It's You!

Wednesday, March 25, 2009

Santa Cruise


Title : Santa Cruise
Author : Mary Higgins Clark & Carol Higgins Clark
Date Read : March 2009
Genre : Fiction, Investigation Crime


Alvirah Meehan, pemenang loteri yang menjadi penyiasat amatur telah menjemput rakan baiknya bersama pasangan masing-masing (Nora & Luke dan anak perempuan mereka Regan & suaminya Jack) bercuti di atas kapal pelancongan mewah "the Royal Mermaid" milik Commodore Randolph Weed.

Tanpa mereka sedari, terdapat dua orang penjenayah yang dalam pelarian diseludup masuk ke dalam kapal. Kejadian2 aneh mula berlaku apabila dua pasang pakaian Santa Claus dicuri dan beberapa orang penumpang ternampak perkara2 yang mencurigakan berlaku di dalam kapal itu.

Lebih memburukkan lagi keadaaan, wartawan mula menghidu pelbagai masalah yang timbul dan mensensasikan berita itu di dalam televisyen.

Selain dua penjenayah itu, kehadiran Harry Crater, seorang penipu yang menyamar untuk mencuri barang antik juga tidak disedari oleh sesiapa. Alvirah yang semakin curiga mula menjalankan siasatan dengan bantuan Jack seorang ketua polis dan Regan seorang penyiasat persendirian.

Dapatkah mereka membuktikan Eric, anak saudara Commodore menjadi dalang penyeludupan dua orang penjenayah itu dan penglibatan bekas isteri Commodore dalam kes penipuan barang antik? Mestilah dapat..hehe

Nota : Dah lama baca, awal bulan March juga tapi tak sempat nak taip dalam blog. Untuk mengelakkan terlupa, aku akan tulis dalam buku nota dulu. Nanti bila senang, terus taip je. Mary Higgins dan anaknya Carol memang banyak tulis buku2 penyiasatan samada secara perseorangan atau bersama. Santa Cruise ni penyiasatan yang tak berat sangat. Penulisan dalam bahasa dan gaya yang santai. Baca tak payah fikir banyak2. Lepas ni review novel yang aku beli bulan ni...bukan Obsession..yang tu tak habis baca lagi..daaa

No comments:

Post a Comment

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...