Salam,
Selamat pagi ISnin para blogger. Biasa la kan..pagi Isnin ni ramai yang masih dalam mood bercuti. Bagi saya macam biasa je. Kerja tetap ada sepanjang minggu. Ni cerita dua budak kecik yang macam-macam ni pulak. Lama rasanya tak sembang pasal mereka.
Dua budak kembar ni memang suka naik menatang ni kalau pi mana-mana supermarket. Selagi tak dapat naik, selagi tu la mereka akan bunyi lebih-lebih lagi si Yani tu. Kalau sampai je supermarket mesti kena tukar duit 50 sen, paling kurang RM4. Setakat naik sekali, mesti diorang akan mengamuk takmo turun. Naik sorang tiga-empat kali baru nak balik. Tengok muka Yani tu, masam je....dah dapat naik pun buat muka...huhu... Yana senang je...bila kita kata "Ok..dah sudah..bye bye mainan..nanti kita datang lagi ya.." dia ok je..terus lambai dan naik kereta..tapi kalau Yani, ada je alasan takmo turun..siap kata "Ok turun..nak menan plak.." sambil tunjuk mainan dalam supermarket. Hohoho....