It's You!

Wednesday, March 25, 2009

Santa Cruise


Title : Santa Cruise
Author : Mary Higgins Clark & Carol Higgins Clark
Date Read : March 2009
Genre : Fiction, Investigation Crime


Alvirah Meehan, pemenang loteri yang menjadi penyiasat amatur telah menjemput rakan baiknya bersama pasangan masing-masing (Nora & Luke dan anak perempuan mereka Regan & suaminya Jack) bercuti di atas kapal pelancongan mewah "the Royal Mermaid" milik Commodore Randolph Weed.

Tanpa mereka sedari, terdapat dua orang penjenayah yang dalam pelarian diseludup masuk ke dalam kapal. Kejadian2 aneh mula berlaku apabila dua pasang pakaian Santa Claus dicuri dan beberapa orang penumpang ternampak perkara2 yang mencurigakan berlaku di dalam kapal itu.

Lebih memburukkan lagi keadaaan, wartawan mula menghidu pelbagai masalah yang timbul dan mensensasikan berita itu di dalam televisyen.

Selain dua penjenayah itu, kehadiran Harry Crater, seorang penipu yang menyamar untuk mencuri barang antik juga tidak disedari oleh sesiapa. Alvirah yang semakin curiga mula menjalankan siasatan dengan bantuan Jack seorang ketua polis dan Regan seorang penyiasat persendirian.

Dapatkah mereka membuktikan Eric, anak saudara Commodore menjadi dalang penyeludupan dua orang penjenayah itu dan penglibatan bekas isteri Commodore dalam kes penipuan barang antik? Mestilah dapat..hehe

Nota : Dah lama baca, awal bulan March juga tapi tak sempat nak taip dalam blog. Untuk mengelakkan terlupa, aku akan tulis dalam buku nota dulu. Nanti bila senang, terus taip je. Mary Higgins dan anaknya Carol memang banyak tulis buku2 penyiasatan samada secara perseorangan atau bersama. Santa Cruise ni penyiasatan yang tak berat sangat. Penulisan dalam bahasa dan gaya yang santai. Baca tak payah fikir banyak2. Lepas ni review novel yang aku beli bulan ni...bukan Obsession..yang tu tak habis baca lagi..daaa

Thursday, March 19, 2009

Wednesday's Child


Title : Wednesday's Child
Author : Eloise Millar

Date Read : 1st March - 6th March 2009


Jane & James Robert, adik-beradik yang selalu didera oleh bapa mereka yang bekerja di kilang memasang kereta. Selalunya mereka akan didera teruk pada setiap hari Rabu: waktu bapa mereka Dick Roberts letih dengan kerja overtime.

Dalam novel ini, Jane yang berusia 8 tahun menjadi tukang cerita. Dia menceritakan bagaimana abangnya James melarikan diri daripada rumah untuk mengikut ahli sarkas dan bagaimana dia menghadapi sikap panas baran bapanya seorang diri. Selain itu, terdapat konflik yang melanda keluarga mereka : Makcik Annette yang ketagihan arak dan kehilangan anak akibat ketagihannya tetapi amat memahami Jane & James, Granny B, nenek mereka yang cemburu dengan kedatangan besannya dan ibu mereka yang terpaksa dirawat di hospital kerana sakit. Jane bercerita bagaimana dia menahan sakit dipukul bapanya dan perasaannya apabila terpaksa berhadapan dengan bapanya yang panas baran.

Ceritanya berkisar di sekitar kehidupan Jane sebagai seorang kanak2 yang sentiasa berada di dalam ketakutan dan hidup di dalam keluarga yang bercelaru.
Apabila abangnya melarikan diri, ibu dan neneknya terpaksa menyembunyikan Jane daripada pihak polis untuk mengelakkan dia dibawa ke rumah kebajikan. Walaupun James akhirnya ditemui semula, dia bersikap suka memberontak dan mula mencari gaduh dengan Jane.

Note : Cite ni takde ending sebab dia tergantung sampai klimaksnya Dick Robert keluar dari rumah selepas memukul James sebab James mencuri. Tapi at the end ibu Jane menerima kembali Dick Robert kerana masalah kewangan. Lama nak tulis tapi takde waktu luang untuk menaip. Lepas ni review "Santa Cruise" by Mary & Carol Higgins Clark. Sekarang tengah baca "Obsession" by Jonathan Kellerman.

Friday, March 6, 2009

Some Light Readings



New books coming this week from our books' supplier. This time I can't resist myself to read all 15 books on my desk. It was ordered by the Akademi Pengajian Bahasa's lecturer so as I'm processing it, it won't hurt anyone if I get the privilage to read them first.

It's a short stories books for the student but I enjoyed it very much. Books I've read yesterday and this morning were,
1. The Ransom of Red Chief
2. Taxi of Terror
3. Drive into Danger
4. Sally's Phone
5. The Fiteenth Character

I'm going to read the rest as follows,
1. Girl on a Motorcycle
2. Mystery in London
3. Survive!
4. Remember Miranda
5. New Yorkers - Short Stories
6. Too Old To Rock and Roll and Other Stories
7. American Crime Stories
8. Cry Freedom
9. The Woman in White
10. New York Cafe

Note : My favourite was Sally's Phone. Sally is going out with a wealthy guy who likes to control her. During a drinking session with friend at a cafe she took Paul's handphone by mistakes and the other way round. They have this confussion for a day until they agreed to meet each other at the park. Well love sparks at the first time and they are liking each other very much. Faisal asked me why i didn't review the books i'm reading in English. My English was not so good actually and I think my grammar is in a jumble but i'm trying hehehe.

Thursday, March 5, 2009

Hunting Fear

Title : Hunting Fear
Author : Kay Hooper
Genre : Thriller
Date Read : 24/02/09 - 05/03/09

Kay Hooper did turns me on. Best sangat novel ni. Kali ni kisah penyiasatan kes penculikan & pembunuhan bersiri yang berlarutan sehingga beberapa tahun. Lucas Jordan, seorang penyiasat yang mempunyai kuasa psikik telah ditawarkan untuk berkhidmat dalam Special Crimes Unit yang diketuai oleh Noah Bishop. SCU ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kuasa psikik dan menggunakannya untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes jenayah.

Lucas dan rakan setugasnya diarahkan membantu polis di sebuah pekan bernama Golden untuk menyelesaikan kes culik dan bunuh yang telah lama mereka cuba selesaikan. Kehadiran Samantha yang juga mempunyai kuasa psikik telah cuba membantu Lucas menghalang penculik itu untuk menculik lebih ramai mangsa.

Sebagai ahli tilik yang bergerak mengikut kumpulan Sarkas, Samantah juga merupakan bekas teman wanita Lucas. Untuk menangkap penjenayah itu, Lucas dan Samantha perlu berganding bahu walaupun terdapat sengketa yang telah lama terpendam.

Samantha mula mendapat 'vision' apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan dengan kebolehannya dia membantu Lucas menggunakan kuasa psikiknya mengesan mangsa melalui perasaan takut mereka. Dapatkah mereka menangkap penjenayah itu? Apa kaitan penjenayah itu dengan Lucas sehingga dia menganggap jenayah yang dilakukannya itu merupakan satu permainan untuk memerangkap Lucas? Hehe.. (macam pengulas berita pulak)

Nota : Masa yang agak lama untuk aku menghabiskan buku ini. Bukan sebab tak best tapi sebab aku sibuk ber "MyYearbook" bulan ni. Tapi baca buku tetap baca. Biar sehari 3 - 4ms asalkan baca. Dulu time sekolah rendah, hari2 pinjam buku cerita. Paling excited baca buku2 Enid Blyton. Ada siri pasal budak yang tingal dalam kumpulan Sarkas. Bila baca pasal Samantha dalam novel ni, tiba2 ingat siri Enid Blyton tu...mana nak cari ek? Kat POPULAR, MPH & BORDERS tak penah nampak pun. Mmmmm...miss my Enid Blyton. (Last week beli satu buku Enid Blyton siri cerita pendek, selain aku baca, aku kena bacakan kat Danish n Danial sebelum tdo. Tu pun kadang2 curi tulang sebab malas baca aloud..letih ooo baca aloud. Baca dalam hati gak yg best. ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...