It's You!

Wednesday, March 20, 2013

Menjengah 35

Salam,

Terima kasih atas ucapan dan good wishes. Teruja kan bila ada orang wish kat kita dan doakan kita panjang umur dan murah rezeki. Alhamdulillah, semoga doa-doa kalian menjadi kenyataan. Amin..

Hari ini dimulakan dengan menghadiri Forum Bicara Fiqh Wanita dengan tajuk Aurat Vs Fesyen. Sejauh mana berfesyen itu dibenarkan oleh Islam. Garis panduannya mudah saja,

      1. Pakaian yang dipakai tidak ketat dan menampakkan bentuk tubuh
      2. Tudung yang dipakai dilabuhkan sehingga menutup dada
      3. Bermekap sekadar untuk menghilang pucat wajah..natural beauty lebih baik




Alhamdulillah, dapat ilmu dan kesedaran dalam bab tersebut. Insya Allah, saya akan berubah untuk menjadi yang lebih baik.

 1. Sebagai anak/menantu : Ingin jadi yang lebih memahami dan lebih sensitif dengan hati orang-orang tua. Kadang-kadang tahap kesabaran yang kurang membuatkan saya terlepas kata pula.

2. Sebagai isteri : Mahu lebih sabar dan lebih rajin. Kadang-kadang tak sempat nak siapkan diri sang suami kerana kesibukan, insya Allah akan jadi lebih prihatin.

3. Sebagai mama : Tak mau berleter lebih, mama yang letih. Mahu lebih penyayang dan memahami. Kita 
kerjasama ya anak-anak!

4. Sebagai kakak/ipar : Yang lebih sporting kot? Hehehe...

5. Sebagai teman yang lebih memahami, yang dapat membantu teman yang lain, kalau bukan dengan wang 
ringgit mungkin dengan ingatan atau perkongsian ilmu.

6. Sebagai seorang muslimat : Moga lebih dekat denganNya dengan ibadat dan kehidupan seharian.

Wordless Wednesday

Salam,




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...