so kami tak taulah apa jadi di sekolah. Danial pulak, petang tu kami amik dia, dia menyembang ngan cikgu dia macam kawan2 plak. Cikgu pun kata dia berani ngan suka menyembang.

Outcome,
Seronok semua dah g sekolah n hope diorang belajar rajin2 sebab abah diorang kata, kalau belajar rajin2 dan selalu selalu cemerlang, apa nak pun abah ble bagi.


Note : Pa, kalau ma pun rajin2, ma dapat apa2 tak? :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...