It's You!

Wednesday, March 3, 2010

Mata bulat! No more ice for u..do u hear me?

Panas sungguh cuaca sekarang nih. 8 jam duduk dalam ofis taklah terasa sangat sebab aircond sepanjang masa. Bila sesekali keluar dari ofis mata terus terpejam dek panahan cahaya matahari yang terik. Sabar je lah. Nasib baik bukan bulan puasa. Kalau bulan puasa mesti betul2 menduga iman.

N3 ni ada kaitan dengan cuaca panas dan si mata bulat. Minggu lepas semua orang sibuk dengan persiapan majlis pertunangan dan juga renovation rumah yang belum siap so takde masa sangat nak tengok si Danish & Danial. Punyalah sakan bermain basikal sampai tak kira panas terik ke, berpeluh ke...hish budak2 ni. Bila ramai orang, mama diorang ni serupa cakap dengan tunggul je. Masing-masing jadi degil & tak mau dengar cakap langsung. Bila panas, minum mestilah yang sejuk dan berais je.

Malam ahad tu lepas semua majlis selesai, kami balik umah mak mertua. Malam tu badan Danial panas dan batuk2 memanjang sampai muntah. Waktu tidur tengok dia bernafas macam susah je. Aku bagitau kat hubby esok tak mau g keje la, bawak Danial g klinik. Lagipun badan terasa letih sebab buat macam2 2-3 hari ni.

Hari isnin kami bawa Danial g klinik. Lepas doktor check, doktor kata banyak kahak dalam saluran pernafasan, so kena sedut gas. Masuk kali ni, dah 2 kali dia kena amik gas untuk clearkan saluran pernafasan. Doktor kata dia takleh makan buah-buahan masam (keluarga limau) dan ais. Sian dia..skang kalau makan kat luar kami orderkan air kegemaran dia tapi tanpa ais..teh o...huhu



Pagi kul 10..kena amik gas sekali


Malam kul 8 lagi sekali..cian dia

Rombongan meminang...

Ahad lepas aku mengikuti rombongan meminang sepupu hubby. Diorang ni dah couple lama gak tapi sepupu hubby ni kumpul duit dulu baru nak bertunang. Bukan apa, senanglah nanti nak wat kenduri ke apa bila duit dah kumpul sendiri.
Rombongan kami taklah ramai, setakat aku+hubby+anak2, adik2 & mak hubby, family sepupu dan 2 org makcik diorang. Yang kelakarnya hubby kena jadi wakil jurucakap pihak lelaki. Sebab tak pernah wat benda2 camni, hubby ckp punyalah laju dan tak sampai 10minit dah selesai urusan meminang. Pakcik yang jadi wakil pihak pompuan bengang je sebab dia tak berpeluang nak cakap panjang2. Apa2pun takpelah janji selamat.
Oh..yang aku kata aku busy tu, aku busy wat hantaran sepupu ni lah. Buat biasa2 je tapi last minit takut gak sepupu tak suka tapi alhamdulillah semua orang suka. Hehe...Akad nikah diorang tetapkan 10.10.2010...wah...best je tarikh tu, pandai diorang pilih.
Kla..layan gambar pulak..

.

































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...